Social Icons

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Site Info

Friday, 27 April 2012

18 Perkara Penting Wanita Perlu Tahu Tentang Lelaki


Berikut merupakan 18 perkara penting yang wanita perlu paham tentang lelaki.

1.Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya sama ada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.

2.Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin).

3. Kebanyakan lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.

4. Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.

5. Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita.

6. Lelaki memang dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap wanita. Sebab itu mereka suka melihat dan menjeling wanita.

7. Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar buat kali pertama!.

8. Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.

9. Bila lelaki cakap, ”Emm. tengoklah dulu” itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.

10. Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.

11. Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.

12. Lelaki tak boleh belajar kesemuanya mengenai perempuan dari library atau buku semata-mata. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini.

13. Kadang-kadang lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.

14. Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan ‘flirting’ dengan ramai wanita, dia tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa. Yang lain hanya kawan.

15. Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.

16. Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti.

17. Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.

18. Kebanyakan lelaki cukup lemah dengan air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yang dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.


Blog Rahman Bashri : Lelaki bukanlah sempurna 100%. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan.Jadi terimalah kelemahan lelaki dengan perasaan terbuka. Cuba untuk lengkap melengkapi antara satu sama lain. Kalau lelaki kurang, wanita kena tambahkan. Kalau wanita kurang, lelaki kena cukup kan. Kena ada check anda balance. Baru lah aman sesuatu perhubungan.

Have you found this post useful? If so please share it: If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Blog Rahman Bashri by Email Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Thursday, 26 April 2012

Rahsia Mata Wanita


Dari mana datangnya cinta? Dari mata turun ke hati..... Mata juga mengungkap pelbagai makna....firasat tersirat. Namun firasat ini hanyalah sekadar menambah pengetahuan, tentang tingginya rahsia pusaka Melayu lama yang kaya dgn pelbagai ilmu tilikan tentang insan bergelar WANITA. Sejauhmana kebenaran tidaklah diketahui dan mungkin sekadar kebetulan semata-mata....

1. Saiz mata kecil - Peramah, banyak cakap, kurang pertimbangan. Lelaki boleh jadi kelam kabut akibat mulutnya. Bersikap periang tapi bila marah lambat sejuknya. Bila bercinta suka tukar pasangan kerana hatinya tidak pernah puas. Boleh bahagia dengannya jika dapat penuhi kehendak duniawinya dan melayan syahwatnya dengan baik.

2. Saiz mata sedang - Sederhana, tidak banyak berahsia, ada pertimbangan, bertanggungjawab serta perlukan belaian mesra suami.

3. Saiz mata lebar - Cukup kuat berahsia, otak kurang cergas, pemarah,bertindak tanpa fikir panjang, kurang teratur, tiada arah tujuan dan putus asa.Tapi boleh setia. Nafsu syahwat tinggi.

4. Mata selalu berkedip - Pemaaf, senang dibawa berbincang, memahami dan sabar. Wanita ini baik.

5. Mata jarang berkedip - Wanita ini istimewa, bijaksana, baik pekerti, setia, adil,bertanggungjawab,tidak cerewet, membantu dan membahagiakan.

6. Mata cengkung - Kurang memuaskan, materialistik,hidup dengannya boleh sengsara, kata manis tapi bohong, mahu senang, mudah curang, bila anda susah dia tidak peduli.

7. Mata redup - Wanita ini mudah dipermainkan, tidak dapat kawal emosi, hati tidak tetap, banyak kenalan kurang sahabat, mengumpat, irihati, kejam, kasar,mencemuh, pemarah.

8. Matanya seolah tersembul keluar - Sifatnya baik, rela, tabah, menyenangkan,ikut kata. Tapi mungkin tidak tepati janji, pendendam, tamak dan marah bila tidak puas nafsu syahwatnya.

Have you found this post useful? If so please share it: If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Blog Rahman Bashri by Email Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Wednesday, 25 April 2012

Rahsia Warna Kegemaran Wanita


Menurut pengkaji, wanita dapat dinilai perwatakannya melalui warna kegemarannya. Di sini, disebut serba ringkas tentang wanita, warna dan tafsiran perwatakannya.


