Social Icons

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Site Info

Sunday, 29 July 2012

Islam Agama Syumul dan Kaffah


“Wahai orang-orang yang beriman, masuklah Islam secara kaffah (menyeluruh) dan janganlah kamu mengikut jejak syaitan, sesungguhnya (syaitan itu) adalah musuh yang jelas bagi kamu”  (Al-Baqarah: 208)

Islam Sebagai Sebuah Cara Hidup
Memperkatakan Islam sebagai cara hidup mestilah memenuhi tuntutan sebagaiman yang terdapat di dalam ajaran Islam itu sendiri. Jadi Islam ditakrifkan sebagai;Islam adalah Agama yang diturunkan Allah kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW untuk mengatur hubungan manusia dengan Khaliq-nya, dengan dirinya dan dengan manusia sesamanya. Hubungan manusia dengan Khaliq-nya mencakup peraturan-peraturan yang berkaitan dengan akidah dan ibadah. Hubungan manusia dengan dirinya mencakup peraturan-peraturan yang berkaitan dengan akhlak, makanan, dan pakaian. Hubungan manusia dengan sesama manusia mencakupi peraturan-peraturan yang berkaitan dengan mu’amalah dan uqubat.

Dari definisi ini, ia menjelaskan bahawa Islam adalah agama yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhamad SAW yang mana ia adalah agama samawi yang mengatur :

1)   Hubungan Allah dengan hambanya, meliputi aspek akidah dan ibadah mahdah (solat, puasa, zakat, Haji dll)
2)   Hubungan individu dengan dirinya sendiri iaitu menyangkut apa yang perlu dia lakukan untuk keperluan dirinya seperti aspek makanan, pakaian dan akhlak.
3)   Hubungan individu dengan individu lain iaitu meliputi aspek mu’amalah dan uqubat.

Hubungan tiga dimensi ini terkandung di dalam ajaran Islam yang melayakkannya untuk dijadikan cara hidup sempurna kepada manusia yang menganutnya, yang menerbitkan lima sistem asas bernegara, iaitu sistem pemerintahan, ekonomi, sosial, polisi luar negara dan polisi pendidikan negara. Islam sebagai sebuah cara hidup yang sempurna dan tidak memerlukan ideologi atau sistem lain dari luar sistem Islam, kerana ideologi Islam itu telah sempurna sebagai sebuah cara hidup yang diredhai oleh Allah SWT.

Firman Allah Ta’ala :
“Sesungguhnya agama yang diterima Allah adalah Islam” (Ali-Imran 3 : 18).

Ayat ini, ia menerangkan bahawa cara hidup yang diredhai oleh Allah hanyalah Islam, bukan cara hidup lain seperti kapitalisme, komunisme, Darwinisme, Socialisme dan bermacam-macam isme-isme rekaan atau buatan manusia. Ini adalah kerana semestinya sebuah ideologi yang lengkap, sebagaimana

Firman Allah:
“Hari ini telah Aku sempurnakan bagimu Deen kamu dan telah Aku cukupkan nikmatKu bagimu, serta Aku redhai Islam sebagai Deen bagimu.” (Al-Maidah: 3)

Pada masa kini, ada di kalangan umat Islam yang menganggap Islam itu tidak lebih dari akidah ruhiyyah (kerohanian) yang hanya membicarakan masalah ibadat sahaja. Nabi Muhammad SAW dan para sahabat telah menunjukkan kepada kita bahawa mereka bukan hanya ahli ibadat tetapi juga adalah negarawan, pakar ekonomi, mujahidin dan pentadbir yang cekap dan Adil dari semua segala aspek.

Pendekatan mereka memenuhi tuntutan Allah swt:
“Wahai orang-orang yang beriman, masuklah Islam secara kaffah (menyeluruh) dan janganlah kamu mengikut jejak syaitan, sesungguhnya (syaitan itu) adalah musuh yang jelas bagi kamu.” (Al-Baqarah: 208)

Islam sebagai sebuah cara hidup ini meliputi dua doktrin asas:
1)  Akidah ruhiyyah iaitu meliputi perkara ibadah dan akidah (hubungan langsung dengan Allah).
2)  Akidah siyasiyah iaitu meliputi perkara yang mengatur urusan hidup seperti makanan, pakaian, akhlak dan perkara yang meliputi 90% urusan hidup kita iaitu mu’amalat dan ‘uqubat.

Perlu difahami dengan jelas bahawa perkara mu’malah dan uqubat (sistem penghakiman) ini adalah sebahagian dari ajaran Islam yang banyak diselewengkan dan ditukar dengan sistem ciptaan manusia.

Mana-mana ajaran yang bersifat ideologi memiliki method khusus supaya ideologinya tetap dominan dan wujud dalam aspek kehidupan. Islam datang dengan sejumlah hukum yang mengawal ajarannya dan ia merupakan sebahagian ajaran itu sendiri.

Mabda’ Islam juga mencakupi tariqah (method) untuk merealisasikan perkara di bawah:


1) Penguatkuasaan Hukum Syarak; sebagai contoh Islam melarang seseorang melakukan zina. Maka sekiranya ada individu yang berzina akan dikenakan hukuman 100 kali sebatan untuk yang belum berkahwin . Hukuman sebatan ini menjadi aspek utama untuk penguatkuasaan hukum zina. Islam juga membenarkan pemilikan peribadi, tetapi tanpa penguatkuasaan, ianya tinggal sebagai sebuah ajaran yang tidak ada method/ kaedah. Maka, Islam menguatkuasakannya dengan hukuman pemotongan tangan kepada pencuri.

2) Memelihara akidah Islam agar bertahan dalam arena kehidupan, Islam amat serius dalam menjaga akidah penganutnya yang mana method menjaganya adalah dengan dilaksanakan hukuman bunuh kepada golongan murtad.

3) Membawa akidah Islam kepada mereka yang belum meyakininya dengan method jihad sebagai penghilang halangan fizikal dari pihak negara kepada negara yang lain.


Tatacara untuk melaksanakan mabda’ ini ialah dengan menerapkannya di dalam wadah Negara Islam (Khilafah).

Dalam melaksanakan mabda’ tersebut, Negara berpegang kepada 3 prinsip:
1) Ketaqwaan seorang muslim memegang ajaran Islam
2) Masyarakat yang sentiasa prihatin dengan amalan ...........Amar Makruf Nahi Mungkar
3) Penguatkuasaan undang-undang Islam dan seluruh ..........hukumannya.

Tatacara untuk mengembang dan menyebarkan mabda’ pada bangsa-bangsa lain yang belum mengimaninya adalah melalui jihad oleh Daulah. Jihad bertujuan untuk mengatasi berbagai halangan dan rintangan bersifat fizikal, yang menghalang bangsa tersebut dari memahami hakikat Islam. Di atas kefahaman inilah, Negara Islam yang didirikan oleh Rasulullah SAW berhasil menyaingi dua kuasa besar iaitu Rom dan Parsi hanya dalam masa 13 tahun setelah ia didirikan. Melalui jihad, Khilafah pernah memerintah Sepanyol (800 tahun), Portugal (600 tahun), Greece (500 tahun) dan Bulgaria (500 tahun). Semasa pemerintahan tersebut, penduduk Daulah hidup dalam suasana yang aman, damai dan dinamik - dan ini menjana minda rakyat Daulah Khilafah untuk maju dan muncul sebagai tamadun dunia yang hebat.

Kekuatan dan pengaruh tamadun yang lahir dari akidah Islam ini turut dikagumi oleh pengamat barat. Carly Fiorina, Ketua Pegawai Esekutif dari syarikat Hewlett-Packard pernah berucap pada 26hb September 2001 di Minnesota, Amerika Syarikat, katanya :

“Pada suatu ketika dahulu wujud satu peradaban yang terhebat di dunia. Ia mampu mencipta sebuah Negara perkasa antara benua yang melingkari satu lautan ke lautan yang lain, dari iklim dingin ke iklim tropika dan padang pasir. Dalam wilayahnya tinggal beratus juta orang, yang berbilang kepercayaan dan bangsa. Salah satu bahasanya (Bahasa Arab) menjadi bahasa universal di kebanyakan tempat di dunia, yang menghubungkan antara orang-orang dari beratus wilayah. Tenteranya terdiri dari berbagai bangsa dan perlindungan ketenteraannya telah mewujudkan tahap ketenteraman dan kemakmuran yang tidak pernah diketahui sebelum ini. Pencapaian perdagangannya tersebar dari Latin Amerika hingga China dan wilayah yang berada di antara kedua-dua Negara itu. Peradaban ini dipicu oleh berbagai rekacipta. Para arkiteknya merekacipta bangunan-bangunan yang melawan graviti. Ahli matematiknya merekacipta algebra dan algoritma yang membolehkan pembinaan komputer dan penciptaan ‘encryption’. Para doktornya mengkaji tubuh manusia dan menemui rawatan baru untuk pelbagai penyakit. Ahli astronominya mengkaji langit, memberi nama kepada bintang-bintang dan membuka jalan kepada penerokaan angkasa lepas. Ketika bangsa-bangsa lain takut mengeluarkan idea, peradaban ini memperkukuhkannya dan mempertahankannya. Apabila peradaban silam mengancam untuk menghapuskan ilmu, peradaban ini menghidupkan ilmu dan memindahkannya kepada yang lain. Peradaban yang saya maksudkan adalah dunia Islam dari tahun 800 hingga 1600, yang termasuk Khilafah Utsmaniyah dan kota Baghdad, Damsyiq dan Kaherah, dan para Khalifah yang cemerlang seperti Sultan Sulaiman (Khilafah Utsmaniyah). Secara tidak sedar kita telah terhutang budi kepada peradaban ini, sumbangannya merupakan sebahagian daripada warisan kita. Industri teknologi tidak akan wujud tanpa sumbangan ahli matematik Arab. Pemimpin seperti Sultan Sulaiman menyumbangkan konsep toleransi dan kepimpinan. Dan kita juga boleh mempelajari dari contoh ini: Ia (Khilafah) adalah kepimpinan berasaskan meritokrasi, bukannya warisan. Ia adalah kepimpinan yang mengembangkan sepenuhnya kemampuan yang dimiliki oleh masyarakatnya yang majmuk yang merangkumi tradisi Islam, Kristian dan Yahudi. Kepimpinan yang cemerlang ini adalah kepimpinan yang memupuk budaya, keutuhan, kepelbagaian dan keberanian yang merakamkan sejarah 800 tahun yang penuh dengan rekacipta dan kemakmuran.”

