Social Icons

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Site Info

Thursday, 1 March 2012

Nokia Memperkenalkan Telefon Kamera 41MP MegaPixel - Nokia PureView 808



Kamera dalam telefon bimbit untuk kategori smartphone dalam 5 hingga 12 megapixel adalah perkara biasa pada masa ini. Walaupun saya melihat ada sesetengah peranti yang benar-benar yang dibina memiliki kamera telefon yang canggih dan hebat, tetapi masalahnya masih pada kamera telefon tersebut kerana imej kualiti pada setiap gambar yang diambil memang tidak memuaskan hati pengguna.


Nokia baru-baru ini telah mengambil langkah yang agak mengejutkan semua pihak, baik pengguna mahupun pesaing mereka. Mana tidaknya Nokia telah menghasil telefon kamera yang mempunyai kemampuan sesor 41 Megapixel. Itu adalah sesuatu yang cukup besar dan tidak pernah ada di mana-mana telefon pintar. Telefon pintar yang saya maksudkan itu adalah Nokia PureView 808, imej kamera yang ditangkap oleh telefon pintar ini lebih baik dari semua telefon pintar lain. Saiz bagi imej kemera telefon pintar ini adalah sebesar saiz poster.





Setelah saya tengok telefon ini, saya tertanya-tanya, apakah lensa yang digunakan telefon pintar ini, sebab selalunya Nokia memang berminat dengan  Lensa Optik Carl Zeiss. Tekaan saya benar kamera telefon ini menggunakan sensor 1/1.2 inch dan menggunakan lensa Optik Carl Zeiss.



Untuk pengetahuan anda, pengguna telefon ini boleh memilih saiz Magapixel yang meraka nak guna tapi apada asasnya  kemera ini mengambil gambar dengan 41MP. Kenapa Nokia membuat "option" begini, sebab kalau kemera ini ambil gambar dengan 41MP, sah-sahlah saiz gambar tersebut akan menjadi besar, cuba anda bayangkan dengan 41MP sahaja memori card 1GB dah penuh dengan 100 gambar itu sebagai contoh. Anda boleh meilih Magapixel dari 41MP, 34MP, 38MP hingalah 5MP untuk gambar bersaiz standard.





Telefon Kamera ini mempunyai dia Flash yang berbeza, pertama Xenon Light untuk mengambil gambar cepat dan LED Light untuk mengambil Video.

Ia mempunyai beberapa mod kemera video, termasuk keupayaan untuk mengambil  video 1080p pada 30, 25, 24, atau 15 bingkai sesaat; serta video 720p atau VGA.Sensor telefon ini membolehkan untuk zoom 4X semasa dalam mod 1080p dan zoom banyak lagi akan menjadikan automatik resolusi rendah.







Spesifikasi Nokia PureView 808

Nama : Nokia PureView 808
Camera : 41 Maga Pixel Nokia Pureview Pro Imaging Technology and Carl Zeiss optics.
Audio : High Amplitude Audio Capture. MP3, M4A, AAC, AAC+, eAAC+. WMA besides Dolby
Video : 1080p Full HD video recording with up to 4 x lossless zoom
Memory : Internal 16GB dan External 48GB - MicroSD
 Bateri : untuk GSM bercakap sehingga 11 Jam dan WCDMA sehingga 6.5 Jam.

Have you found this post useful? If so please share it: If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Blog Rahman Bashri by Email Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

2 Comments:

  1. terbaik nokia

    ReplyDelete
  2. Auch ich werde Sie in mein Handy einspeichern fuer den Fall der Faelle Natuerlich hoffe ich dass wir uns so schnell nicht wieder sehen. cep telefonu takip programı

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...