Social Icons

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Site Info

Wednesday, 15 February 2017

Panduan Solat Ketika Terperangkap Dalam Kesesakan Lalulintas Khususnya Solat Maghrib.



Ada 2 pilihan:
Pertama: 
Dengan melakukan secara jamak takhir iaitu dengan berniat solat magrib di jamakkan dengan isyak dikerjakan pada waktu isyak. Tak boleh diqasarkan kerana kita bukan bermusafir. Diharuskan jamak disebabkan keadaan dharurat (terpaksa). Bukan melakukan solat maghrib secara qada’. Cara ini dinasihatkan tidak dijadikan amalan berterusan. Berusaha sedaya untuk mengerjakan secara biasa terlebih dahulu. Cara solat secara jamak adalah berdasarkan perbuatan Rasulullah saw yang pernah jamak solat tanpa ada alasan musafir atau hujan.
Dalam hadith yang diriwayatkan al-Imam Muslim, daripada Sa’id bin Jubair meriwayatkan daripada Ibn ‘Abbas, katanya:

صَلَّى رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الظُّهْرَ وَالْعَصْرَ جَمِيعًا بِالْمَدِينَةِ، فِي غَيْرِ خَوْفٍ، وَلَا سَفَرٍ قَالَ أَبُو الزُّبَيْرِ: فَسَأَلْتُ سَعِيدًا، لِمَ فَعَلَ ذَلِكَ؟ فَقَالَ: سَأَلْتُ ابْنَ عَبَّاسٍ كَمَا سَأَلْتَنِي، فَقَالَ: أَرَادَ أَنْ لَا يُحْرِجَ أَحَدًا مِنْ أُمَّتِه

“Rasulullah s.a.w bersolat Zuhur dan ‘Asar secara jamak di Madinah tanpa sebab ketakutan atau musafir”. Kata Abu Zubair: “Aku bertanya Sa’id mengapa Rasulullah s.a.w berbuat demikian?”. Jawabnya: “Aku pun pernah bertanya Ibn ‘Abbas seperti mana engkau bertanyaku, jawab Ibn ‘Abbas: “Kerana baginda mahu agar umatnya tidak beban”.Dalam riwayat Muslim yang lain, lafaznya:

جَمَعَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَيْنَ الظُّهْرِ وَالْعَصْرِ وَالْمَغْرِبِ وَالْعِشَاءِ بِالْمَدِينَةِ فِي غَيْرِ خَوْفٍ وَلَا مَطَرٍ

“RasululLah s.a.w solat Zohor dan Asr, Maghrib dan Isyak secara jamak di Madinah tidak kerana ketakutan, juga tidak kerana hujan”.
Hadis ini menunjuk solat jamak telah Nabi s.a.w tunaikan bukan hanya disebabkan hujan ataupun ketakutan, juga disebabkan hal-hal yang lain.

Kedua : 
Solat maghrib dalam kenderaan yang sedang bergerak. Seandainya ada ruang untuk berhenti kenderaan bersolat di tempat yang selesa seperti surau itu adalah yang terbaik. Di negara Arab menjadi kebiasaan bagi mereka bersolat di tempat lapang yang selamat.

Cara-Caranya: SOLAT DALAM KENDERAAN
Seseorang yang sedang bermusafir atau terperangkap di jalan raya dibolehkan menunaikan solat di tempat duduknya di dalam kenderaan. Ia dibolehkan jika didapati sukar untuk mencari tempat solat semasa dalam perjalanan ataupun kenderaan yang dinaiki itu tidak berhenti. Tetapi dengan syarat sudah ada wuduk.
Solat dalam kenderaan juga boleh dijamak atau diqasarkan (ketika musafir) setelah cukup syarat-syaratnya.

PANDUAN SOLAT DALAM KENDERAAN
1. Duduk dengan menegakkan badan di tempat duduk dalam kenderaan
2. Menghadap ke arah kiblat dengan berpandukan kompas atau kaedah yang sesuai walaupun tidak semestinya tepat. Memadai juga jika kita meyakini arah kiblat itu hanya pada awal solat sahaja ketika takbitarul ihram.
3. Niatkan solat yang hendak kita tunaikan itu ketika takbiratul ihram
4. Bacaan surah dalam solat adalah sama seperti solat biasa
5. Rukuk hendaklah dilakukan dengan isyarat iaitu dengan menundukkan sedikit kepala serta badan dan kedua tangan di letakkan pada lutut.
6. Sujud pula dilakukan dengan menundukkan kepala dan badan terkebawah sedikit dari isyarat rukuk.
7. Duduk di antara dua sujud, duduk tahiyat awal dan akhir masih kekal seperti biasa dengan duduk di kerusi kenderaan.
8. Kita tidak perlu mengubah tempat duduk untuk membetulkan arah kiblat jika kenderaan yang kita naiki itu sering bertukar arah.


Adakah anda merasakan artikel saya ini berguna? Jika ya kongsi dengan rakan anda : Jika anda suka dengan artikel saya, pastikan anda Langgan melalui RSS feed! atau Langgan Blog Rahman Bashri melalui Emaili Komen anda sangat berguna untuk saya memperbaiki Blog Rahman Bashri..Terima Kasih

0 Comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...