MERAH
Berani, emosional, tegas tamak, tahan melarat dan suka bersenang-senang.

BIRU
Setia pada pasangan, pandai menyimpan wang, kuat kemahuan, suka berterus-terang, jujur, cekap memberi maaf dan tegas.

HIJAU
Subur, suka kepada kebahagiaan, tidak suka bergaduh atau bertekak, patuh pada pegangan agama, suka berhias, teguh pendirian hingga kadang-kadang seakan kolot.

HITAM
Suka menyendiri, prihatin, kuat menghadapi dugaan hidup, tidak mudah dipengaruhi, kuat berfikir, setia pada pasangan, baik hati tetapi cepat tersinggung.

COKLAT
Kaya dengan sifat keibuan, suka merenadh diri, sopan santun, halus budi pekerti, hati mudah merasa was-was dan takut berbuat salah.

UNGU
Pemurah dan merdeka hatinya, tidak suka diperintah, berinisiatif, bijak tetapi agak beremosi, keinginannya tidak meluap-luap.

KELABU
Suka merendah diri, tenang, suka mengalah, suka bekorban peranan cerdas dan bijak.

KUNING
Menyukai ilmu, gemar membaca, tekun, cerdas dan tabah menghadapi cabaran.

PUTIH
Bersih fikirannya (tidak banyak prasangka), berkata benar, jujur, rendah hati, sopan santun, ramah, kuat menerima ilmu, sentiasa tenteram hatinya, suka menolong dan hidup bertawakal.

Have you found this post useful? If so please share it: If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Blog Rahman Bashri by Email Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Tuesday, 17 April 2012

Barat Menipu Sejarah Kegemilangan Islam


Perkembangan Islam di China disorok, penipuan Joseph Needham diiktiraf

"SEPARUH daripada penulisan sejarah adalah dengan menyembunyikan kebenaran." Pandangan Pemenang Anugerah Nebula 2005 (Skrip Terbaik - Serenity), Joss Whedon pasti tercerna daripada kekaburan yang dibawa pensejarahan Barat mengenai penyimpangan dalam teks, karya atau fakta sejarah.
Apatah lagi penyimpangan, penyelewengan dan penyongsangan fakta wujud secara berleluasa dalam dokumen, teks serta karya sejarah yang ditulis orientalis mahupun pengarang Barat.

Tujuan orientalis dan pengarang Barat hanyalah satu, iaitu menghilang dan menggelapkan pengaruh Islam khususnya terhadap kebangkitan dan kekuasaan imperialisme mereka, sekali gus mengabsahkan hegemoni mereka.

Lebih menyedihkan pandangan yang kononnya bersifat sejarawi itu, diekori oleh sejarawan dan pengarang dari Asia atau dunia Islam sehingga menerimanya sebagai fakta sejarah yang satu-satunya sah lagi benar.

Hasilnya, sejarah Islam dan tamadun lain di Timur bukan saja ditulis dan dibukukan oleh orientalis serta pengarang Barat, bahkan dibentuk dan dimuatkan berdasarkan kerangka pandangan alam mereka.

Tidak hairanlah banyak sumbangan Islam dan Timur terhadap kebudayaan dan peradaban Barat menjadi wap yang hilang di langit sejarah dunia sehingga yang tinggal adalah sejarah yang dibentuk berdasarkan bekas yang ditinggalkan oleh orientalis dan pengarang mereka.
Gejala minda tertawan ini dikemukakan Pensyarah Jabatan Matematik, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Mat Rofa Ismail ketika mengupas Diskusi Intelek: Cheng Ho, Cina, Alam Melayu dan Perkaitannya di Panggung Percubaan UPM, Serdang, baru-baru ini.

Dr Mat Rofa berkata, tiga dinasti di China mempunyai hubungan erat dengan Islam, iaitu Dinasti Song, Yuan dan Ming, tetapi sejarah dinasti itu kurang dicatat dalam teks sejarah China.

