Social Icons

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Site Info

Tuesday, 28 February 2012

Kamera Termahal Di Dunia - RM3,325,200 Juta


Bila anda terdengar saja perkataan "Kamera Termahal di dunia" saya yakin anda mesti terbayang kamera digital yang berteknologi tinggi, mungkin juga anda terbayang kamera yang digunaka NASA untuk mengambil gambar planet Marikh atau juga bulan, atau anda terbayang kemera yang boleh tangkap gambar dalam air yang sedalam laut china selatan tau juga anda rasa kamera anda mahal..apa-apa pun yang anda bayangkan ini dia kamera termahal di dunia..gila tak mampu saya nak beli..mungkin anda mampu...

Kamera yang saya maksudkan itu adalah kamera pertama yang digunakan untuk proses Daquerretye, yang diilhamkan oleh Jacques Mande Daguerre untuk membentuk imej. Yang mana imejnya akandidedahkan terus kepada permukaan perak tergilap cermin yang disaluti zarah-zarah halida perak yang disimpan oleh wap iodin. Lama-kelamaan, wap bromin dan klorin juga digunakan sebagai ganti iodin untuk mempercepatkan tempoh dedahan. Gambar daguerrotaip ini berimej negatif, tetapi permukaan bercermin pada plat logam tersebut memantulkan imej untuk menjadikannya seakan-akan positif apabila permukaan perak dipantulkan warna gelap padanya. Oleh itu, daguerreotaip ialah proses fotografi langsung yang tiada keupayaan berduplikasi.


Daguerreotaip ialah proses fotografi pertama yang dihebohkan kepada umum; walaupun berdepan dengan persaingan daripada proses-proses fotografi lain ketika itu, etika sains yang diterima pada zaman itu menyebelahi penemuan pertama yang diterbitkan dalam bahan bacaan. Kesemua proses fotografi terawal ini memakan masa lama untuk mendedahkan gambar dengan jayanya, oleh itu nyata sukar digunakan untuk tujuan seni potret. Daguerreotaip ini menjadi proses fotografi bernilai komersil pertama kerana menjadi yang pertama untuk merakam dan membaiki imej tetap dalam tempoh masa pendedahan yang serasi dengan fotografi potret, itupun selepas ditambah bahan-bahan pemeka (bromin dan klorin) dalam proses asal Daguerre.

Sembang panjang2 pun tak guna, jadi senang cerita kamera ni akan dilelalong di Vienna pada harga
RM 3,325,200..
Contoh gambar dari kamera ni..

gambar pertama yang diambil pada tahun 1851 - Solar Eclipe
Have you found this post useful? If so please share it: If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Blog Rahman Bashri by Email Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Sunday, 26 February 2012

Senarai 20 Orang Terkaya Di Malaysia 2012


Berdasarkan nilai pegangan mereka dalam syarikat-syarikat senaraian sehingga 20 Januari 2012,dibawah ini adalah senarai orang-orang terkaya di Malaysia tahun 2012


No
Nama
Syarikat
Nilai Kakayaan
1
Robert Kuok
Wilmar International
RM45.7 bilion
2
T Ananda Krishnan
Maxis & Astro
RM42.9 billion
3
Tan Sri Teh Hong Piow
Public Bank
RM12.6 billion
4
Tan Sri Lee Shin Cheng
IOI Corporation Bhd
RM11.3 billion
5
Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary
MMC Corporation Berhad
RM9.53 billion
6
Tan Sri Quek Leng Chan
Hong Leong Malaysia
RM8.00 billion
7
Tan Sri Lim Kok Thay
Genting Group 
RM7.58 billion
8
Puan Sri Lee Kim Hua
balu kepada Pengasas Genting
RM6.58 billion
9
Tan Sri Tiong Hiew
Rimbunan Hijau Group 
RM6.41 billion
10
Ong Beng Seng
Grand Prix F1 Singapore 
RM4.92 billion
11
Tan Sri Azman Hashim
Arab-Malaysian
RM3.47 billion
12
Tan Sri Vincent Tan
Berjaya Group
RM2.54 billion
13
Datuk Mokhzani Mahathir
Kencana Petroleum
RM1.93 billion
14
Datuk Lee Yeow Chor
IOI Group
RM1.78 billion
15
Tan Sri Tony Fernandes
Air Asia
RM1.77 billion
16
Lee Yeow Seng
IOI Group
RM1.74 billion
17
Tan Sri Lau Cho Kun
Hap Seng Consolidated
RM1.72 billion
18
Tan Sri Yeoh Tiong Lay
YTL Group
RM1.71 billion
19
Tan Sri Lee Oi Hian
Batu Kawan
RM1.58 billion
20
Datuk Lee Hau Hian
Batu Kawan
RM1.58 billion

Namun begitu saya berpendapat ramai lagi orang-orang yang kaya di Malaysia, tetapi mereka menyembunyikan kekayaan mereka.Ini tidak termasuk lagi senarai ahli politik.Mereka sudah tentu mempunyai kekayaan hasil daripadamengaut kekayaan rakyat, siapa tahu betul tak..

