Social Icons

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Site Info

Friday, 30 March 2012

Apa Itu Blue Hole?


Jika di angkasa kita mengenali Black Hole tapi di bumi kita juga mempunyai lubang yang sangat besar yang berada di laut iaitu Blue Hole.

Apa itu Blue Hole? Dimana letaknya? dan bagaimana terjadinya?
Dari gambar di atas Blue Hole nampak seperti biji mata yang besar ditengah lautan luas. Bentuknya lingkaran, berwarna biru gelap yang dikelilingi oleh laut yang berwarna biru muda. Warna Blue Hole ini menunjukkan bahawa Blue Hole lebih dalam daripada laut disekelilingnya. Sebenarnya Blue Hole adalah gua yang berbentuk vertikal.

Pada zaman dulu saat zaman es telah berakhir, gua tersebut yang berada di permukaan yang lebih rendah dari laut tertutup oleh laut. Blue Hole adalah tempat kegemaran bagi penyelam kerana didalamnya terdapat pemandangan yang indah, disana para penyelam dapat melihat stalaktit-stalaktit gua, terumbu karang, dan berbagai jenis ikan. Tetapi, jika menyelam lebih dalam lagi maka kita tidak akan melihat pemandangan yang indah lagi kerana kedalamannya itu membuatkan air di dalamnya tanpa oksigen.

Didunia ada beberapa Blue Hole yang terkenal. Blue Hole yang terdalam adalah Dean's Blue Hole, letaknya di kepulauan Bahamas, dalamnaya mencapai 202 meter dan diameter mencapai 35 meter.

Terdapat juga Blue Hole terluas iaitu Great Blue Hole yang mempunyai kedalaman 120 meter dan diameter 300 meter.

Ada juga Blue Hole di tepi laut merah yang dalamnya mencapai 120 meter dan mempunyai terowong yang panjangnya 26 meter. Terowong ini dikenal dengan The Arc kerana banyak penyelam yang ingin menjelajah di terowong bawah laut ini. tetapi banyak kematian dan banyak terjadinya kecelakaan ketika waktu berenang oleh karena itu Blue Hole menjadi tempat yang paling berbahaya bagi penyelam atau pengemar Blue Hole.

Senarai Blue Hole Yang ada di muka bumi ini.

1) Great Blue Hole (Belize City)
2) Dean's Blue Hole (Bahamas)
3) Red Sea Blue Hole (Egypt)
4) Cenote Blue Hole (Mexico)
5) Castalia Blue Hole (Ohio)



Have you found this post useful? If so please share it: If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Blog Rahman Bashri by Email Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Tuesday, 27 March 2012

Setiap Wanita Cantik


Pada suatu hari seorang anak lelaki ternampak ibunya menangis, lalu dia pun bertanya

Anak Lelaki : "Mangapa Ibu menangis?"
Ibu : "Kerana aku seorang wanita"
Anak Lelaki : Aku tidak mengerti?"

Lalu si ibu terus memeluk anaknya dan berkata "Engkau tidak akan mengerti". Si anak terus berjumpa ayahnya dan bertanya, " kenapa ibu menangis tanpa ada alasan?". Si ayah menjawab " Semua wanita menangis tanpa ada alasan". Hanya itu sahaja yang boleh ayahnya cakap.

Akhirnya anak lelaki ini membesar dan menjadi seorang lelaki dewasa, dan tetap merasa hairan mengapa wanita menangis tanpa alasan. Pada satu hari anak lelaki ini bermimpi bertemu dengan seseorang dengan lelaki berjubah putih, lalu anak lelaki ini bertanya kepada lalaki tersebut " Mengapa wanita menangis tanpa alasa?". Lelaki itu menjawab.

"Tuhan menciptakan wanita istimewa. Tuhan menciptakan baginya bahu yang kuat untuk memikul beban dunia, tapi begitu lembut sehingga dapat memberikan kenyamanan."

"Tuhan memberinya kekuatan untuk melahirkan dan menahan penolakan yang kerap muncul dari anak-anaknya"

"Tuhan memberinya keteguhan yang membuatnya boleh bertahan di saat semua orang sudah menyerah, dan tetap memperhatikan keluarganya tanpa mengeluh walaupun sedang lelah mahu pun sakit."

"Tuhan memberinya keistimewaan untuk mencintai anak-anaknya dalam keadaan apapun, meskipun anak-anak menderhaka kepada ibunya."

"Aku memberinya kekuatan untuk bisa memaklumi kesalahan-kesalahan suaminya, menciptakannya dari tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya"

"Tuhan memberinya kepakaran untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik tidak akan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang-kadang menguji kekuatan dan ketetapan hatinya untuk tetap teguh mendampingi suaminya"

"Dan akhirnya, Tuhan memberinya air mata untuk dicurahkan. Ini khusus miliknya untuk digunakan bila-bila yang dia perlukan."

