Social Icons

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Site Info

Sunday, 26 August 2012

Apa Itu Hudud Bagi Non-Muslim


1)  Hukum hudud merupakan hukum yang telah ditetapkan oleh Allah kepada manusia khasnya kepada orang Islam dalam menyelesaikan isu yang berkaitan dengan jenayah. Mereka tidak boleh menunjukkan sikap dolak dalih apatah lagi menolak dan menghinanya kerana melaksanakannya merupakan tanggungjawab ke atas seorang Muslim. Sikap menolak dan menghinanya boleh menjadikan seseorang itu terkeluar dari agama.

2)  Bagi seorang non-Muslim, tidak menjadi kesalahan kepada mereka sekadar tidak bersetuju kerana tiada paksaan dalam agama tetapi mereka tidak wajar untuk menghina hukum ini. Begitu juga, mereka tidak dipaksa untuk menerima hukum hudud kerana mereka mempunyai pilihan untuk menggunakan hukum yang sedia ada atau sebaliknya. Justeru, sebarang usaha menghalang pelaksanaannya dianggap sebagai masuk campur dalam urusan agama orang Islam. Penghinaan terhadap hukum hudud, walaupun tidak dilaksanakan lagi di dalam negara boleh mengguris hati umat Islam kerana ia seolah-olah menghina Allah. Ini sekaligus akan menimbulkan satu keadaan yang tidak tenteram dalam hubungan seorang muslim dan bukan non-muslim. Walau bagaimanapun, mereka boleh memberikan pandangan untuk menambahkan lagi keberkesanan pelaksanaan hukum ini di negara ini.

3)  Islam sebagai agama yang membawa kerahmatan kepada seluruh manusia sentiasa membuka ruang kepada mana-mana pihak untuk membincangkan pelaksanaan hukum ini secara lebih objektif dan rasional untuk keselesaan semua pihak. Ini kerana ia melibatkan proses mendrafkannya sebagai undang-undang (akta/enekmen) dan meletakkan remedy bagi lacuna yang mungkin terdapat di sana-sini bagi enekmen yang sedia ada (Terengganu dan Kelantan). Menolaknya secara total bukanlah sikap yang bijak kerana pelaksanaan hukum telah terbukti boleh membawa penyelesaian kepada masalah jenayah seperti yang berlaku di Saudi Arabia.

4)  Dalam isu kondusif yang menghalang pelaksanaan hukum hudud seperti pada zaman Saidina Umar, yang ditimbulkan oleh sesetengah pihak, sebenarnya mereka perlu membezakan antara taqnin iaitu proses mengundang-undangkannya dan pelaksanaan kepada undang-undang itu. Taqnin itu perlu, tetapi dalam melaksanakannya mungkin perlu ditangguhkan atas alasan tertentu yang boleh dijelaskan dalam undang-undang itu sendiri, budi bicara penguatkuasa dan boleh juga ditafsirkan oleh hakim. Hal ini tidak pelik kerana terdapat undang yang tidak digunakan seperti memberi kuasa kepada polis untuk menangkap siapa sahaja yang tidak mempunyai kad pengenalan. Tetapi, pihak polis tidak menggunakan peruntukan ini semudah itu.

5)  Oleh yang demikian, ILMAM menyeru semua pihak agar duduk berbincang isu hudud ini berlandaskan ilmu pengetahuan dan mengajak non-Muslim menghormati hak orang Islam dalam melaksanakan hukum ini. ILMAM bersedia berbincang dan boleh menjadi orang tengah dalam membincangkan isu ini dengan para ulama yang lebih terkemuka. Di dalam negara kita terdapat ramai golongan cendiakawan Islam dan pakar undang-undang yang boleh membincangkan perlaksanaannya dan menerima sebarang padangan serta menjawab sebarang persoalan dan kemusykilan.

Ditulis oleh Dr Aminurrasyid Yatiban Presiden Pertubuhan Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM).

Adakah anda merasakan artikel saya ini berguna? Jika ya kongsi dengan rakan anda : Jika anda suka dengan artikel saya, pastikan anda Langgan melalui RSS feed! atau Langgan Blog Rahman Bashri melalui Emaili Komen anda sangat berguna untuk saya memperbaiki Blog Rahman Bashri..Terima Kasih

Friday, 24 August 2012

7 Nama Mekah Yang Disebut Oleh Allah Dalam Al-Quran


Mekah al-Mukarammah merupakan kota tertua dunia dan tempat permulaan Islam. Allah SWT menyebut dalam Al Quran tentang Mekah. Terdapat tujuh nama lain Mekah dalam Al Quran.

1. Makkah, sebagaimana firman Allah SWT, “Dan Dia­lah yang mencegah tangan mereka dari (membinasakan) kamu dan mencegah tangan kamu dari (membinasakan) mereka di tengah kota Makkah. Setelah Allah memenangkan kamu atas mereka.” (Al-Fath : 24).

2. Bakkah, Allah SWT berfirman, “Sesung­guhnya rumah ibadah pertama yang dibangunkan untuk manusia ialah Baitullah di Bakkah, yang diberkahi dan menjadi petunjuk bagi seluruh alam.” (Ali Imran : 96).

3. Umm Al-Qura, firman Allah SWT, “Dan ini (Al Quran) adalah kitab yang telah Kami turunkan yang diberkahi; membenarkan kitab-kitab yang (diturunkan) sebelumnya dan agar kamu memberi peringatan kepada (penduduk) Ummul Qura (Mekah) dan orang-orang yang di luar lingkungannya. Orang-orang yang beriman kepada adanya kehidupan akhirat tentu beriman kepadanya (Al Quran) dan mereka selalu memelihara sembahyangnya.” (Al-An‘am : 92).

4. Al-Balad, seperti firman Allah SWT, “Aku bersumpah dengan negeri ini (al-balad. Makkah) dan engkau (Muhammad) bertempat di negeri ini (al-balad. Makkah).” (Al-Balad : 1-2).

5. Al-Baldah, sebagaimana tersurat dalam firman Allah SWT, “Aku (Mu­hammad) hanya diperintahkan menyembah Tuhan negeri ini (al-baldah, Makkah) yang telah Dia sucikan.” (Al-Naml : 91).

6. Al-Balad Al-Amin, Allah SWT berfirman, “Demi buah Tin dan buah Zaitun, demi gunung Sinai, dan demi negeri yang aman ini (al-Balad al-Amin, Makkah).” (Al-Tin : 1-3).

7. Al-Balad Al Aminin, sebagaimana tersurat dalam firman Allah Swt, “Dan ingatlah ketika Ibrahim berdoa, “Ya Tuhanku, jadikanlah negeri (Makkah) ini negeri yang aman (al-Balad al-Aminin).” (Al-Baqarah : 126).

Adakah anda merasakan artikel saya ini berguna? Jika ya kongsi dengan rakan anda : Jika anda suka dengan artikel saya, pastikan anda Langgan melalui RSS feed! atau Langgan Blog Rahman Bashri melalui Emaili Komen anda sangat berguna untuk saya memperbaiki Blog Rahman Bashri..Terima Kasih

Apabila Harta Dipandang Tinggi Untuk Mencari Kebahagiaan


قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إنَّ اللهَ لاَ يَنْظُرُ إِلَى صُوَرِكُمْ وَأَمْوَالِكُمْ وَلَكِنْ يَنْظُرُ إِلَى قُلُوْبِكُمْ وَأَعْمَالِكُم

Sabda Rasulullah SAW : "Sesungguhnya Allah tidak melihat rupamu dan hartamu, tetapi Dia melihat pada hatimu dan amalanmu." (Hadis Sahih Riwayat Imam Muslim)

قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: لَيْسَ الْغِنَى كَثْرَةِ الْعَرَضِ وَلَكِنَّ الغِنَى غِنَى النَّفْس

Sabda Rasulullah SAW : "Bukanlah kekayaan itu karena banyak harta, tetapi kekayaan itu adalah kaya hati."
(Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim)

قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مِنْ سَعَادَةِ ابْنِ اَدَمَ: اَلْمَرْأةُ الصَّالِحَةُ وَالْمَسْكَنُ الصَّالِحُ وَالْمَرْكَبُ الصَّالِحُ

Sabda Rasulullah SAW : Di antara kebahagiaan anak cucu Adam (manusia) ialah isteri yang solehah, tempat tinggal yang selesa dan kenderaan yang baik. (Hadis Sahih Riwayat Imam Ahmad)

Kebahagiaan adalah menjadi impian bagi semua makhluk insan tanpa mengira darjat. Adakah dia seorang raja atau hamba sahaya, adakah dia orang yang tinggal di kota atau di kampung, adakah dia orang kaya atau orang miskin. Tidak ada seorangpun manusia yang menginginkan kesengsaraan atau kecelakaan.

Dimanakah Kebahagiaan Itu?
Sejak dulu lagi telah timbul pertanyaan ini. Kalaulah kebahagiaan itu sesuatu yang sangat berharga, lalu di mana ia boleh didapati? Sungguh banyak manusia yang terkeliru dalam usaha mencarinya. Mereka akhirnya bagaikan pencari mutiara di dasar laut; badan penat, hati hampa, tangan kosong tanpa membawa hasil sedikitpun.

Betulkah Kebahagiaan Itu Ada Pada Harta?
Mereka ingat kononnya kebahagiaan itu terletak pada kekayaan, kebendaan dan keselesaan hidup. Berapa banyak orang yang kaya raya dan mempunyai harta yang banyak, namun hidup mereka tetap sahaja dalam kegelisahan dan jiwa mereka tidak tenteram. Kalau begitu harta yang banyak bukanlah penjamin  kebahagiaan. Dan ia bukanlah syarat utama untuk mencapai kebahagiaan. Bahkan kadang-kadang justeru karena harta yang banyak boleh membawa seseorang kepada kesengsaraan di dunia sebelum di akhirat.

Ini sebagaimana firman Allah SWT tentang orang Munafiq :


"Oleh itu, janganlah engkau tertarik hati kepada harta benda dan anak-anak mereka, (kerana) sesungguhnya Allah hanya hendak menyeksa mereka dengan harta benda dan anak-anak itu dalam kehidupan dunia, dan hendak menjadikan nyawa mereka tercabut sedang mereka berkeadaan kafir (untuk mendapat azab akhirat pula)". (At-Taubah 9:55)

Yang dimaksudkan dengan “azab” dalam ayat di atas adalah kesusahan, gundah, rungsing, sedih, keresahan, sakit dan penderitaan.

Betulkah Kebahagiaan Itu Pada Anak?
Memang benar bahawa anak adalah hiasan hidup di dunia.Kehadiran mereka ke muka bumi sebagai anugerah Allah memang ada yang mendatangkan kebahagiaan dan keceriaan dalam hidup sepasang suami isteri. Tetapi tidak jarang pula kita dapati dalam kehidupan sehari-hari justeru mereka yang menjadi penyebab ibubapanya akhirnya menderita? Kalau begitu, dengan memiliki anak tidaklah semestinya seseorang akan memperolehi kebahagiaan. Sebagaimana juga sebaliknya, jika tidak mendapat anugerah anak dari Allah itu tidak berarti seseorang itu pasti tidak memperolehi kebahagiaan.

