Social Icons

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Site Info

Monday, 31 August 2009

Alamaya : Garden of Beautiful Creatures Siap Tahun 2011

Malaysia bakal menjulang satu lagi penghargaan dalam dunia animasi sebaik filem tiga dimensi (3D) tempatan, Alamaya: Garden of Beautiful Creatures yang dibangunkan syarikat animasi tempatan, Shock3D Sdn Bhd siap menjelang 2011.Pengarah Kreatifnya, Eugene Foo Shyang Eu, berkata syarikatnya dalam proses membuat animasi terbabit yang menelan kos sehingga RM5.8 juta yang dibiayai melalui geran kerajaan dan swasta.

"Animasi terbabit mengisahkan budak lelaki yang terperangkap dalam dunia maya dan menyaksikan pelbagai haiwan yang mempunyai gabungan dua bentuk fizikal seperti gajah dicampur ikan duyung," katanya.Katanya, animasi berkonsepkan aksi yang digarapkan dengan flora dan fauna itu menggunakan teknik canggih dengan perisian perkomputeran terkini seperti Maya bagi menyokong kehendak grafik moden.

"Perisian serta perkakasan moden penting dalam pembikinan animasi dengan dibantu tenaga kerja yang bersungguh-sungguh dalam menyediakan kualiti animasi yang setaraf hasil kerja Hollywood," kata Foo.Beliau memaklumkan syarikatnya turut berminat mendapatkan perkhidmatan perkomputeran grid yang dibangunkan Mimos Berhad memandangkan ia membantu memendekkan tempoh menyiapkan animasi."Seperti yang dapat disaksikan menerusi animasi Geng: The Adventure Begins, perkomputeran grid memainkan peranan penting untuk menyediakan prasarana lengkap bagi perkomputeran dengan beban yang tinggi," katanya.

http://www.jonbrooks.co.uk/video/Video%20File%20Images/%27Alamaya%20-%20Garden%20Of%20Beautiful%20Creatures%27%20Trailer.jpg

Alamaya: Garden of Beautiful Creatures turut menarik minta Shock3D untuk memanggil beberapa selebriti terkemuka seperti Maya Karin, Patrick Teoh, Hannah Tan, Deanna Yusof dan Harith Iskandar menyumbang suara dalam animasi selama 90 minit itu.Foo berkata, syarikatnya mensasarkan pasaran China dan Timur Tengah di samping pasaran tempatan bagi filem animasi 3D terbabit namun ia bergantung selepas mendapatkan nasihat pihak lain.
"Kejayaan Geng: The Adventure Begins membuka mata mengenai kekuatan kualiti animasi 3D tempatan dan ia diharapkan mampu membawa nama negara ini ke peringkat lebih tinggi," katanya.

Sementara itu, Pengarah Pembangunan Perniagaannya, Syed Hezri Syed Hisham, memaklumkan syarikatnya bakal mengeluarkan permainan online berkaitan animasi terbabit sebelum filemnya dikeluarkan."Kami juga akan mengeluarkan beberapa siri pendek bagi memperkenalkan karakter seawal 2010 bagi memberi pemahaman kepada penonton," katanya.

Klik Sini Untuk Menonton Trailer Animasi Ini.

Have you found this post useful? If so please share it:
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Info To You by Email

Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

0 Comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...