“Malah, ramai yang tidak tahu pengaruh Islam dalam pemerintahan dinasti di China sudah sampai kepada tahap menjadi agama yang dianuti maharajanya, apabila Zhu Yuanzhang menjadi Maharaja Islam yang pertama.

“Bagaimanapun, apabila Dinasti Ming kalah di tangan Dinasti Manchu, kerajaan mengharamkan rakyat daripada belajar sejarah dinasti Islam itu,” katanya pada diskusi anjuran Kelab Bimbingan Mahasiswa UPM itu.

Tidak hairanlah, Dr Mat Rofa berkata, sumbangan besar dunia Islam tidak diketahui oleh umum seperti penciptaan peluru yang dikatakan sebagai sumbangan tamadun China sebenarnya dicipta oleh saintis Islam yang dibawa dari dunia Islam.

“Malah pelayaran Laksamana Cheng Ho atau Zheng He sendiri banyak diselewengkan sehingga ada sejarawan yang menohmah pelayarannya adalah bertujuan untuk membunuh musuh politik maharaja di Asia, meskipun beliau mahu menunaikan haji di Makkah.

“Ia jauh sekali berlawanan dengan fakta Zheng He membawa armada kapal yang sangat besar dalam pelayarannya tetapi tidak membawa balik harta rampasan,” katanya.

Ini kerana, Dr Mat Rofa berkata, China datang ke alam Melayu untuk melindungi kerajaan kecil di Gugusan Kepulauan Melayu seperti amaran Zheng He kepada Raja Siam yang mengganggu Kesultanan Melayu Melaka dengan mengingatkan kesultanan itu umpama adik kandung kepada China.

“Bagaimanapun, sejarah sumbangan dan pengaruh Islam di China digelapkan sehingga Islam tidak dianggap memainkan peranan penting dalam peradaban yang sangat besar itu.

“Penulis Barat, Joseph Needham, yang diupah oleh orientalis bukan saja mengubah sejarah China, bahkan banyak menyelewengkan fakta,” katanya.

Needham yang turut dikenali sebagai Li Yuese menghasilkan Science and Civilisation in China yang asalnya mengandungi tujuh jilid pada 1948, berkembang kepada 24 jilid dengan 15 daripadanya ditulisnya sendiri, selain turut menghasilkan Science in Traditional China.

Kerangka yang ditinggalkan Needham itu masih meninggalkan pengaruh yang kuat kepada pensejarahan China, apatah lagi apabila namanya diabadikan sebagai Institut Kajian Needham (NRI), Cambridge, England, yang mengepalai penyelidikan dalam sejarah sains, teknologi dan perubatan di Asia Timur.

Lebih teruk, Dr Mat Rofa berkata, sejarawan China sendiri banyak bergantung kepada Needham dalam penulisan sejarah bangsa dan tamadun mereka.

“Sebenarnya, Zheng He meninggalkan diari hariannya yang dianggap paling asli, sekali gus catatan yang ditulis oleh penulisnya, Ma Huan itu banyak bercanggah dengan tulisan Needham.

“Sepatutnya sebarang penulisan mengenai sejarah di China khususnya Islam perlu berpandukan kepada catatan harian itu berbanding karya yang lebih mutakhir,” katanya.

Beliau mengingatkan banyak pembohongan dalam sejarah diterima sebagai fakta yang sah dan benar seperti Dr David Livingstone yang menjadi orang pertama menemui Sungai Nil atau Singapura yang dibuka oleh Stamford Raffles.

“Lebih melucukan apabila fakta penemuan Dr Livingstone pernah digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah di sekolah di Mesir kerana kalau mahu menipu pun, janganlah sampai keterlaluan.