Cara Mencari Kebahagiaan
Manusia berbeza pendapat dalam cara mereka mencari kebahagiaan. Berbagai jalan mereka tempuh untuk memperolehinya. Perbezaan pemahaman mereka dalam hal ini sangat ketara.

Golongan I:
Mereka berpendapat bahawa kebahagiaan yang dicari itu terdapat pada keseronokan yang bersifat kebendaan dan kenikmatan yang zahir.
Maksud : Mereka yang hanya menumpukan perhatiannya pada kelazatan duniawi walaupun melalui cara-cara yang tidak diredhai oleh Allah SWT. Akhlak mereka runtuh. Allah golongkan mereka sebagai golongan yang kafir dan sesat. Allah samakan darjat mereka seperti binatang karana tidak memahami matlamat dan nilai-nilai hidup.

Firman Allah SWT :


"Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman serta mengerjakan amal-amal yang soleh - ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; dan (sebaliknya) orang-orang yang kafir menikmati kesenangan di dunia serta mereka makan minum sebagaimana binatang-binatang ternak makan minum, sedang nerakalah menjadi tempat tinggal mereka." (Muhammad 47:12)

Kebahagiaan justeru dapat diperolehi dengan cara meninggalkan segala kelazatan duniawi dan keluar dari kongkongan fitrah.


Golongan 2 : Yang menjauhkan diri daripada kehidupan dunia. Mereka melihat dunia dengan pandangan yang serba negatif. Mereka seolah-olah ingin keluar daripada fitrah dan realiti.
Maksud : Perjalanan golongan ini seolah-olah memberi kesempatan dan laluan kepada golongan pertama untuk memimpin dunia. Dan bila itu terjadi maka akan hancurlah agama dan musnahlah dunia.

Allah SWT  berfirman :


"Hai irang-orang yang beriman, janganlah kamu haramkan apa-apa yang baik yang telah Allah halalkan bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas. (Al-Mai'dah : 87)

Kedua-dua pandangan di atas adalah salah karena ia tidak sesuai dengan matlamat manusia diciptakan oleh Allah di atas muka bumi ini sebagai Khalifah Allah.



Konsep Kebahagiaan Sebenar Menurut Islam
Kalau Islam memandang kedua-dua golongan di atas keliru dalam mereka memahami makna kebahagiaan. Maka Islam memandang manusia sebagai khalifah Allah di atas muka bumi bertanggungjawab melaksanakan tugas kekhalifahan tersebut. Insan terdiri daripada roh dan jasad. Dan jasad bukanlah musuh atau penjara bagi roh. Jasad adalah alat bagi roh untuk melaksanakan semua kewajiban tersebut. Dunia ini tempat kita beramal, ia tidak obahnya bagaikan satu medan perjuangan, bukan tempat untuk bersuka-ria tanpa batasan dan bukan pula tenpat menyiksa diri.

Allah berfirman (Al-Mulk 67:2)



"Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya, dan memanglah ia sangat berkuasa atas sesuatu"

Ihsan Al-‘Amal (amal yang baik) dan ayat di atas dapat tersimpul dalam hubungan baik manusia dengan Allah melalui akidah dan ibadah, dan hubungan baik manusia dengan sesama mereka melalui akhlak dan budi pekerti yang mulia

Kebahagiaan Terdapat Dalam Diri Insan:
Kalau kebahagiaan bukan terletak pada harta yang banyak, anak, pangkat, dan kebendaan lainnya, maka kalau begitu ia adalah sesuatu yang maknawi (abstrak) tidak dapat dilihat oleh mata kasar. Kebahagiaan yang sebenarnya ialah sesuatu yang muncul dari dalam diri insan karena keimanannya kepada Allah SWT. Tidak seorangpun mampu mencabutnya dari seseorang jika Allah berkehendak memberikan kepadanya.

Kebendaan Yang Wajar Untuk Mencapai Kebahagiaan:
Walaupun kebahagiaan sesuatu yang abstrak (maknawi), ini tidak bermakna kita mesti tinggalkan segala bentuk kebendaan. Bukankah baginda pernah menyatakan bahawa di antara tanda-tanda manusia yang bahagia ialah mereka yang memiliki wanita yang salehah, rumah yang selesa dan kenderaan yang baik?
Yang penting, jangan sampai kebendaan melalaikan kita daripada mengingati Allah.Dan barangkali inilah rahasianya mengapa Allah mendahulukan akhirat daripada dunia

Contohnya seperti Firman Allah SWT ini :



"Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan ". (Al-Qasas 28:77)

Jom Layan Video ni..



Sekian..Waallahualam...

Adakah anda merasakan artikel saya ini berguna? Jika ya kongsi dengan rakan anda : Jika anda suka dengan artikel saya, pastikan anda Langgan melalui RSS feed! atau Langgan Blog Rahman Bashri melalui Emaili Komen anda sangat berguna untuk saya memperbaiki Blog Rahman Bashri..Terima Kasih

Thursday, 23 August 2012

15 Perkara Yang Mengakibatkan Datangnya Bencana


Daripada Ali bin Abu Talib berkata, Nabi Muhammad saw telah bersabda :
"Apabila umatku melakukan 15 perkara, pasti turun bencana menimpa mereka. Lima belas perkara itu adalah seperti berikut :-

1. Menganggap kekuasaan sebagai suatu perniagaan mencari keuntungan.
2. Menganggap amanah seperti ghanimah (harta rampasan perang).
3. Menganggap membayar zakat adalah merugikan.
4. Lelaki atau suami tunduk kepada isterinya.
5. Anak derhaka kepada ibunya.
6. Anak lebih taat kepada kawannya berbanding kepada orang tuanya.
7. Anak membenci ayahnya.
8. Ramai orang menjerit-jerit di dalam masjid.
9. Pemimpin adalah orang yang rendah budinya.
10.Orang ditakuti kerana kejahatannya.
11. Minuman arak berleluasa.
12. Ramai orang memakai sutera.
13. Penari wanita berleluasa.
14. Muzik dimainkan di merata-rata tempat.
15. Umat Islam pada hari ini mengutuk umat terdahulu termasuk para sahabat , tabiin dan imam.

Maka pada saat itu, tunggulah datangnya azab termasuk angin merah, gempa bumi, tanah runtuh dan kemusnahan." (Hadis Riwayat Tirmizi)

Nabi berkata, " Ada dua jenis perbuatan yang mendapat seksaan dengan segera di dunia iaitu perbuatan berzina dan menderhaka kepada ibu bapa." (Hadis Riwayat Bukhari)

Aisyah berkata, Nabi Muhammad saw berkata, "Amal kebajikan yang disegerakan balasannya di dunia adalah berbakti kepada orang tua dan menyambung tali silaturrahim. Kejahatan yang disegerakan seksaannya adalah berzina, menderhaka kepada ibu bapa dan memutuskan tali silaturrahim." (Hadis Riwayat Imam Tirmiz dan Ibnu Majah)

Adakah anda merasakan artikel saya ini berguna? Jika ya kongsi dengan rakan anda : Jika anda suka dengan artikel saya, pastikan anda Langgan melalui RSS feed! atau Langgan Blog Rahman Bashri melalui Emaili Komen anda sangat berguna untuk saya memperbaiki Blog Rahman Bashri..Terima Kasih

Wednesday, 15 August 2012

Amalan-Amalan Murah Rezeki


Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:

1)  Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2)  Memperbanyakan istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba.
Sabda Nabi s.a.w.:
“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan
menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad,Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3)  Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.:
“… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)

4)  Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya:“(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)

Adakah anda merasakan artikel saya ini berguna? Jika ya kongsi dengan rakan anda : Jika anda suka dengan artikel saya, pastikan anda Langgan melalui RSS feed! atau Langgan Blog Rahman Bashri melalui Emaili Komen anda sangat berguna untuk saya memperbaiki Blog Rahman Bashri..Terima Kasih

Doa Seorang Ibu Sangat Makbul Sehingga Membawa Ke Syurga


Islam menuntut kita untuk berbuat baik kepada ibu bapa.Ia merupakan perintah Allah SWT yang wajib kita tunaikan. Sebagai seorang anak, kita diperintahkan agar sentiasa melakukan kebaikan terhadap mereka seperti bersikap lemah lembut, berbudi bahasa, tidak berlaku kasar dan selalu ingat dan menghargai jasa serta pengorbanan yang telah diberikan kepada kita selama ini. Mereka telah bersusah payah memelihara dan menjaga kita siang dan malam dengan mengorbankan waktu, tenaga, perasaan, wang ringgit dan sebagainya demi memberikan yang terbaik untuk kita. Atas dasar itulah maka Islam menetapkan bahawa tanggungjawab melakukan kebaikan kepada ibu bapa amat besar sehingga ia digandingkan dengan perintah mentauhidkan Allah SWT.

Firman Allah dalam surah al-Isra’ ayat 23:

Yang maksudnya: "Dan Tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "uh" dan janganlah engkau menengking, menyergah mereka tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)."

Selain itu, ajaran Islam juga menyuruh kita agar sentiasa bersyukur dan berterima kasih kepada kedua ibu bapa kita. Dalam firman Allah SWT dalam surah Lukman ayat 14:

Yang maksudnya: "Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapa mu dan (ingatlah) kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)."

Sesungguhnya begitu besar sekali peranan dan pengorbanan kedua ibu bapa, lebih-lebih lagi buat si ibu sehingga Islam mengangkat darjat seorang ibu itu lebih dari seorang bapa. Berdasarkan Sabda Rasulullah SAW:

"عَنْ مُعَاوِيَةَ بْنِ حَيْدَةَ الْقُشَيْرِىِّ قَالَ : قُلْتُ يَا رَسُوْلَ اللهِ ، مَنْ أَبَرَّ؟ قَالَ : أُمُّكَ . قَالَ قُلْتُ : ثُمَّ مَنْ؟ قَالَ : أُمُّكَ . قَالَ قُلْتُ : ثُمَّ مَنْ؟ قَالَ : أُمُّكَ . قَالَ قُلْتُ : ثُمَّ مَنْ؟ قَالَ : أَبَاكَ؟ ثُمَّ الأَقْرَبَ فَالأَقْرَبَ."

Maksudnya: "Daripada Muawiyah bin Haidatal Qusyairi katanya aku bertanya Rasulullah SAW, siapakah orang yang paling patut aku berbuat baik?, Rasulullah SAW menjawab : ibumu, kemudian aku bertanya lagi siapa?, Rasulullah menjawab : ibumu, kemudian aku bertanya lagi siapa? Rasulullah menjawab: ibumu, kemudian aku bertanya lagi siapa? Rasulullah menjawab : bapamu, kemudian orang yang paling hampir denganmu dan seterusnya". (Hadis Riwayat at-Tirmizi)

Maksud hadis tersebut, Baginda Rasulullah SAW telah menggariskan satu dasar bahawa Islam amat mengutamakan kepada si ibu sebagai insan yang layak menerima segala layanan yang terbaik dari setiap anak-anaknya ini kerana segala pergorbanan yang ditanggung oleh ibu sepanjang tempoh kehamilan diikuti dengan proses melahirkan, kemudian memelihara untuk membesarkan kita adalah satu tempoh yang amat sukar. Namun begitu, ia berjaya diatasi dengan sebab rasa kasih sayang yang mendalam dalam diri si ibu berserta sokongan dari si bapa.