"Kau lihat: Kecantikan seorang wanita tidak terletak pada pakaian yang dikenakannya, penampilan fizikalnya, atau style rambutnya.""Kecantikan seorang wanita dapat dilihat melalui matanya, karena mata adalah pintu menuju hatinya, tempat dimana cinta bersemayam."..Untuk menjadi seorang wanita yang cantik, haruslah mempunyai sifat lemah lembut dan sentiasa tunduk dan hormat pada suaminya walau apapun keadaannya...

Si anak lelaki akhirnya jumpa jawapan yang dia inginkan..

Have you found this post useful? If so please share it: If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Blog Rahman Bashri by Email Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Wednesday, 21 March 2012

Senarai Sekolah Terbaik SPM 2011 Setiap Negeri


Senarai Sekolah Terbaik Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) 2011 Mengikut Negeri :

1) Wilayah Persekutuan : Sekolah Sultan Alam Shah (Terbaik Keseluruhan)
2) Perak : Sekolah Tuanku Abdul Rahman
3) Kedah :?
4) Perlis : ?
5) Pulau Pinang :
6) Kelantan : Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris
7) Johor : Sekolah Tun Fatimah
8) Negeri Sembilan : Sekolah Menengah Sains Seremban dan Sekolah Tunku Kurshiah.
9) Melaka : ?
10) Selangor : Kolej Islam Sultan Alam Shah
11) Pahang : ?
12) Terengganu : Sekolah Menengah Sains Terengganu
13) Sabah : ?
14) Serawak :Maktab Rendah Sains MARA Mukah

Blog Rahman Bashri : Minta bantuan rakan-rakan sekolah terbaik SPM 2011, sekiranya ada penambahan dan kesalahan perbetulkan saya..terima kasih..Penat dah cari..hehehe

Have you found this post useful? If so please share it: If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Blog Rahman Bashri by Email Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Fakta Menarik Sijil Pelajaran Malaysia 2011 Terbaik 559 Pelajar Dapat Semua A !!! Tahniah


Fakta Menarik Keputusan SPM 2011:

1. 559 Pelajar mendapat A+ berbanding 403 pada tahun 2010.
2. 506 daripada 559 adalah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan.
3. Sekolah Alam Syah, Sekolah terbaik peringkat Wilayah Persekutuan.
4. 10,488 pelajar daripada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) telah mendapat gred A+, A dan A-.
5. Keputusan SPM 2011 adalah terbaik dalam tempoh 5 tahun.

Syabas dan tahniah buat adik-adik. MU tumpang berbangga dengan pencapaian cemerlang adik-adik. Alangkah baiknya kalau boleh diputarkan kembali masa. Pasti MU pun nak ‘pulun’, skor terbaik masa SPM dulu.
Bagi adik-adik yang kurang berpuas hati dengan keputusan adik-adik, jangan mudah berputus asa. Sentiasa lakukan yang terbaik untuk hasil yang terbaik.

Adik-adik,
Jadilah pelajar yang bukan sahaja cemerlang akademik,
bahkan cemerlang sahsiahnya.

Buat Kakak-kakak & Abang-abang,
Sila jadi contoh terbaik untuk adik-adik kita ni ya.

Have you found this post useful? If so please share it: If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Blog Rahman Bashri by Email Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Friday, 9 March 2012

Saya Solat Tak Tinggal dan Sentiasa Beramal Kepada Jalan Allah Tetapi masih Lagi Tak Berjaya


Soalan seorang hamba Allah kepada saya tentang masalah yang yang berlaku pada dirinya yang berkenaan dengan beliau tak tinggal solat, sentiasa membuat kebaikan dan berdoa tapi masih lagi still tak berjaya dalam exam..Ini soalannya..


Saya skrg berada di kolej matrikulasi...insyaallah lagi 2 bulan saya akan tamat pengajian di sini...saya baru saja dapat keputusan pertengahan semester...saya sedih sebab keputusan tak seperti yg saya jangkakan...saya bertambah sedih bila dapat tahu sahabat yang tak pergi kelas, selalu tinggal perintah Allah, dan yang banyak bermain dapat keputusan yang jauh lebih elok dari saya...saya tak nafikan yg saya ada jgk buat dosa...adakah ini satu kurniaan Allah kpd mereka or dugaan kepada saya...???secara jujur saya cakap saya memang hampir2 putus asa...

Jawapan Saya kepadanya..

Waalaikumsalam..
Terima kasih kerana sudi bertanyakan soalan..
Pertama sekali jangan berputus asa..baca dan faham apa yang saya katakan dibawah ini...

Pernah tak suadara terfikir kenapa hidup saudara amat susah? Pernah tak saudara fikir kenapa orang yang tak solat tapi setiap kali test, exam, or result dia jauh lagi tinggi dari saudara yang struggle dan beribadat all the time? Pernah tak saudara rasa cemburu dengan roomate yang asyik main game tetapi setiap kali final exam dia score the highest? Pernah tak saudara sakit hati bila saudara giving out all you have but at the end, the laziest yang mendapat 4.00 dalam exam? Sakit hati tak bila tengok orang-orang yang tak berusaha tapi bila buat sesuatu pekerjaan, dia boleh sebut alhamdulillah tapi bila kita tengok hasil usaha kita, kita nak sebut syukur pun teresak-esak? Why? Sebab takdir?


