Social Icons

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Site Info

Tuesday, 28 February 2012

Kamera Termahal Di Dunia - RM3,325,200 Juta


Bila anda terdengar saja perkataan "Kamera Termahal di dunia" saya yakin anda mesti terbayang kamera digital yang berteknologi tinggi, mungkin juga anda terbayang kamera yang digunaka NASA untuk mengambil gambar planet Marikh atau juga bulan, atau anda terbayang kemera yang boleh tangkap gambar dalam air yang sedalam laut china selatan tau juga anda rasa kamera anda mahal..apa-apa pun yang anda bayangkan ini dia kamera termahal di dunia..gila tak mampu saya nak beli..mungkin anda mampu...

Kamera yang saya maksudkan itu adalah kamera pertama yang digunakan untuk proses Daquerretye, yang diilhamkan oleh Jacques Mande Daguerre untuk membentuk imej. Yang mana imejnya akandidedahkan terus kepada permukaan perak tergilap cermin yang disaluti zarah-zarah halida perak yang disimpan oleh wap iodin. Lama-kelamaan, wap bromin dan klorin juga digunakan sebagai ganti iodin untuk mempercepatkan tempoh dedahan. Gambar daguerrotaip ini berimej negatif, tetapi permukaan bercermin pada plat logam tersebut memantulkan imej untuk menjadikannya seakan-akan positif apabila permukaan perak dipantulkan warna gelap padanya. Oleh itu, daguerreotaip ialah proses fotografi langsung yang tiada keupayaan berduplikasi.


Daguerreotaip ialah proses fotografi pertama yang dihebohkan kepada umum; walaupun berdepan dengan persaingan daripada proses-proses fotografi lain ketika itu, etika sains yang diterima pada zaman itu menyebelahi penemuan pertama yang diterbitkan dalam bahan bacaan. Kesemua proses fotografi terawal ini memakan masa lama untuk mendedahkan gambar dengan jayanya, oleh itu nyata sukar digunakan untuk tujuan seni potret. Daguerreotaip ini menjadi proses fotografi bernilai komersil pertama kerana menjadi yang pertama untuk merakam dan membaiki imej tetap dalam tempoh masa pendedahan yang serasi dengan fotografi potret, itupun selepas ditambah bahan-bahan pemeka (bromin dan klorin) dalam proses asal Daguerre.

Sembang panjang2 pun tak guna, jadi senang cerita kamera ni akan dilelalong di Vienna pada harga
RM 3,325,200..
Contoh gambar dari kamera ni..

gambar pertama yang diambil pada tahun 1851 - Solar Eclipe
Have you found this post useful? If so please share it: If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Blog Rahman Bashri by Email Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

0 Comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...