Memandangkan begitu banyak jasa dan pengorbanan oleh ibu, maka selayaknyalah ibu diberi penghormatan yang begitu tinggi, ini tepat sekali dengan sabda Nabi Muhammad SAW:

"اَلْجَنَّةُ تَحْتَ أَقْدَامِ اْلأُمَّهَاتِ."

Maksudnya: "Syurga itu berada di bawah telapak kaki ibu-ibu."

Hal ini dapat dilihat dalam kisah Alqamah, di mana beliau begitu sukar untuk melafazkan kalimah syahadah di saat sakaratul maut kerana perasaan ibunya yang terguris di atas layanannya, walaupun Alqamah kuat beribadah tetapi beliau telah melakukan sesuatu yang mengguris perasaan ibunya, lalu ibunya merasa kecil hati dengan tindakannya, sehingga ibunya sukar untuk memaafkannya. Peristiwa ini perlu dijadikan iktibar oleh kita semua, semoga perkara yang dialami oleh Alqamah tidak terjadi kepada kita.

Blog Rahman Bashri : Berbuat baiklah dan rebutlah pelunag untuk berbakti kepada kedua ibu bapa sewaktu mereka masih ada. Sesungguhnya ganjaran Allah amat besar bagi mereka yang taat dan mengasihani ibu bapa mereka.

Adakah anda merasakan artikel saya ini berguna? Jika ya kongsi dengan rakan anda : Jika anda suka dengan artikel saya, pastikan anda Langgan melalui RSS feed! atau Langgan Blog Rahman Bashri melalui Emaili Komen anda sangat berguna untuk saya memperbaiki Blog Rahman Bashri..Terima Kasih

Siapa Yang Mencipta Allah?


Bersendirian selalu mendatangkan pelbagai persoalan dalam diri kita. Di antara sedar dan tidak sedar kita terfikir siapa yang menciptakan alam ini. Siapa yang menciptakan manusia, siapa yang menciptakan bumi, bintang, langit, dan apa yang ada disekeliling kita. Perasaan itu datang kerana sifat manusia yang ingin tahu. Seterusnya fikiran melayang jauh sehingga tidak sedar kita bertanya dengan diri kita Siapa Yang Mencipta Allah?

Awas!! ini adalah bisikan dari syaitan! syaitan yang dilaknat!

Dari Aisyah, Rasulullah saw. bersabda: "Sesungguhnya syaitan akan datang kepada seseorang diantara kamu lalu ia berkata: "Siapa yang menciptakan kamu?" Lalu dia menjawab: 'Allah', kemudian syaitan akan bertanya lagi: Siapakah yang mencipta Allah?" Apabila seorang di antara kamu mendapati hal semacam itu, maka hendaklah dia berkata “aman tu billahi wa rasulih” (aku beriman kepada Allah dan RasulNya) dan dengan ucapan itu syaitan itu akan pergi dari dirinya." (Hadis riwayat Ahmad dengan sanad hassan)

Adakah anda merasakan artikel saya ini berguna? Jika ya kongsi dengan rakan anda : Jika anda suka dengan artikel saya, pastikan anda Langgan melalui RSS feed! atau Langgan Blog Rahman Bashri melalui Emaili Komen anda sangat berguna untuk saya memperbaiki Blog Rahman Bashri..Terima Kasih

Hadis Tentang Sedekah Di Bulan Ramadhan


Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, "Sesiapa yang menjamu makanan untuk berbuka bagi orang yang berpuasa, pahalanya sama seperti pahala orang berpuasa, iaitu pahala orang berpuasa yang tidak dikurangkan walau sedikit". (HR al-Tirmizi)

Diceritakan oleh Ibnu Abbas radhiallahu’anhuma, "Nabi s.a.w adalah manusia paling dermawan dan kemuncak sifat dermawan baginda itu ditunjukkan pada bulan Ramadan." (HR Bukhari)

Adakah anda merasakan artikel saya ini berguna? Jika ya kongsi dengan rakan anda : Jika anda suka dengan artikel saya, pastikan anda Langgan melalui RSS feed! atau Langgan Blog Rahman Bashri melalui Emaili Komen anda sangat berguna untuk saya memperbaiki Blog Rahman Bashri..Terima Kasih

Hadis Tentang Kenapa Perempuan Lebih Ramai Masuk Neraka


Dari Imran bin Husain dia berkata, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : “Sesungguhnya penduduk Syurga yang paling sedikit adalah wanita.” (Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : “Aku melihat ke dalam Syurga maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah fuqara’ (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam Neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penghuninya adalah wanita.” (Hadis Riwayat Al- Bukhari dan Muslim)

Sabda Rasulullah s.a.w : “Allah tidak akan melihat kepada wanita yang tidak mensyukuri apa yang ada pada suaminya dan tidak merasa cukup dengannya.” (HR Nasa’i)

Sabda Rasulullah s.a.w : “Wanita yang meminta cerai pada suaminya tanpa sebab (yang syar’ie) maka haram baginya mencium wangi Syurga.” (Hadis Riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi )

Dalam hadis yang lain, Rasulullah s.a.w menjelaskan tentang wanita penghuni Neraka, baginda bersabda :
“ … dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya mereka telanjang, melenggak-lenggokkan kepala mereka kerana sombong dan berpaling dari ketaatan kepada Allah dan suaminya, kepala mereka seakan-akan seperti bunggul unta. Mereka tidak masuk Syurga dan tidak mendapatkan wanginya Syurga padahal wanginya boleh didapati dari jarak perjalanan sekian dan sekian.” (Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)

Di dalam kisah solat gerhana matahari, Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya melakukan solat gerhana padanya dengan solat yang panjang , Rasulullah s.a.w melihat Syurga dan Neraka. Ketika beginda melihat Neraka beginda bersabda kepada para sahabatnya: “ … dan aku melihat Neraka maka tidak pernah aku melihat pemandangan seperti ini sama sekali, aku melihat kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita. Para sahabat pun bertanya : “Mengapa (demikian) wahai Rasulullah?” Baginda s.a.w menjawab : “Kerana kekufuran mereka.” Kemudian ditanya lagi : “Apakah mereka kufur kepada Allah?” Baginda menjawab : “Mereka kufur terhadap suami-suami mereka, kufur terhadap kebaikan-kebaikannya. Kalaulah engkau berbuat baik kepada salah seorang di antara mereka selama waktu yang panjang kemudian dia melihat sesuatu pada dirimu (yang tidak dia sukai) nescaya dia akan berkata : ‘Aku tidak pernah melihat sedikitpun kebaikan pada dirimu.’ ” (Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari)

Ketika beginda selesai berkhutbah hari raya yang berisikan perintah untuk bertakwa kepada Allah s.w.t. dan anjuran untuk mentaatiNya. Baginda pun bangkit mendatangi kaum wanita, baginda menasihati mereka dan mengingatkan mereka tentang akhirat kemudian baginda bersabda : “Bersedekahlah kamu semua. Kerana kebanyakan kamu adalah kayu api Neraka Jahanam!” Maka berdirilah seorang wanita yang duduk di antara wanita-wanita lainnya yang berubah kehitaman kedua pipinya, dia pun bertanya : “Mengapa demikian, wahai Rasulullah?” Baginda menjawab : “Kerana kamu banyak mengeluh dan kamu tidak taat terhadap suami.” (Hadis Riwayat Al- Bukhari)

Adakah anda merasakan artikel saya ini berguna? Jika ya kongsi dengan rakan anda : Jika anda suka dengan artikel saya, pastikan anda Langgan melalui RSS feed! atau Langgan Blog Rahman Bashri melalui Emaili Komen anda sangat berguna untuk saya memperbaiki Blog Rahman Bashri..Terima Kasih

Amalan Yang Ditinggalkan Begitu Jauh Dipelusuk Hati Orang Malaysia


Ibu mengandung itu seakan-akan mahu pitam. Mungkin terlalu letih kerana seharian bekerja dan terpaksa pula berdiri lama di dalam komuter. Usia kandungannya kira-kira lima bulan. Leka memerhati ibu mengandung yang baru masuk ke dalam komuter sebentar tadi dengan keadaan penuh sesak dengan manusia yang baru pulang bekerja.

Agak sukar bagi si ibu untuk meredah kesesakan lalu berdiri di hadapan sekumpulan remaja perempuan yang sedang duduk sambil berbual. Dibiarkan si ibu berdiri sepanjang perjalanan dan perhentian. Malang sungguh.

Wajarkah kita melakukan perkara sedemikian? Di mana letaknya sikap prihatin dan timbang rasa kita sebagai manusia?

Sudah banyak yang di ajarkan kepada kita tentang sikap prihatin, tanggungjawab, timbang rasa, menghormati dan menyayangi tetapi masih belum meninggalkan kesan. Buktinya fenomena sebegini masih berlaku dan boleh dilihat di mana sahaja.

Siapa yang harus dipersalahkan? Kerajaan? Ibu bapa? Atau individu itu sendiri. Mungkin sudah menjadi kebiasaan bagi segelintir masyarakat di negara ini. Terlalu mementingkan diri sendiri.

Kerajaan telah berusaha memberikan panduan kepada masyarakat tentang akhlak yang baik yang harus diamalkan melalui iklan sama ada media cetak mahupun media elektronik. Masyarakat diberi panduan bagaimana hendak berbudi dan berbahasa. Malangnya tidak diendahkan.

Salah satunya adalah kempen yang dijalankan oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan. Kempen yang bertemakan ”Budi Bahasa dan Nilai Murni” adalah bertujuan untuk mendedahkan masyarakat dengan nilai-nilai yang perlu menjadi amalan seharian.

Banyak iklan di media yang mengajar kita membantu dan menghormati orang lain. Lebih mudah dilihat dan difahami adalah melalui televisyen.

Contohnya, mengutamakan orang yang lebih tua ketika menaiki kenderaan awam, membantu mengangkat barang-barang mereka, membantu mereka ketika melintas jalan dan memberikan tempat duduk kepada orang yang kurang upaya atau yang lebih memerlukan. Tidak rugi membuat kebaikan kepada mereka.

Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum, oleh itu pastinya setiap bangsa mempunyai pelbagai budaya, adat dan agama. Sudah tentu ia menitikberatkan tentang nilai-nilai murni, akhlak yang baik begitu juga kesopanan dan tatasusila.

Namun, tidak dapat dinafikan segelintir masyarakat kita pada masa kini mengamalkan gaya hidup yang kasar, melanggar peraturan dan etika berbahasa, meletakkan adab sopan jauh dibelakang dan mengabaikan tatasusila.

Sebenarnya akhlak yang baik bermula dari rumah dan diri kita sendiri. Kita yang menentukan akhlak dan jati diri terutamanya golongan remaja yang bakal menerajui negara, bangsa dan agama.

Lebih-lebih lagi kita hidup dalam negara Islam yang mempunyai pelbagai kaum, bangsa dan agama. Justeru itu, nilai-nilai murni harus diterapkan dan diamalkan tanpa mengira siapa kita, tinggi pangkat kita atau sebaliknya.

Tindakan kerajaan mengadakan kempen ini adalah untuk menerapkan serta menanam nilai-nilai murni ke dalam alam fikiran, hati budi juga perilaku warganegara malaysia di semua peringkat. Selain percaya kempen ini akan memberikan input dan impak yang baik jika masyarakat peka dan bersedia bukan sahaja untuk meneguhkan kembali kekuatan peribadi malah jati diri masyarakat kita.

