Social Icons

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Site Info

Tuesday, 8 March 2011

Menggunakan Internet Explore Dengan Lebih Selamat

Bagaimanakah cara untuk memastikan pelayar web Internet Explorer selamat digunakan?


Dalam perisian Internet Explorer terdapat 4 bahagian tahap keselamatan yang anda boleh konfigurasikan iaitu bahagian Trusted, Restrict, Internet dan Intranet. Ia bergantung kepada zon mana anda mengetahui status keselamatan atau percaya kepada laman-laman web yang akan dilayari menerusi IE.

Konfigurasi ini juga dikenali sebagai zon keselamatan yang boleh dikonfigurasikan dalam menu keselamatan pada program IE. Konfigurasi ini membolehkan anda melayari laman web di Internet menggunakan program IE dengan lebih selamat.



Seterusnya diperincikan langkah-langkah konfigurasi tersebut iaitu:-
1) Klik pada butang Tools yang terdapat pada menu di atas program IE.
2) Klik pada butang Internet Options atau Option yang terdapat di menu Tools.
3) Apabila tetingkap Internet Options dibuka, klik pada tab Security.
4) Di sini anda boleh membuat pilihan untuk salah satu zon keselamatan program IE iaitu sama ada Internet, Local Intranet, Trusted Site atau Restricted Site Zones untuk anda konfigurasikan.




Untuk mengkonfigurasikan kesemua jenis zon keselamatan tersebut, anda boleh memilih pilihan untuk konfigurasi secara lalai iaitu konfigurasi yang telah ditetapkan oleh pihak Microsoft pada IE sekiranya anda tidak mahir. Ini boleh dilakukan dengan memilih dan klik pada menu Default Level untuk setiap zon atau klik pada menu Reset all zones to default level.

Zon keselamatan yang penting adalah pada zon Internet

Pada zon ini anda boleh menetapkan tahap keselamatan ketika melayari Internet iaitu sama ada memilih tahap Medium, Medium-high atau High.

Di samping itu, disetiap zon keselamatan ada pilihan untuk kita konfigurasikan keselamatan pelayar web secara manual atau kendiri iaitu pada menu atau butang Custom Level. Pastikan anda mengetahui berkenaan apa yang anda konfigurasikan pada menu ini.

Anda meminati Internet Explore muat turun klik gambar di bawah.


Have you found this post useful? If so please share it: If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Info To You by Email Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

0 Comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...