Social Icons

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Site Info

Saturday, 24 October 2009

Samsung Corby - Sentuh dan Beli

http://www.cyberindian.net/wp-content/images09/samsung-corby-mate-b3313-phone.jpg


Telefon bimbit pintar dengan skrin sesentuh kian popular dengan pelbagai syarikat mula memberi perhatian kepada penerokaan peranti menggunakan inovasi terbabit sejak setahun kebelakangan ini.

Tidak ketinggalan Samsung yang memiliki banyak produk berasaskan telefon bimbit berasaskan fungsi sentuhan dan terkenal dengan produk Omnianya sebelum ini.
Meskipun kebanyakan telefon bimbit berasaskan sentuhan diletakkan dengan harga mahal melebihi RM1,000, Samsung memberanikan diri menerusi pengenalan Corby yang hanya berharga RM699.


Selepas membelek telefon bimbit Corby atau nama saintifiknya, GT-S3653CWAXME, memang menampilkan antaramuka menakjubkan yang mengetengahkan visual menarik menggunakan animasi.

Penulis merasakan visual animasi penuh ciri hiburan yang menanti pengguna ketika mengaktifkan telefon itu tidak akan membosankan si pemakai terutama dengan pilihan grafik berbeza.

Tidak dinafikan, visual terbabit boleh digunakan mengikut 'mood' pengguna berkaitan hiburan seperti muzik dan video atau foto mengikut antaramuka berlainan yang boleh disesuaikan.

Antaramuka yang dikhaskan untuk laman web sosial turut memudahkan pengguna mengakses dengan pantas menggunakan satu klik saja selepas mengaktifkan mod buka pada telefon terbabit. Namun, kepekaan Samsung Corby dalam mengesan sentuhan penguji kurang memuaskan.

Kerapkali, penguji terpaksa menekan skrin untuk tempoh yang lama bagi mengaktifkan menu pada antaramuka atau meleretkan jari dengan perlahan sekiranya mahu menukar ikon.

Faktor murah mungkin menjadi penyebab keadaan demikian berlaku namun Samsung perlu peka menangani masalah terbabit kerana sentuhan adalah pengalaman paling penting.

Kemasan plastik dengan warna yang boleh ditukar pada kerangka belakang peranti memang melupakan seketika kepayahan menyentuh skrinnya.

Sekurang-kurangnya, si pemakai nampak comel sekiranya menggenggam Corby yang berwarna oren, kuning, merah jambu atau putih ketika berjalan di pusat membeli belah.

Penguji mencadangkan Samsung Corby dipadankan untuk wanita yang mahukan telefon bimbit berasaskan sentuhan dengan warna 'cun' dan berharga murah.

Cuma kualiti rakaman foto menggunakan kamera 2.0 megapiksel pada Corby bukanlah sesuatu yang mengagumkan.

Baterinya pula memiliki ketahanan purata iaitu boleh sampai dua hari. Ketahanan bateri sebenarnya bergantung kepada penggunaan.

Jangka hayatnya jadi pendek kalau pengguna aktif menggunakan pelbagai cirinya termasuk Bluetooth, capaian data dan sebagainya.

Tapi untuk harga kurang dari RM700, seharusnya berterima kasih kepada Samsung yang boleh membawakan satu produk ranggi, malah agak berkeupayaan tinggi.


PRODUK: Samsung Corby
HARGA: RM699
PENGELUAR: Samsung
PERTANYAAN: Samsung Malaysia Electronics (SME) Sdn Bhd
TELEFON: 1-800-88-9999
LAMAN WEB: www.samsung.com.my



Have you found this post useful? If so please share it:
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Info To You by Email

Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Thursday, 22 October 2009

Menambah Nilai Storan USB Dengan Ubuntu

Anda mungkin ingin menghadiahkan sebuah thumbdrive buat seseorang. Sekadar melabur RM38, anda mampu memiliki sebuah thumbdrive yang berjenama, dengan kapasiti 4GB. Tetapi jika anda melengkapinya dengan Ubuntu 9.10, hadiah yang murah itu akan menjadi lebih bernilai. Paling utama, si penerima gembira dengan pemberian anda.