Dari perspektif Islam pula, semua perbuatan yang baik dan ikhlas itu dianggap nilai-nilai murni yang harus diamalkan oleh semua lapisan masyarakat. Ia merangkumi tingkah laku, perbuatan, adab bertutur dan sikap individu. Dalam masyarakat Melayu, keperibadian dan pembentukan sahsiah diri dan jati diri amat penting untuk membina peribadi melayu yang baik, beragama, berakhlak dan berbudi. Rasullullah adalah contoh terbaik yang patut diikuti kerana baginda sentiasa menggunakan bahasa yang baik ketika bertutur, penuh adab sopan dan rasional.

Adakah anda merasakan artikel saya ini berguna? Jika ya kongsi dengan rakan anda : Jika anda suka dengan artikel saya, pastikan anda Langgan melalui RSS feed! atau Langgan Blog Rahman Bashri melalui Emaili Komen anda sangat berguna untuk saya memperbaiki Blog Rahman Bashri..Terima Kasih

Monday, 13 August 2012

Panduan Solat Qasar dan Jama'


Kepada mereka yang ingin pulang ke kampung yang jauh berbatu-batu, eloklah jadikan panduan Solat Qasar dan Jama' ini sebagai rujukan supaya memudahkan perjalanan anda semua..

Solat Qasar
Maksud Solat Qasar adalah mengqasarkan (memendekkan) solat yang empat rakaat iaitu Zuhur, Asar dan Isya’ kepada dua rakaat sementara solat Maghrib dan solat Subuh tidak boleh diqasarkan.

Hukum Qasar Harus berdasarkan kepada dalil berikut:
“Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa mengqasarkan (memendekkan) solat jika kamu takut diserang oleh orang kafir…” (An-Nisa' 101)

Al-Sunnah yang bermaksud; ‘Ya’la bin Umayyah pernah bertanya kepada Umar bin al- Khattab, “Kenapa kita perlu mengqasarkan solat sedangkan kita berada dalam keamanan?” Lalu beliau menjawab, “Aku telah bertanya kepada Nabi s.a.w., dan Baginda bersabda, solat qasar itu adalah sedekah yang Tuhan telah bersedekah kepadamu, maka terimalah sekalian kamu akan sedekah- Nya” (Riwayat al-Nasa’i dan Abu Daud)

Jarak Dibenarkan Qasar Dua marhalah iaitu empat burudin di mana setiap burudin mempunyai empat farsakh dan setiap farsakh terdiri daripada 5514 meter mengikut kiraan moden. Dari itu, dua marhalah adalah bersamaan 89 kilometer.

Syarat Solat Qasar
1)  Hendaklah pelayaran atau perjalanan itu diharuskan oleh syara’.
2)  Jauh pelayaran atau perjalanan itu tidak kurang daripada dua marhalah (89 kilometer / 56 batu)
3)  Berniat qasar di dalam takbiratul ihram.
4)  Tidak berimam dengan orang yang solat tamam (sempurna)
5)  Hendaklah solat yang diqasarkan itu terdiri dari solat empat rakaat.

Contoh Niat Qasar
أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat Qasar kerana Allah Taala)


Solat Jama’
Takrifan Solat Jama’ terbahagi kepada :

1)  Jama’ Taqdim iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Zuhur atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Maghrib.

2)  Jama’ Ta’khir iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Asar atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Isya’.

Syarat Solat Jama’

Solat Jama’ Taqdim
1)  Hendaklah bersolat secara tertib iaitu mendahulukan solat Zuhur daripada solat Asar dan solat Maghrib daripada solat Isya'.
2)   Hendaklah niat Jama’ Taqdim di dalam solat pertama sebelum salam tetapi yang afdhalnya di dalam takbiratul ihram.
3)  Berturut-turut di antara solat yang dijama’kan itu.
4)  Berkekalan pelayaran atau perjalanan itu hingga takbiratul ihram solat yang kedua.
5)  Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zuhur atau Maghrib) berkekalan sehingga didirikan solat yang kedua (Asar atau Isya’).

Solat Jama’ Ta’khir
1)  Hendaklah berniat jama’ dalam waktu pertama iaitu Zuhur atau Maghrib.
2)  Berkekalan pelayaran atau perjalanan hingga memberi salam solat yang kedua.
3)  Contoh Niat

Niat Jama’ Taqdim

Jama’ Taqdim Empat Rakaat

أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)

Jama’ Taqdim Beserta Qasar

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)


 Niat Jama’ Ta’khir

Jama’ Ta’khir Empat Rakaat

أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah)

Jama’ Ta’khir Beserta Qasar

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah)

Adakah anda merasakan artikel saya ini berguna? Jika ya kongsi dengan rakan anda : Jika anda suka dengan artikel saya, pastikan anda Langgan melalui RSS feed! atau Langgan Blog Rahman Bashri melalui Emaili Komen anda sangat berguna untuk saya memperbaiki Blog Rahman Bashri..Terima Kasih

Sunday, 12 August 2012

Rundingan Jalan dan Cara Mengatasi Masalah Keluarga

Gambar Hiasan Semata-Mata
Rundingcara bukanlah suatu perkara yang baru muncul malah ianya wujud bersama-sama dengan kewujudan masyarakat manusia. Dewasa ini rundingcara yang berlaku mungkin berbeza dari segi cara dan metodenya dan bukan pula secara ikhtisas.

Di kalangan masyarakat Islam di Malaysia istilah rundingcara perkahwinan mula diperkenalkan bersama dengan perlaksanaan undang-undang keluarga Islam di awal tahun lapan puluhan. Tetapi pada hakikatnya, rundingcara perkahwinan telah pun diamalkan di kalangan masyarakat Melayu di Malaysia. Tetapi amalan tersebut mungkin tidak menetapkan istilah seperti yang digunakan pada hari ini. Begitu juga dari segi metode dan tekniknya tidaklah sebagaimana yang diamalkan buat masa kini.

Di kalangan masyarakat Islam di kampung-kampung yang masih utuh semangat muafakat dan tali persaudaraan yang masih intim, setiap persoalan yang berhubung dengan kekeluargaan tetap dibawa berunding. Oleh sebab itulah timbul pepatah Melayu, “Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing” dan
“Muafakat itu membawa berkat”. Umpamanya bermula dari urusan yang paling kecil iaitu ketika maharnya dan seterusnya tentang pengurusan kenduri kendara perkahwinan.

Suatu lagi faktor yang menjauhkan golongan muda dari golongan tua ialah apabila golongan muda dari desa bekerja dan bermastautin di bandar maka hubungan dengan ibu bapa atau datuk nenek mula jauh. Mereka susah untuk mendapat nasihat dan tunjuk ajar dari golongan tua. Dalam hal yang seumpama ini mereka tidak ada tempat untuk mengadu. Faktor corak hidup di bandar merupakan suatu gejala yang boleh mempercepatkan lagi keperluan masyarakat kepada rundingcara perkahwinan. Faktor inilah juga yang memantapkan lagi perkhidmatan rundingcara perkahwinan di negara-negara yang telah maju seperti di Amerika dan England.

Punca-punca Yang Menimbulkan Konflik Rumah Tangga
1) Ketidakfahaman dan sikap cuai kedua suami isteri tentang tanggungjawab perkahwinan seperti perkahwinan ketika usia terlalu muda.
2) Campur tangan mertua.
3) Sikap suami yang bengis.
4) Suami/isteri yang suka berpoya-poya.
5) Isteri yang terlalu cemburu.
6) Suami mempunyai hubungan dengan wanita lain.
7) Suami yang tidak mampu memberi nafkah.
8) Perzinaan.
9) Ketidakseimbangan dalam kemampuan seksual.
10) Isteri enggan dimadukan.
11) Isteri mandul.

Masalah-masalah Rumah Tangga
1) Ekonomi
2) Peribadi (emosi dan fizikal)
3) Seks
4) Sosial

a) Ekonomi
Di samping memenuhi keperluan psikologi perkahwinan juga mestilah memenuhi keperluan ekonomi. Dengan kata lain, di samping memberi kasih sayang kepada isteri, seorang suami juga berkewajipan memberi nafkah kepada isteri dan anak-anaknya. Terdapat beberapa masalah dari aspek ekonomi yang sering mencetus masalah rumah tangga seperti:
i) Suami yang sememangnya tidak mampu menyediakan nafkah yang mencukupi.
ii) Suami yang sengaja cuai menyediakan nafkah yang mencukupi.
iii) Sikap isteri yang sentiasa meminta sesuatu yang sememangnya tidak dapat diadakan oleh pihak suami.
iv) Sikap suami yang memeras harta isteri.
v) Jika kedua suami isteri sama-sama bekerja, terdapat pula sikap berkira di antara keduanya di dalam menguruskan ekonomi rumah tangga.

b) Peribadi
Apa yang dimaksudkan dengan masalah yang berpunca dari peribadi ialah masalah yang melibatkan sikap fizikal dan emosional seseorang suami atau isteri. Umpamanya masalah kesihatan fizikal pihak suami atau isteri ,suami yang mengidap penyakit yang tidak membolehkan ia mencari nafkah atau melayani isterinya. Begitu juga dengan isteri yang terlantar sakit atau tidak dapat melahirkan zuriat. Manakala masalah emosional pula seperti sikap suami yang cepat naik berang, perungus atau mempunyai kebiasaan melakukan kekerasan fizikal terhadap pihak isteri. Atau terdapat juga keadaan di mana isteri pula mengalami masalah emosional seperti garang atau terlalu cemburu.

Di dalam suatu kes yang pernah berlaku, si suami terlalu cemburu dan tidak mempercayai pihak isteri kerana isteri mempunyai hubungan yang karib dengan teman lelaki sepejabatnya. Dia telah dua kali menceraikan isterinya. Apabila dianalisa tentang latar belakangnya ternyata pihak suami telah mengalami satu trauma kesan dari perkahwinan ibu dan bapanya yang hancur dan begitu juga dengan perkahwinan saudara-saudara perempuannya yang lain.

c)  Seksual
Lazimnya masalah seksual terjadi disebabkan oleh ketidakseimbangan dalam aktiviti seksual.
1)   Seperti suami/isteri yang mempunyai keinginan yang terlalu kerap atau sebaliknya suami yang terlalu dingin atau sememangnya telah hilang keupayaan seksual.
2)   Kejahilan atau kurang pengetahuan untuk mencapai kepuasan seksual sehingga menganggap pasangannya kurang mampu melayaninya.
3)   Suami yang mempunyai sikap kasar melakukan hubungan seksual atau luar biasa. Keempat: Suami atau isteri mempunyai hubungan seksual dengan orang lain.

d)  Sosial
Aspek soaial yang selalu mencetuskan konflik rumah tangga merangkumi hubungan sosial di kalangan ahli keluarga (maksudnya hubungan dengan orang lain). Konflik rumah tangga yang melibatkan hubungan dikalangan ahli keluarga terjadi apabila menantu enggan menghormati mertua atau tidak mesra dengan ipar-duai. Begitu juga konflik boleh berlaku jika ibu atau bapa tidak begitu mesra dengan anak-anak. Malahan lebih buruk lagi jika tidak terdapat kemesraan antara kedua suami isteri. Umpamanya pihak suami selalu memikirkan soal pekerjaannya sehingga tidak ada masa yang terluang untuk dihabiskan bersama-sama isteri dan anak-anaknya.