Kesimpulan

‘Islam kiri’, ‘Islam kultural’, ‘Islam modernis’, ‘Islam tradisional’ atau ‘Islam liberal’. ‘Islam fundamentalis’ atau ‘Islam politik’ semuanya nama yang diberikan oleh Barat untuk menyerang Islam. Malangnya, umat Islam mengambil tempat sebagai pihak tertuduh, sehingga membela Islam dengan cara yang tidak betul, dengan memberi label baru sesuai dengan kehendak barat. Tidakkah kita ini umat terbaik yang tidak memerlukan sikap defensif terhadap dakyah Barat, yang memang mencari-cari ruang untuk memesongkan ajaran Islam?

Ingatlah firman Allah swt:
“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan berpuas hati dengan kamu selagi kamu tidak mengikut akidah mereka…..” (Al-Baqarah : 120)

Tidakkah cukup dengan namanya Islam sahaja sebagaimana diabadikan dalam Al-Quran:“Dia (Allah SWT) telah menamakan kamu sebagai orang Islam sejak dulu” [TMQ 22:78]

Wahai Kaum Muslimin yang dimuliakan, Musuh-musuh Islam seperti Amerika memahami bahawa Islam adalah mabda’ yang sama sekali tidak boleh bertolak ansur dengan kebiadaban kapitalisme. Secara fitrah, Islam dan umat Islam tidak akan membenarkan pihak Kuffar berkuasa keatas kaum muslimin. Kita wajib yakin bahawa hanya dengan berpegang teguh kepada Islam sebagai mabda’ yang lengkap sahajalah kita akan mencapai kemuliaan dan mendapat keredhaan Allah SWT. Tiada siapa yang dapat menafikan, hatta musuh-musuh Islam sekali pun bahawa umat Islam adalah umat yang disegani ketika Daulah Islam tertegak sejak Nabi Muhammad SAW mendirikannya di Madinah sehinggalah kejatuhan Daulah Khilafah Usmaniyah pada 3hb Mac 1924. Insya Allah, Khilafah ‘Ala MinHaj an Nubuwwah akan kembali berdiri membawa ajaran Islam dalam arena kehidupan ini, bukan sebagai catatan dalam Kitab Fiqh yang kaku. Malahan ia akan memberikan sinar kepada seluruh penduduk Dunia. Sayugia itu, amatlah perlu bagi kita mengorak langkah yang jitu ke arah menegakkan kembali sistem Khilafah ini.

Wallahua’lam

Adakah anda merasakan artikel saya ini berguna? Jika ya kongsi dengan rakan anda : Jika anda suka dengan artikel saya, pastikan anda Langgan melalui RSS feed! atau Langgan Blog Rahman Bashri melalui Emaili Komen anda sangat berguna untuk saya memperbaiki Blog Rahman Bashri..Terima Kasih

Thursday, 26 July 2012

Apa Itu Keganasan Rumah Tangga?


Apakah yang dimaksudkan dengan keganasan rumah tangga?
1)  Secara sengaja atau cuba meletakkan mangsa dalam ketakutan kecederaan fizikal.
2)  Mencederakan mangsa secara fizikal.
3)  Memaksa atau mengancam melakukan perbuatan berbentuk seksual atau selainnya yang mana mangsa itu berhak untuk tidak melakukannya.
4)  Mengurung atau menahan mangsa tanpa kerelaan mangsa.
5)  Khianat atau merosakkan harta dengan niat akan menyebabkan kesedihan atau kegusaran kepada mangsa.

Siapakah mangsa keganasan rumah tangga?
1)  Isteri / bekas isteri
2)  Suami / bekas suami
3)  Anak-anak
4)  Ibu bapa
5)  Ahli keluarga yang tinggal serumah

Apakah yang dikategorikan sebagai keganasan rumah tangga?
1)  Penderaan fizikal
2)  Penderaan mental
3)  Penderaan emosi
4)  Penderaan seksual
5)  Penderaan spiritual

Bagaimanakah keganasan rumah tangga boleh berlaku?
Keganasan rumah tangga berlaku melalui beberapa tahap dan peringkat iaitu :
1)   Tahap 1 : Peningkatan tekanan - Bermula dengan perselisihan yang kecil dan isteri akan cuba menenangkan Si suami dengan pelbagai tindakan. Si Isteri lebih banyak mengalah menyebabkan Si suami akan menjadi dominan.
2)   Tahap 2: Permulaan insiden keganasan - Di peringkat ini, keganasan berlaku secara mendadak disebabkan Si suami tidak dapat mengawal kemarahannnya. Si isteri pula, tidak akan melawan, sebaliknya memendam rasa dan menangis. Keadaaan ini akan menyebabkan Si isteri mengalami tekanan psikologi yang keterlaluan.
3)  Tahap 3: Penyesalan - Pihak mangsa akan merasa sedih dan takut akan ditinggalkan pasangan. Suami berjanji akan berubah sikap, memohon maaf dan menunjukkan kasih sayang dan kemesraan yang luar biasa. Keadaan ini akan memberikan keyakinan kepada Si isteri bahawa Si suami akan berubah.
Adakah perselisihan faham boleh membawa kepada berlakunya keganasan rumah tangga?

Terpulang kepada pasangan suami isteri mengendalikan emosi mereka. Jika pasangan itu dapat berkomunikasi secara positif dan menyelesaikan perselisahan itu dengan baik, dan pasangan akan mengakui dan menginsafi kesalahan yang di buat, ia tidak akan membawa kepada keganasan rumah tangga. Walaubagaimanapun jika pasangan itu tidak dapat mengawal emosi mereka, kemungkinan pertengkaran dan pergaduhan akan berlaku. Kesan yang lebih teruk akan berlakunya keganasan fizikal, mental dan emosi atau seksual.


Mengapa keganasan rumah tangga boleh berlaku?
Keganasan rumah tangga berlaku kerana beberapa sebab:
1)   Tiada keharmonian dan persefahaman dalam rumah tangga.
2)   Personaliti suami atau isteri.
3)   Latar belakang keluarga.
4)   Kesan penagihan dadah, alkohol atau judi.
5)   Masalah ekonomi.
6)   Faktor terlalu cemburu terhadap pasangan.
7)   Masalah mental
8)   Latar belakang masyarakat dan budaya.
9)   Pasangan yang tidak dapat menyesuaikan diri dalam rumah tangga.
10) Wujudnya orang ketiga dalam rumah tangga.
12) Kurangnya didikan agama.

Bagaimanakah untuk mengelakkan daripada berlakunya keganasan rumah tangga?
1)  Menjalani kehidupan yang harmoni dan memupuk kasih sayang dalam keluarga.
2)  Pasangan perlu menerima kekuatan dan kekurangan pasangan mereka dan sama memperbaikinya.
3)  Pasangan perlu sentiasa berbincang tentang masalah yang dihadapi dan mencari penyelesaian secara harmoni.
5)  Pasangan perlu tahu dan menunaikan tanggungjawab mereka.
6)  Pasangan mengetahui hak-hak mereka dari sudut agama dan perundangan.
7)  Berpegang teguh pada agama.

Mengapa keganasan rumah tangga mesti dibendung?
Keganasan rumah tangga mesti dibendung kerana ia meninggalkan kesan negatif dalam institusi kekeluargaan.
1)  Si mangsa akan mengalami tekanan fizikal, mental dan spiritual. Sentiasa berada dalam satu situasi yang tidak selamat. Jika ia dibiarkan ia akan menjadi trauma untuk kesan jangka panjang.
2)  Akan menimbulkan kesan negatif kepada pertumbuhan atau perkembangan anak-anak. Kemungkinan si anak akan mengulangi apa yang dipelajari dari ibu bapanya apabila mereka besar kelak. Mereka pula berpotensi untuk menjadi pendera.
3)   Jika ia berterusan jalan akhirnya akan berlakunya penceraian. Penceraian tidak menguntungkan semua pihak. Pihak yang paling rugi sekali ialah anak-anak. Anak-anak akan mengalami tekanan emosi dan mental akibat penceraian ibu bapa mereka.
4)   Anak-anak mangsa penceraian ini akan mengalami konflik identiti dan jika mereka tersalah haluan akan terlibat dengan kes-kes juvana seperti gangsterism, vandalism, penagihan dadah dan lain-lain masalah sosial.
5)   Si ibu pula akan menjadi ibu tunggal. Terpaksa memainkan peranan sebagai ketua rumah.

