Social Icons

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Site Info

Saturday, 24 October 2009

Samsung Corby - Sentuh dan Beli

http://www.cyberindian.net/wp-content/images09/samsung-corby-mate-b3313-phone.jpg


Telefon bimbit pintar dengan skrin sesentuh kian popular dengan pelbagai syarikat mula memberi perhatian kepada penerokaan peranti menggunakan inovasi terbabit sejak setahun kebelakangan ini.

Tidak ketinggalan Samsung yang memiliki banyak produk berasaskan telefon bimbit berasaskan fungsi sentuhan dan terkenal dengan produk Omnianya sebelum ini.
Meskipun kebanyakan telefon bimbit berasaskan sentuhan diletakkan dengan harga mahal melebihi RM1,000, Samsung memberanikan diri menerusi pengenalan Corby yang hanya berharga RM699.


Selepas membelek telefon bimbit Corby atau nama saintifiknya, GT-S3653CWAXME, memang menampilkan antaramuka menakjubkan yang mengetengahkan visual menarik menggunakan animasi.

Penulis merasakan visual animasi penuh ciri hiburan yang menanti pengguna ketika mengaktifkan telefon itu tidak akan membosankan si pemakai terutama dengan pilihan grafik berbeza.

Tidak dinafikan, visual terbabit boleh digunakan mengikut 'mood' pengguna berkaitan hiburan seperti muzik dan video atau foto mengikut antaramuka berlainan yang boleh disesuaikan.

Antaramuka yang dikhaskan untuk laman web sosial turut memudahkan pengguna mengakses dengan pantas menggunakan satu klik saja selepas mengaktifkan mod buka pada telefon terbabit. Namun, kepekaan Samsung Corby dalam mengesan sentuhan penguji kurang memuaskan.

Kerapkali, penguji terpaksa menekan skrin untuk tempoh yang lama bagi mengaktifkan menu pada antaramuka atau meleretkan jari dengan perlahan sekiranya mahu menukar ikon.

Faktor murah mungkin menjadi penyebab keadaan demikian berlaku namun Samsung perlu peka menangani masalah terbabit kerana sentuhan adalah pengalaman paling penting.

Kemasan plastik dengan warna yang boleh ditukar pada kerangka belakang peranti memang melupakan seketika kepayahan menyentuh skrinnya.

Sekurang-kurangnya, si pemakai nampak comel sekiranya menggenggam Corby yang berwarna oren, kuning, merah jambu atau putih ketika berjalan di pusat membeli belah.

Penguji mencadangkan Samsung Corby dipadankan untuk wanita yang mahukan telefon bimbit berasaskan sentuhan dengan warna 'cun' dan berharga murah.

Cuma kualiti rakaman foto menggunakan kamera 2.0 megapiksel pada Corby bukanlah sesuatu yang mengagumkan.

Baterinya pula memiliki ketahanan purata iaitu boleh sampai dua hari. Ketahanan bateri sebenarnya bergantung kepada penggunaan.

Jangka hayatnya jadi pendek kalau pengguna aktif menggunakan pelbagai cirinya termasuk Bluetooth, capaian data dan sebagainya.

Tapi untuk harga kurang dari RM700, seharusnya berterima kasih kepada Samsung yang boleh membawakan satu produk ranggi, malah agak berkeupayaan tinggi.


PRODUK: Samsung Corby
HARGA: RM699
PENGELUAR: Samsung
PERTANYAAN: Samsung Malaysia Electronics (SME) Sdn Bhd
TELEFON: 1-800-88-9999
LAMAN WEB: www.samsung.com.my



Have you found this post useful? If so please share it:
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Info To You by Email

Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

0 Comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...