Manakala hubungan yang melibatkan orang yang di luar hubungan kekeluargaan berlaku apabila suami atau isteri mempunyai hubungan kasih dengan orang lain atau telah melakukan perzinaan. Begitu juga dengan sikap
suami atau isteri yang suka berpoya-poya.

Rundingcara Perkahwinan Menurut Perspektif Islam
Pada hakikatnya Islam telah menganjurkan prinsip-prinsip tertentu untuk membentuk, mengekal dan memperbaiki sesebuah rumah tangga. Tetapi dari segi tekniknya atau pendekatannya hendaklah disesuaikan dengan keadaan semasa. Rundingan di dalam bidang kekeluargaan amat diperlukan pada tiga peringkat berdasarkan peristiwa-peristiwa yang telah berlaku pada zaman Rasulullah SAW dan para sahabat.

Pertama: Pada peringkat awal iaitu ketika memilih pasangan.
Kedua: Apabila berlaku konflik rumah tangga.
Ketiga: Bagi pasangan yang telah lama berkahwin, tiba-tiba timbul perasaan
dingin dari satu pihak terhadap pasangannya.

Pertama : Rundingcara Pra-Perkahwinan
Apa yang dimaksudkan dengan rundingcara pra-perkahwinan ialah rundingcara yang diberi sebelum seseorang dara atau teruna mempastikan calon pasangannya. Islam telah menentukan ciri-ciri yang mesti diikuti dan mesti dijauhi di dalam memilih pasangan hidup. Misalnya di dalam sebuah hadis Rasulullah SAW telah menganjurkan supaya ciri agama diberi keutamaan meskipun pada hakikatnya manusia mengambil kira dari segi harta, rupa paras dan darjat keturunan. Di dalam hadis yang lain Rasulullah SAW melarang seseorang lelaki mengahwini seorang wanita yang cantik jelita tetapi ia menjadi punca kejahatan.

Salah satu daripada faktor yang boleh menguatkan ikatan perkahwinan ialah rasa kasih dan suka kepada calon suami atau isteri, oleh itu Islam menganjurkan supaya melihat calon pasangan masing-masing dengan penuh adab yang digariskan oleh syara. Seorang calon suami dibenarkan melihat setakat muka dan kedua tapak tangan calon pasangannya, tidak lebih dari itu.

Di samping itu selepas akad terdapat khutbah nikah yang menjelaskan lagi tanggungjawab suami dan isteri. Oleh itu amatlah perlu bagi kedua mempelai mendengar khutbah tersebut. Khutbah nikah mestilah disusun dengan lebih kemas dan komprehensif. Meskipun dewasa ini kursus bagi pasangan yang akan mendirikan rumah tangga telah dikendalikan, malah menjadi semakin popular tetapi ternyata kursus yang diberikan hanya berkisar di sekitar tugas suami isteri menurut perspektif hukum. Tetapi hal apa yang boleh
melengkapkan lagi kursus tersebut, termasuk juga hal yang berkaitan dengan pengurusan perbelanjaan rumah tangga, pengurusan rumah tangga dan juga kesediaan untuk menjadi ibu bapa (parenting).

Ternyata rundingcara pada peringkat awal ini lebih berbentuk tunjuk ajar, penerangan dan perbincangan.

Kedua :  Rundingcara apabila berlaku konflik rumah tangga
Dalam istilah fiqh terdapat perkataan “Nusyuz”. Nusyuz bermakna keadaan di mana suami atau isteri enggan menunaikan kewajipannya sebagaimana yang dituntut oleh syara’. Terdapat arahan yang jelas berhubung dengan sikap seorang isteri yang enggan taat kepada suaminya.
Langkah awal yang mesti dilakukan terhadap isteri ialah dengan menasihatinya.
Kedua, jika nusyuznya masih berterusan meskipun telah dinasihati maka suami boleh meninggalkan tempat tidur dengan isteri.
Ketiga, pihak suami boleh memukul isterinya, pukulan sekadar mengajar dan bukan pada tempat yang sensitif seperti di muka.
Sebaliknya jika pihak suami yang nusyuz maka isteri hendaklah mengadu kepada Qadi.
Apabila nusyuz berlaku sehingga ke peringkat yang paling sengit maka ianya dikenali sebagai “Shiqaq”. Apabila berlaku shiqaq maka terdapat satu institusi pendamai yang dianjurkan oleh Islam yang dikenali sebagai “Hakim”.
Islam menganjurkan supaya dilantik seorang hakim mewakili pihak suami dan seorang hakim mewakili pihak isteri.

Nusyuz di pihak isteri timbul apabila keadaan selisih faham kian meruncing atau apabila pihak isteri terlalu membenci suaminya sehingga ia menurut khuluk. Nusyuz dari pihak isteri boleh berlaku kerana sikap isteri sendiri atau kerana sikap suami yang kejam.

Nusyuz dari suami pula berlaku kerana isteri sakit berpanjangan atau kerana terlalu tua. Bagi isteri yang menyedari hakikat ini maka ia akan bertolak ansur seperti memberikan gilirannya kepada isteri yang lain. Keadaan seumpama ini telah berlaku kepada Saudah isteri Rasulullah SAW yang telah tua dan mengizinkan gilirannya untuk A’ishah.

Pada peringkat ini rundingcara yang diperlukan adalah secara penyertaan langsung (direct participation) terhadap masalah yang dihadapi oleh kedua-dua pihak. Oleh itu konsep “Hakam” menetapi keperluan tersebut kerana wakil dari kedua-dua pihak hendaklah terdiri dari kalangan mereka yang memahami
keadaan pihak yang diwakili. Maka dalam masyarakat yang sudah kompleks ternyata lebih banyak aspek diceburi maka adalah wajar pihak yang terlibat sebagai anggota Hakam terdiri dari berbagai-bagai kalangan.

Ketiga :  Rundingcara bagi Pasangan Yang Telah Lama Berkahwin
Terdapat dua keadaan bagi pasangan yang telah lama berkahwin:

Pertama, terdapat pasangan yang masih saling sayang menyayangi, malahan hubungan menjadi lebih utama apabila semakin lama usia perkahwinan, kerana pada peringkat tersebut perkahwinan lebih memupuk perasaan saling perlu memerlukan dan persahabatan di antara keduanya.

Kedua, terdapat pasangan yang semakin lama usia perkahwinan mereka maka semakin pudar kemesraan dan kasih sayang antara keduanya. (lama bermaksud tujuh tahun ke atas).

Oleh sebab matlamat perkahwinan ialah untuk mengekalkan
“Mawaddah” dan “Sakinah” di dalam sebuah rumah tangga, dan penceraian merupakan satu perkara halal yang paling dibenci oleh Allah SWT maka

Apakah tujuan atau motif utama rundingan pada peringkat ini ialah:
(a) Memperhebatkan kembali ikatan suami isteri;
(b) Memberi panduan untuk mengatur program kehidupan demi untuk mengelakkan dari rasa bosan dan kesunyian;
(c) Oleh kerana perkahwinan dalam kategori ini melibatkan mereka yang telah berusia pastilah dalam jangkamasa yang begitu lama semakin banyak pula masalah yang timbul sama ada dari aspek sosial, ekonomi, mental, fizikal dan sebagainya. Oleh itu jika masalah yang timbul terlalu serius maka masalah tersebut mesti diatasi atau jika perlu dirujukkan kepada mereka yang mempunyai kepakaran. Sebagai kesimpulan bentuk rundingcara pada peringkat ini lebih berbentuk menyedarkan atau peringatan dan juga perawatan atau pemulihan (curative and rehalilitative).

Runding Cara Menurut Perspektif Undang-Undang untuk Keluarga Islam Di Malaysia
Sebelum tahun lapan puluhan terdapat kesedaran bahawa perlu diletakkan pegawai wanita di Pejabat Qadi sebagai pembantu kepada Qadi. Negeri yang pertama mewujudkan jawatan Pegawai Wanita ialah Negeri Selangor. Kemudian diikuti oleh negeri-negeri lain. Ternyata pegawai-pegawai tersebut ditegaskan hanya sebagai pembantu Qadi di dalam melayani aduan di samping menasihati mereka.

Ternyata masyarakat Islam yang sedang berkembang pesat menghadapi proses pembangunan di Malaysia sedang berhadapan dengan suatu kenyataan. Kenyataan tersebut ialah unsur-unsur yang boleh meruntuhkan nilai-nilai insani telah mula menular bukan sahaja di bandar-bandar malahan juga ke desa-desa. Kesannya akhlak mulia manusia sudah mula rosak, kebendaan menjadi nilai utama dan masalah rumah tangga juga perlu turut meningkat.

Oleh itu pelaksanaan undang-undang Keluarga Islam adalah bertujuan untuk mewujudkan keluarga bahagia dan mempastikan perlindungan kepada pihak yang teraniaya. Maka demi untuk mencapai matlamat tersebut kita tidak semestinya beranggapan bahawa segala “hukuman” yang terkandung di dalam undang-undang berkenaan dapat menggarap kesemua permasalahan keluarga tanpa melihat bahawa kadang-kadang kesalahan itu dilakukan oleh manusia kerana dia tidak tahu, jiwanya tidak tenteram atau berbagai-bagai masalah lagi. Maka adalah lebih adil sebelum ia menerima sebarang “hukuman” maka ia dinasihati atau dipulihkan. Semoga ikatan perkahwinan yang hampir terlerai itu akan berjaya diselamatkan.

Sebenarnya tidak terdapat suatu peruntukan khusus tentang rundingcara perkahwinan di dalam undang-undang keluarga, tetapi secara tidak langsung terdapat peruntukan yang memerlukan Mahkamah menasihati kedua-dua pihak yang terlibat sebelum meluluskan perceraian. Misalnya jika suatu pihak telah bersetuju untuk bercerai dan Mahkamah telah berpuashati setelah melakukan penyiasatan bahawa perkahwinan tersebut tidak boleh diselamatkan, maka Mahkamah hendaklah menasihati pihak suami supaya melafazkan talaq.

Manakala dalam keadaan di mana suatu pihak lagi tidak bersetuju dengan perceraian atau terdapat kemungkinan untuk berdamai maka Mahkamah hendaklah melantik Jawatankuasa Pendamai yang terdiri dari seorang Pegawai Agama (Pengerusi) dan dua orang lagi yang mewakili pihak suami dan isteri. Di samping itu terdapat institusi HAKAM bagi menyelesaikan masalah shiqaq yang berlaku di antara kedua suami isteri. Jika sekiranya HAKAM yang dilantik buat pertama kali gagal untuk mendapat jalan penyelesaian maka dilantik HAKAM yang baru.