Jadi mesti saudara bertanya.. kalau dah di takdirkan gagal kenapa still nak berusaha?

ini sebabnya kenapa..

saya tanya saudara?
Pernah tak saudara fikir satu benda yang kita selalu buat bila kawan kita sambut hari lahir? Yeah, wish birthday. Most of us akan kata:

Happy birthday, baby. Moga di panjangkan umur dan di murahkan rezeki.

Yeah, "dipanjangkan umur". Kita meminta supaya dia di panjangkan umur. Tapi bukan ke kita semua tahu yang tarikh kita mati dah di tetapkan di Luh mahfuz? Dah tu kenapa minta di panjangkan umur lagi? Begitu juga dengan rezeki. Bukan ke rezeki kita dah tertulis? Think bro, think.

sebenarnya, benda-benda seperti ini adalah agak susah untuk dibualkan. Dan hal-hal seperti takdir ini selalu menganggu fikiran saya. Well, nak tanya segan.

Tengok saya bagi saudara contoh yang mudah. Bayangkan takdir tu adalah sebuah plan untuk rumah 4 tingkat. Arkitek melakarkan plan rumah dengan cantik dan lengkap. Dan kontrektor pula akan membina rumah tu mengikut plan yang dilukis oleh artitek. Dan ia terpulang kepada kontrektor lah nak bina rumah macam mana asalkan setiap sudut dan bentuk rumah tu mengikut kemahuan si arkitek. Kan? Ini adalah konsep yang sama dengan takdir. Tuhan melakar takdir dan up to kita lah macam mana kita nak laksanakan. Dan, andai kata kontrektor tengok rumah tu ada part yang boleh dia improve, dia akan pergi kepada artitek dan menyuarakan hasratnya tu. Kan? Begitu lah juga dengan kita. Bila kita mahukan sesuatu, saudara kenelah berdoa . Dan tak terlupa juga, berusaha.

ada satu takdir mengatakan :

Tidak boleh ditolak qadar Allah Taala melainkan doa. Dan tiada yang boleh memanjangkan umur melainkan membuat baik kepada ibubapa. (Riwayat Hakim, Ibnu Hibban dan Tarmizi).

Soalan yang paling famous di tanya adalah tentang perbuatan kita. Pernah tak saudara terfikir :

"Adakah segala perbuatan kita telah di takdirkan? Kita baca buku, berjalan, mesej awek, gayut dengan pakwe. Adakah itu semua dah di takdirkan?"

bagaimana pula dengan dosa dan pahala? Adakah dosa dan pahala tu juga dah ditakdirkan? Serta, pernah tak saudara  imagine apa yang saudara akan jawab kalau ada orang kata :

"Aku membunuh dan merogol sebab aku dah di takdirkan untuk berbuat macam tu."

sebenarnya , apa yang kita buat adalah pilihan kita sendiri. Pernah tak saudara dengar ayat :

"Allah tak akan ubah nasib sesuatu kaum kalau bukan dia yang ubah sendiri" 

Maksudnya di sini, kita ada kuasa untuk berusaha untuk mencapai masa depan kita dan apa yang kita nak. Masa hidup ni, up to you lah melakukan apa je yang saudara mahu tetapi saudara tak akan sekali-kali keluar dari takdir yang telah Allah tetapkan tanpa izinnya. Macam bunuh diri juga. Contohnya, saudara di takdirkan hingga umur 60 tahun tapi saudara mengambil tindakan membunuh diri sebab putus dengan makwe, then dengan izin Allah, sampai kat situ je lah umur saudara.

Untuk pengetahuan saudara , takdir terbahagi kepada dua iaitu Takdir Mubram dan Takdir Mu'allaq. Takdir Mubram adalah takdir yang tetap dan tak boleh di ubah seperti kematian, umur dan sebagainya (Actually, tak ada siapa tahu pasal ni sebab apa yang tertulis di Luh Mahfuz tak ada siapa pun tahu). As for takdir Muallaq, ia adalah takdir based on usaha kita atau dengan kata lain, akibat dari perbuatan. For example, menjawab soalan final exam. Andai kata saudara tak berusaha dan study, Saudara ingat saudara boleh ke lulus dengan cemerlang? maksud saya iailah Takdir Muallaq adalah suatu perkara yang implikasinya adalah based dari apa yang kita lakukan. Tapi andaikata kita tak study tetapi lulus dengan cemerlang gak, then itu adalah takdir. Sama juga dengan masalah saudara , saudara dah berusaha tapi masih lagi tidak berjaya dengan cemerlang. itu juga adalah takdir.