“Fakta penemuan Dr Livingstone itu umpamanya kita mempercayai bayi menyambut kelahiran bidannya kerana Sungai Nil sudah lama wujud dan Afrika sendiri sudah lama mempunyai penghuni,” katanya. (seperti Pulau Pinang dan Singapura dibuka oleh Light dan Raffles seolah-olah ia tidak pernah ada sebelum ini)

Penyimpangan, penyelewengan dan penyongsangan sejarah oleh orientalis dan pengarang Barat itu sudah lama dibiarkan bermaharajalela dalam membentuk kerangka kronologi dan pensejarahan dunia Timur khususnya Islam dan alam Melayu.

Sudah sampai masanya sejarawan dan pengarang kita membongkar teks dan sumber sejarah sendiri yang tersisih kesan daripada metodologi pensejarahan dan klasifikasi teks yang dirangka oleh Barat untuk menafikan hakikat sebenar sumbangan dan pengaruh Islam ke atas peradaban dunia.

Sebarang kitab, teks, hikayat, dokumen, catatan dan salasilah yang ditulis ulama dan pendakwah, sejarawan dan pengarang dunia Timur serta Islam perlu dikumpul, disusun dan dicantumkan dalam kerangka ilmu yang sebenar dengan menggunakan kekuatan intelektual untuk mentafsir dan menulis sejarah yang tepat.

Adakah anda merasakan artikel ini berguna? Sekiranya bagus, sila kongsi dengan kawan anda dan jangan lupa untuk subscribe to my RSS feed! dan  Subscribe to Blog Rahman Bashri by Email

Thursday, 12 April 2012

Nilai Matawang Semakin Susut, Nilai Emas Semakin Meningkat


FAKTA : Nilai Matawang Semakin Susut!

Betul atau tidak ni? Jika anda sekarang berusia 30 tahun, cuba anda ingatkan semula berapakah harga sekeping karipap 22 tahun dulu dengan harga sekeping sekarang?
Cuba anda ingatkan semula, berapakah harga 5 keping goreng pisang 22 tahun dulu dengan harga 5 keping goreng pisang sekarang?Jika ada yang mengatakan harganya sama, adakah saiznya juga sama? Semakin membesar atau semakin mengecil?Anda faham sekarang, kenapa dikatakan nilai matawang semakin susut?Bagaimana untuk memberikan anda faham lagi, anda lihat gaji yang anda terima sekarang, berapa banyak nilai wang yang perlu anda bayar untuk belanja bagi membeli keperluan dapur sekarang.

Mengapa Nilai Matawang Semakin Susut?

Jawapannya cukup mudah..Kuasa matawang dunia iaitu US Dollar semakin lemah pengukuhannya. Anda tak perlu ‘study’ untuk fikirkan bagaimana hal ini boleh terjadi. Ini kerana, ianya adalah ilmu ekonomi yang kompleks untuk dihuraikan.Sudah memadai anda tahu, nilai matawang jatuh apabila kuasa besar ekonomi dunia berada dalam keadaan tidak kukuh di pasaran.Tambahan pula, nilai matawang semakin sukar dikawal apabila terdapat sesebuah kerajaan mencetak wang tanpa memikirkan kesan buruk seperti inflasi dan hyperinflasi.

Akibatnya..

Harga 3 biji telur ayam di sebuah negara Afrika mencapai nilai 100 BILLION!

Mahukah kita melihat suatu hari nanti, harga 3 biji telah di negara Malaysia mencapai nilai RM5.00. Siapa nak tunggu, tunggulah :)

Maksudnya.. jika anda melihat situasi 'parah' hari ini, selain melakukan pekerjaan yang memberi pendapatan tambahan, kita juga harus beringat dengan menukar wang kita kepada emas fizikal.

Jika anda melihat graf ini, ini menunjukkan peningkatan emas dunia setiap tahun. Walaupun nilai emas ada turun naik, tetapi trendnya akan sentiasa menaik tahun demi tahun. Jangan tunggu sehingga 10 tahun baru anda mula menyimpan emas. Berapa pun nilai emas hari ini, anda perlu segera menukar nilai wang anda kepada emas.

