Social Icons

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Site Info

Thursday, 27 August 2009

Nyalakan Lampu Kereta Anda Ketika Hujan

Di ibu negara minggu ini, hampir setiap hari hujan.Tapi tidak mengapalah, sekurang-kurangnya hapuslah jerebu. Kurang sikit orang batuk-batuk dan demam-demam. Bahaya demam kena jerebu boleh melarat jadi demam yang satu lagi... H1N1. Tapi itu cerita lain. Penulis akan pastikan pengkisahan yang diperturunkan di sini, tidak lari dari tema pemotoran.Kadang-kadang hujan berlaku lewat petang. Ada juga seawal jam 11 pagi. Tapi awan gelap dan kelihatan macam nak maghrib. Masalahnya, ramai pula pemandu yang keberatan nak menyalakan lampu depan mereka. Maklumlah, bagi mereka hari masih pagi lagi, waima segelap mana pun persekitaran ketika itu dan sekuat mana hujan yang turun.

Dalam konteks ini, para pemandu semua jenis kenderaan disaran supaya prihatin dalam penyalaan lampu di waktu hujan. Perkara asas dalam aspek pemanduan ialah kenampakan.
Adalah penting untuk kenderaan di depan dan belakang anda dapat melihat anda. Atas sebab yang sangat mudah - diwajibkan kenderaan menyalakan lampu bila memasuki terowong atau memandu di waktu malam di mana tahap penglihatan adalah rendah atau tiada langsung. Jadi mengapa masa hujan, lampu pula dikedekutkan? Sedangkan ia sama dengan kriteria tahap penglihatan yang rendah.

http://www.kapanlagi.com/p/vert.car.ap.jpg

Ada orang mengomel, kalau pasang lampu pada siang hari akan cepat `menghauskan' mentol lampu. Mana punya sekolah yang bagi fakta menyeleweng ini? Dan katakanlah... betul sekali pun dakwaan seumpamanya, mana lebih penting? Mentol mati atau diri anda sendiri yang mati dalam kemalangan gara-gara kereta anda tidak kelihatan pada pemandu di depan dan belakang?

Nyalakan lampu bila hujan supaya anda dapat dilihat bukan sahaja oleh pemandu lain tetapi juga pejalan kaki. Bila hujan lebat, pejalan kaki lazimnya sama ada akan berjalan sangat perlahan sambil memegang payung mereka atau berlari-lari anak semasa melintas jalan. Jika mereka tidak nampak anda, dan anda tidak nampak mereka (tanpa cahaya lampu, bayangan badan tidak dapat dipantulkan), nescaya akan berlaku kejadian tidak diingini.


Have you found this post useful? If so please share it:
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Info To You by Email

Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

0 Comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...