Social Icons

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Site Info

Tuesday, 31 January 2012

Anda Seorang Yang Hebat Sekiranya Mampu Melihat Gambar ini Selama Seminit


anda memang hebat..pening ker?eh tak lah..

Have you found this post useful? If so please share it: If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Blog Rahman Bashri by Email Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Sunday, 29 January 2012

50 Soalan Temuduga 'Interview' Yang Biasa Ditanya


Setiap hari ada saja kerja kosong yang diiklankan. Setiap hari beribu calon menghadiri temuduga. Tapi bukan semua ditawarkan kerja. Kenapa ye?. Sebab tidak cukup kalau resume anda saja yang tip top, anda juga perlu membuat persediaan untuk temuduga. Saya ada menyediakan 50 soalan temuduga yang biasa akan ditanya oleh panel penemuduga.

1. Ceritakan mengenai diri anda:

Soalan yang sering ditanya dalam temu bual. Anda perlu mempunyai satu kenyataan ringkas yang disediakan di dalam fikiran anda. Berhati-hati supaya ia tidak bunyi  sepert dibacakan. Mulakan dengan cerita dari mula kehidupan anda semasa belajar dan sehingga sekarang.

2. Mengapa anda meninggalkan pekerjaan terakhir anda?

Kekal positif tanpa mengambil kira situasi. Jangan sekali-kali merujuk kepada masalah utama dengan pihak pengurusan dan tidak bercakap mengenai perkara buruk pada penyelia, rakan sekerja atau organisasi. Jika anda lakukan, anda akan cari masalah . Mesti senyum dan bercakap tentang meninggalkan kerja atas  atas sebab-sebab yang positif seperti peluang, peluang untuk melakukan sesuatu yang istimewa atau lain-lain sebab-sebab yang berpandangan ke hadapan.

3. Apakah pengalaman yang anda ada dalam bidang ini?

Bercakap tentang khusus yang berkaitan dengan kedudukan anda memohon. Jika anda tidak mempunyai pengalaman tertentu, cuba fikir seboleh-bolehnya supaya ia seakan pengalaman bidang tersebut

4. Adakah anda menganggap diri anda berjaya?

Anda perlu sentiasa menjawab ya dan secara ringkas menjelaskan mengapa. Satu penjelasan yang baik yang telah anda tetapkan matlamat, dan anda telah bertemu dengan beberapa orang dan berada di landasan yang betul untuk mencapai sesuatu yang lain.

5. Apa yang rakan sekerja berkata tentang anda?

Cuba cari seorang atau 2 nama rakan anda yang suka memuji anda. Contoh “semasa saya bekerja di Syarikat Mansha Collectin, Noraishah sentiasa berkata saya adalah pekerja yang paling rajin bekerja pernah dia dikenali.”ini sebagai contoh.

6. Apa yang anda tahu mengenai organisasi ini?

Soalan ini adalah salah satu sebab kenapa anda perlu membuat kajian ke atas organisasi sebelum temuduga. Dapatkan maklumat lanjut di mana mereka telah dan ke mana mereka pergi. Apakah isu-isu semasa dan siapa pengasas organisasi tersebut?

7. Apakah yang telah anda dilakukan untuk meningkatkan pengetahuan anda pada tahun lepas?

Cuba masukkan aktiviti penambahbaikan yang berkaitan dengan kerja. Pelbagai aktiviti yang boleh disebut sebagai positif peningkatan diri.

8.
Adakah anda memohon pekerjaan lain?

Bersikap jujur ​​tetapi tidak menghabiskan banyak masa bercerita tentang kerja tersebut, sekiranya ada. Simpan fokus pada kerja ini dan apa yang anda boleh lakukan untuk organisasi ini.