Apa-apa pun,kita harapkan mereka yang kaya raya ini akan terus membantu golongan yang memerlukan di luar sana.Harta kekayaan itu hanya di dunia dan apabila kita mati nanti,hilanglah kekayaan itu dan yang kita bawa adalah amalan dan kain kafan bagi orang Islam..

Tuesday, 21 February 2012

Masih hidup Setelah Terperangkap Dalam Salji Selama Dua Bulan


Seorang lelaki Sweden hidup dalam sebuah kereta yang ditimbus salji di sebatang jalan di dalam hutan selama dua bulan tanpa makan, kata polis dan media kelmarin.Lelaki berusia 45 tahun dari selatan Sweden itu ditemui pada Jumaat lalu dan dia kelihatan sangat kurus dan terlalu lemah untuk bercakap beberapa patah perkataan.

Dia ditemui dalam kereta tidak jauh dari bandar Umea di utara Sweden.Lelaki itu ditemui oleh beberapa orang yang menaiki skuter salji yang pada mulanya mereka menganggap mereka menemui sebuah bangkai kereta.

Namun, mereka menggali salji ke tingkap kereta tersebut dan melihat terdapat pergerakan di dalam kenderaan itu.Lelaki itu duduk di tempat duduk belakang di dalam beg tidur dan dia menyatakan telah berada di dalam kereta tersebut sejak 19 Disember tahun lalu.Seorang pegawai polis, Ebbe Nyberg berkata, pihaknya tidak meragui bahawa lelaki tersebut telah terperangkap di dalam kereta bagi tempoh yang lama.

Hospital Universiti Umea iaitu lokasi lelaki tersebut dirawat selepas diselamatkan oleh polis dan pasukan penyelamat berkata dalam satu kenyataan bahawa dia kini beransur baik.Doktor-doktor di hospital itu berkata, manusia pada kebiasaannya mampu hidup selama kira-kira empat minggu tanpa makanan.Menurut Dr. Stefan Branth kepada akhbar Vasterbottens-Kuriren, selain makan salji, lelaki itu mungkin hidup disebabkan dia tidak aktif.

“Seperti seekor beruang yang hibernasi. Manusia bolah melakukannya,” katanya.Hibernasi merujuk kepada haiwan yang menghabiskan musim sejuk dalam keadaan tidur nyenyak.“Dia (lelaki itu) mungkin mempunyai suhu badan kira-kira 31 darjah Celsius yang disesuaikanmengikut tubuh badannya.“Disebabkan suhu yang kecil, tiada banyak tenaga yang digunakan,” kata Dr. Branth.Polis berkata, kenapa lelaki tersebut berada di dalam kereta di hutan tersebut masih belum diketahui.

Have you found this post useful? If so please share it: If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Blog Rahman Bashri by Email Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Thursday, 16 February 2012

Forex Haram Majlis Fatwa Kebangsaan!! Bagaimana Pula Sistem Perbankan Malaysia?PTPTN dan Lain-Lain

Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan hari ini memutuskan umat Islam haram mengamalkan sistem perniagaan pertukaran wang asing.

Pengerusi Jawatankuasa itu, Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata ini kerana perniagaan yang dilakukan melalui pertukaran wang asing seperti itu tidak menepati hukum syarak dan menimbulkan keraguan di kalangan umat Islam.

“Hasil kajian Jawatankuasa ini, kita dapati perniagaan yang melibatkan pertukaran wang asing melibatkan spekulasi mata wang dan ini bercanggah dan berlawanan dengan hukum Islam.”

“Oleh itu, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan memutuskan bahawa umat Islam diharamkan daripada mengamalkan sistem perniagaan cara demikian,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Ke-98 di sini hari ini.
Abdul Shukor berkata banyak isu yang meragukan mengenai perniagaan pertukaran asing, oleh itu umat Islam tidak perlu menceburkan diri, tambahan pula kegiatan itu melibatkan penggunaan internet di kalangan individu, yang menyebabkan untung rugi tidak menentu.

“Lain-lain jenis perniagaan pertukaran wang asing, seperti melalui pengurup wang atau dari bank ke bank dibenarkan, kerana ia tidak menimbulkan spekulasi mata wang atau untung rugi yang tidak menentu,” katanya.

Beliau berkata keputusan lain yang turut dicapai dalam mesyuarat itu ialah mengharuskan umat Islam membuat pelaburan atau membuat simpanan melalui Skim Sijil Simpanan Premium (SSPM) yang dikendalikan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Katanya keputusan itu dibuat selepas jawatankuasa berkenaan berpuas hati dengan kaedah pelaksanaannya melalui taklimat yang disampaikan oleh pihak penal syariah Bank Negara pada muzakarah itu.

“Pada mulanya, kita meragui tentang kaedah pelaksaaan skim itu tetapi kita berpuas hati setelah sistem perniagaan melalui SSPN itu ditukar konsep Islam iaitu Mudharabah.”