Saya pun telah melaburkan wang ke dalam emas fizikal sejak beberapa tahun lalu dan hari ini, saya berpeluang melaburkan wang saya ke dalam bentuk emas jongkong pula.


Di dalam post kali ini, saya ingin berkongsi kepada anda yang mula berkira-kira untuk menyimpan emas, anda boleh mulakan aktiviti sihat ini dengan membeli emas KelantanGold.

KelantanGold mula diperkenalkan pada awal tahun 2012 dan ia milik 100% bumiputera Melayu dan produk dikilang dan dihasilkan oleh syarikat Sri Ayu Fine Gold Sdn. Bhd (lebih 20 tahun dalam bisnes emas fizikal) dan ia diedar secara esklusif oleh syarikat Paradise Fine Gold Sdn. Bhd.

Produk KelantanGold ini mula menjadi buah mulut ramai penggiat industri emas fizikal sejak awal tahun 2012 dan ia mula berkembang sehingga ke Singapura dan Brunei.

Harga emas yang ditawarkan agak menarik dan murah serta berbaloi untuk nilai wang anda.

Untuk melihat harga terkini produk KelantanGold ini, anda boleh rujuk di www.kelantangold.com.my

Ada banyak intensif menarik untuk mereka yang menjadikan KelantanGold ini sebagai satu kerjaya kerana permintaan emas dari masa ke semasa semakin meningkat. Dengan modal yang rendah, kini sesiapa sahaja mampu untuk menjadi ejen berdaftar produk KelantanGold dan layak mendapat rebet pembelian dan intensif-intensif menarik lain.

Yang nak guna platform internet sebagai alat pemasaran, anda boleh daftar disini. Daftar PERCUMA je dulu, dapatkan userid anda, nanti bila ada modal, daftar terus jadi ejen. Ingat, jika anda tidak ambil peluang ini, orang lain yang akan rebut peluang ini.

Peluang bisnes emas ini umpama peluang keemasan bagi anda. Jadi, jangan lepaskan peluang!

Jumpa lagi,

Rahman Bashri
http://www.facebook.com/rahmanbashri


Have you found this post useful? If so please share it: If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Blog Rahman Bashri by Email Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Sunday, 8 April 2012

Manusia Kini Angkuh Berkereta Besar


Saya yakin masih ada lagi orang yang tidak percaya bahawa cuaca dunia hari ini telah berubah dan semakin mengganas. Penyebab utama perubahan cuaca ini ialah bahang dari bumi yang telah memecahkan lapis ozon. Lapis ozon yang melingkari bumi ini bertanggungjawab mengurangkan terik panahan matahari. Lapisan ozon adalah payung untuk umat manusia di bumi. Tanpa lapisan ozon bumi menjadi panas dan cuaca berubah.

Lapisan ozon telah dimusnahkan oleh bahang panas yang wujud hasil daripada proses pembakaran di kilang-kilang atau pembakaran arang batu. Kepulan asap dan bahang dari kilang-kilang ini dapat dilihat jelas. Kerana dapat dilihat maka asap dan bahang ini semakin dapat dikawal. Contohnya, pembakaran arang batu sebagai sumber tenaga elekrik semakin dikurangkan.

Tetapi ada satu lagi yang pemusnah lapisan ozon yang utama iaitu kereta. Kereta adalah penjenayah utama perosak lapisan ozon di permukaan atmosfera bumi. Pembakaran minyak petrol untuk menggerakkan kereta telah dibuktikan sebagai sumber utama perosak ozon. Dunia menjadi panas dan berbahang kerana kereta. Sekali pandang memang tidak masuk akal, apakah sebuah Kancil atau Kelisa dapat mengganggu-gugat alam semulajadi ini. Tetapi itulah hakikatnya yang perlu kita percaya.

Tetapi kereta dalam dunia ini bukan hanya Proton, Satria 1.3 dan Waja. Dalam dunia ini ada ratusan juta kereta yang terus bergerak tanpa henti-henti di seluruh pelosok dunia. Kereta bergerak kerana minyak dibakar. Minyak dibakar akan mengeluarkan asap. Asap ini mengandungi Karbon Monoksida. Ratusan juta kereta ini mengeluarkan ratusan juta Karbon Monoksida yang naik ke udara untuk menjadi bahang. Bahang ini merosak dan membocorkan lapisan ozon.

