Social Icons

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Site Info

Tuesday, 16 October 2012

Software Terbaik Untuk Komputer Anda


Semua orang sukakan barangan yang percuma dan bagi para pengguna komputer perisian percuma adalah merupakan sesuatu yang dicari-cari dalam Web. Terdapat jutaan perisian percuma dalam Web dan masalah utama yang dihadapi oleh para pengguna ialah untuk memilih dan menguji perisian itu untuk memastikan kesesuaian serta menurut kehendak mereka. Sekarang saya sudah sediakan ratusan perisian dan kebanyaknya adalah percuma khas untuk anda. Semoga apa yang dicari ada dalam senarai..

Security

Games

System Ulilities

Office

Archive managers

Internet

P2P

Chat

Network

Servers

Audio

Video

Image

3D

Developers

CD/DVD

Codecs

UI Enhancements

Hardware monitoring/Benchmarking

Education

Miscellaneous

Developer Downloads

Client Development

Windows downloads (general development):
Windows downloads (driver development):
Other downloads:

Windows Phone & Game Development

Betas & Technical Previews

Adakah anda merasakan artikel saya ini berguna? Jika ya kongsi dengan rakan anda : Jika anda suka dengan artikel saya, pastikan anda Langgan melalui RSS feed! atau Langgan Blog Rahman Bashri melalui Emaili Komen anda sangat berguna untuk saya memperbaiki Blog Rahman Bashri..Terima Kasih

Wednesday, 10 October 2012

Apa Hukum Onani?


Perbuatan ini yang disebut oleh sebahagian orang “kebiasaan tersembunyi” dan disebut pula “jildu ‘umairah” dan “istimna” (onani). Jumhur ulama mengharamkannya, dan inilah yang benar, sebab Allah SWT ketika menyebutkan orang-orang Mukmin dan sifat-sifatnya.

Allah SWT berfirman :

 وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ. إِلَّا عَلَى أَزْوَاجِهِمْ أوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ
مَلُومِينَ .فَمَنِ ابْتَغَى وَرَاء ذَلِكَ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الْعَادُونَ 

“Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba-hamba yang mereka miliki; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela. Barangsiapa mencari yang di sebalik itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas.” 
(Al-Mukminun: 5-7)

 Al-’adiy ertinya orang yang zalim yang melanggar peraturan-peraturan Allah. Di dalam ayat di atas Allah memberitakan bahawa barangsiapa yang tidak bersetubuh dengan isterinya dan melakukan onani, maka bererti dia telah melampaui batas; dan tidak syak lagi bahawa onani itu melanggar batasan Allah. 

 Maka dari itu, para ulama mengambil kesimpulan daripada ayat di atas, bahawa kebiasaan tersembunyi (onani) itu haram hukumnya. Kebiasaan rahsia itu adalah mengeluarkan sperma dengan tangan di saat syahwat bergejolak. Perbuatan ini tidak boleh dia lakukan, ini kerana ia mengandungi banyak bahaya sebagaimana dijelaskan oleh para doktor kesihatan. Bahkan ada sebahagian ulama yang menulis kitab tentang masalah ini, di dalamnya dikumpulkan bahaya-bahaya kebiasaan buruk tersebut. Kewajipan anda, wahai orang yang bertanya, adalah mewaspadainya dan menjauhi kebiasaan buruk itu kerana sangat banyak mengandungi bahaya yang sudah tidak diragukan lagi, dan juga kerana bertentangan dengan makna yang jelas dari ayat al-Qur’an dan menyalahi apa yang dihalalkan oleh Allah bagi hamba-hamba-Nya. Maka dia wajib segera meninggalkan dan mewaspadainya. Dan bagi sesiapa sahaja yang dorongan syahwatnya terasa makin dahsyat dan merasa khuatir terhadap dirinya (perbuatan yang tercela) hendaklah segera menikah, dan jika belum mampu hendaklah berpuasa, 

Sebagaimana Sabda Rasulullah SAW :

 يَا مَعْشَرَ الشَّبَابِ مَنِ اسْتَطَاعَ مِنْكُمُ الْبَاءةَ فَلْيَتَزَوَّجْ فَإِنَّهُ أَغَضُّ لِلْبَصَرِ وَأَحْصَنُ لِلْفَرْجِ. وَمَنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَعَلَيْهِ بِالصَّوْمِ فَإِنَّهُ لَهُ وِجَاءٌ.

