Social Icons

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Site Info

Tuesday, 8 May 2012

3 Cara Mudah Mengecapi Kebahagiaan

Ramai orang fikir, bila ada duit, dia akan bahagia. Ramai orang fikir, bila takde duit, pasti merana. Sebenarnya, tidak sebegitu. Ada yang tiada duit dia bahagia. Ada yang ada duit, tapi dia merana.
Kerana apa? Bahagia bukan terletak kepada kekayaan ! Namun, jangan pelik, kalau jumpa orang kaya, dia kata dia bahagia !Boleh kaya dan bahagia !Boleh tidak kaya dan bahagia !

Nak tahu bagaimana?

1) Untuk bahagia, kita harus bahagiakan orang lain.

Kalau suami isteri, bahagiakan pasangan masing-masing. Kalau ibu bapa, bahagiakan anak-anak. Kalau anak-anak, bahagiakan ibu bapa. Kalau bos, bahagiakan pekerja. Kalau pekerja, bahagikan bos. Bahagiakan rakan sekerja lain, jiran-jiran, adik beradik .......dan semua orang !

2) Apa yang kita beri, lupakan.

Biasanya, lepas kita beri apa-apa, kita pasti nak sesuatu. Kalau kita buat kerja lebih, kita nak gaji lebih. Kalau kita senyum dekat orang, kita nak orang senyum dekat kita.Kalau kita bantu orang, kita nak upah, nak orang ucap terima kasihdan sebagainya.Saya sendiri begitu juga, dulu dan sekarang ni pun ada kadang-kadang.Manusia! Namun, saya ingat satu pesanan. Bila kita MEMBERI, biarlah Allah yang membalasnya! Apa syurga Allah tu, tak best? Memang mula-mula sukar nak dilaksanakan. Syaitan akan bisik "jangan kasi dia pijak kepala kau", "asyik-asyik kau je" dan banyak lagi.Tapi, bila kita bersungguh-sungguh, insya Allah, boleh punya !


3) Hidup Untuk Memberi Sebanyak-banyaknya, bukan menerima sebanyak-banyaknya.

Berilah sebanyaknya kepada orang lain, samada dalam bentuk wang ringgit, nasihat, ilmu pengetahuan. Bukan kita mengharapkan simpati dan ehsan orang lain ! Bekerja dan berniaga sampai jadi jutawan! Supaya kita dapat beri sebanyak-banyaknya dalam sudut wang ringgit. Belajar sampai jadi ustaz dan doktor! Supaya kita dapat kongsi ilmu sebanyak-banyaknya. Membaca sebanyak-banyaknya, sampai jadi pendeta, macam Pendeta Za'ba! Supaya kita dapat kongsi bacaan kita dengan orang lain.

Have you found this post useful? If so please share it: If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Blog Rahman Bashri by Email Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Saturday, 5 May 2012

Hukum Bermain Gitar Dalam Islam


Sebagai pengenalan, perlu diingatkan bahawa asal sesuatu hukum adalah harus. Namun, ia boleh berubah menjadi haram atau dibolehkan mengikut dalil yang menyokongnya.

Nyanyian adalah diharuskan bagi golongan yang pertengahan(orang yang tidak dikuasai rasa cinta asyik yang mendalam terhadap Allah dan tidak juga dikuasai oleh hawa nafsu yang memuncak). Hal ini kerana, bagi orang yang terlalu asyik dengan Allah, nyanyian adalah baik untuknya manakala bagi orang yang mudah terpengaruh dengan desakan hawa nafsu, nyanyian adalah haram untuknya.

Namun demikian, jika nyanyian dijadikan sebagai kebiasaan sehingga banyak waktunya dihabiskan untuk itu, maka dia tergolong dalam kalangan orang bodoh yang kesaksian mereka ditolak.

Mengenai hukum penggunaan gitar dalam Islam, Imam Al-Ghazali menganggap bahawa alat muzik yang dipetik dengan tali(autar) dan yang ditiup dengan mulut(mazamir) adalah sebahagian daripada punca pengharamannya. Beliau beranggapan sedemikian kerana berasaskan kepada kenyataan bahawa ada dalil syarak yang telah melarangnya.

Hujah yang telah beliau kemukakan adalah :

Syarak tidak mengharamkannya(alat-alat muzik tersebut) kerana zat alat itu sendiri. Sebabnya ialah, jika ia diharamkan kerana keseronokan yang ada padanya, nescaya semua benda lain yang menjadikan manusia merasa seronok juga tidak boleh.

Akan tetapi yang diharamkan itu ialah arak. Oleh kerana pada ketika itu orang ramai pada mulanya sudah begitu ketagih dan sukar untuk membuang tabiat tersebut, mereka terpaksa memecahkan tong-tong arak dan sebagainya. Justeru, setiap apa yang menjadi lambang dan simbol kepada peminum arak juga diharamkan iaitulah autar dan mazamir.

Pengharaman kedua-dua alat ini adalah ekoran daripada hukum pokoknya iaitu arak. Hukum haramnya sama lah seperti hukum berkhalwat dengan wanita ajnabi kerana mengikut hukum pokoknya iaitu zina. Kerana perbuatan khalwat ini adalah gerbang dan mukaddimah ke arah maksiat keji tersebut.