Keberahian umat manusia moden hari ini untuk memiliki kereta semakin tidak dapat dibendung. Dua negara terbesar - India dan China - sedang merangka industri automobil mereka. Negara China telah menjadi negara ketiga terbesar sebagai pengeluar kereta. Bayangkan berjuta-juta lagi jumlah kereta akan berlegar di jalan-jalanraya di India dan China.

Kota-kota kuno seperti Beijing dan New Delhi yang sentiasa padat oleh penduduk, kini diasak dan disempitkan lagi oleh kedatangan kereta. Lebuhraya dan jalan baru perlu didirikan untuk menampung kereta. Tanah yang dahulunya untuk pertanian, untuk kawasan lapang atau tanah untuk kayu kayan kini diambil oleh kereta. Tanah-tanah juga diperlukan untuk membuat kilang kereta dan untuk tempat letak kereta.

Bangkok, Jakarta, Manila, Shanghai, Karachi, Rio, Mexico City, Bombay, Kaherah atau Lagos adalah contoh kota di mana asakan kereta semakin menjerut leher penduduk. Udara kota semakin kotor. Tahap bingar dan bising semakin meninggi. Kualiti gaya hidup yang diharapkan dibawa oleh kereta kini membuktikan sebagai satu ilusi. Asakan yang sama juga sedang kita rasakan di Kuala Lumpur, Penang, Johor Baru dan bandar-bandar kecil di semenanjung.

Dilanda banjir, taufan


Membakar minyak petrol untuk menggerakkan kereta telah menjadikan cuaca dunia semakin tidak menentu. Hasilnya sedang kita saksikan.

Bulan Julai dan Ogos adalah musim panas tetapi di England ianya telah bertukar menjadi musim hujan. Banjir besar telah melanda utara dan barat England. Ini satu banjir terbesar dalam sejarah England semenjak 200 tahun. Kota-kota pedalaman telah dinaiki air.

Di tanah besar China pula hujan lebat telah turun. Limpahan air telah menewaskan 400 orang penduduk. Pada 23 Jun yang lalu ribut taufan telah melanggar kota Karachi dan menewaskan 200 penduduk. Tiga hari kemudian taufan telah melanggar wilayah Baluchistan, seratus orang telah mati dan 200 lagi dilaporkan hilang. Angin monsun yang sama datang melanggar India. Telah diberitakan 750 orang telah mati dan hampir 8 juta penduduk terpaksa berpindah.

Banjir juga telah melanda Amerika. Sungai Antonio di Texas telah melimpah dan 300 keluarga terpaksa di pindahkan. Ini masih dilihat kecil jika dibandingkan dengan apa yang berlaku pada tahun 2005 di New Orleans apabila ribut taufan Katrina datang melanggar.

Dalam masa yang sama mari kita beralih ke kawasan di persisiran Laut Tengah. Di kawasan ini bukan banjir yang melanda tetapi cuaca menjadi hangat dan berbahang. Di beberapa wilayah Eropah Timur suhu cuaca telah naik menjadi 40C ( 04F). Di Bulgaria suhu telah melintasi 45C (113F). Di Romania kerajaan telah memberi amaran 'merah' kepada penduduk apabila suhu naik hingga ke 41C (106F).

Di Greek, Italy, Sepanyol dan Perancis suhu panas ini telah mengeringkan daun dan rumput rampai. Hasilnya kawasan hutan simpan terbakar. Ini terjadi di pelbagai pelosok di kawasan persisiran Laut Tengah.

Agensi berita telah melaporkan lebih dari 500 orang telah mati di Hungary apabila cuaca menjadi 41.9C (107F). Di Romania 30 penduduk telah mati kepanasan. Cuaca panas yang sedang melanggar kawasan-kawasan ini tidak pernah terjadi semenjak 120 tahun. Masih ada lagi tidak percaya lagi bahawa cuaca dunia telah berubah?