Siapakah yang paling mudah terjebak kepada keganasan rumah tangga?
1)   Pasangan yang berkahwin dalam usia yang muda.
2)   Pasangan yang berpersonaliti negatif ( panas baran, kuat berleter dll)
3)   Pasangan yang tidak dapat menyesuaikan diri dalam rumah tangga.
4)   Penagih, pemabuk dan kaki judi.
5)   Pasangan yang mengalami sakit mental.
6)   Pasangan yang kuat cemburu.
7)   Pasangan yang diganggu oleh orang ketiga.
8)   Pasangan yang menghadapi masalah ekonomi.

Apakah yang perlu dilakukan sekiranya anda adalah mangsa keganasan rumah tangga?
Jika keganasan rumah tangga di tahap tidak serius:
1)  Mengenalpasti punca berlakunya keganasan rumah tangga.
2)  Cuba berbincang dengan pasangan anda agar tidak berlaku lagi.
3)  Dapatkan bantuan orang ke tiga di kalangan kedua-dua keluarga anda.
4)  Hubungi JPW ( unit Kaunseling ) atau PPWN untuk mendapatkan khidmat nasihat.

Jika keganasan di tahap serius:
1)  Pastikan anda mendapat rawatan doktor jika berlaku kecederaan. Pergi ke OSCC ( Pusat Khidmat Bersepadu )
2)  Laporkan kepada pihak polis.
3)  Laporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk mendapatkan Perintah perlindungan Interim ( IPO ) atau Perintah Perlindungan (PO).
4)  Jika anda telah membuat keputusan untuk bercerai, failkan penceraian anda di mahkamah.

Bolehkah perkara ini ditangani sendiri tanpa bantuan pihak ketiga?
Boleh. Jika pasangan bersedia berbincang secara baik untuk menyelesaikan segala masalah yang timbul. Pada masa yang sama, pasangan dapat menerima kekuatan dan kelemahan pasangan dan memberi sokongan antara satu sama lain. Pasangan suami isteri perlu sedar bahawa perkahwinan bukan sahaja bersatunya dua hati tetapi penyatuan cara hidup, budaya dll. Kembali kepada agama dan memainkan peranan serta tanggungjawab sebagai suami isteri merupakan satu pendekatan yang terbaik.

Siapakah yang boleh membantu apabila anda mengalami keganasan Rumah Tangga?
1)  Diri sendiri
2)  Ahli Keluarga
3)  Jiran tetangga
4)  Ahli sukarelawan dan NGO
5)  Pihak Polis
6)  Hospital
7)  Jabatan Kebajikan Masyarakat
8)  Jabatan Agama Islam atau Badan Pendamai.
9)  Untuk mendapatkan khidmat nasihat hubungi Unit Kaunseling JPW atau PPWN ( Rumah Nur )

Bagaimanakah cara untuk mendapatkan bantuan?
1)  Ingin mendapatkan khidmat nasihat : Menelefon atau membuat temujanji dengan kaunselor-kaunselor dan Pegawai Pembangunan Masyarakat ( JPW, PPWN,JKM,JAIS dan sukarelawan-sukarelawan NGO )
2)  Ingin membuat aduan: Lapor segera kepada pihak polis yang berdekatan. Jika terdapat kecederaan, pergi ke Pusat Khidmat Sepadu( OSCC ) Ke Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk mendapatkan IPO dan tempat perlindungan jika perlu.
Mengapakah wanita atau mangsa keganasan rumah tangga sering berdiam diri (membisu ) atau lambat bertindak apabila didera?
3)  Wanita tidak mempunyai kesedaran tentang hak mereka sebagai isteri dalam aspek agama dan undang-undang.
4)  Perasaan takut kerana akan hilang tempat bergantung.
5)  Perasaan malu untuk membuat aduan tentang kepincangan keluarga sendiri.
6)  Memikirkan tentang anak-anak.
7)  Termakan pujuk rayu dan janji manis si suami

Adakah anda merasakan artikel saya ini berguna? Jika ya kongsi dengan rakan anda : Jika anda suka dengan artikel saya, pastikan anda Langgan melalui RSS feed! atau Langgan Blog Rahman Bashri melalui Emaili Komen anda sangat berguna untuk saya memperbaiki Blog Rahman Bashri..Terima Kasih

Manusia Bangkit Dari Kubur Dalam 12 Barisan


Suatu ketika, Muaz bin Jabal r. a menghadap Rasullullah s.a.w dan bertanya: "Wahai Rsullullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah s. a. w: "Pada sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datamg berbaris-baris" -(Surah an-Naba':18)

Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis hingga basah pakaiannya. Lalu Baginda menjawab:

"Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri.... Maka dinyatakan apakah 12 barisan berkenanaan iaitu:

Barisan Pertama Diiringi dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: " Mereka itu adalah orang-orang yang ketika hidupnya menyakiti hati jirannya, maka in balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

Barisan Kedua Diiringi dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah yang maha pengasih: "Mereka itu adalah orang yang ketika hidupnya meringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembalinya adalah neraka..."

Barisan Ketiga Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking. "Meraka ini adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."

Barisan Keempat Diiringi dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka. "Mereka ini adalah orang yang berdusta didalam jual beli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka.."

Barisan Kelima Diiringi dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah s. a. w menurunkan angin.

Barisan Keenam Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. "Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."

Barisan Ketujuh Diiringi dari kubur tanpa mempunyai lidah dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. "Meraka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembalu mereka adalah neraka..."

Barisan Kelapan Diiringi dari kubur dalam keadaan terbalik degan kepala kebawah dan kaki keatas. " Meraka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."

Barisan kesembilan Diiringi dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. " Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara haram, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

Barisan Kesepuluh Diiringi dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan sopak dan kusta. "Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."

Barisan Kesebelas Diiringi dari kubur mereka dengan berkeadaan buta, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai kedada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai keperut dan keluar beraneka kotoran. "Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

Barisan Kedua Belas Mereka diiringi dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka, datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan: "Mereka adalah orang yang beramal soleh dan banyak berbuat baik. Meraka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah yang maha pengasih..."

Blog Rahman Bashri : Ya Allah Ya Tuhanku..aku redha akan ujian dari-MU..pintaku,berikanlah aku kekuatan dan ketabahan untuk mengharungi semua ini.

Adakah anda merasakan artikel saya ini berguna? Jika ya kongsi dengan rakan anda : Jika anda suka dengan artikel saya, pastikan anda Langgan melalui RSS feed! atau Langgan Blog Rahman Bashri melalui Emaili Komen anda sangat berguna untuk saya memperbaiki Blog Rahman Bashri..Terima Kasih

4 Jenis Lelaki Yang Akan Masuk Neraka


1)  Seorang Ayah
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.....tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

2)  Seorang Suami
Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri......walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.

3)  Seorang Abang dan Adik Lelaki
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pula abang-abangnya..jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran Islam tunggulah tarikan adik perempuannya di akhirat.

4)   Seorang Anak Lelaki
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak, nantikan tarikan ibunya.

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat, maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami /abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar tidak silap

Firman Allah S.W.T.:-
"HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA, DIMANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA DAN BATU-BATU....."

Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda, abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda...kesiankanlah mereka dan diri kamu sendiri, jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan ikhlas..

Marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik....oleh mana-mana pihak. Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. Allah S.W.T. nilaikan seseorang muslim dengan Syurga. Semua kaum muslim masuk syurga. Janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji Allah S.W.T.


Blog Rahman Bashri : Semoga Kita semua tergolong dari Ahli Syurga yang memasukinya tanpa hisab..Amin..

Adakah anda merasakan artikel saya ini berguna? Jika ya kongsi dengan rakan anda : Jika anda suka dengan artikel saya, pastikan anda Langgan melalui RSS feed! atau Langgan Blog Rahman Bashri melalui Emaili Komen anda sangat berguna untuk saya memperbaiki Blog Rahman Bashri..Terima Kasih

5 Tanda Hati Keras Macam Batu


Hati adalah sumber ilham dan pertimbangan, tempat lahirnya cinta dan benci, keimanan dan kekufuran, taubat dan sikap degil, ketenangan dan kebimbangan. Hati juga sumber kebahagiaan jika kita mampu membersihkannya namun sebaliknya ia merupakan sumber bencana jika kita gemar menodainya. Aktiviti yang dilakukan sering berpunca daripada lurus atau bengkoknya hati. Abu Hurairah r.a. berkata, "Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika raja itu baik, maka akan baik pula lah tenteranya.. Jika raja itu buruk, maka akan buruk pula tenteranya".

Hati yang keras mempunyai tanda-tanda yang boleh dikenali, di antara yang terpenting adalah seperti berikut:

1. Malas melakukan ketaatan dan amal kebajikan
Terutama malas untuk melaksanakan ibadah, malah mungkin memandang ringan. Misalnya tidak serius dalam menunaikan solat, atau berasa berat dan enggan melaksanakan ibadah-ibadah sunnah. Allah telah menyifatkan kaum munafikin dalam firman-Nya yang bermaksud, "Dan mereka tidak mengerjakan sembahyang, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan." (Surah At-Taubah, ayat 54)

2. Tidak berasa gerun dengan ayat al-Quran
Ketika disampaikan ayat-ayat yang berkenaan dengan janji dan ancaman Allah, hatinya tidak terpengaruh sama sekali, tidak mahu khusyuk atau tunduk, dan juga lalai daripada membaca al-Quran serta mendengarkannya. Bahkan enggan dan berpaling daripadanya. Sedangkan Allah S.W.T memberi ingatan yang ertinya, "Maka beri peringatanlah dengan al-Quran orang yang takut dengan ancaman Ku." (Surah Al-Qaf, ayat 45)

3. Berlebihan mencintai dunia dan melupakan akhirat
Himmah dan segala keinginannya tertumpu untuk urusan dunia semata-ma ta. Segala sesuatu ditimbang dari segi keperluan dunia. Cinta, benci dan hubungan sesama manusia hanya untuk urusan dunia sahaja. Penghujungnya jadilah dia seorang yang dengki, ego dan individulistik, bakhil serta tamak terhadap dunia.