Bagi saya ketetapan yang telah diberikan oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan menunjukkan melahirkan pendirian mereka terhadap satu kemusykilan untuk dijadikan rujukan kepada umat Islam di Malysia hari ini. Tindakan Majlis Fatwa meletakkan hukum Forex haram itu dibuat setelah mereka membuat kajian yang mendalam dan kajian itu tak bermakna dalam kajian dilakukan secara tergesa-gesa dan dibuat dalam tempoh sehari dua. Tapi masih ada lagi tidak ada pendirian dalam hal Hukum-hukum agama ni, mana tidaknya pada tahun 2008 kalau tak silap saya, Majlis Fatwa Kebangsaan Pernah mengeluarkan fatwa mengatakan Forex trading ini Harus. Jadi apakah punca yang sebenarnya hukum forex ini Haram bagi Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia.

Cuma kalau boleh selepas ini besarlah harapan kami rakyat Malaysia supaya Jawatankuasa Kebangsaan Malaysia mengkaji  sistem perbankan di Malaysia hari ini melibatkan beberapa persoalan yang telah membelengu rakyat Malaysia secara umum dan umat Islam di Malaysia amnya. Dan kami juga mahu lihat sendiri apa pendirian Jawatankuasa Kebangsaan Malaysia mengenai soal-soal yang melibatkan Sistem Saraan 1Malaysia, kadar faedah yang dikenakan pihak bank kepada pelanggannya selama ini, PTPTN caj pelajarnya dikehendaki bayar balik lebih dari jumlah pinjamannya.Dan banyak lagi sitem riba yang diamalkan oleh syarikat-syarikat besar di Malaysia ini.

Jadi kalau betullah Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia ini mempunyai ulama yang berpendidikan yang tinggi dan pengetahuan yang tinggi dalam ilmu agama, kajilah mengikut landasan yang betul-betul berasaskan Al-Quran dan As-Sunnah, bukan berpandukan Perseorangan, Politik, Perkauman dan sebagainya.

Blog Rahman Bashri : Apakah pendapat anda tentang perkara ini, kongsilah bersama-sama pembaca yang lain. terima kasih kerana membaca...

Have you found this post useful? If so please share it: If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Blog Rahman Bashri by Email Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Wednesday, 15 February 2012

15 Rekaan Kasut Paling Kreatif + Ngeri Skit













Blog Rahman Bashri : Mana kasut pilihan anda?

Have you found this post useful? If so please share it: If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Blog Rahman Bashri by Email Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Karpet Pasir Terbesar Di Dunia

 Iran mencipta rekod dunia dengan mencipta pasir dengan ukiran permaidani di pantai Teluk Parsi. Artis Iran telah mencipta pasir permaidani terbesar di dunia dari pasir berwarna-warni yang terdapat di pulau selatan negara Hormuz.Sebahagian gambar-gambar tersebut...

Blog Rahman Bashri : Memang Kreatif la rakyat Iran ni..






Have you found this post useful? If so please share it: If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Blog Rahman Bashri by Email Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Monday, 13 February 2012

Senarai Logo Google Sempena "Valentine's Day" Dari Tahun 2000-2012


Pertama sekali saya hanya untuk berkongsi sahaja. Tiada niat untuk menggalakkan menyambut hari kekasih ni.



Sebagai pengguna Google, saya tertarik dengan logo Google sempena hari kekasih 2012 di enjin cariannya.


Sebuah Animasi kartun mengenai seorang lelaki yang cuba memikat hati seorang perempuan dengan pelbagai cara. Bermacam-macam hadiah diberikan kepada budak perempuan itu bunga, coklat, teddy bear, tapi tiada juga respon dari budak perempuan itu dan terus bermain dengan talinya itu..Semua kemewahan yang diberikan semuanya ditolak. Lelaki itu terfikir apa yang sebenarnya budak perempuan itu nak..

Akhirnya, budak lelaki itu sedar bahawa memberi hadiah dan kemewahan tidak akan berhasil. Lalu dia mengambil tali skipping dan bermain bersama budak perempuan itu. Dan akhirnya budak perempuan itu tersenyum dan memberi respon kepada beliau. Google memberikan kita semua pengajaran dalam apa maksud cinta sejati sebenar-benarnya, mereka mula bersama, pergi mana-mana bersama. Barulah dia sedar semua yang diberikan kepada budak perempuan itu hanya sia-sia. Apa yang dia mahu adalah? beliau mahu seorang lelaki berdiri bersebelahan dengan dia, susah senang bersama dan melompat pon bersama. hehehe..

Blog Rahman Bashri : Natijahnya dari cerita di atas adalah Google suruh guna enjin cariannya kalau nak selesaikan masalah. betul tak apa pendapat anda?Komen la skit..

Dibawah saya senaraikan Logo Google Sempena "Valentine's Daya" dari tahun 2000-2012..Cuma tahun 2002 dan tahun 2006 je yang takde, mungkin Google tak sambut kot...hihih..layan

2000
2001
2003

2004

2005

2007

2008

2009

2009

2011

2012

2010

Have you found this post useful? If so please share it: If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Blog Rahman Bashri by Email Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...