Social Icons

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Site Info

Wednesday, 4 November 2009

Kehebatan Nokia N900

Gergasi telefon bimbit Nokia dalam persimpangan menarik apabila memperkenalkan platform yang bukannya dimulakan dengan nama Symbian tapi mempercayai sumber terbuka sebagai sistem operasi model N900.
Sistem operasi Symbian yang mendominasi Nokia tidak akan didapati menerusi N900 apabila model terbabit mendapat kepercayaan Maemo sebagai tulang belakang produk untuk beroperasi.

Peranti N900 boleh diibaratkan laptop kecil dengan kemampuan suara yang menggunakan sistem operasi sumber terbuka.Model ini bertindak sebagai peranti pintar yang sesuai didedikasikan untuk penggunaan Internet.
Produk berbentuk mudah lunsur ini menggunakan papan kekunci QWERTY yang mana ia turut membolehkan si pemakainya menyentuh permukaan skrin sekiranya mahu membuat panggilan.Pada bahagian tepinya pula, Nokia N900 dilengkapi pembesar suara, TV-Out, butang on/off, USB mikro, butang kamera dan butang kunci untuk mengunci telefon yang berbeza dengan fungsi Nokia sebelum ini.

Bahagian dalamnya pula menempatkan slot kad microSD sebelum anda menjumpai bateri jenis BL-5J yang turut digunakan untuk model 5230, 5800 dan X6 manakala kad SIM pula dimuatkan di bawah bateri terbabit.Penguji memuji pengalaman menggunakan antaramuka pengguna (UI) Maemo5 yang mempunyai tahap sensitiviti memuaskan sama ada si pemakainya menggunakan pen ‘stylus’ atau jari.

http://www.softsailor.com/wp-content/uploads/2009/08/Nokia-N900-Maemo-5-03.jpg


http://www.letsgodigital.org/images/artikelen/109/nokia-n900-software.jpg


http://www.theinquirer.net/IMG/214/86214/nokia-n900-stand-540x334.jpg
Papan kekunci dengan tiga baris kekunci mungkin sudah cukup untuk penggunaan perkomputeran walaupun ada pendapat mengatakan empat baris yang sesuai bagi pengguna biasa. Saiznya agak tebal tapi ia tidak mendatangkan masalah kepada penguji namun beratnya perlu dititik beratkan Nokia pada masa akan datang.
Ketahanan bateri jenis 1320mAhnya pula amat mengagumkan yang mana ia mampu bertahan selama tiga hari dengan kemampuan menggunakan rangkaian GSM atau 3G ditambah penetapan WiFi.

Kecenderungan Nokia terhadap Maemo5 nyata berbaloi apabila ia boleh menempatkan pelbagai aplikasi pada empat antaramuka berbeza yang mampu diakses dengan seretkan saja jari anda. Menekan ikon pada sebelah kiri atas akan membawa anda ke menu utama atau jika anda mempunyai aplikasi untuk diletakkan di menu utama, letakkannya di ‘dashboard’ yang disediakan Nokia. Untungnya, Maemo5 membenarkan kemasan teks lebih baik untuk khidmat pesanan ringkas (SMS) atau e-mel dengan pemaparan nota ringkas dalam kotak kuning yang jelas.

Pengguna pula akan mendapati kesenangan melayari Internet menggunakan platform Maemo5 manakala pengguna hanya perlu melukis bentuk bulatan mengikut pusingan jam yang digunakan untuk zum ke atas mana-mana laman web. Namun, sekiranya mahu membaca laman web sehingga ke bahagian bawah, penguji perlu menyentuh skrin dan meleretkan jari ke bawah walaupun terdapat kekunci atas, bawah, kanan atau kiri yang ditempatkan pada papan kekunci. Komitmen Nokia untuk sumber terbuka dan pembangunan Maemo harus dipuji malah menerusi gabungan syarikat gergasi telefon bimbit itu dan Maemo yang dilihat menerusi N900 begitu mengagumkan.






Have you found this post useful? If so please share it: If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Info To You by Email Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

0 Comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...