Social Icons

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Site Info

Thursday, 19 July 2012

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan


Apa Itu Puasa


Menahan diri dari makan dan minum atau apa-apa jua yang boleh membatalkan puasa, sepanjang hari mulai dari terbit fajar hingga terbenam matahari dalam sebulan bulan Ramadhan.

Dalil Perintah Wajib Puasa



Bermaksud: Hai orang-orang yang beriman diwajibkan atasmu berpuasa, sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, supaya kamu menjadi orang yang bertaqwa. : (Surah Al-Baqarah Ayat 183)

Perintah wajib puasa turun pada bulan Sya’ban Tahun 2 Hijrah.

Syarat Wajib Puasa
1) Islam
2) Mukallaf
3) Berkuasa/Mampu untuk berpuasa, tidak uzur

Syarat Sah Puasa
1) Islam
2) Mumayyiz
3) Suci dari haid dan nifas.
4) Sempurna akal fikirannya sepanjang hari itu.

Rukun Puasa
1) Niat
2) Meninggalkan semua perkara yang membatalkan puasa sejak terbitnya fajar sampai terbenamnya matahari.

Perkara Yang Membatalkan Puasa
1) Memasukkan benda/sesuatu ke dalam rongga melalui mulut, hidung, telinga, atau lubang-lubang kemaluan dengan sengaja.
2) Muntah dengan sengaja.
3) Mengeluarkan mani dengan sengaja.
4) Haid atau nifas.
5) Bersetubuh di siang hari (selain membatalkan puasa ia juga ada hukum tersendiri iaitu diwajibkan membayar kaffarah).
6) Murtad (keluar dari Islam).
7) Gila (hilang akal).

Pantang-larang puasa
Iaitu perkara-perkara yang membatalkan pahala puasa, maknanya berpuasa tidak mendapat apa-apa pahala kecuali lapar dan dahaga (puasa yang sia-sia).
1) Berdusta, berbohong.
2) Mengumpat, mengata orang.
3) Membuat sesuatu yang boleh mendatangkan permusuhan.
4) Melihat benda-benda yang mendatangkan syahwat.
5) Marah yang tidak bertempat.

Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Barangsiapa yang tidak meninggalkan cakap dusta (batil) dan perbuatannya, maka Allah tidak berhajat padanya dalam meninggalkan makan minumnya”. (Hadis Riwayat Muslim)

 “Bukan dinamakan puasa bila hanya sekadar menahan makan dan minum, tetapi puasa yang sungguh-sungguh itu adalah menahan diri dari percakapan yang tidak ada gunanya dan kata-kata yang keji”.(Hadis menurut Sahih Muslim)

Sunat-Sunat Puasa
1) Menyegerakan berbuka puasa apabila telah yakin waktu berbuka.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
Bermaksud: “Allah berfiman: Hambaku yang lebih Aku cintai adalah mereka yang menyegerakan berbuka”.
2) Makan sahur walaupun sedikit.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
Bermaksud: “Makan sahur itu berkat, oleh kerana itu jangan kamu tinggalkan, walau hanya sekadar meneguk seteguk air, kerana Allah merahmati orang-orang yang makan sahur dan malaikat mendoakannya”.
3) Melambatkan makan sahur iaitu lepas daripada tengah malam dan sebelum waktu imsak.
4) Berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis.
5) Memperbanyakkan membaca Al-Quran.
6) Memperbanyakkan sedekah.
7) Beriktikaf di dalam masjid.
8) Menghadiri majlis-majlis ilmu.
9) Menyediakan makanan untuk berbuka untuk orang berpuasa.
10) Jangan bersugi setelah tergelincir matahari kerana boleh memakruhkan puasa.

Golongan Yang Harus (Dibenarkan) Berbuka Puasa
1) Orang yang di dalam (perjalanan - musafir), tetapi wajib di qada’.
2) Orang sakit, wajib di qada’.
3) Ibu yang menyusukan anak, jika takut mudharat bagi dirinya, maka wajib qada’ dan jika takut mudharat bagi anaknya maka wajib qada’ dan fidyah.

Adakah anda merasakan artikel saya ini berguna? Jika ya kongsi dengan rakan anda : Jika anda suka dengan artikel saya, pastikan anda Langgan melalui RSS feed! atau Langgan Blog Rahman Bashri melalui Emaili Komen anda sangat berguna untuk saya memperbaiki Blog Rahman Bashri..Terima Kasih

0 Comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...