Adakah anda merasakan artikel saya ini berguna? Jika ya kongsi dengan rakan anda : Jika anda suka dengan artikel saya, pastikan anda Langgan melalui RSS feed! atau Langgan Blog Rahman Bashri melalui Emaili Komen anda sangat berguna untuk saya memperbaiki Blog Rahman Bashri..Terima Kasih

Ayat Al-Quran dan Hadis Tentang Kelebihan Membaca Al-Quran


Abdullah bin Mas’ud r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda,
“Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah swt maka untuknya diberi satu hasanah (kebaikan) sebagai ganjaran bagi huruf itu dan satu hasanah adalah sama dengan sepuluh pahala. Aku tidak berkata (alif,lam,mim) sebagai satu huruf tetapi (alif) adalah satu huruf, (lam) adalah satu huruf dan (mim) adalah satu huruf.” (Riwayat Tirmizi)

Dari Abu Umamah Al-bahili ra, dia berkata, saya mendengar Rasulullah saw bersabda,
"Bacalah Al Qur'an. Karena ia pada hari kiamat nanti akan datang untuk memberikan syafaát kepada para pembacanya." (HR Muslim)

Rasululullah SAW Bersabda:
"Perumpamaan orang Mukmin yang membaca Al-Quran, adalah seperti bunga utrujjah, baunya harum dan rasanya lazat; orang Mukmin yang tidak membaca Al-Quran, adalah seperti buah kurma, baunya tidak begitu harum, tapi manis rasanya; orang munafiq yang membaca Al-Quran ibarat sekuntum bunga, berbau harum, tetapi pahit rasanya; dan orang munafiq yang tidak membaca Al-Quran, ia tak ubah seperti buah hanzalah, tidak berbau dan rasanya pahit sekali." (HR Bukhari)

Allah SWT  berfirman:
 "Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu wahyu (Al Qur'an) dengan perintah Kami. Sebelummnya kamu tidaklah mengetahui apakah Al Kitab (Al Qur'an) dan tidak pula mengetahui apakah iman itu, tetapi Kami menjadikan Al Qur'an itu cahaya, yang Kami tunjuki dengannya siapa yang kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami". (Surah Asy Syuura ayat 52)

Allah SWT berfirman:
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu, apabila disebut (nama) Allah, gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya, bertambahlah iman mereka kerana-Nya dan kepada Allah lah mereka bertawakkal." (Surah Al Anfaal ayat 2)

Allah berfirman:
"Dan apabila dibacakan Al Qur'an, maka dengarkanlah dengan baik, dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat". (Surah Al A'raaf ayat 204)

Adakah anda merasakan artikel saya ini berguna? Jika ya kongsi dengan rakan anda : Jika anda suka dengan artikel saya, pastikan anda Langgan melalui RSS feed! atau Langgan Blog Rahman Bashri melalui Emaili Komen anda sangat berguna untuk saya memperbaiki Blog Rahman Bashri..Terima Kasih

Keistimewaan dan Kelebihan Ayat Seribu Dinar


Terjemahannya :
"Sesiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah akan berikan jalan keluar dari segala masalah dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan sesiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan ( yang dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu" . (Surah At-Talaq 2-3 )

Hikmah Ayat 1000 Dinar
Sesiapa mengamalkan ayat ini Insya’Allah akan:‎
‎1)  Memperoleh kemurahan rezeki yang tidak disangka-sangka.‎
‎2)  Mendapat jalan keluar dari segala masalah dan kesulitan.‎
‎3)  Mendapat perlindungan dari segala musibah dan bala bencana peperangan, ‎kezaliman dan bencana alam.‎
‎4)  Jika berperang Insya’Allah tidak akan cedera atau binasa kecuali telah sampai ajal.‎
‎5)  Allah akan menunaikan segala hajat dan memberi kemudahan dalam setiap urusan.

Sejarah Dinamakan 1000 Dinar‎
Pada zaman dahulu ada seorang pedagang lelaki yang bermimpi didatangi Nabi Khidir. ‎Pedagang itu kemudian diperintahkan untuk bersedekah wang sebanyak 1000 dinar. ‎Setelah tiga kali mengalami mimpi yang sama pedagang itu mula berfikir bahawa mimpi ‎yang beliau alami itu adalah benar. Pedagang itu pun ‎bersedekah wang sebanyak 1000 dinar, seperti yang diperintahkan. Setelah itu, sekali lagi pedagang tersebut ‎bermimpi bertemu Nabi Khidir. Lalu Nabi Khidir pun mengajarkanlah akan pedagang ‎itu ayat 2-3 surah at-Talaq untuk diamalkan. Lalu beramallah pedagang dengan ayat ‎berkenaan.‎

Sehinggalah pada suatu hari pedagang tersebut ingin pergi berdagang ke suatu tempat ‎yang lain dengan menggunakan jalan laut iaitu menaiki kapal. Di tengah pelayaran ia ‎dilanda angin taufan yang sangat dahsyat. Apa yang boleh dilakukan oleh pedagang itu ‎hanyalah bertawakkal pada Allah sambil terus menerus membaca akan ayat yang telah ‎diajarkan Nabi Khidir.

Akhirnya kapal yang beliau naiki pecah dipukul ombak, semua ‎penumpangnya kembali ke alam baqa kecuali pedagang tersebut. Apabila telah reda ‎angin, beliau mendapati dirinya terdampar di tepi pantai sebuah ‎negeri bersama barang dagangannya yang tidak rosak walau sedikitpun. Sambil menadah ‎tangan mengucapkan syukur ke hadhrat Allah SWT, beliau sedar dan insaf akan kebesaran ayat ‎yang diamalkannya itu. Lalu padagang itu mengambil keputusan untuk tinggal di negeri ‎tersebut.‎

Tinggallah lelaki itu di negeri yang baru, berdagang dan berniaga dengan penduduk ‎negeri, disamping terus mengamalkan membaca ayat 2-3 surah at-Talaq, sehinggalah ‎beliau diangkat menjadi raja di negeri tersebut (rezeki yang tidak disangka-sangka). ‎Begitulah kisahnya, sehinggalah sekarang ini ayat yang diajar Nabi Khidir itu digelar ayat ‎‎1000 dinar.‎

Pendapat Ulama’
Memang kita tidak boleh menafikan kelebihan ayat 1000 dinar. Para ulama’ menganjurkan supaya mengamalkan ayat ini untuk memperolehi kejayaan atau keuntungan. Walaupun terdapat perselisihan dan tentangan dari para alim ulama’ akan kelebihan dan kesahihan sumbernya, kerana tidak ada dalil dari al-Quran atau hadis.

Begitu pun beramal dengan ayat-ayat Allah tidak akan merugikan sesiapa bahkan Allah SWT akan mengurniakannya dengan kelebihan yang banyak. Apabila diperhatikan kepada makna setiap ayat, memang tepat dan benar bahawa ayat ini amat penting untuk diamalkan oleh setiap umat Islam, agar lebih tinggi kebergantungan seseorang itu kepada Allah SWT dalam setiap tindak tanduk dan perbuatan.

Ayat tersebut mengandungi dua pengajaran iaitu supaya kita bertaqwa dan bertawakkal kepada Allah dalam semua urusan rezeki dan kebergantungan. Hanya Allah yang Maha Berkuasa menentukan rezeki dan jalan keluar dari sebarang masalah dalam hidup setiap hambaNya.‎ Jika keyakinan itu disematkan dihati dan fikiran maka sudah tentu Allahlah tempat penentu kesudahan.

Adakah anda merasakan artikel saya ini berguna? Jika ya kongsi dengan rakan anda : Jika anda suka dengan artikel saya, pastikan anda Langgan melalui RSS feed! atau Langgan Blog Rahman Bashri melalui Emaili Komen anda sangat berguna untuk saya memperbaiki Blog Rahman Bashri..Terima Kasih

Ayat Al-Quran Yang Paling Agung dan Utama


Firman Allah bermaksud:
"Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur. Keupayaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya. Allah mengetahui apa yang di hadapan dan di belakang mereka dan mereka tidak mengetahui apa pun daripada ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara kedua-duanya dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar" (al-Baqarah: 255).

Ayat ini dikenali sebagai ayat Kursi, ayat yang paling agung dalam al-Quran, malah ia disebut sebagai penghulu bagi seluruh ayat al-Quran. Dari segi sejarahnya, ia diturunkan pada waktu malam. Pada ketika itu juga Nabi memanggil Zaid selaku penulis wahyu untuk menulisnya.

Dalam ayat yang pendek ini sebenarnya terkumpul sifat utama bagi Allah iaitu ketuhanan, keesaan, hidup, ilmu, memiliki kerajaan, kekuasaan dan kehendak.

Sesudah menegaskan mengenai keesaan-Nya, disusuli pula dengan menyebut dua sifat-Nya yang lain, iaitu hidup dan terus menerus mengurus makhluk-Nya.

Dengan demikian, manusia akan merasa aman dalam hidup serta tenang perasaannya kerana meyakini bahawa dia di dalam tangan Tuhan yang hidup, yang terus menerus mengurus serta mengawal jaga keadaan hamba-Nya.

Allah, Dia-lah Tuhan yang tunggal bagi segala makhluk. Oleh itu, tiada yang berhak disembah dalam kehidupan ini melainkan Dia. Segala apa yang ada di langit dan bumi adalah hamba dan milik-Nya. Semuanya tunduk di bawah kehendak dan kuasa-Nya, seperti

Firman Allah bermaksud:
"Tidak seorang pun di langit dan bumi, kecuali akan datang kepada Tuhan Yang Maha Pemurah selaku seorang hamba. Sesungguhnya Allah menentukan jumlah mereka dan menghitung mereka dengan hitungan yang teliti. Dan setiap mereka akan datang kepada Allah pada hari kiamat dengan sendiri-sendiri" (Maryam: 93-95).

Di antara tanda keagungan dan kebesaran Allah bahawa tiada seorang pun yang berani memberi pertolongan kepada seorang lain di sisi-Nya tanpa izin-Nya. Firman Allah bermaksud: "Ketika datang hari itu, tidak seorang pun berbicara, melainkan dengan izin-Nya; maka di antara mereka ada yang celaka dan ada yang berbahagia" (Hud: 105).

Ilmu Allah amat luas, meliputi segala makhluk ciptaan-Nya, baik yang dahulu, sekarang dan akan datang, bahkan Allah mengetahui segala urusan dunia dan akhirat. Allah juga amat luas kerajaan dan kekuasaan-Nya, langit dan bumi seluruhnya di dalam genggaman-Nya.

Itulah ayat yang mengandungi kaedah pembentukan keimanan terhadap Allah. Dari sinilah terbina hala tuju pengabdian seseorang hanya kepada Allah.

Dengan demikian, tidaklah seorang manusia melainkan menjadi hamba, hanya kepada Allah, tidaklah dia menjuruskan pengabdiannya melainkan kepada Allah dan tidaklah dia menyerahkan ketaatannya melainkan kepada Allah.

Selain itu, ayat ini mempunyai beberapa kelebihan yang tidak ada pada ayat lain. Daripada kedudukannya dalam al-Quran, sabda nabi ketika ditanya oleh Abu Zar: "Ayat manakah yang diturunkan kepadamu yang paling agung?" Jawab baginda: "Ia adalah ayat Kursi" (riwayat Imam Ahmad, al-Nasai, al-Hakim dan al-Baihaqi).

Daripada sudut keberkatannya di dunia, sabda Rasulullah: "Bacalah ayat Kursi kerana sesungguhnya ia mengawal jaga kamu, zuriat dan rumah tangga kamu sehingga bilik kecil di sekeliling rumahmu."