 “Wahai sekalian para pemuda, barangsiapa di antara kamu yang mempunyai kemampuan hendaklah segera bernikah, kerana nikah itu lebih menundukkan mata dan lebih menjaga kehormatan diri. Dan barangsiapa yang belum mampu hendaklah berpuasa, kerana puasa itu dapat membentenginya.” (Muttafaq ‘Alaih). 

Di dalam hadits ini baginda SAW tidak mengatakan: “Barangsiapa yang belum mampu, maka lakukanlah onani, atau hendaklah dia mengeluarkan spermanya”, akan tetapi baginda SAW mengatakan: “Dan barangsiapa yang belum mampu hendaklah berpuasa, kerana puasa itu dapat membentenginya.”

Pada Hadith tadi Rasulullah SAW menyebutkan dua hal, iaitu:
Pertama, Segera bernikah bagi yang mampu.
Kedua, Meredakan nafsu syahwat dengan melakukan puasa bagi orang yang belum mampu bernikah, kerana puasa itu dapat melemahkan godaan dan bisikan syaitan.

Maka hendaklah anda, wahai pemuda, beretika dengan etika agama dan bersungguh-sungguh di dalam berupaya memelihara kehormatan diri anda dengan nikah syar’i sekalipun harus dengan berhutang atau meminjam . Insya Allah, Dia akan memberimu kecukupan untuk melunasinya. Bernikah itu merupakan amal solih dan orang yang bernikah pasti mendapat pertolongan,

Sebagaimana Rasulullah SAW tegaskan di dalam Hadithnya :

 ثَلاَثَةٌ حَقٌّ عَلَى اللهِ عَزَّ وَجَلَّ عَوْنُهُمْ: الْمُكَاتَبُ الَّذِيْ يُرِيْدُ اْلأَدَاءَ وَالنَّاكِحُ الَّذِيْ يُرِيْدُ الْعَفَافَ وَالْمُجَاهِدُ فِيْ سَبِيْلِ اللهِ. 

 “Ada tiga orang yang pasti (berhak) mendapat pertolongan Allah SWT: al-mukatab (hamba yang berupaya memerdekakan diri) yang hendak menunaikan tebusan dirinya, Lelaki yang bernikah kerana ingin menjaga kesucian dan kehormatan dirinya, dan mujahid (pejuang) di jalan Allah.” (Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi, Nasa’i dan Ibnu Majah). 

 Adakah anda merasakan artikel saya ini berguna? Jika ya kongsi dengan rakan anda : Jika anda suka dengan artikel saya, pastikan anda Langgan melalui RSS feed! atau Langgan Blog Rahman Bashri melalui Emaili Komen anda sangat berguna untuk saya memperbaiki Blog Rahman Bashri..Terima Kasih

Ibadah Aqiqah dan Pengertiannya


Aqiqah ialah penyembelihan haiwan ternakan yang dilakukan untuk anak yang baru lahir sebagai tanda bersyukur kepada Allah.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :
"Setiap anak yang lahir itu terpelihara / tergadai dengan aqiqah yang disembelih untuknya pada hari ketujuh selepas kelahirannya, dicukur rambutnya dan diberi nama." (Riwayat Abu Dawud, al-Turmuzi dan Ibnu Majah) 