4. Kurang mengagungkan Allah
Sehingga hilang rasa cemburu dalam hati, kekuatan iman menjadi lemah, tidak marah ketika larangan Allah dilecehkan orang. Tidak mengamal yang makruf serta tidak peduli terhadap segala kemaksiatan dan dosa.

5. Tidak belajar dengan Ayat Kauniah
Tidak terpengaruh dengan peristiwa-peristiwa yang dapat memberi pengajaran, seperti kematian, sakit, bencana dan seumpamanya. Dia memandang kematian atau orang yang sedang diusung ke kubur sebagai perkara biasa, padahal cukuplah kematian itu sebagai nasihat. "Dan tidaklah mereka (orang-orang munafik) memperhatikan bahawa mereka diuji sekali atau dua kali setiap tahun, kemudian mereka tidak (juga) bertaubat dan tidak (pula) mengambil pel ajaran?" (Surah At-Taubah, ayat 126)

Blog Rahman Bashri : Sahabat yang baik adalah lebih mahal dari segunung emas permata.

Adakah anda merasakan artikel saya ini berguna? Jika ya kongsi dengan rakan anda : Jika anda suka dengan artikel saya, pastikan anda Langgan melalui RSS feed! atau Langgan Blog Rahman Bashri melalui Emaili Komen anda sangat berguna untuk saya memperbaiki Blog Rahman Bashri..Terima Kasih

Kenapa Lidah Kelu Semasa Saat Sakaratul Maut atau Kematian?


Renungkanlah wahai pembaca blogku yang dirahmati sekalian. Mengapa lidah kelu disaat kematian? tetapi kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan'sakaratul maut'.

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud:
"Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya."

Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang. Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya.
Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak.
Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah..." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika saat nyawanya akan dicabut Allah dengan izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.

Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. "Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul mautmenghampiri kami.

Adakah anda merasakan artikel saya ini berguna? Jika ya kongsi dengan rakan anda : Jika anda suka dengan artikel saya, pastikan anda Langgan melalui RSS feed! atau Langgan Blog Rahman Bashri melalui Emaili Komen anda sangat berguna untuk saya memperbaiki Blog Rahman Bashri..Terima Kasih

Antara Sabar Dan Mengeluh


Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya.

"Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu,tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati."

Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya, "Apakah katamu hai saudaraku ? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini."

Abu Hassan bertanya, "Bagaimana hal yang merisaukanmu ?"
Wanita itu menjawab, "Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya, "Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing ?" Jawab adiknya, "Baiklah kalau begitu ?"

Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu. Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya. Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua."

Lalu Abul Hassan bertanya, "Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu ?"

Wanita itu menjawab, "Tiada seorang pun yang dapat membedakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berbeda. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka."
Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan tauladan di mana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah dalam setiap terkena musibah dan dugaan dari Allah. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadith Qudsi,:

" Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil keksaihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya."

Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda,:
" Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang."

Dan sabdanya pula, " Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka." (Riwayat oleh Imam Majah)

Semoga kita dijadikan sebagai hamba Tuhan yang sabar dalam menghadapi segala musibah.

Adakah anda merasakan artikel saya ini berguna? Jika ya kongsi dengan rakan anda : Jika anda suka dengan artikel saya, pastikan anda Langgan melalui RSS feed! atau Langgan Blog Rahman Bashri melalui Emaili Komen anda sangat berguna untuk saya memperbaiki Blog Rahman Bashri..Terima Kasih

Antara 7 Perkara Selalu Di Amalkan Oleh Nabi Muhammad SAW

1)   Selalu Bangun Sebelum Subuh
Rasul selalu mengajak ummatnya untuk bangun sebelum subuh, melaksanakan solat sunat dan solat Fardhu, solat subuh berjamaah. Hal ini memberi hikmah yg mendalam antara lain :
- Berlimpah pahala dari Allah
- Kesegaran udara subuh yg bagus utk kesehatan/ terapi penyakit TB
- Memperkuat pikiran dan menyehatkan perasaan

2)  Aktif Menjaga Kebersihan
Rasululullah SAW selalu sentiasa rapi dan bersih, tiap hari khamis atau Jumaat beliau mencuci rambut-rambut halus di pipi, selalu memotong kuku, bersisir dan berminyak wangi.
Rasulullah Bersabda:
"Mandi pada hari Jumaat adalah wajib bagi setiap orang-orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan memakai harum-haruman"(HR Muslim)

3)  Tidak Pernah Banyak Makan
Sabda Rasulullah SAW :
 "Kami adalah sebuah kaum yang tidak makan sebelum lapar dan bila kami makan tidak terlalu banyak ( tidak sampai kekenyangan"(Muttafaq Alaih)
Dalam tubuh manusia ada 3 ruang untuk 3 benda : Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan. Bahkan ada satu tarbiyyah khusus bagi ummat Islam dengan adanya Puasa Ramadhan untuk menyeimbangkan kesihatan.

4)  Gemar Berjalan Kaki
Rasululullah SAW selalu berjalan kaki ke Masjid, Pasar, medan jihad, mengunjungi rumah sahabat, dan sebagainya. Dengan berjalan kaki, keringat akan mengalir, pori-pori terbuka dan peredaran darah akan berjalan lancar. Ini penting untuk mencegah penyakit jantung

5)   Tidak Pemarah
Nasihat Rasulullah : "Jangan Marah"diulangi sampai 3 kali. Ini menunujukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasadiyah belaka, tetapi lebih jauh yaitu dilandasi oleh kebersihan dan kesehatan jiwa.
Ada terapi yang tepat untuk menahan marah :
- Mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka duduk, dan bila duduk maka berbaring
- Membaca Ta 'awwudz, karena marah itu dari Syaitan
- Segeralah berwudhu
- Solat 2 Rokaat untuk meraih ketenangan dan menghilangkan kegundahan hati

6)   Optimis Dan Tidak Putus Asa
Sikap optimis akan memberikan dampak psikologis yang mendalam bagi kelapangan jiwa sehingga tetap sabar, istiqomah dan bekerja keras, serta tawakal kepada Allah SWT

7)  Tak Pernah Iri Hati
Untuk menjaga stabilitas hati dan kesihatan jiwa, mentalitas maka menjauhi iri hati merupakan tindakan preventif yang sangat tepat.
Doa : Ya Allah,bersihkanlah hatiku dari sifat sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat sifat mahmudah...::

Blog Rahman Bashri : Kalau rajin Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara Muslim Muslimat yang lain agar menjadi renungan dan pelajaran kepada kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah meninggal dunia

Adakah anda merasakan artikel saya ini berguna? Jika ya kongsi dengan rakan anda : Jika anda suka dengan artikel saya, pastikan anda Langgan melalui RSS feed! atau Langgan Blog Rahman Bashri melalui Emaili Komen anda sangat berguna untuk saya memperbaiki Blog Rahman Bashri..Terima Kasih

Monday, 23 July 2012

Hukum Zakat Fitrah Bagi Umat Islam

Ketika ini semua umat Islam sedang sibuk melakukan ibadat wajib puasa dan solat sunat tarawih pada bulan Ramadan. Selain kita bercakap mengenai berpuasa dan solat Tarawih, tidak lupa juga tentang kewajipan Zakat Fitrah.

Pembayaran Zakat Fitrah boleh dibuat dalam bentuk wang tunai ataupun beras yang bersamaan nilai bermula 1 Ramadan sehinggalah sebelum Sembahyang Sunat Hari Raya Aidilfitri sama ada melalui amil yang dilantik ataupun di kaunter bayaran zakat yang disediakan

Penertian Zakat Fitrah
Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan. Pengeluaran Zakat adalah Rukun Islam ke Empat yang wajib ditunaikan selepas berpuasa di Bulan Ramadhan. Barang sesiapa yakni Muslim yang tidak mengeluarkan zakat, maka tidak sempurna Rukun Islam seseorang itu.

Orang yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:
Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari. Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.

Dalil Zakat Fitrah
Zakat fitrah dalilnya bersandarkan kepada Hadis Nabi S.A.W. riwayat daripada yang bermaksud:
“Rasulullah S.A.W. telah memfardukan zakat fitrah pada bulan Ramadan ke atas manusia dengan mengeluarkan satu gantang kurma atau satu gantang gandum (syair) ke atas setiap orang merdeka atau hamba lelaki atau perempuan orang tua atau kanak-kanak yang terdiri daripada orang Islam.” (Riwayat Al-Bukhari)

Kaedah Pembayaran Zakat Fitrah
Kaedah pembayaran zakat fitrah yang ditentukan ialah makanan asasi daripada jenis yang mengenyangkan. Perkara ini dijelaskan melalui hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudry bermaksud:

“…Adalah kami para sahabat ketika bersama Rasulullah s.a.w sering mengeluarkan zakat fitrah daripada setiap orang yang kecil dan besar, merdeka atau hamba satu gantang makanan atau satu gantang keju atau satu gantang Syair atau satu gantang tamar atau satu gantang zabib. Demikianlah kami terus berbuat demikian sehingga datang kepada kami oleh Muawiyah Abi Sufian bagi mengerjakan amal ibadat haji atau umrah, kemudian beliau menyampaikan ucapannya di atas mimbar, maka dalam ucapannya kepada orang ramai beliau berkata: Saya berpendapat, bahawa satu mud (cupak) gandum Sham menyamai satu Sha’ (gantang) tamar. Setelah itu, masyarakat pun berbuat demikian sedangkan Abu Sufian berkata: aku tetap mengeluarkannya sebagaimana mulanya” – Riwayat Muslim

Kadar Zakat Fitrah
Kadar zakat fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya. Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh Pihak Berkuasa Majlia Agama Islam Negeri-Negeri masing-masing.