Perubahan cuaca


Mungkin ramai pembaca yang akan percaya tentang perubahan cuaca. Penunjuknya untuk kita semua semakin jelas. Wilayah Johor baru sahaja tenggelam. Kini banjir beralih ke utara. Kawasan di Bukit Mertajam pula dilanda banjir. Manakala di Kuala Lumpur biasanya di akhir bulan Julai cuaca akan panas dan berjerebu. Tiba-tiba hujan dan banjir datang. Bagaimana pula fakta kereta sebagai penyebab utama perubahan cuaca ini?

Saya yakin masih ramai antara kita yang akan menolak fakta ini walaupun fakta ini sedang berdiri lima kali di hadapan mata. Keberahian manusia terhadap kereta telah melalikan akal fikrah manusia dari membuat perhitungan yang tepat. Keselesaan bergerak dengan memiliki kereta persendirian dilihat sebagai moden, bergaya dan memiliki kelas. Kereta telah dinobatkan sebagai tuhan.

Manusia moden hari ini telah begitu angkuh dan tidak mahu menerima hakikat bahawa kereta adalah penyebab utama yang menjadikan suhu di dunia kita hari ini cerca merba. Hari ini dunia sedang menggunakan 84-+ juta tong minyak sehari. Kurang lebih 20% dari bahan bakar ini digunakan untuk kilang, kuasa elektrik dan pemanas rumah. Yang lebihnya ialah untuk kereta. Pembakaran minyak kereta inilah yang sedang mengasak perubahan suhu dunia hari ini.

Enam belas tahun dahulu saya masih ingat lagi ketika saya tinggal di Cheras, saya telah melihat untuk pertamakalinya contengan-contengan di dinding tentang lapisan ozon. Contengan dan grafiti ini dibuat oleh anak-anak muda yang membantah penggunaan kereta dan menggalakkan wargakota Kuala Lumpur menggunakan basikal.

Seperti biasa contengan grafiti ini dianggap sebagai vandalisme dan perosak harta benda. Seperti biasa amaran dikeluarkan untuk menakut-nakutkan anak muda. Tindakan anak-anak muda ini diperlekeh. Mereka dianggap hipi, perosak dan malas bekerja. enam belas tahun kemudian grafiti di tembok-tembok itu sedang menjadi kenyataan. Hari ini perbincangan terhadap suhu dan lapisan ozon telah sampai ke PBB. Kesedaran terhadap ozon dan perubahan cuaca telah meningkat.

Tetapi sayangnya - kereta sebagai penyebab utama cuaca berubah masih belum dibincangkan. Ini samalah seperti membincangkan agenda Palestin tanpa membincangkan peranan Israel. Selagi kereta persendirian mundar-mandir membakar minyak, selagi itulah dunia akan berbahang. Selagi Israel mundar-mandir di Timur Tengah selagi itulah rakyat Arab tidak tenteram.

Apakah manusia telah 25 tahun terlambat seperti umur saya? Saya tidak tahu. Apa yang jelas ialah manusia masih lagi angkuh dan berahi untuk memiliki kereta persendirian yang hebat dan mewah. Anda fikir-fikirkanlah.

Have you found this post useful? If so please share it: If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Blog Rahman Bashri by Email Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Friday, 6 April 2012

9 Jenis Wanita Yang Menjadi Perhatian Lelaki


1. Sikap Keibuan - Banyak lelaki yang terpikat pada wanita yang bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang.Wajah yang keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas, gelisah dan senang.

2. Keanak-anakan - Dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka terasa terhibur dengan keletah anda, tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati. Tetapi sikap keanakan yang menyenangkan. Misalnya kemanjaan wanita yang membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki, wanita ceria membuat lelaki lebih ghairah.