Hukum Aqiqah :  
Hukum aqiqah itu adalah Sunat Muakkad (Sunat yang dituntut) kecuali dinazarkan hukumnya menjadi wajib. Penyembelihan aqiqah ialah pada hari ketujuh dari kelahiran bayi atau pada hari ke empat belas atau ke dua puluh satu. Jika tidak dapat maka bila-bila masa selagi anak itu belum baligh. Jika anak telah baligh, maka gugur tuntutan atas walinya dan sunnat bagi dirinya (individu yang berkenaan) mengaqiqahkan untuk dirinya sendiri. Hal ini berdasarkan hadis dari Ahmad, Abu Dawud dan al-Tabrani, bahawa Rasulullah s.a.w. pernah mengaqiqahkan dirinya sendiri sesudah Baginda s.a.w. diangkat menjadi Rasul.

 Aqiqah untuk anak lelaki disembelihkan dua ekor kambing (tetapi sah sekiranya seekor) dan perempuan seekor kambing.

Diriwayatkan daripada Aisyah, bahawa Rasulullah s.a.w. memerintahkan para sahabat agar menyembelih aqiqah untuk anak lelaki dua ekor kambing yang umurnya sama dan untuk anak perempuan seekor kambing. (Riwayat al-Turmuzi). 

Daripada Ibnu Abbas r.a. pula menyatakan. bahawa Rasullullah s.a.w. menyembelih aqiqah untuk Hasan dan Husin masing-masing dengan seekor kambing. (Riwayat Abu Dawud) 

Niat penyembelihan aqiqah: "Aku jadikan penyembelihan binatang ini sebagai aqiqah untuk anakku kerana Allah Ta'ala." Daging aqiqah sunat dimasak dengan masakan yang manis dan disedekahkan kepada fakir miskin atau dihadiahkan kepada orang yang mampu. Unta, lembu atau kerbau boleh dikongsi sebahagian untuk qurban dan sebahagian untuk aqiqah.

 Orang kafir tidak boleh diberi makan daging korban dan daging aqiqah. Daging atau mana-mana bahagian dari binatang qurban atau aqiqah orang Nazar, haram dimakan atau diambil oleh orang yang bernazar tersebut.

 Adakah anda merasakan artikel saya ini berguna? Jika ya kongsi dengan rakan anda :
Jika anda suka dengan artikel saya, pastikan anda Langgan melalui RSS feed! atau Langgan Blog Rahman Bashri melalui Emaili Komen anda sangat berguna untuk saya memperbaiki Blog Rahman Bashri..Terima Kasih

Monday, 8 October 2012

Sikap Kita Sendiri Penentu Kejayaan

Lebih kurang 38 tahun yang lalu, iaitu 1974, walaupun saya tidak lahir lagi pada masa itu. Masyarakat melayu telah gempar dengan lahirnya seorang anak melayu yang telah mampu membaca akhbar pada usia tiga tahun. Hampir kesemua media membuat liputan.

Hari ini, perkara sebegini bukanlah sesuatu yang mengkagumkan. Dengan adanya pelbagai kemudahan dan teknologi multimedia, ramai anak-anak yang boleh membaca pada usia sebegini. Tetapi pada 38 tahun yang lalu, diawal 70an pastilah kebolehan seperti ini dikira sebagai menakjubkan. Hinggakan Prof. Diraja Ungku Aziz membawa anak ini balik ke kampungnya untuk diberikan ujian IQ. Pengarah Jins Shamsudin pula menjadikannya pelakon kecil. Begitulah hebatnya anak yang bernama Mohd Sohkeri Hadapi Aziz.
Melihat kepada kebolehan dan kehebatan anak muda ini maka tidak hairanlah kalau hari ini beliau menjadi doktor atau pensyarah muda.

