Social Icons

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Site Info

Tuesday, 14 April 2009

Tips Membersihkan Perkakasan Komputer


Membersihkan komputer bukanlah merupakan sesuatu kesukaran. Anda boleh melakukannya dengan kerap bagi mengelakkan sebarang masalah dan kerosakan kepada komputer. Berikut disenaraikan cara-cara mudah untuk membersihkan komputer seperti papan kekunci, tetikus dan monitor.

Membersihkan Papan Kekunci

Tanggalkan papan kekunci daripada Central Prosesor Unit (CPU) dan letakkan di tempat yang bersih. Anda boleh menggunakan vakum biasa untuk menyedut sebarang benda asing yang terdapat di celah kekunci.

Gunakan tin udara atau vakum untuk menyembur habuk keluar dari celah kekunci.

Gunakan kain dan sedikit cecair pembersih yang bersesuaian seperti alkohol pembersih dan lapkan perlahan-lahan kepada papan kekunci.

Selain itu anda juga boleh menggunakan kapas untuk membersihkan celah-celah kekunci.


Membersihkan Tetikus

Tanggalkan tetikus dari CPU. Pusingkan bahagian bawah tetikus dan cabut penutup bebola tetikus.

Keluarkan bebola tetikus. Gunakan kapas dan cecair yang bersesuaian seperti alkohol pembersih. Bersihkan bahagian dalaman roller tetikus tersebut.

Jika anda menggunakan tetikus optikal, bersihkan bahagian luar dan tepi tetikus daripada habuk yang tersangkut.


Membersihkan Monitor

Tanggalkan monitor daripada CPU dan gunakan vakum untuk menyedut habuk terutamanya di bahagian belakang dan bawah monitor.

Gunakan tisu atau kain lembut untuk mengelap dan membuang habuk-habuk. Gosok perlahan-lahan bagi menggelakkan kewujudan statik.

Gunakan cecair yang bersesuaian seperti pencuci cermin dan sembur ke atas kain pengelap dan lapkan pada monitor perlahan-lahan.


If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Info To You by Email
Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.
Have you found this post useful? If so please share it:

0 Comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...