9. Mengapa anda mahu bekerja untuk organisasi kami ini?

10. Adakah anda mengenali sesiapa dalam organisasi kami?

11. Berapa gaji yang anda perlukan?

12. Adakah anda seorang pemain untuk mana-mana pasukan?

13. Berapa lama yang anda inginkan berkerja dengan kami sekiranya anda diterima?

14. Pernahkah anda pecat orang? Bagaimana anda rasa mengenai perkara ini?

15. Apakah falsafah anda ke arah kerjaya anda?

16. Jika anda mempunyai wang yang cukup untuk bersara sekarang, adakah anda lakukan?

17. Pernahkah anda diminta untuk meletak kedudukan jawatan anda?

18. Terangkan pada bagaimana anda boleh menjadi aset kepada organisasi ini.

19. Mengapa kami perlu ambil anda bekerja dengan syarikat kami?

20. Beritahu kami tentang cadangan anda?

21. Apa yang selalu menganggu anda tentang rakan kerja?

22. Apa kekuatan anda?

23. Beritahu kami tentang pekerjaan impian anda.

24. Kenapa anda fikir anda akan bekerja dengan baik dalam kerja ini?

25. Apa yang anda cari dalam pekerjaan ini?

26. Orang yang macam mana yang anda tidak inginkan bekerja dengan anda?

27. Apa yang lebih penting untuk anda: wang atau kerja?

28. Apa boss anda kata tentang kekuatan tentang anda?

29. Beritahu saya mengenai masalah anda dengan pegawai lama anda?

30. Apa yang telah anda tidak puashati dengan pekerjaan?

31. Beritahu saya tentang keupayaan anda  untuk bekerja di bawah tekanan.

32. Adakah kemahiran anda sepadan dengan kerja ini atau kerja lain yang lebih bagus?

33. Apakah yang mendorong anda untuk melakukan yang terbaik di tempat kerja?

34. Adakah anda bersedia untuk bekerja lebih masa? Malam? Hujung minggu?

35. Bagaimana anda tahu anda telah berjaya pada pekerjaan ini?

36. Adakah anda bersedia untuk berpindah jika diperlukan?

37. Adakah anda sanggup meletak kepentingan organisasi melebihi kepentingan anda sendiri?

38. Huraikan gaya anda pekerjaan anda bekerja?

39. Apakah yang telah anda belajar dari kesilapan di tempat kerja?

40. Adakah anda mempunyai kekurangan dalam pekerjaan ini?

41. Jika anda mencari pekerja untuk kerja ini, apa yang anda cari?

42. Adakah anda berfikir anda terlau layak untuk jawatan ini?

43. Sanggupkah anda membayar ganti rugi  kerana kekurangan pengalaman anda?

44. Apakah ciri-ciri yang perlu ada pada seseorang boss?

45. Beritahu kami apa yang anda buat untuk menyelesaikan sesuatu pertelingkahan?

46. Apakah kedudukan yang anda lebih ingin dalam suatu pasukan projek?

47. Jelaskan etika kerja anda.

48. Apa kekecewaan terbesar dalam profesional anda?

49. Beritahu kami tentang keseronokan yang pernah anda lalui semasa bekerja?

50.
Adakah anda mempunyai apa-apa soalan untuk saya?

Have you found this post useful? If so please share it: If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Blog Rahman Bashri by Email Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Thursday, 19 January 2012

Tempat-tempat Menarik di Negeri Sembilan


Negeri Sembilan bermula kira-kira 50 km ke selatan Kuala Lumpur. Negeri Sembilan, yang bermaksud sembilan negeri, mempunyai banyak perkampungan yang melalui pembangunan perbandaran. Kini semuanya berubah secara perlahan.Negeri Sembilan turut dikenali kerana mempunyai pengaruh Minangkabau yang kuat, yang masih dapat dilihat dalam senibina dan struktur keluarga di sini.

Orang-orang Minangkabau telah berhijrah merentasi Selat Melaka dari Sumatra berkurun lamanya, dan rumah tradisi mereka masih dapat dilihat mempunyai ciri bucu tajam seakan-akan tanduk tajam kerbau. Beberapa contoh pengaruh senibina ini masih dapat dilihat pada Masjid Negeri dan Bangunan Setiausaha Negeri.Orang-orang Minangkabau Negeri Sembilan juga masih mengamalkan sistem adat perpatih, di mana wanita menjadi ketua rumah, dan ini adalah satu-satunya negeri yang mengamalkan sistem ini.

Orang-orang Minangkabau Negeri Sembilan juga masih mengamalkan sistem adat perpatih, di mana wanita menjadi ketua rumah, dan ini adalah satu-satunya negeri yang mengamalkan sistem ini.Selain kawasan pantai, terdapat juga banyak tempat-tempat menarik dan bersejarah untuk dikunjungi di negeri ini.


Kompleks Kraf Negeri Sembilan
Kompleks Kraf Negeri Sembilan merupakan sebuah pusat persinggahan setempat bagi mendapatkan produk kraf serta maklumat mengenai seni dan warisan kraf Negeri Sembilan.


Rembau Crystal
Ini adalah pusat pembuatan dan perkampungan kristal terbesar di Malaysia.


Port Dickson
Kawasan pesisiran pantai Port Dickson (PD) terkenal sebagai destinasi percutian hujung minggu.