Ada takdir yang boleh di ubah dan ada takdir yang tak boleh di ubah. ketentuan sahaja  takdir tu boleh di ubah dengan syarat saudara berdoa sementara ketentuan takdir lain, tidak. Dan bila cakap berdoa, bukannya bermaksud saudara berdoa agar minta panjang umur then hari-hari dok makan McD pastu tidur. Begitu juga dengan rezeki. saudara tak boleh berdoa pagi petang siang malam minta dimurah kan rezeki tetapi korang dok main Dota setiap hari tanpa bekerja. No, setiap doa mestilah disertakan dengan usaha. Then baru lah bertawakkal. saya harap saudara  faham maksud saya.

Jadi saya berharap saudara  jangan putus asa teruskan berusaha dan berdoa serta jangan bergantung kepada takdir semata-mata. Sebab kebanyakan takdir boleh di ubah dengan izin Allah. Masalahnya, kita tak tahu apa takdir kita dan which takdir yang boleh di ubah.

Janganlah saudara berputus asa kerana Allah itu maha adil dan saksama..saya yakin setiap kebaikan yang saudara lakukan pasti mendapat balasan kebaikan dari Allah..mungkin tidak hari ini, mana tahu Allah akan memberi ganjaran masa saudara hendak mencari kerja nanti, habis saje belajar terus saudara dapat kerja yang saudara idamkan. tapi kawan saudara tu walaupun keputusan dia cemerlang, mungkin juga susah nk mencari kerja nanti..Apa yang penting saudara  kena la sabar menghdapi dugaan Allah ini..Insya- Allah saudara pasti mendapat keberkatan..amin...
Sekian..Wassalam..

Abdul Rahman bin Bashari
http://www.rahmanbashri.com

BLOG RAHMAN BASHRI : Diharapkan kawan-kawan sekalian memberi pendapat sekiranya jawapan saya salah..

Have you found this post useful? If so please share it: If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Blog Rahman Bashri by Email Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Monday, 5 March 2012

Ular Membelit Leher dan Menghisap Darah Mayat


Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya, tiba-tiba kain kafan itu bergerak sendiri. Apabila mereka membuka kain kafan itu, mereka melihat ada seekor ular sedang membelit-belit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah si mayat itu.
Lalu mereka cuba membunuh ular itu. Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, “Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat.”

Lalu para sahabat bertanya, “Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh si mayat ini?”. Berkata ular, “Dia telah melakukan 3 kesalahan, di antaranya :

1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjamaah.
2. Dia tidak mahu mengeluarkan zakat hartanya.
3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama yang tiada bersalahan dengan syariat.

Adakah anda merasakan artikel saya ini berguna? Jika ya kongsi dengan rakan anda : Jika anda suka dengan artikel saya, pastikan anda Langgan melalui RSS feed! atau Langgan Blog Rahman Bashri melalui Emaili Komen anda sangat berguna untuk saya memperbaiki Blog Rahman Bashri..Terima Kasih

Sunday, 4 March 2012

Lintah Terbesar Di Malaysia Mungkin Di Dunia


Lintah Terbesar Di Malaysia Ditemui?... Lokasi Kejadian Semasa Banjir Di Satu Di Perak.. Gambar Nie Real.. Tengok Bayang-Bayang Kat Air Tue Pun Dah Tahu... Agak-Agak Berapa Kilo Darah Agaknya Lintah Nie Isap Yer..

Have you found this post useful? If so please share it: If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Blog Rahman Bashri by Email Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Thursday, 1 March 2012

Bayaran Dari Google Adsense - Syukur Alhamdulillah, Semoga Allah Memberkati

Alhamdulillah. Masa tengah meeting pagi tadi dapat mesej suara dari Google Adsense. Google Adsense menyatakan duit saya sudah pun selamat sampai ke Western Union..Esok pagi nak pergi ambil..Ya Allah aku mohon kau berkatilah duit ini ya Allah..Ssungguhnya setiap rezeki hamba mu itu adalah dari mu..

Have you found this post useful? If so please share it: If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Blog Rahman Bashri by Email Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Gambar Dalam Perut Haiwan Yang Mengandung




Selalu kita tengok keaadaan bayi dalam perut manusi. kali ini cuba anda tengak keadaan dalam perut Dolphin, Gajah, kucing, Anjing, dan Peguin..Semua nya comel-comel belaka..heheeh..layan je...

Have you found this post useful? If so please share it: If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Blog Rahman Bashri by Email Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Kajian Menarik Membuatkan Perut Semut Berwarna Warni




Barulah saya tahu perut semut mempunyai perut yang berwarna jelas. Gambar di atas di ambil oleh Jurugambar Muhammad Babu dan Isterinya. Pada suatu hari mereka ternampak seekor semut putih yang berkeliaran di atas meja meraka, Mereka tersedar yang sebenar semut itu bukalah berwarna putih tetapi semut itu telah meminum air susu yang tertumpah oleh mereka di atas meja tersebut.

Lalu mereka tertarik dengan perubahan wana semut tersebut lalu membuat satu eksperimen mini dan meletakkan beberapa titisan pemanis yang berwarna kuning, hijan, merah dan biru. Selepas mengambil beberapa ekor semut dan melataknya pada pemanis berwarna tersebut, semut-semut itu meminum pemanis tersebut lalu menukar perut nya  mengikut warna pemanis itu.

