Social Icons

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Site Info

Wednesday, 26 August 2009

Upin & Ipin Melangkah Lebih Jauh

Filem Geng: Pengembaraan Bermula telah mendapat satu lagi pengiktirafan bertaraf global apabila meraih kejayaan bagi kategori Audience Choice Award dalam Indonesian International Film Festival for Kids 2009 (Kidsfest 2009) di Jakarta, Indonesia baru-baru ini.Filem anismasi tiga dimensi (3D) pertama Malaysia ini merupakan satu-satunya filem tempatan yang tercalon untuk bersaing dengan filem luar negara seperti The Happiness of Kati' (Thailand), The Letter for the King (Belanda), Mia & The Migoo' (Perancis), Niko & The Way to the Stars (Finland) dan 'Teo's Voyage' (Mexico).

Filem hasil karya Produksi Les' Copaque ini mempamerkan gelagat lucu sepasang kembar comel yang telah berjaya menambat hati penonton.Filem tersebut buat kali pertama ia ditayangkan di Blitz Megaplex pada 18 Julai lepas.Kembar kesayangan ramai ini telah pun mempunyai pengikutnya sendiri setelah muncul di saluran TPI Indonesia pada tahun lepas.Dengan sambutan yang hebat ini, Produksi Les' Copaque yakin bahawa filem ini bakal menjadi gempar apabila ia ditayangkan di Blitz Megaplex, Indonesia September ini.

Ini akan menjadikan filem Geng sebagai filem animasi tempatan pertama yang mendapat keistimewaan tayangan perdana di Indonesia.Segala persiapan bagi mempromosikan filem ini sedang diusahakan bagi menghangatkan lagi kemunculannya.

Siri mini animasi 3D Upin & Ipin mendapat sambutan yang menggalakkan setelah ditayangkan di saluran TPI Indonesia pada tahun lalu.Kini TPI Indonesia masih lagi meneruskan tayangan Upin & Ipin musim kedua yang memaparkan aktiviti mereka sepanjang bulan Ramadan.Siri mini Upin & Ipin kini telah pun memasuki musim ketiga dengan cerita yang lebih menarik dan berintipatikan imej global.


Produksi Les' Copaque berharap ini akan menjadi pemangkin pada jualan barangan Upin & Ipin serta akan menambahkan lagi bilangan peminat apabila filem Upin & Ipin Angkasa yang dijangka muncul pada 2011.Geng akan meneruskan lagi perjuangannya untuk ke peringkat antarabangsa dan bakal menggegarkan pawagam di India pada bulan November ini berikutan minat yang mendalam dari syarikat antarabangsa.

Trailer yang telah dialih bahasa ke bahasa Hindi boleh disaksikan di laman web http://www.indiatales.com.

Filem Geng: Pengembaraan Bermula telah ditayangkan di pawagam seluruh negara pada Februari lalu.Filem ini telah mencetuskan fenomena luar biasa apabila berjaya mencatatkan kutipan kedua tertinggi dalam sejarah perfileman iaitu sebanyak RM6.314 juta untuk hasil jualan tiket sahaja.Ini telah menaikkan lagi penjualan barangan cenderahati dan telah berjaya menarik TM-salah sebuah rangkaian telekomunikasi terkemuka untuk menjadi penaja utama siri ini.


Have you found this post useful? If so please share it:
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Info To You by Email

Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

0 Comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...