Jeram Gading
Sungai yang dipenuhi bongkah batu ini sesuai untuk berkelah dan berenang kerana dikelilingi hutan hijau yang bersih.


Homestay Kampung Pelegong
Masyarakat Negeri Sembilan terkenal dengan keramahan mereka sebagai tuan rumah. Alami cara hidup mereka di kampung tradisional.


Muzium Tentera Darat
Selangkah ke gedung sejarah ketenteraan negara mengingatkan kita tentang perjuangan, keringat, darah, nyawa dan airmata.


Istana DiRaja Seri Menanti
Istana DiRaja Seri Menanti terletak di bandar Sri Menanti, Negeri Sembilan.


Pantai Lagun Biru
Pantai yang tersembunyi ini terkenal di kalangan penduduk tempatan dan sesuai untuk berkelah di hujung minggu.


Kg. Stay Padang Lebar
Rasai sendiri keseronokan tinggal di kampung Melayu.


Jelita Ostrich Farm
Ladang di kawasan seluas 4.2 hektar itu disahkan Malaysia Book of Records (MBR) sebagai ladang burung unta pertama di Malaysia.


Kg. Gebok Mantin
Boleh diketegorikan sebagai tempat pelancongan tak negori kelahiran mak bapak den ni..hahahah


Have you found this post useful? If so please share it: If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Blog Rahman Bashri by Email Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Tuesday, 17 January 2012

Bagaimana Nak Download Video Di Tonton.Com.My


Kalau dulu anda boleh download video kat TV3 online dengan bermacam-macam cara.Tapi sekarang Media Prima mempertingkatkan keselamatan website diorang dengan menggabungkan kesemua Channel TV3,NTV7,TV8 dan TV9 dalam satu website iaitu Tonton.com.my  . Tapi bagi saya, tak kiralah hebat manapun firewall Media Prima buat supaya tak bagi penonton download hasil kerja mereka. Mereka perlu sedar, "Once its in internet, its will stay forever". Pakar-pakar download dan Internet akan berusaha bermacam-macam cara supaya apa yang ada di Alam Maya ini berjaya memasuki di dalam Komputer mereka..Taknak cakap banyak, ini caranya.

1) Anda wajib daftar diri anda di www.tonton.com.my

2) Download Software Stream Transport ini.

3) Selesai download, Install di Komputer atau Laptop anda dan run Software. Kemudian masukkan link tonton di Address Bar kemudian tekan Start.

4) Pilih video mana yang anda ingin download, contoh anda nak Download Tentang Dhia episod akhir klik pada video tersebut dan ia akan keluar sendiri link-link yang nak di download, pilihlah link mana yang anda nak download.Dengan erti kata lain kalau nak download je apa-apa video anda mesti klik pada video tersebut supaya senang software nak cari link.

Contoh paparan aplikasi Stream Transport
5) Kebiasaannya video yang di download akan tersimpan di dalam My Document, tapi kalau tak jumpe jugak saya tak tau la nak cakap apa, kemungkinan jugak tak jumpa sebab fail-fail anda yang serabut..hahaha..ok Wassalam..Selamat Mencuba..

Have you found this post useful? If so please share it: If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Blog Rahman Bashri by Email Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Monday, 16 January 2012

Sampai Bilapun Orang Melayu Tidak Akan Maju Kalau Ada Sifat Dengki

Orang Melayu Suka Tikam Belakang
Pertama sekali saya minta maaf jika ada sesiapa yang tersinggung atau berkecil hati dengan apa yang saya nak konsikan bersama ini. Bukanlah niat nak menjatuhkan bangsa sendiri tetapi untuk menaikkan dan memberi kesedaran kepada bangsa saya sendiri.

Kenapa mesti nak busuk hati atau dengki sesama sendiri, jika anda ingin tahu sifat hasad dengki dan busuk hati inilah yang menyebabkan orang Melayu ketinggalan dalam banyak perkara, contoh seperti sektor ekonomi kita ketinggalan dengan bangsa cina dan bangsa lain yang ada di Malaysia ini. Kenapa perkara ini berlaku di tanah bumi air kita sendiri?. Adakah kerana faktor genetik atau ada faktor-faktor lain?


