Social Icons

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Site Info

Sunday, 22 July 2012

Pandangan Ulama Tentang khusyuk Dalam Solat


Ibnu Abbas
Khusyuk itu maknanya orang yang takut dan tenang anggota badan dan hatinya.

Sayidina Ali Ibni Abi Talib
Khusyuk itu adalah khusyuk hati. maksudnya khusyuk itu tempatnya di dalam hati dan yang mesti khusyuk adalah hati itu sendiri.

Imam Ibnu Kasir
Khusyuk di dalam solat itu dapat dihasilkan oleh orang yang membulatkan hatinya untuk bersolat dan menghindari soal-soal yang lain iaitu dengan mengutamakan hal solat dari hal-hal dunia. dengan itu solat akan menjadi kecintaan dan kesenangan hati.

Ibnul ‘Araby (Ahkamul Quran)
Khusyuk ialah tunduk, merendah dan menghinakan diri di hadapan Allah s.w.t.

Syeikh Tantawi Jauhari
Khusyuk itu ertinya merendahkan diri dan tunduk, tidak berpaling ke kanan dan kiri, tidak menggerakkan tangan semasa solat. hanya memusatkan kemahuan yakni hati kepada allah. dan merenungkan maksud, dari apa yang diucapkan iaitu bacaan, zikir serta doa.

As-Syahid Sayyid Qutub (Tafsir Fi Zilalil-Quran)
Khusyuk itu maknanya hati orang yang bersolat itu berasa gentar dan takut di hadapan allah hingga lahir ketenangan dan kekhusyukan. lalu khusyuk yang ada di dalam itu menjalar kepada anggota badan. terbayang pada paras muka dan nampak pada gerak-geri solat. hilang gangguan dalam fikiran dan tidak terganggu oleh persoalan dunia.

Imam Malik
Khusyuk itu msknanya menghadap dengan penuh perhatian ke atas solat itu.

Imam As-Syafi’i
Khusyuk itu ialah orang yang bersembahyang itu haruslah menitikberatkan pandangan matanya di tempat sujudnya, sebab itu lebih menghadirkan hatinya dan memusatkan fikirannya.

Hujjatul Islam, Imam Al-Ghazali
Khusyuk ataupun ingat kepada allah di dalam solat itu wajib hukumnya berdasarkan pengertian ayat : “...dan dirikan solat itu untuk mengingati-ku.” (Thoha : 14)

Adakah anda merasakan artikel saya ini berguna? Jika ya kongsi dengan rakan anda : Jika anda suka dengan artikel saya, pastikan anda Langgan melalui RSS feed! atau Langgan Blog Rahman Bashri melalui Emaili Komen anda sangat berguna untuk saya memperbaiki Blog Rahman Bashri..Terima Kasih

1 Comments:

  1. Post ini sangat membantu saya .. Terima kasih Wassalam

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...