Waktu Menunaikan Zakat Fitrah
Waktu menunaikan zakat fitrah terbahagi kepada 5:
1. Waktu Wajib; Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
2. Waktu Paling Afdal; Sebelum sembahyang Hari Raya
3. Waktu Sunat; Sepanjang bulan Ramadhan
4. Waktu Makruh; Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal
5. Waktu Haram; Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan
segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.

Niat Zakat Fitrah
“ Wang sebanyak $ _____ ini sebagai menunaikan zakat fitrah, yang wajib ke atas diri/keluarga saya untuk tahun berakhir _____ tunai kerana Allah Ta’ala. ”

Blog Rahman Bashri : Saya juga adalah salah seorang amil di Wilayah Persekutuan. Saya diberi tanggungjawab untuk mengutip zakat fitrah di kompleks Daya Bumi. Kepada pembaca blog saya datanglah sekiranya anda berhampiran.  Bayaran untuk Wilayah Persekutuan tahun 2012 ini adalah sebanyak RM7.00

Adakah anda merasakan artikel saya ini berguna? Jika ya kongsi dengan rakan anda : Jika anda suka dengan artikel saya, pastikan anda Langgan melalui RSS feed! atau Langgan Blog Rahman Bashri melalui Emaili Komen anda sangat berguna untuk saya memperbaiki Blog Rahman Bashri..Terima Kasih

Kenapa Islam Melarang Menyetubuhi Isteri Ketika Haid?


Islam melarang suami menyetubuhi isteri ketika isteri dalam haid, tetapi jika hidup bertuankan nafsu, ada yang tetap melakukannya.

Barangkali kefahaman mengenai darah haid itu kurang, menyebabkan ada suami menyangka tiada masalah jika bersetubuh ketika isteri uzur.

Mengikut pandangan dan kefahaman kuno, darah haid itu berbahaya. Jika jatuh ke tanah, ia membuatkan tanah itu tidak subur. Malah, wanita yang datang haid diasingkan dan kadangkala dikurung dalam bilik sehingga kembali suci.

Ada juga pandangan kononnya jika alat kelamin lelaki terkena darah haid, dia mungkin mati pucuk. Sebahagian besar daripada pandangan itu adalah mitos belaka, tetapi di sebalik mitos, ada juga kebenaran.
Haid sebenarnya ialah selaput dalam rahim atau endometrium yang tertanggal dari dinding rahim selepas selesai putaran hidupnya dan menjalani proses hancur lebur dan keluar dari rahim melalui saluran serviks dan faraj.

Ia bangkai yang membabitkan tisu dan sel mati dengan kandungan bakteria dan berbau seperti bangkai. Jika hubungan kelamin dilakukan pada waktu itu, wanita terdedah kepada air mani dan jika ada kuman perosak, tentu kuman itu mudah membiak dengan adanya sel dan tisu berkenaan.

Jika jangkitan merebak ke rahim dan salur rahim, kemungkinan keradangan organ boleh berlaku sehingga menjejaskan alat sulit.

Adakah anda merasakan artikel saya ini berguna? Jika ya kongsi dengan rakan anda : Jika anda suka dengan artikel saya, pastikan anda Langgan melalui RSS feed! atau Langgan Blog Rahman Bashri melalui Emaili Komen anda sangat berguna untuk saya memperbaiki Blog Rahman Bashri..Terima Kasih

Amalan-Amalan Wanita Semasa Mengandung Menurut Islam


Sememangnya apabila pasangan suami dan isteri yang telah mendirikan rumah tangga mengingginkan zuriat,cahayamata atau anak dari darah daging sendiri. Oleh itu sesiapa yang telah mengandung dan sedang mengandung bolehlah mengamalkan tips yang akan saya berikan sebentar lagi yang lebih berlandaskan syariat Islam.

Ketika wanita mengandung dia perlu melakukan dan melaksanakan sesuatu yang diperintahkan oleh Allah swt,harus memahami hakikat manusia, agar menjadi hamba yang bersyukur dengan nikmat dan rezeki anak yang Allah kurniakan itu.

Antara amalan yang disarankan ialah:


1)  Banyakkan bertaubat - memohon ampun akan dosa2 yg telah kita lakukan sebelum ini, semoga anak yg bakal lahir itu nanti menjadi anak yang bertaqwa.

2)  Menutup Aurat - Sentiasa menutup aurat sesuai dengan ketentuan ajaran Islam. Agar hidup mendapat keberkatan.

3)  Banyakkan membaca ayat-ayat suci Al-Quran:
3.1- Surah AlFatihah dan ayat kursi
3.2- Surah Yaasin
3.3- Surah Taubat
3.4- Surah Maryam (untuk mudah bersalin-anak soleh dan taat)
3.5- Surah Yusof (utk memperoleh anak yang cantik, kacak, sihat dan sempurna).
3.6- Surah Luqman (utk mendapatkan anak yg taat)
3.7- Surah An-Nahl ayat 78
3.8- Surah Al-’Araaf ayat 189

Blog Rahman Bashri : Semoga memberi manfaat kepada wanita-wanita atau ibu-ibu Hamil hendaknya. Moga diberi kesenangan ketika melahirkan zuriat dan cahayamata yang tercinta InsyaAllah.

Adakah anda merasakan artikel saya ini berguna? Jika ya kongsi dengan rakan anda : Jika anda suka dengan artikel saya, pastikan anda Langgan melalui RSS feed! atau Langgan Blog Rahman Bashri melalui Emaili Komen anda sangat berguna untuk saya memperbaiki Blog Rahman Bashri..Terima Kasih

Pesanan Ibu Kepada Anak Yang Bergelar Isteri


Selalunya seorang isteri akan mengambil contoh tauladan dari Ibunya, bagaimana ibunya melayan bapanya. Oleh seorang isteri perlulah mengambil tahu bagaiman menjaga atau melayan suami dengan sebaik mungkin. Di bawah ini saya beberapa pesanan dari seorang ibu kepada anaknya yang bakal menjadi isteri.

1)  Hendaklah isteri ingat bahawa dirinya itu dijadikan oleh Allah Yang Maha Bijaksana untuk lelaki. Lelaki dijadikan menguasai perempuan dan menjadi pemimpin baginya. Oleh itu tidak patut bagi seorang perempuan berfikiran atau bercita-cita hendak menguasai dan menundukkan suami dalam segala hal.

2)   Isteri hendaklah memerhatikan tabiat suami tiap-tiap hari tentang kesukaan dan kebenciannya. Apa-apa kesukaannya disempurnakan oleh isteri dan apa-apa kebencian ditinggalkan.

3)  Janganlah pergi mendapatkan bomoh, pawang, tukang sihir atau tukang tilik untuk memperlihatkan hal suami atau menambat hatinya. Ini semua berdosa serta membuang wang dan membazir.

4)   Jangan suka menceritakan kecantikkan perempuan lain atau memuji-muji anak isteri orang lain di hadapan suami apatah lagi memburuk-burukkan mereka kerana memuji perempuan lain itu mungkin membukakan pintu nafsu suaminya kepada perempuan lain. Manakala mengeji atau memburukkannya pula dikhuatiri kalau-kalau perempuan itu kerabat suami.

5)   Hendaklah makan minum untuk suami sama ada di sebelah pagi, tengah hari dan malam disediakan pada waktunya. Jangan sampai diminta atau disuruh, supaya tidak tergendala pekerjaan suami.

Blog Rahman Bashri : Jika semua nasihat itu disempurnakan oleh para suami dan isteri, InsyaAllah rumahtangga dan pergaulan suami isteri akan berada di dalam aman dan bahagia.

Adakah anda merasakan artikel saya ini berguna? Jika ya kongsi dengan rakan anda : Jika anda suka dengan artikel saya, pastikan anda Langgan melalui RSS feed! atau Langgan Blog Rahman Bashri melalui Emaili Komen anda sangat berguna untuk saya memperbaiki Blog Rahman Bashri..Terima Kasih

Sunday, 22 July 2012

Sifat dan Sikap Rasulullah SAW


1)  Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya.

2)  Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

3)  Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap dimasak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur.

4)  Sayidatina 'Aisyah menceritakan "Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.

5)  Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang."

6)  Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda amat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, "Belum ada sarapan ya Khumaira?" (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan') Aisyah menjawab dengan agak serba salah, "Belum ada apa-apa wahai Rasulullah." Rasulullah lantas berkata, "Jika begitu aku puasa saja hari ini." tanpa
sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya.

7)  Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami memukul isterinya. Rasulullah menegur, "Mengapa engkau memukul isterimu?" Lantas soalan itu dijawab dengan agak mentar, "Isteriku sangat keras kepala. Sudah diberi nasihat dia tetap degil, jadi aku pukul dia." "Aku tidak bertanya alasanmu," sahut Nabi s. a. w. "Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?" Pernah baginda bersabda, "sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya." Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan
kedudukannya sebagai pemimpin umat.