Ketahuilah bahawa pada tubuh manusia itu ada segumpal daging. Apabila ia baik, maka baiklah tubuh itu dan apabila ia buruk, buruklah tubuh itu. Segumpal daging itu adalah hati.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Apa itu hasad dengki?. Hasad dengki itu boleh dikategorikan sebagai penyakit mental dimana seseorang yang menginginkan hilangnya kesenangan yang dimiliki oelh orang lain dan berusah memindahkan kesenagan itu agar berpindah kepada dirinya. Dalam erti kata lain dari sudut bahasa kita hasad seringkali disebut iri hati atau busuk hati(betulkan saya kalau salah) terhadap prestasi atau keuntungan yang dicapai oleh orang lain, Urutan daripda sikap ini ialah berusaha menjatuhkan keuntungan itu agar beralih kepada dirinya.

Dengan perasaan begini maka timbullah niat dengki dan busuk hati untuk menjatuhkan pesaingnya sehingga ada yang sanggup menggunakan khidmat bomoh atau jin dan pelbagai perkara khurafat. Sedangkan mereka  tahu perkara itu boleh membawa kepada syirik dan tergolong dalam dosa-dosa besar..Masya-Allah..

Kalau nak dibandingkan orang cina dan orang melayu kita dapat mengambil contoh dari berniaga. Orang cina  bila melihat ada pesaing dalam perniagaannya mereka akan sedaya upaya mencari jalan untung menjadi lebih baik dari pesaingnya, malah sanggup habis duit beribu-ribu asalkan mereka lebih baik dari pesaingnya. Orang Melayu pulak(Pengalaman saya) contoh yang pernah saya lihat sendiri dan ia berlaku pada family saya. Seorang peniaga kedai runcit ini sanggup menggunakan khidmat bomoh agar kedai runcit mak saya tidak dikunjungi pelanggan, saya bukan fitnah tapi inilah contoh yang boleh saya ambil kenapa dan mengapa saya katakan orang Melayu tidak akan maju sampai bila-bila sekiranya sifat atau sikap ini tidak dubuang.


Akhir kata dari saya kepada semua bangsa Melayu yang sebangsa dengan saya, harapan saya buanglah sifat dengki dan busuk hati anda, Harta duniawi tidak boleh dibawa mati, sesungguhnya amalan dan ketaqwaan kita kepada Allah lah yang berkekalan.


Have you found this post useful? If so please share it: If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Blog Rahman Bashri by Email Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Thursday, 12 January 2012

Ular Terbesar Dunia Ada Di Malaysia


Gambar diatas adalah seekor ular sawa sepanjang 55 kaki yang ditemui di hutan Malaysia.
Ular ini ditemui oleh pekerja pembersihan hutan untuk dijadikan lebuh raya pada suatu ketika dulu.Ketika hendak meratakan timbunan tanah mereka ternampak seekor ular sawa hidup yang sangat besar.



Tetapi sebenar ular itu dalam keadaan tercedera kerana terkena gigi jengkaut ketika mereka menggali. Dilaporkan pekerja yang menjumpai ular ini trauma dan terkena serangan jantung dan dibawa ke hospital dan meninggal selepas itu.


Ular Sawa besar ini adalah terbesar di dunia yang dijumpai di Malaysia dan dibuat 1 kajian rahsia mengatakan ular ini seberat 300KG dan sepanjang 55kaki bersamaan 16.7meter dan dianggarkan berusia 140 tahun. mengikut kajian itu lagi berkemungkinan masih ada lagi ular sebesar ini di Malaysia.


Saya rasa kalau saya yang jumpa ular ni bukan setakat sakit jantung, ntah2 terus lumpuh..besar nya..apa komen anda dan pernahkah anda mendengar berita ini atau ini rekaan semata-mata atau photoshop.


Have you found this post useful? If so please share it: If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Blog Rahman Bashri by Email Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Gambar Terbaik National Geographic 2011


senarai gambar terbaik 2011 yang diambil oleh semua wartawan National Geogrphic. tidak di edit dengan photoshop atau sebalik nya..Ini adalah gambar original dari camera. pilihan saya adalah gambar mata ni..terbaik.layan yang lain...



Have you found this post useful? If so please share it: If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Blog Rahman Bashri by Email Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Wednesday, 11 January 2012

Boleh Korang Bagitau Saya Macam Mana Jengkaut tu Boleh Naik Atas?



Boleh anda bayangkan betapa beratnya jengkaut tu, tapi yang peliknya macam mana benda yang berat tu boleh naik ke atas..Gambar ni tidak di edit, sebab saya sendiri copy dari Rueters...Jadi apa komen anda?

Have you found this post useful? If so please share it: If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Blog Rahman Bashri by Email Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Sekiranya Popeye Wujud







Have you found this post useful? If so please share it: If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Blog Rahman Bashri by Email Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...