Have you found this post useful? If so please share it: If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Blog Rahman Bashri by Email Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Pengakuan Tokoh-Tokoh Ilmuan Yang Bukan Beragama Islam Tentang Kebenaran Al-Quran

Harry Gaylord Dorman
1. Harry Gaylord Dorman dalam buku "Towards Understanding lslam", New York, 1948, p.3, berkata: "Kitab Qur'an ini adalah benar-benar sabda Tuhan yang didiktekan oleh Jibril, sempurna setiap hurufnya, dan merupakan suatu mukjizat yang tetap aktual hingga kini, untuk membuktikan kebenarann Allah dan kebenaran Muhammad."

2. Prof. H. A. R. Gibb dalam buku "Mohammadanism", London, 1953, p. 33, berkata sebagai berikut: "Nah, jika memang Qur'an itu hasil karyanya sendiri, maka orang lain dapat menandinginya. Cubalah mereka mengarang sebuah ungkapan seperti itu. Kalau sampai mereka tidak sanggup dan boleh dikatakan mereka pasti tidak mampu, maka sewajarnyalah mereka menerima Al-Qur'an sebagai bukti yang kuat tentang mukjizat."

Sir William Muir
3. Sir William Muir dalam buku "The Life of Mohamet", London, 1907; p. VII berkata sebagai berikut: "Qur'an adalah karya dasar Agama Islam. Kekuasaannya mutlak dalam segala hal, etika dan ilmu pengetahuan"

4. Dr. John William Draper dalam buku "A History of the intelectual Development in Europe", London, 1875, jilid 1 , p. 343-344, berkata: "Qur'an mengandungi amalan-amalan dan proses moral yang cemerlang yang sangat berlimpah-limpah; susunannya, sehingga kita tidak dapat membuka satu lembaran tanpa menemukan ungkapan-ungkapan yang harus diterima oleh sekalian orang. Susunan ayat  ini, mengemukakan teks-teks, moto dan peraturan- peraturan yang sempurna sendirinya, sesuai bagi setiap orang untuk setiap peristiwa dalam hidup."

5. Dr. J. Shiddily dalam buku "The Lord Jesus in the Qur'an", p. 111 , berkata: "Qur'an adalah Bible kaum Muslimin dan lebih dimuliakan dari kitab suci yang manapun, lebih dari kitab Perjanjian Lama dan kitab perjanjian Baru."

6. Laura Vaccia Vaglieri dalam buku "Apologie de I'Islamism, p. 57 berkata: "Dalam keseluruhannya kita dapati dalam kitab ini, suatu koleksi tentang kebijaksanaan yang dapat diperoleh oleh orang-orang yang paling cerdas, filosof-filosof yang terbesar dan ahli-ahli politik yang paling cekap... Tetapi ada bukti lain tentang sifat Ilahi dalam Qur'an, adalah suatu kenyataan bahwa Qur'an itu tetap utuh melintasi masa-masa sejak turun temurun wahyu itu hingga pada masa kini...Kitab ini dibaca berulang-ulang oleh orang yang beriman dengan tiada jemu-jemunya. Keistimewaannya pula, Qur'an senantiasa dipelajari/dibaca oleh anak-anak sejak sekolah tingkat bawah hingga tingkat Profesor. "

"Sebaliknya malah kerana diulang- ulang ia makin dicintai sehari demi sehari. Qur'an membangkitkan timbulnya perasaan hormat dan respect yang mendalam, pada diri orang yang membaca dan mendengarkannya.... Oleh karena itu bukan dengan jalan paksaan atau dengan senjata, tidak pula dengan tekanan mubaligh-mubaligh yang menyebabkan penyiaran Isiam besar dan cepat, tetapi oleh kenyataan bahwa kitab ini, yang diperkenalkan kepada kaum Muslimin kepada orang-orang yang ditaklukkan dengan kebebasan untuk menerima atau menolaknya adalah kitab Tuhan. Kata yang benar, mukjizat terbesar yang dapat diperlihatkan Muhammad kepada orang yang ragu dan kepada orang yang tetap berkeras kepala."

7. G. Margoliouth dalam buku "Introduction to the Koran" (kata pendahuluan untuk buku J. M. H. Rodwell), London, 1918, berkata: "Diakui bahwa Our'an itu mempunyai kedudukan yang penting diantara kitab-kitab Agama di dunia. Walau kitab ini merupakan yang terakhir dari kitab-kitab yang termasuk dalam kesusasteraan ini, ia tidak kalah dari yang mana pun dalam ayatnya yang mengagumkan, yang telah ditimbulkannya terhadap sejumlah besar manusia yang telah menciptakan suatu fasa kemajuan manusia dan satu jenis karakter yang segar."

