Social Icons

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Site Info

Saturday, 4 April 2009

Keajaiban Azan Dan Kebesaran Allah

Ada satu perkara yang perlu anda tahu mengenai Azan. Azan sentiasa didengari di seluruh dunia tanpa berhenti. Bermula dengan azan subuh di timur Indonesia di kepulauan Silibis pada jam 5.30 pagi, beribu-ribu surau dan masjid bersahutan mengumandangkan azan. Antara timur dan barat kepulauan Jawa mempunyai perbezaan waktu sebanyak 1 1/2 jam, azan akan bersahutan dalam waktu ini, diikuti oleh Sumatera, sebelum ianya berakhir di Indonesia ia telah bermula di Malaysia diikuti di Myanmar dan China.

Dalam waktu 1 jam setelah ia bermula di Jakarta, Azan telah bermula di Dhaka, Bangladesh dan berlarutan hingga di barat India. Dari Kalkata dan Lakhnao seterusnya ke Mumbai dan Srinagar dan keseluruhan Kashmir. Seluruh bandar ke utara Pakistan juga mula mengumandangkan azan terus bersahutan, Sebelum azan berakhir di Pakistan, ia bermula di Afghanistan dan Muskat.

Antara Muskat dan Baghdad perbezaan waktu ialah 1 jam dan dalam waktu sejam ini azan subuh telah berkumandang di United Arab Emirates, Kuwait, Yemen, Somalia dan Saudi Arabia. Antara Baghdad dan Keherah di Mesir mempunyai jangka perbezaan waktu juga 1 jam. Azan masih berkumandang Syiria, Jordan dan Sudan dalam jangka waktu itu. Kaherah dan Instanbul terletak dalam waktu yang sama. Antara timur dan barat Turki mempunyai jangka waktu sebanyak 1 1/2 jam. Kaherah dan Tripuli ibu negara Libya mempunyai 1 jam perbezaan waktu. Dari Libya azan bersambung ke Tunisia, Algeria, Rabat ibu negara Morocco dan Markesh.

Proses seruan azan silih berganti menyelubungi seluruh negara Afrika. Laungan Azan yang bermula di timur Indonesia waktu subuh sampai ke perairan lautan Atlantik selepas 9 jam. Tetapi sejurus sebelum azam dikumandangkan di perairan lautan Atlantik, ianya telah kembali bermula di timur Indonesia menandakan masuk waktu Zohor. Sebaik Azan subuh tiba di Dhaka, azan Asar telah bermula di Timur Indonesia. Selang beberapa jam kemudian, azan maghrib pula bermula. Sebelum azan maghrib bermula di Sumatera, azan Isyak pula mula kedengaran di timur Indonesia.

Direnungkan kembali berpuluh ribu Muazzin di seluruh dunia bersahutan menyeru azan menyatakan kebesaran Allah, Syahadah dan seterusnya. Insya-Allah azan ini akan berterusan sehingga ke akhir zaman. laungan azan merupakan satu fenomena yang agong yang akan sentiasa bertahkta di setiap sanubari umat Islam.

Masya-Allah Agungnya kebesaran ALLAH. Sekian

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Info To You by Email

Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Have you found this post useful? If so please share it:

0 Comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...