Social Icons

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Site Info

Sunday, 6 December 2009

Perakam Suara Pertama Dicipta Pada Tahun 1857

Thomas Edison dikatakan saintis yang pertama yang mencipta alat untuk merakam dan memainkan semula suara yang dirakam dengan alat ciptaannya iaitu Phonograph. Walaubagaimanapun, saintis dari USA telah menyangkal yang Thomoas Edison merupakan orang pertama mencipta alat untuk merakam suara.
Edouard-Leon Scott de Martinville berasal dari Perancis sebenarnya telah membuat alat untuk merakam suara lebih awal dari Thomas Edison dengan alat yang diberi nama phonautograph. Namun tujuan utama Edouard-Leon Scott de Martinville merakam suara hanyalah untuk mengkaji pola gelombang suara yang dirakam.

http://chicagoist.com/attachments/chicagoist_julene/2007_04_phonograph.jpg


Pola gelombang suara itu dibuat pada sehelai kertas yang dihitamkan dengan asap pelita minyak. Namun, Edouard-Leon Scott de Martinville tidak pernah memainkan semula suara rakaman tersebut sehinggalah pada 2008 saintis berjaya mengenalpasti apakah suara rakaman yang dibuat tersebut dengan menggunakan kecanggihan teknologi komputer.
Suara yang dirakam ialah “Au clair de la lune, Pierrot repondit”. Rakam ini hanya 10 saat. Au Clair De La Lune merupakan sebuah lagu rakyat di Perancis bermula pada abad ke-18.
Au Clair De La Lune dalam bahasa melayu bermaksud “Ketika Bulan Terang”

Have you found this post useful? If so please share it: If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Info To You by Email Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

0 Comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...