8)  Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat, pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang, "Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung

penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?" "Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar." "Ya Rasulullah... mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit... " desak Umar penuh cemas. Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain
yang berisi batu kerikil, buat menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.

"Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan, kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?" Lalu baginda menjawab dengan lembut, "Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?" "Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak."

9)  Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua
yang penuh kudis, miskin dan kotor.

10)  Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya.Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si
Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

11)   Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ketuanan. Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam
keseorangan.

12)  Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.

13)  Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi. Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, "Ya Rasulullah, bukankah engkau telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?" Jawab baginda dengan lunak, "Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur."

Rasulullah s. a. w. bersabda,
"Sampaikanlah pesanku walaupun sepotong ayat.."

" Orang yang apabila di sebut nama Allah, maka akan gementarlah hati mereka, dan apabila di sebut ayat-ayat Allah, maka akan bertambah lah iman mereka" (Ayatul Quran)

Adakah anda merasakan artikel saya ini berguna? Jika ya kongsi dengan rakan anda : Jika anda suka dengan artikel saya, pastikan anda Langgan melalui RSS feed! atau Langgan Blog Rahman Bashri melalui Emaili Komen anda sangat berguna untuk saya memperbaiki Blog Rahman Bashri..Terima Kasih

Dipotong Tangan Kerana Memberi Sedekah


Di kisahkan bahawa semasa berlakunya kekurangan makanan dalam kalangan Bani Israel, maka lalulah seorang fakir menghampiri rumah seorang kaya dengan berkata, "Sedekahlah kamu kepadaku dengan sepotong roti dengan ikhlas kerana Allah S.W.T."

Setelah fakir miskin itu berkata demikian maka keluarlah anak gadis orang kaya, lalau memberikan roti yang masih panas kepadanya. Sebaik sahaja gadis itu memberikan roti tersebut maka keluarlah bapa gadis tersebut yang bakhil itu terus memotong tangan kanan anak gadisnya sehingga putus. Semenjak dari peristiwa itu maka Allah S.W.T pun mengubah kehidupan orang kaya itu dengan menarik kembali harta kekayaannya sehingga dia menjadi seorang yang fakir miskin dan akhirnya dia meninggal dunia dalam keadaan yang paling hina.

Anak gadis itu menjadi pengemis dan meminta-minta dari satu rumah ke rumah. Maka pada suatu hari anak gadis itu menghampiri rumah seorang kaya sambil meminta sedekah, maka keluarlah seorang ibu dari rumah tersebut. Ibu tersebut sangat kagum dengan kecantikannya dan mempelawa anak gadis itu masuk ke rumahnya. Ibu itu sangat tertarik dengan gadis tersebut dan dia berhajat untuk mengahwinkan anaknya dengan gadis tersebut. Maka setelah perkahwinan itu selesai, maka si ibu itu pun memberikan pakaian dan perhiasan bagi menggantikan pakaiannya.

Pada suatu malam apabila sudah dihidang makanan malam, maka si suami hendak makan bersamanya. Oleh kerana anak gadis itu kudung tangannya dan suaminya juga tidak tahu bahawa dia itu kudung, manakala ibunya juga telah merahsiakan tentang tangan gadis tersebut. Maka apabila suaminya menyuruh dia makan, lalu dia makan dengan tangan kiri. Apabial suaminya melihat keadaan isterinya itu dia pun berkata, "Aku mendapat tahu bahawa orang fakir tidak tahu dalam tatacara harian, oleh itu makanlah dengan tangan kanan dan bukan dengan tangan kiri."

Setelah si suami berkata demikian, maka isterinya itu tetap makan dengan tangan kiri, walaupun suaminya berulang kali memberitahunya. Dengan tiba-tiba terdengar suara dari sebelah pintu, "Keluarkanlah tangan kananmu itu wahai hamba Allah, sesungguhnya kamu telah mendermakan sepotong roti dengan ikhlas kerana Ku, maka tidak ada halangan bagi-Ku memberikan kembali akan tangan kananmu itu."
Setelah gadis itu mendengar suara tersebut, maka dia pun mengeluarkan tangan kanannya, dan dia mendapati tangan kanannya berada dalam keadaan asalnya, dan dia pun makan bersama suaminya dengan menggunakan tangan kanan. Hendaklah kita sentiasa menghormati tetamu kita, walaupun dia fakir miskin apabila dia telah datang ke rumah kita maka sesungguhnya dia adalah tetamu kita.

Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud,
"Barangsiapa menghormati tetamu, maka sesungguhnya dia telah menghormatiku, dan barangsiapa menghormatiku, maka sesungguhnya dia telah memuliakan Allah S.W.T. Dan barangsiapa telah menjadi kemarahan tetamu, dia telah menjadi kemarahanku. Dan barangsiapa menjadikan kemarahanku, sesungguhnya dia telah menjadikan murka Allah S.W.T."

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud,
"Sesungguhnya tetamu itu apabila dia datang ke rumah seseorang mukmin itu, maka dia masuk bersama dengan seribu berkah dan seribu rahmat."

Adakah anda merasakan artikel saya ini berguna? Jika ya kongsi dengan rakan anda : Jika anda suka dengan artikel saya, pastikan anda Langgan melalui RSS feed! atau Langgan Blog Rahman Bashri melalui Emaili Komen anda sangat berguna untuk saya memperbaiki Blog Rahman Bashri..Terima Kasih

10 Hadiah Di Dunia Untuk Orang Yang Bertaqwa


1. Sentiasa Mendapat Petunjuk
“Mereka itulah (orang-orang bertaqwa) yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka dan merekalah orang-orang yang beruntung.”(Al- Baqarah :5)

2. Diberi Penyelesaian Dari Masalah
“Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya akan diberikan kepadanya jalan keluar.” (Al-Thalaq : 2)

3. Dipermudah Segala Urusan
“Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Allah akan memudahkan baginya segala urusannya.” (Al-Thalaq : 4)

4. Mendapat Rezeki Dari Sumber Tidak Terduga
“…dan memberinya (orang bertaqwa) rezeki dari sumber yang tidak terduga.” (Al- Thalaq : 3)

5. Dikasihi Allah
“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertaqwa.” (Ali Imran : 76)

6. Mendapat Keberkatan Dari Langit Dan Bumi
“Jika seluruh penduduk sebuah negeri itu beriman dan bertaqwa, nescaya Kami akan melimpahkan kepada mereka berkat dari langit dan bumi.” (Al-A’raf : 96)

7. Mendapat Keselamatan, Pertolongan Dan Perlindungan Dari Allah
“Dan Kami selamatkan orang-orang beriman dan mereka adalah orang-orang betaqwa.” (Al-Fussilat : 18)
“…dan bertaqwalah kepada Allah dan ketahuilah Allah berserta (menolong dan melindungi) orang-orang bertaqwa.” (Al-Baqarah :194)

8. Mendapat Kemenangan
“Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa mendapat kemenangan.” (An-Naba : 31)

9. Terpelihara Dari Tipu Daya Musuh
“Jika kamu bersabar dan bertaqwa, nescaya tipu daya mereka sedikit pun tidak mendatangkan kemudharatan kepadamu.” (Ali Imran : 120)

10. Diberikan ‘Furqan’ (Petunjuk Untuk Membezakan Yang Benar Dan Salah)
“Jika kamu bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan memberikan kepadamu Furqan.” (Al- Anfal : 29)

Adakah anda merasakan artikel saya ini berguna? Jika ya kongsi dengan rakan anda : Jika anda suka dengan artikel saya, pastikan anda Langgan melalui RSS feed! atau Langgan Blog Rahman Bashri melalui Emaili Komen anda sangat berguna untuk saya memperbaiki Blog Rahman Bashri..Terima Kasih

Doa Yang Lebih Utama


Pada suatu ketika, seorang isteri Rasulullah SAW, ummu habibah berdoa,

“Ya Allah, bahagiakanlah aku dengan panjang usia suamiku, Rasulullah SAW, bapaku Abu Sufyan dan saudaraku Mu’awiyah.”

Baginda s.a.w. mendengar doa Ummu Habibah lalu menegur,

“Itu ertinya kamu memohon kepada Allah tentang ajal-ajal yang sudah ditentukan, hari-hari yang sudah dihitung dan rezeki-rezeki yang sudah dibahagi. sedikit pun tidak akan diawalkan daripada waktunya dan tidak ditangguhkan daripada waktunya. seandainya kamu mahu berdoa kepada Allah supaya dia melindungimu dari seksa neraka atau seksa kubur, nescaya hal itu lebih baik dan lebih utama.”

Adakah anda merasakan artikel saya ini berguna? Jika ya kongsi dengan rakan anda : Jika anda suka dengan artikel saya, pastikan anda Langgan melalui RSS feed! atau Langgan Blog Rahman Bashri melalui Emaili Komen anda sangat berguna untuk saya memperbaiki Blog Rahman Bashri..Terima Kasih

Bukti Al-Quran Terpelihara Oleh Allah SWT


Pada suatu zaman pemerintahan khalifah terdahulu, terdapat seorang lelaki Nasrani yang selalu mengganggu majlis-majlis ilmu yang diadakan di istana khalifah. Setiap kali khalifah mengadakan majlis ilmu di istananya, lelaki Nasrani itu akan membuat bising dan sebagainya sehingga mengganggu perjalanan majlis tersebut. Walau bagaimanapun, khalifah tetap bersabar dan tidak pernah mengambil sebarang tindakan terhadap lelaki itu.