Sebelum ini anda mungkin pernah memasang sistem operasi (OS) Ubuntu 9.10 ke dalam pemacu USB (thumbdrive) menggunakan perisian pemasang seperti UNetbootin 3.93. Selepas dipasang, anda boleh menggunakan aplikasi yang melengkapi variasi (distro) Linux yang semakin popular ini. Malangnya, fail/ketetapan yang telah dibuat akan hilang apabila OS ini melalui proses boot semula. Ini disebabkan tiada fungsi persistence yang sepatutnya melengkapi OS tersebut. Masalah ini boleh diatasi, jika anda memasangnya menerusi perisian Ubuntu Live USB Imager 0.0.1.3.

Perisian ini membolehkan anda mencipta sebuah Live USB yang dilengkapi Ubuntu 9.10 menerusi sistem Windows. Melaluinya, anda tidak perlu memasang (install) OS ini terlebih dahulu ke dalam komputer sebelum boleh mencipta Live USB. Selain mudah digunakan, perisian turut menawarkan fungsi persistence bagi melengkapi Ubuntu dalam storan USB. Fungsi unik ini terbukti boleh menyimpan fail/ketetapan anda, biarpun Ubuntu menjalani proses boot semula. Malah, anda boleh menetapkan saiz ruang untuk ciri tersebut, yang bermula dari 128MB hingga 4096 MB. Nota: panduan ini berdasarkan ujian terhadap distro Ubuntu 9.10 Karmic Koala. Bagaimanapun, anda boleh menguji variasi lain Ubuntu seperti Kubuntu, Edubuntu, dan Xubuntu. Jika usaha anda berjaya, anda patut menerima pujian. Berikut adalah keterangan ringkas mengenai fungsinya dan panduan menggunakannya secara langkah demi langkah.


CARA PENGGUNAAN:
Langkah 1: Tanpa berlengah lagi, muat turun (download) fail perisian percuma ini di tapak web pembangunnya, di http://phatwares.dyndns.org:8080/contentUU.html. Selain itu, anda boleh menjumpainya di tapak web yang menawarkan beraneka perisian seperti Softpedia (www.softpedia.com) atau tapak web lain yang seumpamanya. Manakala saiz failnya hanya 3.2MB dan menyokong pelbagai versi sistem operasi (OS) Windows (termasuk XP dan Vista). Selepas failnya dimuat turun, tempatkan dalam sebuah folder untuk tindakan selanjutnya


Have you found this post useful? If so please share it: If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Info To You by Email Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Wednesday, 21 October 2009

Bush Pernah Berkerja Sebagai Pemandu Pelancong

Sewaktu Bush mengunjungi Malaysia baru-baru ini.. dia dibawa mengeliling ibukota dengan menaikisebuah kereta mewah.

Pemandu kereta mewah itu tiba2 berkata..."Tuan Cakap aje apa yang nak di ibukota ini.. saya pasti tunaikan.."

"Well", kata Bush..

"Sebenarnya saya sudah lama ingin memandu kereta sendiri. Di US.. kalau saya mahu keluar kemana-manapastinya sudah tersedia pemandu dan kereta peribadi untuk saya. Saya ingin sangat memandu sendiri.. tapi tidak pernah mendapat melakukannya."

"Wah," kata pemandu.."Kalau itu saja permintaan tuan.. tidak jadi masalah.."

Dan kemudian merekapun bertukar tempat.

Bush memandu dan pemandu tadi duduk di belakangnya.

Tetapi bila sampai di persimpangan pertama.. Bush lupa untuk berhenti di lampu merah..

Tiba-tiba polis mengikuti kereta tersebut dan memberhentikannya... polis turun dari motornya, dan menghampiri kereta tersebut.

Tetapi sebaik sahaja dia mendekati.. ia melihat Bush..dan ia segera kembali ke motornya dan menghubungi pegawai atasannya.

"Tuan.." kata Polis itu"Saya baru saja menahan seorang pembesar."

"Apa?" kata atasannya, "Ketua Polis ke?"

"Bukan Tuan.. dia lebih tinggi dari Ketua Kita"

"Hey, adakah kamu menahan Perdana Menteri?"

"Tidak Tuan.. malah dia lebih tinggi lagi."

"Well, siapa yang kamu tahan itu?" tanya pegawai atasan kebingungan.

"Tidak tahu Tuan.." jawab Polis. "tapi siapapun dia, yang pastinya pemandunya saja sudah Bush!"


Have you found this post useful? If so please share it: If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Info To You by Email Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...