Oleh itu, alat muzik autar dan muzamir ini diharamkan ekoran daripada pengharaman arak dengan 3 sebab:

Muzik tersebut merangsang orang yang mendengar untuk meminum arak. Dan dengan meminum arak itu pula,perasaan seronok mendengar alat muzik itu tadi akan menjadi lebih memuncak.
Bagi seseorang yang baru berhenti minum arak pula, mendengar alat muzik ini akan menggamit ingatannya kepada sejarah silam iaitu tentang tempat dan pesta minumnya dulu. Ingatan ini akan membangkitkan rasa rindunya dan seterusnya akan membawanya semula ke tabiat lama.
Berhimpun dan berkumpul mendengarnya adalah menjadi adat kebiasaan golongan fasik. Sepertimana yang kita sedia tahu, Kita dilarang menyerupai golongan fasik. Ini kerana, “sesiapa yang menyerupai sesuatu puak atau golongan yang negatif, maka dia akan dianggap sebahagian daripada golongan tersebut.”

Setelah Imam Al-Ghazali membuat huraian tersebut, beliau kemudian menyatakan:

Dengan ini jelaslah bahawa sebab pengharamannya bukanlah kerana ia sesuatu yang baik dan menyeronokkan. Sebaliknya, rumusan yang diperolehi melalui sumber syarak membuktikan bahawa semua perkara yang baik adalah halal kecuali jika ia membawa kerosakan kepada manusia.

Bersesuaian dengan firman Allah,

“katakanlah(wahai Muhammad): Siapakah yang (berani ) mengharamkan perhiasan Allah yang telah dikeluarkanNya untuk hamba-hambaNya, dan demikian juga benda-benda yang baik lagi halal dari rezki yang dikurniakanNya?”

(Al-A’raf:32)

Kesimpulan

Segala apa yang telah diterangkan diatas merupakan hujah yang telah dikemukakan oleh Imam Al-Ghazali bagi menjelaskan sebab beliau mengharamkan penggunaan alat muzik yang bertali dan yang ditiup dengan mulut.

Hakikatnya, tiada satu nas(hadis) pun yang sahih dan jelas melarang penggunaan alat muzik ini. Namun begitu, beliau (semoga Allah meredhainya) telah menerima hadis-hadis yang diriwayatkan dalam isu ini dengan dada yang terbuka dan kemudian beliau cuba menafsirkannya sepertimana yang telah dihuraikan di atas.

Jika beliau meneliti dengan lebih mendalam mengenai sanad-sanad hadis yang diriwayatkan itu, tentu beliau tidak perlu bersusah payah mencari sebab musabab kepada hukum haram alat-alat muzik tersebut . Namun begitu, apa yang beliau sebutkan ini amat berguna bagi orang yang tidak menerima hakikat bahawa hadis-hadis tersebut adalah dhaif. Semoga Allah memberkati usaha beliau.

Sekian. Sedikit perkongsian mengenai isu alat muzik di dalam Islam. Jika ada sebarang kekurangan atau kesalahan harap dapat diperbetulkan. Wallahua’lam.

Have you found this post useful? If so please share it: If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Blog Rahman Bashri by Email Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Tuesday, 1 May 2012

Lagu Yang Tak Sedap Didengar Boleh Menyiksa Tahanan Penjara


Lagu-lagu yang bising dan tidak sesuai dengan rentak dalam keadaan tertentu boleh membawa kepada tekanan dan siksaan, sama dengan siksaan didera dan dipukul. Di bawah ini senarai lagu-lagu yang nampak biasa tapi cukup menyeksakan jika didengar berulang kali.

1. Bruce Springsteen’s “Born in the USA”

Seorang warga spanyol dituduh ada kaitan dengan jaringan alQaeda menyatakan bahawa lagu ini di mainkan semasa beliau di dalam tahanan selama 2 tahun di penjara Teluk Guantanamo Kuba.


2. Christina Aguilera’s “Dirty”

Mohammed Qahtani, yang dituduh sebagai salah seorang pemandu pesawat di dalam seranagn 11 september, mengaku disiksa dengan 2 cara,pertama di titiskan air ke atas kepalanya dan diperdengarkan lagu ini yang penuh dengan nyanyian menaikkan seksual.


3. Nancy Sinatra’s “These Boots Were Made for Walking”

Semasa penyerbuan terhadap David Koresh, pemimpin Branch Davidian oleh polis Amerika Syarikat, lagu mars dan Nancy Sinatra dimainkan dengan kuat. Tujuaannya adalah supaya suspek dapat keluar dari tempat menyorok dan mengalah. Jelek juga lagu ini.


4. AC/DC’s “Shoot to Thrill” and “Hells Bells”

Lagu Heavy Metal memang menjadi kesukaan para tentera untuk menyeksa tahanan. Jika berlarutan, tahanan akan rasa tertekan dan akan menghadapi strees yang tidak terkawal. Oleh sebab ini, ramai tahanan yang mengaku, menceritakan semua rahsia supaya dibebaskan.


6. Barney the Dinosaur’s “I Love You”

Satu lagi lagu yang dimainkan di tahanan Guantanamo. Lagu ini mengisahkan akan kegembiraan berkumpul bersama keluarga. Ini akan mendatangkan efek kepada tahanan, bahawa jika mereka mengaku bersalah atau berkata benar, mereka akan dibebaskan dan boleh kembali semula kepada keluarga masing-masing. Kalau di malaysia, lebih sesuai dengan lagu oleh Sudirman, balik kampung

Have you found this post useful? If so please share it: If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Blog Rahman Bashri by Email Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...