Social Icons

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Site Info

Friday, 20 August 2010

Mari Menunaikan Kewajipan Zakat Fitrah

 Salam Ramadhanku ucapkan kepada pembaca blog aku...

Ramadhan bulan yang mulia. Banyak amalan yang boleh kita buat, malah setiap amalan kebaikan yang kita lakukan akan dilipat gandakan pahalanya. Istimawanya Ramadhan yang datang setahun sekali sering kali dipersiakan. Ya Allah kau kuatkan Imanku untuk sentiasa beramal soleh kepada mu Ya Allah. Amalan yang boleh dilalakukan pada bulan Ramadhan adalah sangat banyak ia adalah seperti Membaca Al-Quran, Berterawih, Zakat Fitrah dan sebagainya nak taip semua memang banyaklah. tapi yang paling penting anda lakukannya dengan sepenuh keikhlasan hati anda insya-Allah Allah akan mengurniakan pahala yang berlipat kali ganda.

Oleh itu, amalan yang wajib kita lakukan atau tunaikan adalah Zakat Fitrah. apa itu Zakat Fitrah? Zakat Firah juga dikenali sebagai zakat Badan, zakat Puasa, zakat Ramadhan, dan zakat Fitri. Zakat Fitrah adalah sebagai tempat penyuci orang yang berpuasa daripada melakukan perbuatan keji dan buruk juga dijadikan sumber keperluan orang asnaf ketika 1 Syawal menjelma. Syarat Zakat Firah adalah seperti 1) Islam 2) Mempunyai Mkanan yang lebih pada 1 hari siang dan malam Hari Raya 3) Dapat menemui dua masa antar akhir Ramadhan dan awal Syawal. Kewajiapan Zakat Firah adalah seperti 1) Ketua keluarga untuk dirinya dan juga tanggungannya 2) Sekirannya orang tanggungannya meninggal dunia pada bulan puasa maka tidak waji baginya untuk membayar Zakat Fitrah itu.

Oleh yang demikian waktu membayar Zakat Fitrah terbahagi kepada 5 iaitu 1) Waktu Wajib-Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan hingga terbit matahari esok 2) Waktu Afdhal-Sebelum Sunat Hari Raya 3) Waktu  Sunat-Sepanjang Ramadhan 4) Waktu Makruh-Selepas sunat bhari raya sehingga terbenamnnya matahari 1 Syawal 5) Waktu  Haram-Selepas terbenam matahari 1 Sayawal. Senarai Kadar Zakat Fitrah pada tahun 2010

Negeri Kadar Zakat Fitrah
Perak Rm 7.00
Perlis Rm 6.00
Pulau Pinang Rm 7.00
Pahang Rm 7.00
Selangor Rm 7.00
Sarawak Rm 5.20
Sabah Rm 6.80
Melaka Rm 6.50
Wilayah Persekutuan Rm 7.00
Terengganu Rm 5.00 / Rm 7.00 / Rm 8.00*
Kelantan Rm 7.00
Negeri Sembilan Rm 6.50
Johor Rm 5.50 / Rm 7.50*
Kedah Rm 7.00

Niat Zakat Fitrah
"Wang sebanyak $$$$ ini sebagai menunaikan Zakat Firah, yang wajib ke atas diri/keluargaku untuk tahun berakhir ____ kerana Allah Ta'ala."

Have you found this post useful? If so please share it: If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Info To You by Email Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

2 Comments:

  1. tahun ni kali pertama aku kene bayar untuk isteri ku yang tercinta..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...