Dari segi keberkatannya dalam menghalau syaitan, sabda Rasulullah: "Di dalam surah al-Baqarah, ada satu ayat yang menjadi penghulu bagi ayat al-Quran, tidak dibacanya dalam rumah yang ada di dalamnya syaitan melainkan keluar ia daripadanya, itulah ayat Kursi" (riwayat al-Hakim).

Sabda Rasulullah: "Sesiapa yang membaca ayat Kursi selepas setiap solat fardu, Allah akan memberikannya hati orang yang bersyukur, amalan orang yang membenarkan Allah, pahala nabi-nabi, melimpahkan rahmat-Nya dan tidak menghalangnya daripada masuk syurga melainkan kematian yang akan memasukkannya" (riwayat al-Nasai).

Adakah anda merasakan artikel saya ini berguna? Jika ya kongsi dengan rakan anda : Jika anda suka dengan artikel saya, pastikan anda Langgan melalui RSS feed! atau Langgan Blog Rahman Bashri melalui Emaili Komen anda sangat berguna untuk saya memperbaiki Blog Rahman Bashri..Terima Kasih

Saturday, 11 August 2012

Menghayati Kehebatan Rasulullah SAW


Kata al-Qadhi ‘Iyadh dalam kitabnya al-Syifa bi Ta‘rif Huquq al-Mustafa (j. 2, h. 35-36): Ketahuilah bahawa kehormatan Nabi SAW sesudah wafatnya serta memulia dan mengagungkannya adalah lazim (wajib), sebagaimana hal keadaan pada masa hidupnya. Dan yang demikian itu adalah ketika menyebut baginda SAW, menyebut hadith dan sunnahnya, mendengar nama dan sirahnya, bermuamalah dengan ahli keluarganya serta memuliakan Ahlul Bait dan para sahabatnya.

Kata Abu Ibrahim al-Tujibi: Wajib atas setiap mukmin apabila menyebut baginda SAW atau disebut nama baginda SAW di sisinya hendaklah ia tunduk, khusyuk, hormat dan diam dari bergerak serta merasakan kehebatan baginda SAW dan kehormatannya, sebagaimana dirinya akan berasa begitu sekiranya dia sendiri berada di hadapan baginda SAW, serta beradab sebagaimana yang telah diajarkan oleh Allah Taala kepada kita.

Kata al-Qadhi ‘Iyadh lagi: Beginilah akhlak para salafussoleh dan imam-imam kita dahulu (رضي الله عنهم).

Akhlak Para Salaf Terhadap Rasulullah SAW

Imam Malik RA pernah bertemu Ayyub al-Sakhtiyani, seorang perawi hadith yang masyhur, katanya: “Apabila disebutkan Nabi SAW, beliau akan menangis sehingga aku berasa kasihan terhadapnya”.

Kata Mus‘ab bin ‘Abdullah: Imam Malik apabila menyebut Nabi SAW akan berubah warna rupanya dan menundukkan kepala sehingga menyukarkan hal tersebut kepada orang-orang yang duduk bersamanya. Lalu pada suatu hari beliau ditanya mengenai hal berkenaan, maka jawab beliau:

“Sekiranya kamu sekalian melihat apa yang aku lihat, nescaya kamu sekalian tidak akan hairan kepadaku terhadap apa yang kamu lihat.

Aku pernah melihat Muhammad bin al-Munkadir, dan beliau adalah penghulu para qurra’, hampir-hampir tidak pernah kami bertanya kepadanya mengenai sesuatu hadith pun melainkan beliau akan menangis sehingga kami berasa kasihan terhadapnya.

Aku pernah melihat Ja‘far bin Muhammad - al-Sadiq -, dan beliau seorang yang banyak bergurau dan tersenyum, namun apabila disebut di sisinya Nabi SAW, rupa beliau akan berubah menjadi kekuningan (kerana pucat), dan tidak pernah aku melihatnya meriwayatkan hadith dari Rasulullah SAW melainkan dalam keadaan suci.

Pernah ‘Abdul Rahman bin al-Qasim menyebut Nabi SAW, lalu kami lihat kepada warna rupanya seolah-olah telah keluar darah daripadanya (kerana pucat lesi), dan lidahnya menjadi kering dan kelu di dalam mulutnya kerana merasakan kehebatan Rasulullah SAW.

Aku juga pernah datang kepada ‘Amir bin ‘Abdullah bin al-Zubair, apabila disebut di sisinya Rasulullah SAW beliau akan menangis sehingga tidak tinggal lagi air mata di matanya.

Aku pernah melihat al-Zuhri, dan beliau adalah orang yang paling ramah dan mesra, namun apabila disebut di sisinya Nabi SAW, maka dia seolah-olah tidak mengenali kamu dan kamu tidak mengenalinya.

Aku juga pernah datang kepada Safwan bin Sulaim, dan beliau adalah dari kalangan ahli ibadah, namun apabila beliau menyebut Nabi SAW, beliau akan menangis dan terus-terusan menangis sehingga orang-orang akan bangun dan meninggalkannya”.

Adakah anda merasakan artikel saya ini berguna? Jika ya kongsi dengan rakan anda : Jika anda suka dengan artikel saya, pastikan anda Langgan melalui RSS feed! atau Langgan Blog Rahman Bashri melalui Emaili Komen anda sangat berguna untuk saya memperbaiki Blog Rahman Bashri..Terima Kasih

Thursday, 9 August 2012

2 Golongan Penghuni Neraka


Kadang-kadang bila kita terlalu asyik sangat dengan trend fesyen melilit tudung ni, macam-macam style keluar. Sehinggakan kita terlepas pandang Niat Utama kita memakai tudung

Sewajarnya dengan hijab menutupi kepala dan badan, tugas mata-mata liar di luar sana semakin sukar untuk “membogelkan” wanita secara visual tetapi dengan gaya fesyen yang kelihatan seperti rambut yang beralun beraneka warna dan perhiasan keterlaluan, tugas-tugas mata-mata liar ni menjadi semakin mudah. Tak perlu susah-susah membayangkan rupa kita tanpa hijab kerana kain di kepala itu sendiri sudah menyerupai rambut.

“Dua golongan penghuni neraka yang belum pernah aku lihat; golongan membawa cemeti seperti ekor sapi untuk memukul dan membelasah orang. Golongan kedua ialah wanita-wanita yang berpakaian (tapi) telanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok untuk menggoda, rambut mereka seperti bonggol unta yang miring, mereka tidak masuk syurga dan tidak akan mencium baunya, padahal sesungguhnya bau surga itu tercium dari jarak perjalanan yang sangat jauh.”

Besederhanalah supaya niat murni utk menutup aurat itu tidak tercemar…

“Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).”

Adakah anda merasakan artikel saya ini berguna? Jika ya kongsi dengan rakan anda : Jika anda suka dengan artikel saya, pastikan anda Langgan melalui RSS feed! atau Langgan Blog Rahman Bashri melalui Emaili Komen anda sangat berguna untuk saya memperbaiki Blog Rahman Bashri..Terima Kasih

Wednesday, 8 August 2012

7 Kelebihan 10 Malam Terakhir Ramadhan


Antara Kelebihan-kelebihan 10 Malam terakhir Ramadhan adalah seperti berikut :

1) Nabi Muhammad saw memperbanyakkan ibadat pada malam 10 terakhir Ramadan melebihi malam sebelumnya. Saidatina Aisyah berkata maksudnya; “Rasulullah apabila masuk malam 10 terakhir Ramadan, Baginda menghidupkan malam (dengan ibadat), mengejutkan keluarganya (bangun beribadat), bersungguh-sungguh (dalam beribadat) dan uzlah (mengasingkan diri) daripada isteri-isterinya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

2)  Pada malam 10 terakhir ada satu malam yang dinamakan Lailatul Qadar (malam yang mempunyai berkat dan keistimewaan yang banyak). Pada malam inilah diturunkan al-Quran seperti Firman Allah bermaksud:
“Sesungguhnya Kami menurunkannya (al-Quran) pada Lailatul Qadar” (Surah al-Qadar, ayat 1) .
Ibn Abbas berkata : “Allah menurunkan al-Quran sekali gus dari Al-Luh Al-Mahfur ke Bait al-E'zzah yang terletak di langit dunia. Kemudian ia diturunkan secara berperingkat-peringkat kepada Rasulullah selama 25 tahun.

3) Lailatul Qadar disifatkan lebih baik daripada 1,000 bulan. Perkara ini seperti firman Allah bermaksud : “Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan.” (Surah al-Qadar, ayat 3)

4)  Malam ini juga disifatkan sebagai malam berkat, firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya Kami turunkannya (al-Quran) pada malam yang diberkati.” (Surah al-Dukhan, ayat 3)

5)  Pada malam ini juga turunnya malaikat. Malaikat turun bersama-sama berkat dan rahmat Allah yang dikhaskan untuk malam ini.

6)  Ditetapkan umur, rezeki dan ajal manusia. Firman Allah bermaksud: “Pada malam itu (Lailatul Qadar) dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah.” (Surah al-Dukhan, ayat 4).Maksud ‘urusan yang penuh hikmah’ adalah pada malam itu Allah menentukan umur, rezeki dan ajal manusia.

7)  Allah mengampunkan hamba-Nya yang menghidupkan malam itu dengan penuh rasa keimanan dan pengharapan.

Adakah anda merasakan artikel saya ini berguna? Jika ya kongsi dengan rakan anda : Jika anda suka dengan artikel saya, pastikan anda Langgan melalui RSS feed! atau Langgan Blog Rahman Bashri melalui Emaili Komen anda sangat berguna untuk saya memperbaiki Blog Rahman Bashri..Terima Kasih

8 Tips Terbaik Menghadapi 10 Malam Terakhir Di Bulan Ramadhan


Bulan Ramadhan sudah hampir tiba ke penghujungnya. Wahai muslimin dan muslimat sekalian, rebutlah pahala di sepuluh malam yang terakhir ini sesungguhnya di sepuluh malam yang terakhir ini.

Pernah di malam itu al-Quran diturunkan dari Luh Mahfuz ke langit dunia, Baitul Izzah. Mukmin sejati semakin menggiatkan ibadah mereka khususnya di seluruh 10 malam terakhirnya, yakin pahala di salah satu dari malam-malam tersebut digandakan pahalanya sebanyak ibadah yang sama dikerjakan selama 1000 bulan!

Itulah malam Lailatul Qadar. Pada 10 malam tersebut, demi berebut untuk mendapatkannya, Rasulullah S.A.W mengasingkan dirinya dari isteri-isterinya, beriktikaf di dalam Masjid Nabawi, beribadah dan bermunajat kepada Allah S.W.T sambil diikuti oleh para Sahabat R.A.

Diantara ibadah-ibadah yang boleh dilakukan ialah qiamulail, puasa fardhu, berbuka, solat Tarawih, tilawah al-Quran, berdoa, zikir, istighfar, memuhasabah diri, merancang untuk amalan diri dan sebagainya.

8 tips dalam merebut pahala dan kelebihan malam Lailatul Qadar :

1)  Bersedia untuk merebutnya dari sekarang terutama disegi keyakinan, kesungguhan merebut peluang tahunan ini dan merancang kalender harian agar mengosongkan 10 malam-malam terakhir tersebut untuk tujuan itu semata-mata; tidak untuk kesibukan lain.