8. George Sale dalam buku "Joseph Charles Mardrus-Premilinary Discourse", berkata: "Di seluruh dunia diakui bahwa Qur'an tertulis dalam bahasa Arab dengan gaya yang paling tinggi, paling murni....diakui sebagai standard bahasa Arab... dan tak dapat ditiru oleh semua manusia... Oleh karena itu diakui sebagai mukjizat yang besar, lebih besar daripada membangkitkan orang mati, dan itu saja sudah cukup untuk meyakinkan dunia bahwa kitab itu berasal dari Tuhan."

9. E. Denisen Ross dari "Introduction to the Koran-George Sale", p. 5, berkata: "Qur'an memegang peranan yang lebih besar terhadap kaum Muslimin daripada peranan Bible dalam agama Kristian. Ia bukan saja merupakan sebuah kitab suci dari kepercayaan mereka, tetapi juga merupakan buku teks dari upacara agamanya dan prinsip-prinsip hukum kemasyarakatan.....Sungguh sebuah kitab seperti ini patut dibaca secara meluas di Barat, terutama di masa-masa ini, di mana ruang dan waktu hampir telah dimusnahkan  oleh penemuan-penemuan moden."

10. James A. Michener dalam "Islam the Misunderstood Religion Readers Digest", Mei 1955, berkata sebagai berikut: "Ayat Qur'an inilah yang mengusir patung-patung dewa, dan memberikan ilham kepada manusia untuk merevolusikan hidup dan bangsa mereka.... Kombinasi antara persembahan kepada Satu Tuhan ditambah dengan perintah praktisnya yang membuat Qur'an menjadi khas. Bangsa yang beragama di Timur yakin bahwa negara mereka hanya akan diperintah dengan baik apabila hukum-hukumnya berpandukan  dengan Qur'an.

11. W.E. Hocking dalam "Spirit of World Politics New York 32", p. 461 , berkata: "...saya merasa benar dalam penegasan saya, bahwa Qur'an berisi amat banyak prinsip-prinsip yang diperlukan untuk pertumbuhannya sendiri. Sesungguhnya dapat dikatakan bahawa hingga pertengahan abad ke-13, Islamlah pembawa segala kamajuan yang dapat dibanggakan oleh dunia Barat."

13. Napoleon Bonaparte a. Dari "Stanislas Cuyard-Ency des Sciences Religioses", Paris, 1880, jilid IX, p. 501 berkata sebagai berikut: " Selama abad-abad pertengahan, sejarah Islam peradaban sepenuhnya. Berkat ketekunan kaum Musliminlah maka ilmu pengetahuan dan falsafah Yunani tertolong dari kebinasaan, dan kemudian datang membangunkan dunia Barat serta membangkitkan gerakan intelektual sampai pada pembaharuan Bacon. Dalam abad ke-7 dunia lama itu sedang dalam zaman Jahiliah. Muharnmad memberi kepada mereka sebuah Qur'an yang rnerupakan titik tolak ke arah dunia baru."

14. Dari buku "Bonaparte et I'Islarn oleh Cherlifs, Paris, p. 105, berkata sebagai berikut: "I hope the time is not far off when I shall be able to unite all the wise and educated men of all the countries and establish a uniform regime based on the prinsiples of the Qur'an wich alone can lead men to happiness.
Artinya:
Saya meramalkan bahwa tidak lama lagi akan dapat dipersatukan semua manusia yang berakal dan berpendidikan tinggi untuk memajukan satu kesatuan kekuasaan yang berdasarkan prinsip-prinsip ajaran Islam, karena hanyalah Qur'an itu satu-satunya kebenaran yang mampu memimpin manusia kepada kebahagiaan.

Have you found this post useful? If so please share it: If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Blog Rahman Bashri by Email Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Saya Suka Fakta - 50 Fakta Menarik Seluruh Dunia


1.      Triskaidekaphobia adalah ketakutan pada 13. Paraskevidekatriaph obia adalah ketakutan pada hari jumat tanggal 13 (bisa terjadi antara 1-3 kali setahun). di Italia, 17 adalah angka malang. di Jepun angka yang dianggap malang adalah 4.
2.      Lidah zirafah panjangnya lebih kurang 50 cm.
3.      Mulut menghasilkan 1 liter ludah setiap hari.
4.      Kita bernafas kira-kira 23,000 kali setiap hari.
5.      Kata ZIP (kode pos) adalah kepanjangan dari ‘Zoning Improvement Plan’.
6.      Coca-Cola mengandung Coca (yang merupakan zat aktif pada kokain) dari tahun 1885 sampai 1903.
7.      Rata-rata kita bicara 5000 kata tiap hari (walaupun 80% nya kita bicara pada diri sendiri).
8.      Seandainya kuota air dalam tubuh kita berkurang 1%, kita akan merasa haus.
9.      4 simbol Raja pada daun terup melambangkan 4 raja yang terkenal di zaman masing-masing: “Ace”= David/Raja Daud ; “Kelawar” = Alexander the Great/Iskandar Agung ; Hati = Charlemagne/ Raja Prancis ; Diamond =Julius Caesar.
10.  Seumur hidup kita meminum air sebanyak kurang lebih 75,000 liter.
11.  Setiap orang, termasuk kembar seiras, cap jari dan tekstur lidahnya tidak ada yang sama.
12.  Sebelum Masehi, Bahasa Inggerisnya adalah B.C (Before Christ). Setelah Masehi adalah A.D (Anno Domini).
13.  Ikan paus kehilangan gigi lebih dari 6000 batang setiap tahun, dan gigi barunya tumbuh dalam waktu 24 jam.
14.  Julius Caesar tewas dengan 23 tikaman.
15.  Nama mobil Nissan berasal dari bahasa Jepun iaitu Ni : 2 dan San : 3. Nissan : 23
16.  Zirafah dan tikus bisa bertahan hidup lebih lama tanpa air dari pada unta.
17.  Perut menghasilkan lapisan lendir setiap dua minggu agar perut tidak mencerna organnya sendiri.
18.  98% dari perkosaan dan pembunuhan dilakukan oleh keluarga dekat atau teman si mangsa.
19.  Semut dapat mengangkat beban 50 kali daripada berat tubuhnya sendiri.
20.  Pengisytiharan Kemerdekaan Amerika ditulis diatas kertas marijuana.
21.  Titik diatas huruf i disebut ‘title’.