Suatu hari, dengan tidak disangka-sangka lelaki Nasrani itu datang ke majlis ilmu tersebut dalam keadaan tenang dan duduk diam tanpa membuat bising seperti biasa. Hal ini menyebabkan khalifah berasa hairan lalu bertanya,

“Wahai lelaki Nasrani, mengapakah hari ini tiada lagi kekacauan yang kamu lakukan?”
Lelaki itu membalas pertanyaan khalifah dengan berkata,
“Mulai hari ini, jangan panggil saya Nasrani kerana saya telah mengucap dua kalimah syahadah.”
Kemudian, dia pun menceritakan satu kejadian luar biasa yang dialaminya.

Suatu hari, dia telah membuat senaskhah al-Quran yang cantik dan bertintakan emas. Namun begitu, dia telah mengubah satu ayat yang pada kiraannya tidak akan dapat dikesan oleh sesiapa pun yang membelinya. Hasrat hatinya hendak menyesatkan serta mengelirukan umat Islam pada waktu itu.

Pelanggan pertama yang berminat dengan al-Quran yang dijualnya adalah seorang peniaga lelaki yang secara kebetulan datang bersama seorang anaknya yang menghafaz al-Quran. Apabila anaknya ingin melihat kandungan al-Quran tersebut, lelaki Nasrani itu pun membuka helaiannya dan dengan takdir Allah, dia telah membuka tepat di halaman yang diubahnya. Si anak mendapati terdapat kesalahan pada ayat di muka surat tersebut lalu peniaga tadi menolak untuk membeli naskhah al-Quran itu.

Pelanggan kedua pula adalah seorang wanita. Dia juga tidak membeli al-Quran tersebut kerana mendapati ia bukan seperti yang dibacanya selalu. Begitu jugalah halnya dengan pelanggan yang ketiga. Perkara yang sama berlaku kepada pelanggan tersebut dan akhirnya, setelah menyaksikan tiga kegagalannya untuk menjual al-Quran tersebut, maka dia pun yakin bahawa Allah sentiasa memelihara kitab umat Islam dari sebarang penyelewengan dan pengubahsuaian.

Itulah yang mendorong lelaki Nasrani itu untuk memeluk Islam dengan penuh kerelaan dan keyakinan.

Adakah anda merasakan artikel saya ini berguna? Jika ya kongsi dengan rakan anda : Jika anda suka dengan artikel saya, pastikan anda Langgan melalui RSS feed! atau Langgan Blog Rahman Bashri melalui Emaili Komen anda sangat berguna untuk saya memperbaiki Blog Rahman Bashri..Terima Kasih

Pandangan Ulama Tentang khusyuk Dalam Solat


Ibnu Abbas
Khusyuk itu maknanya orang yang takut dan tenang anggota badan dan hatinya.

Sayidina Ali Ibni Abi Talib
Khusyuk itu adalah khusyuk hati. maksudnya khusyuk itu tempatnya di dalam hati dan yang mesti khusyuk adalah hati itu sendiri.

Imam Ibnu Kasir
Khusyuk di dalam solat itu dapat dihasilkan oleh orang yang membulatkan hatinya untuk bersolat dan menghindari soal-soal yang lain iaitu dengan mengutamakan hal solat dari hal-hal dunia. dengan itu solat akan menjadi kecintaan dan kesenangan hati.

Ibnul ‘Araby (Ahkamul Quran)
Khusyuk ialah tunduk, merendah dan menghinakan diri di hadapan Allah s.w.t.

Syeikh Tantawi Jauhari
Khusyuk itu ertinya merendahkan diri dan tunduk, tidak berpaling ke kanan dan kiri, tidak menggerakkan tangan semasa solat. hanya memusatkan kemahuan yakni hati kepada allah. dan merenungkan maksud, dari apa yang diucapkan iaitu bacaan, zikir serta doa.

As-Syahid Sayyid Qutub (Tafsir Fi Zilalil-Quran)
Khusyuk itu maknanya hati orang yang bersolat itu berasa gentar dan takut di hadapan allah hingga lahir ketenangan dan kekhusyukan. lalu khusyuk yang ada di dalam itu menjalar kepada anggota badan. terbayang pada paras muka dan nampak pada gerak-geri solat. hilang gangguan dalam fikiran dan tidak terganggu oleh persoalan dunia.

Imam Malik
Khusyuk itu msknanya menghadap dengan penuh perhatian ke atas solat itu.

Imam As-Syafi’i
Khusyuk itu ialah orang yang bersembahyang itu haruslah menitikberatkan pandangan matanya di tempat sujudnya, sebab itu lebih menghadirkan hatinya dan memusatkan fikirannya.

Hujjatul Islam, Imam Al-Ghazali
Khusyuk ataupun ingat kepada allah di dalam solat itu wajib hukumnya berdasarkan pengertian ayat : “...dan dirikan solat itu untuk mengingati-ku.” (Thoha : 14)

Adakah anda merasakan artikel saya ini berguna? Jika ya kongsi dengan rakan anda : Jika anda suka dengan artikel saya, pastikan anda Langgan melalui RSS feed! atau Langgan Blog Rahman Bashri melalui Emaili Komen anda sangat berguna untuk saya memperbaiki Blog Rahman Bashri..Terima Kasih

Hikmah berbakti Kepada Kedua Ibu Bapa


Selain seorang nabi, Sulaiman a.s. juga seorang raja terkenal. Atas izin Allah ia berhasil menundukkan Ratu Balqis dengan jin ifrit-Nya. Dia dikenal sebagai manusia boleh berdialog dengan segala binatang. Dikisahkan, Nabi Sulaiman sedang berkelana antara langit dan bumi hingga tiba di satu samudera yang bergelombang besar. Untuk mencegah gelombang, ia cukup memerintahkan angin agar tenang, dan tenang pula samudera itu.

Kemudian Nabi Sulaiman memerintahkan jin Ifrit menyelam ke samudera itu sampai ke dasarnya. DI sana jin Ifrit melihat sebuah kubah dari permata putih yang tanpa lubang, kubah itu diangkatnya ke atas samudera dan ditunjukkannya kepada Nabi Sulaiman.

Melihat kubah tanpa lubang penuh permata dari dasar laut itu Nabi Sulaiman menjadi terlalu hairan, "Kubah apakah gerangan ini?" fikirnya. Dengan minta pertolongan Allah, Nabi Sulaiman membuka tutup kubah. Betapa terkejutnya dia begitu melihat seorang pemuda tinggal di dalamnya.

"Sipakah engkau ini? Kelompok jin atau manusia?" tanya Nabi Sulaiman kehairanan.

"Aku adalah manusia", jawab pemuda itu perlahan.

"Bagaimana engkau boleh memperolehi karomah semacam ini?" tanya Nabi Sulaiman lagi. Kemudian pemuda itu menceritakan riwayatnya sampai kemudian memperolehi karomah dari Allah boleh tinggal di dalam kubah dan berada di dasar lautan.

Diceritakan, ibunya dulu sudah tua dan tidak berdaya sehingga dialah yang memapah dan menggendongnya ke mana jua dia pergi. Si anak selalu berbakti kepada orang tuanya, dan ibunya selalu mendoakan anaknya. Salah satu doanya itu, ibunya selalu mendoakan anaknya diberi rezeki dan perasaan puas diri. Semoga anaknya ditempatkan di suatu tempat yang tidak di dunia dan tidak pula di langit.

"Setelah ibuku wafat aku berkeliling di atas pantai. Dalam perjalanan aku melihat sebuah terbuat dari permata. Aku mendekatinya dan terbukalah pintu kubah itu sehingga aku masuk ke dalamnya." Tutur pemuda itu kepada Nabi Sulaiman.

Nabi Sulaiman yang dikenali boleh berjalan di antara bumi dan langit itu menjadi kagum terhadap pemuda itu.

"Bagaimana engkau boleh hidup di dalam kubah di dasar lautan itu?" tanya Nabi Sulaiman ingin mengetahui lebih lanjut.
"Di dalam kubah itu sendiri, aku tidak tahu di mana berada. Di langitkah atau di udara, tetapi Allah tetap memberi rezeki kepadaku ketika aku tinggal di dalam kubah."

"Bagaimana Allah memberi makan kepadamu?"

"Jika aku merasa lapar, Allah menciptakan pohon di dalam kubah, dan buahnya yang aku makan. Jika aku merasa haus maka keluarlah air yang teramat bersih, lebih putih daripada susu dan lebih manis daripada madu."

"Bagaimana engkau mengetahui perbedaan siang dan malam?" tanya Nabi Sulaiman a.s yang merasa semakin hairan.

"Bila telah terbit fajar, maka kubah itu menjadi putih, dari situ aku mengetahui kalau hari itu sudah siang. Bila matahari terbenam kubah akan menjadi gelap dan aku mengetahui hari sudah malam." Tuturnya. Selesai menceritakan kisahnya, pemuda itu lalu berdoa kepada Allah, maka pintu kubah itu tertutup kembali, dan pemuda itu tetap tinggal di dalamnya. Itulah keromah bagi seorang pemuda yang berbakti kepada kedua orang tuanya.

