Social Icons

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Site Info

Monday, 16 January 2012

Sampai Bilapun Orang Melayu Tidak Akan Maju Kalau Ada Sifat Dengki

Orang Melayu Suka Tikam Belakang
Pertama sekali saya minta maaf jika ada sesiapa yang tersinggung atau berkecil hati dengan apa yang saya nak konsikan bersama ini. Bukanlah niat nak menjatuhkan bangsa sendiri tetapi untuk menaikkan dan memberi kesedaran kepada bangsa saya sendiri.

Kenapa mesti nak busuk hati atau dengki sesama sendiri, jika anda ingin tahu sifat hasad dengki dan busuk hati inilah yang menyebabkan orang Melayu ketinggalan dalam banyak perkara, contoh seperti sektor ekonomi kita ketinggalan dengan bangsa cina dan bangsa lain yang ada di Malaysia ini. Kenapa perkara ini berlaku di tanah bumi air kita sendiri?. Adakah kerana faktor genetik atau ada faktor-faktor lain?


Ketahuilah bahawa pada tubuh manusia itu ada segumpal daging. Apabila ia baik, maka baiklah tubuh itu dan apabila ia buruk, buruklah tubuh itu. Segumpal daging itu adalah hati.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Apa itu hasad dengki?. Hasad dengki itu boleh dikategorikan sebagai penyakit mental dimana seseorang yang menginginkan hilangnya kesenangan yang dimiliki oelh orang lain dan berusah memindahkan kesenagan itu agar berpindah kepada dirinya. Dalam erti kata lain dari sudut bahasa kita hasad seringkali disebut iri hati atau busuk hati(betulkan saya kalau salah) terhadap prestasi atau keuntungan yang dicapai oleh orang lain, Urutan daripda sikap ini ialah berusaha menjatuhkan keuntungan itu agar beralih kepada dirinya.

Dengan perasaan begini maka timbullah niat dengki dan busuk hati untuk menjatuhkan pesaingnya sehingga ada yang sanggup menggunakan khidmat bomoh atau jin dan pelbagai perkara khurafat. Sedangkan mereka  tahu perkara itu boleh membawa kepada syirik dan tergolong dalam dosa-dosa besar..Masya-Allah..

Kalau nak dibandingkan orang cina dan orang melayu kita dapat mengambil contoh dari berniaga. Orang cina  bila melihat ada pesaing dalam perniagaannya mereka akan sedaya upaya mencari jalan untung menjadi lebih baik dari pesaingnya, malah sanggup habis duit beribu-ribu asalkan mereka lebih baik dari pesaingnya. Orang Melayu pulak(Pengalaman saya) contoh yang pernah saya lihat sendiri dan ia berlaku pada family saya. Seorang peniaga kedai runcit ini sanggup menggunakan khidmat bomoh agar kedai runcit mak saya tidak dikunjungi pelanggan, saya bukan fitnah tapi inilah contoh yang boleh saya ambil kenapa dan mengapa saya katakan orang Melayu tidak akan maju sampai bila-bila sekiranya sifat atau sikap ini tidak dubuang.


Akhir kata dari saya kepada semua bangsa Melayu yang sebangsa dengan saya, harapan saya buanglah sifat dengki dan busuk hati anda, Harta duniawi tidak boleh dibawa mati, sesungguhnya amalan dan ketaqwaan kita kepada Allah lah yang berkekalan.


Have you found this post useful? If so please share it: If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Blog Rahman Bashri by Email Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

4 Comments:

  1. Benar, samapi bila-bila kita tidak akan berjaya. Kena ubah perangai untuk berjaya...Buangkan sikap dengki dan tamak, semua bangsa manusia akan berjaya

    ReplyDelete
  2. Betul tu RB..kadang2 bile kita fikir2kan kembali..apakah sebenarnya punca dengan perkara ini. adakah ia salah pemimpin atau hati orang melayu itu sendiri yang sememangnya dari dulu memang ada sifat begitu. Semoga kita disayangi oleh Allah..insyaAllah..nice blog bro..

    ReplyDelete
  3. Soal orang melayu dengki tu memang saya setuju.Saya pernah bertanya makcik di satu kawasan ni kot2 kalau saya pun boleh berniaga di kawasan ni.
    Saya belum start berniaga pun dia dah bagi macam2alasan yang bakal membuatkan saya resah untuk berniaga di situ
    Last2 saya tak jadi berniaga di situ.
    Tapi saya tengok dia berniaga bukan main rancak lagi
    Takpe biarkan...
    Usahawan Prepaid

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...