22.  Sebutir kismis yang dijatuhkan kedalam gelas berisi hampas segarnya akan bergerak naik turun dalam gelas.
23.  Benjamin Franklin anak bongsu dari orangtua bongsu keturunan ke 5 dalam keluarga bongsu.
24.  Titik merah pada logo 7-Up berasal dari penciptanya yang bermata Merah dan albino.
25.  Lelaki kehilangan 40 helai rambut setiap hari manakala wanita sebanyak 70 helai.
26.  Lambang/ikon ’save’ pada program Microsoft Office menunjukkan gambar floppy disk dengan shutter terbalik.
27.  Albert Einstein dan Charles Darwin, keduanya menikah dengan sepupu pertama mereka (Elsa Löwenthal dan Emma Wedgewood).
28.  Unta mempunyai 3 kelopak mata.
29.  Jangkahayat sehelai rambut di kepala kita adalah 2 hingga 6 tahun sebelum digantikan dengan rambut baru.
30.  Seseorang masih dalam keadaan sedar selama 8 saat setelah dipenggal kepalanya.
31.  Otot yang bekerja paling cepat ditubuh kita adalah otot dikelopak mata yang membuat mata kita berkedip. Kita mampu berkedip 5kali dalam sesaat.
32.  Coklat dapat membunuh anjing kerana ia dapat mempengaruhi jantung dan susunan sarafnya.
33.  Tanpa kehadiran air liur di dalam mulut, kita tidak dapat merasa makanan.
34.  Kuku di tangan tumbuh 4 kali lebih cepat daripada kuku di kaki.
35.  13% orang di dunia adalah kidal.
36.  Hampir semua lipstik mengandung sisik ikan.
37.  Berat kepala bayi yang baru lahir hanyalah 1/4 dari berat tubuhnya.
38.  Kita sebenarnya melihat dengan otak. Peranan mata hanyalah seperti kamera yang menghantar maklumat/data ke otak. 1/4 bahagian dari otak digunakan untuk mengatur kerja mata.
39.  Kalajengking boleh dibunuh dengan menyiramnya menggunakan cuka. Ia akan marah dan menyengat dirinya sendiri.
40.  Tahun 1830-an, sos tomato biasa dijual sebagai ubat.
41.  Tiga monyet bijak mempunyai nama: Mizaru (See no evil), Mikazaru (Hear no evil), and Mazaru (Speak no evil).
42.  India mempunyai undang-undang hak untuk lembu.
43.  Jika bersin terlalu kuat boleh meretakkan tulang telinga. Jika mencuba menahan bersin, boleh mengalami pecah pembuluh nadi di kepala serta leher dan terus mati . Jika mata dipaksa terbuka di saat bersin, bola mata kita boleh melompat keluar.
44.  Nama negara Filipina adalah berasal dari nama Raja Phillip.
45.  Saudi Arabia berasal dari nama Raja Saud.
46.  Kanak-kanak mempunyai 20 gigi susu. Orang dewasa pula mempunyai 32 gigi kekal.
47.  Disebabkan rangkanya diperbuat daripada logam, maka piala Oscars yang dibagikan pada perang dunia ke-2 diperbuat daripada kayu.
48.  Setiap kitaran 11 tahun, kutub magnet pada matahari bertukar tempat. Kitaran ini dinamakan sebagai “Solarmax”.
49.  Terdapat 318,979,564, 000 kemungkinan kombinasi pembukaan pertama pada catur.
50.  Ada lebih dari 300 bakteria pembentuk karang gigi.