Adakah anda merasakan artikel saya ini berguna? Jika ya kongsi dengan rakan anda : Jika anda suka dengan artikel saya, pastikan anda Langgan melalui RSS feed! atau Langgan Blog Rahman Bashri melalui Emaili Komen anda sangat berguna untuk saya memperbaiki Blog Rahman Bashri..Terima Kasih

Hikmah Meninggalkan Cakap Bohong


Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Luqman Hakim, menceritakan pada suatu hari ada seorang telah datang berjumpa dengan Rasulullah S.A.W. kerana hendak memeluk agama Islam. Sesudah mengucapkan dua kalimah syahadat, lelaki itu lalu berkata :

"Ya Rasulullah. Sebenarnya hamba ini selalu sahaja berbuat dosa dan susah hendak meninggalkannya." Maka Rasulullah menjawab : "Mahukah engkau berjanji bahawa engkau sanggup meninggalkan cakap bohong?"

"Ya, saya berjanji" jawab lelaki itu singkat. Selepas itu, dia pun pulanglah ke rumahnya.

Menurut riwayat, sebelum lelaki itu memeluk agama Islam, dia sangat terkenal sebagai seorang yang jahat. Kegemarannya hanyalah mencuri, berjudi dan meminum minuman keras. Maka setelah dia memeluk agama Islam, dia sedaya upaya untuk meninggalkan segala keburukan itu. Sebab itulah dia meminta nasihat dari Rasulullah S.A.W.

Dalam perjalanan pulang dari menemui Rasulullah S.A.W. lelaki itu berkata di dalam hatinya :

"Berat juga aku hendak meninggalkan apa yang dikehendaki oleh Rasulullah itu."

Maka setiap kali hatinya terdorong untk berbuat jahat, hati kecilnya terus mengejek.

"Berani engkau berbuat jahat. Apakah jawapan kamu nanti apabila ditanya oleh Rasulullah. Sanggupkah engkau berbohong kepadanya" bisik hati kecil. Setiap kali dia berniat hendak berbuat jahat, maka dia teringat segala pesan Rasulullah S.A.W. dan setiap kali pulalah hatinya berkata :

"Kalau aku berbohong kepada Rasulullah bererti aku telah mengkhianati janjiku padanya. Sebaliknya jika aku bercakap benar bererti aku akan menerima hukuman sebagai orang Islam. Oh Tuhan....sesungguhnya di dalam pesanan Rasulullah itu terkandung sebuah hikmah yang sangat berharga."

Setelah dia berjuang dengan hawa nafsunya itu, akhirnya lelaki itu berjaya di dalam perjuangannya menentang kehendak nalurinya. Menurut hadis itu lagi, sejak dari hari itu bermula babak baru dalam hidupnya. Dia telah berhijrah dari kejahatan kepada kemuliaan hidup seperti yang digariskan oleh Rasulullah S.A.W. Hingga ke akhirnya dia telah berubah menjadi mukmin yang soleh dan mulia.

Adakah anda merasakan artikel saya ini berguna? Jika ya kongsi dengan rakan anda : Jika anda suka dengan artikel saya, pastikan anda Langgan melalui RSS feed! atau Langgan Blog Rahman Bashri melalui Emaili Komen anda sangat berguna untuk saya memperbaiki Blog Rahman Bashri..Terima Kasih

Hikmah Berdiam Lebih Baik

Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati org lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka Allah SWT. Bagi mereka yg beriman, lidah yg dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan utk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan utk mengeluarkan mutiara-mutiara yg berhikmah. Oleh itu, Diam adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia.

Hikmah Diam
1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
2. Perhiasan tanpa berhias.
3. Kehebatan tanpa kerajaan.
4. Benteng tanpa pagar.
5. Kekayan tanpa meminta maaf kpd orang.
6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7. Menutupi segala aib.

Rasulullah SAW Bersabda :
 "Barangsiapa yg banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya". (Riwayat Abu Naim)

Rasulullah SAW Bersabda lagi :
"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam". (Riwayat Bukhari dan muslim)


"Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya". ( Riwayat At-Tarmizi)

Madah dari Hukama:
1)  Banyak diam tidak semestinya bodoh, banyak cakap tidak semestinya cerdik, kerana kecerdikan itu buah fikiran, orang cerdik yang pendiam lebih baik dari orang bodoh yang banyak cakap.
2)  Menasihati orang yang bersalah , tidak salah. yang salah memikirkan kesalahan orang..
3)  Kalau orang menghina kita, bukan kita terhina, yang sebenarnya orang itu menghina dirinya sendiri.

Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam. Jalan yang terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap kearah perkara-perkara yang baik. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia.

Adakah anda merasakan artikel saya ini berguna? Jika ya kongsi dengan rakan anda : Jika anda suka dengan artikel saya, pastikan anda Langgan melalui RSS feed! atau Langgan Blog Rahman Bashri melalui Emaili Komen anda sangat berguna untuk saya memperbaiki Blog Rahman Bashri..Terima Kasih

Ayat Al-Quran Larangan Menyokong Anak-Anak Yang Menentang Perintah Allah

Ayat al-Quran ini adalah tentang larangan Allah SWT kepada ibu bapa untuk menyokong anak-anak mereka yang menentang perintah-perintah Allah.



"Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih-mesra dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka, atau saudara-saudara mereka, ataupun keluarga mereka. Mereka (yang setia) itu, Allah telah menetapkan iman dalam hati mereka, dan telah menguatkan mereka dengan semangat pertolongan daripadaNya; dan Dia akan memasukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka tetap kekal di dalamnya. Allah reda akan mereka dan mereka reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Merekalah penyokong-penyokong (agama) Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya penyokong-penyokong (agama) Allah itu ialah orang-orang yang berjaya."
(Al-Mujaadalah 58:22)

Adakah anda merasakan artikel saya ini berguna? Jika ya kongsi dengan rakan anda : Jika anda suka dengan artikel saya, pastikan anda Langgan melalui RSS feed! atau Langgan Blog Rahman Bashri melalui Emaili Komen anda sangat berguna untuk saya memperbaiki Blog Rahman Bashri..Terima Kasih

Jangan Lalai Dengan Urusan Anak Sehingga Lupa Perintah Allah

Ayat Al-Quran ini Allah SWT Berfirman :


"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi." (Al-Munaafiquun 63:9)

Adakah anda merasakan artikel saya ini berguna? Jika ya kongsi dengan rakan anda : Jika anda suka dengan artikel saya, pastikan anda Langgan melalui RSS feed! atau Langgan Blog Rahman Bashri melalui Emaili Komen anda sangat berguna untuk saya memperbaiki Blog Rahman Bashri..Terima Kasih

Larangan Tertarik Dengan Anak Orang Kafir

Ayat al-Quran tentang larangan tertarik hati dengan anak-anak orang kafir


"Oleh itu, janganlah engkau tertarik hati kepada harta benda dan anak-anak mereka, (kerana) sesungguhnya Allah hanya hendak menyeksa mereka dengan harta benda dan anak-anak itu dalam kehidupan dunia, dan hendak menjadikan nyawa mereka tercabut sedang mereka berkeadaan kafir (untuk mendapat azab akhirat pula)". (At-Taubah 9:55)


"Dan janganlah engkau tertarik hati kepada harta benda dan anak-anak mereka, (kerana) sesungguhnya Allah hanya hendak menyeksa mereka dengannya di dunia, dan hendak menjadikan nyawa mereka tercabut sedang mereka dalam keadaan kafir (untuk mendapat azab akhirat pula)." (At-Taubah 9:85)

Adakah anda merasakan artikel saya ini berguna? Jika ya kongsi dengan rakan anda : Jika anda suka dengan artikel saya, pastikan anda Langgan melalui RSS feed! atau Langgan Blog Rahman Bashri melalui Emaili Komen anda sangat berguna untuk saya memperbaiki Blog Rahman Bashri..Terima Kasih

Saturday, 21 July 2012

Kadar Bayaran Zakat Fitrah 2012 Mengikut Negeri-Negeri Seluruh Malaysia

Definisi ringkas,zakat fitrah adalah zakat diri yang diwajibkan atas diri setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan

Sumber kadar yang disertakan ini adalah menerusi daripada pusat zakat dan juga laman sesawang rasmi majlis agama islam mengikut negeri

Panduan membayar Zakat
Bayaran perlu dilakukan kepada amil bertauliah dan dilantik oleh Majlis Agama Islam Negeri masing-masing
Pastikan anda mendapat resit rasmi Majlis Agama Islam Negeri. Sebaiknya menunaikan Zakat Fitrah di awal Ramadhan bagi membolehkan agihan kepada golongan yang layak disempurnakan sebelum menjelang Hari Raya

NEGERI
TAHUN 2011 (RM)
TAHUN 2012 (RM)
Perlis
6.00
6.00
Kedah
7.00
7.00
Pulau Pinang
7.00
7.00
Perak
7.00
7.00
Selangor
7.00
7.00
Negeri Sembilan
6.50
6.50
Melaka
6.50
6.50
Johor
5.00/7.50
5.00/8.00*
Pahang
7.00
7.00
Terengganu
5.00/7.00/8.00*
4.50/7.00/7.60*
Kelantan
7.00
7.00
Sarawak
6.20
6.50
Sabah
7.00
7.00
(WP) Kuala Lumpur/Putrajaya/Labuan
7.00
7.00

 *Bagi negeri Johor dan Terengganu berdasarkan harga,gred dan jenis beras yang dimakan

Adakah anda merasakan artikel saya ini berguna? Jika ya kongsi dengan rakan anda : Jika anda suka dengan artikel saya, pastikan anda Langgan melalui RSS feed! atau Langgan Blog Rahman Bashri melalui Emaili Komen anda sangat berguna untuk saya memperbaiki Blog Rahman Bashri..Terima Kasih
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...