Tanggal 22 November 1997 masyarakat melayu sekali lagi digemparkan. Kali ini oleh peristiwa seorang anak muda yang bekerja sebagai pembuat roti canai telah didakwa kerana memiliki enam paket kecil ganja. Beliau telah didakwa dibawah Seksyen Akta Dadah Berbahaya 1952 (pindaan 1983). Inilah orangnya yang menjadi tajuk perbualan 38 tahun yang silam. Inilah dia Mohd. Sohkeri yang pernah dibanggakan dulunya.

Beliau jauh sekali dari dikatakaan berjaya. Malah apa yang beliau lakukan hari ini langsung tidak menggambarkan kebolehan sewaktu kecil beliau. Rendahkah IQ lelaki ini? Tidak sama sekali. Tidak berkebolehankah lelaki ini? Jauh sama sekali. Yang silapnya kerana ia tidak pernah terdedah kepada ilmu kecemerlangan diri dan pembentukan sikap. Pastinya lebih ramai lagi. Saya yakin, kalau perkara seperti ini boleh berlaku kepada seorang individu, ia juga telah berlaku, sedang berlaku dan akan terus berlaku kepada ramai lagi manusia lain. Berapa ramai lagi agaknya yang senasib beliau. Kita hanya mendengar cerita Mohd. Sohkeri. Bagaimana pula dengan begitu ramai yang mungkin waktu kecilnya cemerlang kini tidak mampu meneruskan kecemerlangan ini. Saya sendiri telah menemui begitu ramai pelajar yang mendapat 5A dalam UPSR, atau 8A dalam PMR, akhirnya kecundang salam SPM. Mereka sekadar berpuashati dengan Gred 2 atau Gred 3 sahaja. Ada yang lebih teruk sehingga mendapat SAP. 

Persoalannya adakah mereka yang gagal dalam kehidupan hari ini selayaknya gagal? Atau mereka tidak tahu yang sebenarnya dalam diri mereka ada sebutir permata yang tinggi nilainya dan belum digilap. Inilah yang dikatakan sikap. Tidak ada ertinya IQ yang tinggi serta kebolehan yang luarbiasa tetapi malas berusaha. Sentiasa tangguh kerja, main-main dan ambil mudah. Mereka ini berpenyakit tetapi tidak menyedarinya. Kalau AIDS dan BARAH boleh membunuh diri, penyakit sikap ini pula boleh membunuh harapan dan masa depan. 

Bagaimana sikap terbentuk? Sikap adalah sesuatu yang dipelajari melalui pengamatan, pendengaran dan pengalaman. Dengan kata lain, sikap adalah tindakan dan tingkahlaku diri berlandaskan cara fikir seseorang individu. Dua orang yang mempunyai cara fikir yang berbeza akan bertindakbalas secara berbeza juga terhadap sesuatu peristiwa atau persekitaran. Cara fikir merubah tingkah laku seseorang dan mempengaruhi sikap seseorang. Cara fikir sebenarnya sesuatu yang dipelajari dan ditiru. 

Antara sumber-sumbernya ialah:
1) Orang sekeliling - Ibu bapa, guru-guru, rakan-rakan, idola
2) Pengaruh media - TV, radio, internet
3) Bahan bacaan - novel, majalah, akhbar, buku-buku.
4) Persekitaran - Agama, bangsa, kebudayaan
5) Peristiwa silam - besar atau kecil
6) Pengalaman - Sebab itulah ada pepatah yang mengatakan bapa borek anak rintek.

Kalau bapa jenis panas baran maka anaknya berkemungkinan juga demikian. Tetapi tidak pula semua anak berkelakuan serupa seperti bapa. Mungkin anak yang lain pula cukup mengkagumi gurunya dan kebetulan pula guru seorang yang penyabar.

 Adakah anda merasakan artikel saya ini berguna? Jika ya kongsi dengan rakan anda : Jika anda suka dengan artikel saya, pastikan anda Langgan melalui RSS feed! atau Langgan Blog Rahman Bashri melalui Emaili Komen anda sangat berguna untuk saya memperbaiki Blog Rahman Bashri..Terima Kasih
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...