Have you found this post useful? If so please share it: If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Blog Rahman Bashri by Email Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Nokia Memperkenalkan Telefon Kamera 41MP MegaPixel - Nokia PureView 808



Kamera dalam telefon bimbit untuk kategori smartphone dalam 5 hingga 12 megapixel adalah perkara biasa pada masa ini. Walaupun saya melihat ada sesetengah peranti yang benar-benar yang dibina memiliki kamera telefon yang canggih dan hebat, tetapi masalahnya masih pada kamera telefon tersebut kerana imej kualiti pada setiap gambar yang diambil memang tidak memuaskan hati pengguna.


Nokia baru-baru ini telah mengambil langkah yang agak mengejutkan semua pihak, baik pengguna mahupun pesaing mereka. Mana tidaknya Nokia telah menghasil telefon kamera yang mempunyai kemampuan sesor 41 Megapixel. Itu adalah sesuatu yang cukup besar dan tidak pernah ada di mana-mana telefon pintar. Telefon pintar yang saya maksudkan itu adalah Nokia PureView 808, imej kamera yang ditangkap oleh telefon pintar ini lebih baik dari semua telefon pintar lain. Saiz bagi imej kemera telefon pintar ini adalah sebesar saiz poster.





Setelah saya tengok telefon ini, saya tertanya-tanya, apakah lensa yang digunakan telefon pintar ini, sebab selalunya Nokia memang berminat dengan  Lensa Optik Carl Zeiss. Tekaan saya benar kamera telefon ini menggunakan sensor 1/1.2 inch dan menggunakan lensa Optik Carl Zeiss.



Untuk pengetahuan anda, pengguna telefon ini boleh memilih saiz Magapixel yang meraka nak guna tapi apada asasnya  kemera ini mengambil gambar dengan 41MP. Kenapa Nokia membuat "option" begini, sebab kalau kemera ini ambil gambar dengan 41MP, sah-sahlah saiz gambar tersebut akan menjadi besar, cuba anda bayangkan dengan 41MP sahaja memori card 1GB dah penuh dengan 100 gambar itu sebagai contoh. Anda boleh meilih Magapixel dari 41MP, 34MP, 38MP hingalah 5MP untuk gambar bersaiz standard.





Telefon Kamera ini mempunyai dia Flash yang berbeza, pertama Xenon Light untuk mengambil gambar cepat dan LED Light untuk mengambil Video.

Ia mempunyai beberapa mod kemera video, termasuk keupayaan untuk mengambil  video 1080p pada 30, 25, 24, atau 15 bingkai sesaat; serta video 720p atau VGA.Sensor telefon ini membolehkan untuk zoom 4X semasa dalam mod 1080p dan zoom banyak lagi akan menjadikan automatik resolusi rendah.







Spesifikasi Nokia PureView 808

Nama : Nokia PureView 808
Camera : 41 Maga Pixel Nokia Pureview Pro Imaging Technology and Carl Zeiss optics.
Audio : High Amplitude Audio Capture. MP3, M4A, AAC, AAC+, eAAC+. WMA besides Dolby
Video : 1080p Full HD video recording with up to 4 x lossless zoom
Memory : Internal 16GB dan External 48GB - MicroSD
 Bateri : untuk GSM bercakap sehingga 11 Jam dan WCDMA sehingga 6.5 Jam.

Have you found this post useful? If so please share it: If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Blog Rahman Bashri by Email Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

19 Mac 2012 Tarikh Penting Untuk Kakitangan Awam Seperti Saya


Kakitangan awam yang terus setia menanti dengan sabar keputusan semakan gaji SBPA 2012, tetapi belum ada kata putus yang dicapai pada masa itu. Masing-masing baik JPA mahupun Cuepacs terus melontarkan pendapat, cadangan dan hujah masing-masing, akhirnya perbincangan berakhir tidak seperti yang diharapkan. Sehinggalah……

Sehinggalah Cuepacs berjumpa sendiri dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selama 2 jam di pejabat Perdana Menteri bagi membincangan isu semakan gaji SBPA 2012 ini. Yang ada pertemuan pada masa itu, semestinya :

Datuk Seri Najib Razak (Perdana Menteri)
Datuk Omar Osman (Presiden Cuepecs)
Tan Sri Mohd Sidek Hassan (Ketua Setiausaha Negara)

Akhirnya, Datuk Najib memutuskan untuk mengumumkan “sesuatu” pada 19 Mac 2012. Ingat sekali lagi 19 Mac 2012 yang jatuh pada hari Isnin. Katanya, pengumuman yang bakal dibuatnya berkaitan Skim Saraan Malaysia dan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan lebih adil dan saksama.

Sebelum ni tarikh yang ditetapkan adalah 12 Mac 2012, tapi ditukar kepada 19 Mac 2012

Dijangka pengumuman semakan gaji SBPA 2012 itu akan dibuat di Stadium Bukit Jalil bersama-sama 15,000 kakitangan awam yang lain. Dan dengan pengumuman ini nanti, sekurang-kurangnya “bebanan kerajaan akan dapat dikurangkan” menjelang berlangsungnya Pilihanraya Umum ke 13 tidak lama sahaja lagi.

Have you found this post useful? If so please share it: If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Blog Rahman Bashri by Email Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...