2)  Memahami bahawa dimana jawatan, kedudukan dan kesibukan kita di dunia ini, tujuan utama manusia dijadikan ialah untuk beribadah kepada Allah S.W.T dengan penuh keikhlasan, bersedia untuk hari (Akhirat) yang tiada gunanya lagi harta dan anak-anak, melainkan orang yang bertemu Allah dengan hati yang sejahtera.

3)  Putuskan dari sekarang masjid mana yang akan kita gunakan untuk iktikaf, siang dan malam, samada sebahagian atau 24 jam sehari. Pastikan AJK masjid tersebut memahami ibadah iktikaf dan qiyamullail 10 malam terakhir agar tidak berlaku masalah pengurusan dengan mereka yang tidak memahaminya.

4)  Dapatkan teman agar sama-sama dapat melakukan ibadah tersebut secara berjemaah.

5)  Jika anda bekerja di bawah majikan, kenalpasti hari-hari yang akan dimohon cuti agar dapat lebih hari untuk beriktikaf di masjid. Jika anda tidak dapat mengambil cuti kerja, anda boleh cuba berktikaf di masjid sepenuhnya dalam cuti hujung minggu pada hari Sabtu dan Ahad.

6)  Jika anda seorang pelajar, cuba habiskan kerja-kerja rumah atau assignments dari sekarang agar tidak tertimbun pada 10 malam terakhir Ramadan. Beli tiket balik kampung lebih awal agar tidak disibukkan mencari tiket nanti.

7)  Bersedia untuk Aidil Fitri lebih awal agar kita tidak disibukkan nanti dengan membeli belah, memasang langsir, membuat kuih-muih, menyiap atau menjahit pakaian Raya dan sebagainya seperti yang sering berlaku pada ramai orang yang kurang memahami dan menghayati kelebihan 10 malam terakhir Ramadan.

8)  Memahami bahawa asas perubahan ke arah kebaikan pada seseorang bahkan pada sesebuah umat ialah pembaikan jiwa yang ada di dalam diri masing-masing. Madrasah 10 Malam Terakhir Ramadan yang bakal dilalui boleh turut membantu mencapai ke arah perubahan tersebut.

Semoga Allah mengurniakan ketaqwaan kepada kita setelah menjalani ibadah di bulan Ramadan ini. Kita keluar darinya nanti dengan beroleh rahmah, keampunan dan selamat dari api neraka. Amin.

Adakah anda merasakan artikel saya ini berguna? Jika ya kongsi dengan rakan anda : Jika anda suka dengan artikel saya, pastikan anda Langgan melalui RSS feed! atau Langgan Blog Rahman Bashri melalui Emaili Komen anda sangat berguna untuk saya memperbaiki Blog Rahman Bashri..Terima Kasih

Amalan-Amalan 10 Malam Terakhir Ramadhan


Antara amalan Nabi SAW apabila mendekati 10 malam terakhir Ramadan adalah:
1. Melakukan qiamullail;
2. Menggerakkan keluarga untuk solat malam pada malam itu;
3. Tidak mendatangi isteri (daripada melakukan jimak);
4. Mandi antara Maghrib dan Isyak;
5. Iktikaf dalam masjid.

"Aisyah meriwayatkan bahawa Nabi SAW tidak sentiasa melakukan ibadat pada 10 yang terakhir Ramadan dengan cara yang tidak pernah dilakukan pada waktu selainnya. (Riwayat Muslim)

Dalam hadis ini nabi memberikan penumpuan khusus kepada malam terakhir Ramadan untuk merebut peluang mendapat lailatul qadar yang disifatkan Allah dalam ayat ke-3 surah al-Qadar sebagai: “Lailatulqadar lebih baik daripada 1,000 bulan.”

Demikian pula dalam hadis sahih riwayat al-Bukhari dan Muslim, maksudnya: “Sesiapa mengerjakan ibadah pada lailatulqadar kerana imannya kepada Allah dan mengharapkan keredaan-Nya, diampunkan dosanya yang lalu”.

Diriwayatkan al-Tabarani daripada Ali bahawa Nabi SAW mengejutkan keluarganya pada 10 hari terakhir di kalangan yang kecil dan besar dan yang dewasa yang mampu melakukan solat.

Dalam sesetengah riwayat apa yang sangat dituntut ke atas Muslim ialah menggerakkan keluarga pada malam ganjil seperti 21, 23, 25, 27 dan 29 kerana mengharapkan lailatulqadar. Pada malam pilihan seperti ini, Nabi SAW menurut riwayat Anas dan Aisyah, menjauhi hubungan suami isteri untuk berada di masjid bertujuan melakukan iktikaf sama ada mendirikan solat sunat, beristighfar dan sebagainya.

Persiapan Nabi SAW untuk menghadapi iktikaf juga harus kita contohi. Ibn Abi Ashim meriwayatkan daripada Abu Huzaifah Nabi SAW pernah mandi sebelum beriktikaf dengan dilindungi Abu Huzaifah. Kemudian Abu Huzaifah mandi dan Baginda menjadi dindingnya. Inilah sebabnya sahabat gemar mandi setiap malam antara Maghrib dan Isyak sebelum ke masjid untuk iktikaf.

Ulama Islam berbeza pandangan mengenai pelaksanaan qiamullail antara menghidupkan keseluruhan malam ataupun sebahagiannya saja. Abu Jakfar Muhammad Ali mengatakan Rasulullah menghidupkan sebahagian daripada malam, bukan sepanjang malam. Demikian juga Imam al-Syafi’iy dan amal ahli Madinah menyokong pendapat itu.

Ini berpandukan hadis riwayat Aisyah Nabi tidak pernah solat malam hingga ke Subuh tanpa berehat. Sesetengah ulama meringankan persoalan qiam sehingga mengatakan seseorang dianggap melakukan qiamullail disebabkan kesungguhannya bersolat jemaah Isyak dan Subuh. Ini berdasarkan riwayat dalam al-Muwatthak daripada Ibn Musayyib yang berkata, maksudnya: “Sesiapa yang menghadiri solat Isyak dengan berjemaah, sesungguhnya dia memperoleh bahagiannya daripada malam itu.”

Dalam riwayat daripada Imam al-Syafi’iy menyatakan: “Sesiapa yang solat Isyak dan Subuh berjemaah, dia mengambil bahagiannya daripada bulan itu.” Ibn Abi Dunya daripada Abu Jakfar Muhammad Ali meriwayatkan Nabi SAW bersabda: “Sesiapa yang datang kepadanya Ramadan, lalu dia berpuasa siangnya, solat Tarawih pada malamnya, menahan matanya daripada melihat perkara haram, menjaga kemaluannya, lidah dan tangannya dan sentiasa berusaha untuk solat berjemaah dan Jumaat, maka dia sudah memperoleh lailatulqadar dan pahala Allah SWT yang tidak ternilai harganya.”

Ringkasnya sekurang-kurang usaha membangunkan malam ataupun qiamullail untuk mendapat kelebihan lailatulqadar ialah melakukan solat Isyak dan subuh berjemaah bagi lelaki.
Bagi wanita khasnya yang uzur kerana haid dan nifas, masih mampu memperoleh lailatulqadar dengan melakukan ketaatan seperti beristighfar, berzikir, berselawat, mempertingkatkan sedekah dan mengamalkan doa yang dianjurkan Nabi kepada Aisyah iaitu: “Ya Allah sesungguhnya Engkau adalah Tuhan yang maha pengampun, Engkau gemar memberikan keampunan, maka ampunkan aku.”

Dalam tafsir Hasyiah al-Sawiy ‘alal Jalalain, al-Sawi berkata, doa paling penting yang dituntut ke atas kita mengamalkannya adalah memohon keampunan dan keafiatan seperti disarankan Nabi SAW.
Dalam zikir, kita mengucapkan: “Tiada Tuhan melainkan Allah yang sangat besar kemurahan-Nya, lagi sangat pemurah. Maha suci Allah SWT, yang memiliki tujuh petala langit dan Tuhan yang memiliki Arasy yang maha agung (tiga kali), maka sesungguhnya dia sudah mendapatkan lailatul qadar.”

Selain itu, sebagai tambahan bagi lelaki dan perempuan yang inginkan lailatulqadar terdapat amaran tegas daripada Nabi SAW seperti riwayat Ibn Abbas bermaksud: “Sesungguhnya Allah akan memerhatikan orang beriman daripada kalangan umat Nabi Muhammad, lalu dimaafkan bagi mereka dan dirahmati melainkan empat golongan iaitu peminum arak, penderhaka ibu bapa, orang selalu bertengkar dan orang memutuskan silaturahim.”

Adakah anda merasakan artikel saya ini berguna? Jika ya kongsi dengan rakan anda : Jika anda suka dengan artikel saya, pastikan anda Langgan melalui RSS feed! atau Langgan Blog Rahman Bashri melalui Emaili Komen anda sangat berguna untuk saya memperbaiki Blog Rahman Bashri..Terima Kasih

Tuesday, 7 August 2012

Antara Peristiwa Yang Berlaku Pada Bulan Ramadhan Di Zaman Rasulullah SAW


Perang Badar Al-Kubra
Rasulullah SAW berangkat dari Madinah pada 8 Ramadhan. IbnuHisyam menyatakan bahawa perang ini merupakan kemenangan pertma yang menetukan kedudukan umat Islam dalam menghadapi kekuatan musyrikan dan kebatilan. Allah SWT telah menguruskan segerombolan malaikat untuk membantu pasukan muslimin menghancurkan pasukan musyrik. Perang ini berlaku pada pagi jumaat, 17 Rmadhan 2H di Badar. Kemenangan lebih kurang 300 orang tentera Islam di bawah pimpinan Rasulullah SAW ini telah mengalahkan lebih kurang 1000 orang tentera musyrikin Makah.

Persiapan Perang Khandaq
Persiapan dilakukan dengan menggali parit (Khandaq) sekeliling kota Madinah. Tipu Muslihat ini tidak pernah digunakan oleh bangsa Arab. Ia diusulkan oleh Salman Al-Farisy. Peperangan ini terjadi pada bulan Syawal n berakhir pada bulan Zulkaedah setelah pasukan muslimin berjaya memecah belahkan pasukan musuh.

Fathu Makkah (Pembukaan Kota Mekaah) dan Penghancuran Berhala
Rasulullah SAW keluar dari Madinah pada 10 Ramadhan dan berpuasa, lalu diikuti para sahabat. Baginda berbuka di suatu tempat yang dipanggil Mukadid (antara Asfan dengan Amjad). Mekah jatuh ke tangan kaum muslimin tanpa pertumpahan darah. Setelah penakluka Mekah, Rasulullah SAW tinggal di kota itu selama 15 malam dengan melakukan sembahyang qasar. Menurut Ibnu Ishaq, penaklukan itu terjadi pada 10 malam terakhir bulan Rmadhan. Rasulullah SAW mengutuskan Khalid bin al-Walid untuk menghancurkan berhala Uzza, Amr bin Ash merobohkan suwa', dan Saad bin Zaid Al-Asyhaly menumbangkan Manat.


Insert the Special code here Adakah anda merasakan artikel saya ini berguna? Jika ya kongsi dengan rakan anda : Jika anda suka dengan artikel saya, pastikan anda Langgan melalui RSS feed! atau Langgan Blog Rahman Bashri melalui Emaili Komen anda sangat berguna untuk saya memperbaiki Blog Rahman Bashri..Terima Kasih
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...