Social Icons

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Site Info

Thursday, 16 February 2012

Forex Haram Majlis Fatwa Kebangsaan!! Bagaimana Pula Sistem Perbankan Malaysia?PTPTN dan Lain-Lain

Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan hari ini memutuskan umat Islam haram mengamalkan sistem perniagaan pertukaran wang asing.

Pengerusi Jawatankuasa itu, Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata ini kerana perniagaan yang dilakukan melalui pertukaran wang asing seperti itu tidak menepati hukum syarak dan menimbulkan keraguan di kalangan umat Islam.

“Hasil kajian Jawatankuasa ini, kita dapati perniagaan yang melibatkan pertukaran wang asing melibatkan spekulasi mata wang dan ini bercanggah dan berlawanan dengan hukum Islam.”

“Oleh itu, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan memutuskan bahawa umat Islam diharamkan daripada mengamalkan sistem perniagaan cara demikian,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Ke-98 di sini hari ini.
Abdul Shukor berkata banyak isu yang meragukan mengenai perniagaan pertukaran asing, oleh itu umat Islam tidak perlu menceburkan diri, tambahan pula kegiatan itu melibatkan penggunaan internet di kalangan individu, yang menyebabkan untung rugi tidak menentu.

“Lain-lain jenis perniagaan pertukaran wang asing, seperti melalui pengurup wang atau dari bank ke bank dibenarkan, kerana ia tidak menimbulkan spekulasi mata wang atau untung rugi yang tidak menentu,” katanya.

Beliau berkata keputusan lain yang turut dicapai dalam mesyuarat itu ialah mengharuskan umat Islam membuat pelaburan atau membuat simpanan melalui Skim Sijil Simpanan Premium (SSPM) yang dikendalikan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Katanya keputusan itu dibuat selepas jawatankuasa berkenaan berpuas hati dengan kaedah pelaksanaannya melalui taklimat yang disampaikan oleh pihak penal syariah Bank Negara pada muzakarah itu.

“Pada mulanya, kita meragui tentang kaedah pelaksaaan skim itu tetapi kita berpuas hati setelah sistem perniagaan melalui SSPN itu ditukar konsep Islam iaitu Mudharabah.”

Bagi saya ketetapan yang telah diberikan oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan menunjukkan melahirkan pendirian mereka terhadap satu kemusykilan untuk dijadikan rujukan kepada umat Islam di Malysia hari ini. Tindakan Majlis Fatwa meletakkan hukum Forex haram itu dibuat setelah mereka membuat kajian yang mendalam dan kajian itu tak bermakna dalam kajian dilakukan secara tergesa-gesa dan dibuat dalam tempoh sehari dua. Tapi masih ada lagi tidak ada pendirian dalam hal Hukum-hukum agama ni, mana tidaknya pada tahun 2008 kalau tak silap saya, Majlis Fatwa Kebangsaan Pernah mengeluarkan fatwa mengatakan Forex trading ini Harus. Jadi apakah punca yang sebenarnya hukum forex ini Haram bagi Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia.

Cuma kalau boleh selepas ini besarlah harapan kami rakyat Malaysia supaya Jawatankuasa Kebangsaan Malaysia mengkaji  sistem perbankan di Malaysia hari ini melibatkan beberapa persoalan yang telah membelengu rakyat Malaysia secara umum dan umat Islam di Malaysia amnya. Dan kami juga mahu lihat sendiri apa pendirian Jawatankuasa Kebangsaan Malaysia mengenai soal-soal yang melibatkan Sistem Saraan 1Malaysia, kadar faedah yang dikenakan pihak bank kepada pelanggannya selama ini, PTPTN caj pelajarnya dikehendaki bayar balik lebih dari jumlah pinjamannya.Dan banyak lagi sitem riba yang diamalkan oleh syarikat-syarikat besar di Malaysia ini.

Jadi kalau betullah Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia ini mempunyai ulama yang berpendidikan yang tinggi dan pengetahuan yang tinggi dalam ilmu agama, kajilah mengikut landasan yang betul-betul berasaskan Al-Quran dan As-Sunnah, bukan berpandukan Perseorangan, Politik, Perkauman dan sebagainya.

Blog Rahman Bashri : Apakah pendapat anda tentang perkara ini, kongsilah bersama-sama pembaca yang lain. terima kasih kerana membaca...

Have you found this post useful? If so please share it: If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Blog Rahman Bashri by Email Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

1 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...