3. Penuh Pengertian - Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya.


4. Menghargai - Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki.Berbeza dengan wanita yang suka di perlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Pengharg­aan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

5. Menjaga Penampilan - Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilan agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya.

6. Pandai Berbicara - Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik.

7. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri - Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih dimata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi org yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda.Apabila berhadapan dengan suasan yang baru,wanita tersebut tidak gentar,malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah diajak kemana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.


8. Menghormati Diri Sendiri - Lelaki suka wanita yang menghargai dirinya sendiri sebagai seorang wanita,bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yang baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya.


9. Simpati dan Prihatin - Lelaki suka wanita yang murah hati,mengambil berat, simpati pada nasib yang susah. Sayang pada kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah dan mempesona.

Have you found this post useful? If so please share it: If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Blog Rahman Bashri by Email Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Thursday, 5 April 2012

Tip Yang Berkesan Bekerja Sendiri Dari Rumah


Semua orang di dunia ini mempunyai impian yang tinggi, tetapi untuk mencapai impian tersebut mungkin terlalu sukar untuk kita kecapi. Salah satunya adalah kebebasan kewangan dan kebebasan masa bekerja, sebagai contohnya adalah bekerja di rumah. Saya rasa anda semua menginginkan kesenangan waktu bekerja, untuk mencapai segala impian tersebut kita haruslah mempunyai tips-tips yang efektif. Dibawah saya ada senaraikan tips-tips tersebut. Terima kasih kerana sudi membaca..

1) Menyediakan ruang kerja khas di rumah. Usahakan ruangan khas ini yang mengandungi segala keperluan peralatan yang diperlukan. Ingat, walaupun anda bekerja di rumah, pastikan ruangan ini mesti disediakan.

2) Membuat jadual waktu bekerja. Mempunyai jadual waktu kerja mengikut jam yang ditetapkan  membantu anda untuk menjadi lebih efisien sepanjang tempoh dan masa. Pastikan jadual itu mengandungai waktu kerja dan juga waktu rehat. Salah satu kecenderungan yang selalu berlaku adalah anda akan bekerja terlebih masa hinggakan ketika orang lain sedang pulang daripada pejabat anda masih lagi bekerja keras dan teruja untuk menyiapkan kerja tersebut kerana kebebasan waktu yang dimiliki anda.

3) Sentiasa motivasi diri sendiri adalah kritikal bagi mereka yang bekerja dari rumah. Jika di pejabat seorang staf mempunyai penyelia dan rakan sekerja untuk memberi motivasi kepada anda untuk menyempurnakan  kerja, tetapi ingatlah apabila anda bekerja sendiri daripada rumah adalah penting anda boleh meranssang diri untuk terus bersemangat dan bermotivasi dalam setiap pekerjaan yang dilaksanakn itu.

4) Mengekalkan sikap profesional. Sekiranya anda dihujani interaksi yang kerap oleh pelanggan berhati-hatilah bila menjawab telefon atau memberi respon email dengan penuh profesional, mengekalkan interaksi secara profesional dan kaedah bisnes akan memastikan tiada timbul sebarang keraguan mengenai kualiti kerja anda mengenai apa-apa projek yang telah diserahkan oleh pihak pelanggan kepada anda.

5) Bagi mereka yang mempunyai anak kecil, usahakanlah untuk mencari penjaga. Ini kerana sukar untuk anda memenuhi keperluan anak-anak kecil anda pada saat sedang sibuk memnuhi tanggungjawab anda terhadap kerja. lainlah kalau anak anda sudah besar.

6) Elakkan daripada terlalu banyak menerima akativiti2 sukarela. Ramai kita semua beranggapan hanya kerana anda bekerja dari rumah anda boleh digunakan untuk membantu mereka yang bekerja di luar. Contohnya mengambil anak mereka dari sekolah atau menjaga anak meraka sekiranya ada kecemasan. Walaupun anda ingin membantu keluarga atau jiran  pastikan komitmen anda sepenting kerjaya anda.

Have you found this post useful? If so please share it: If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Blog Rahman Bashri by Email Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...