Social Icons

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Site Info

Thursday, 30 April 2009

Senarai Laman Web/Blog Yang Menyediakan Perkhidmatan Percuma

Saya ada kumpulkan website & Blog yang menawarkan pelbagai application yang berguna dan paling penting PERCUMA

APPLICATION : IMAGE HOSTING

LINK : www.photobucket.com
FAEDAH : Dapat simpan gambar-gambar koleksi atau untuk attached dalam forum


ONLINE CONVERTER
1) www.pdfonline.com (Pdf)
2) www.ejawi.net/converter.php (Jawi)
3) http://media-convert.com/ (any file)
4) http://vixy.net/ (COnvert FLV files)


IMAGE EDITOR
1) www.fotoflexer.com
2) www.photoscape.org


ART APPLICATION
1) www.mylivesignature.com
2) www.123-banner.com/creator.php?ba=p
3) http://www.buttonboost.com


FORM CREATOR
1) www.formlogix.com


FILE HOSTING
1) www.savefile.com
2) www.ziddu.com
3) www.mediafire.com
4) https://www.humyo.com/ - BEST NIH..5 BINTANG AKU BAGI...

WIDGET
1) www.johnmartin.ws/ (Yahoo Messenger)
2) www.myflashfetish.com (Online Playlist - MP3)
3) http://kaintudung.com (Yahoo Messenger Online Status)


OFFICE APPLICATION
1) http://www.zoho.com
2) http://www.filemail.com/
3) http://www.freshbooks.com
4) http://www.creativeprooffice.com/
5) http://www.rescuetime.com/ (Time Management)
6) http://www.mint.com (Personal Financial Tool)
7) http://sketchup.google.com/ (3D Modelling)
8) http://www.zbrush.com (3D Design)


COMPILATION APPLICATION
1) http://sharetabs.com
2) http://simurl.com/


EDUCATION APPLICATION
1) http://bubbl.us (Brainstorming)
2) http://www.spreeder.com/ (Speed Reading)
3) http://www.freecalc.com/ (Engineering Calculator)
4) http://dictionary.cambridge.org/ (Kamus ENG-ENG)
5) http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=1...h=7&EndYr=2008
6) http://www.spotbit.com/main/
7) http://www.mykamus.com/ (Kamus ENG-BM, BM-ENG)
8) http://www.citcat.com (Translator ENG-BM-ENG)


SECURITY APPLICATION
1) http://infoencrypt.com/ (Encrytion)
2) http://www.bitdefender.com/scan8/ie.html (Virus Scanner)
3) http://www.ccleaner.com (To Remove Unused Files)


GAMES, HOBBIES & FUN
1) http://www.games.carigold.com
2) http://www.themobiletracker.com/english/index.html
3) http://www.freesms1.com/index.html (FREE SMS)
4) http://www.eblogtemplates.com/
5) http://www.ndesign-studio.com/
6) http://h1.ripway.com/freedom/cindy.jpg
7) http://www.dpreview.com/reviews/sidebyside.asp
8) http://www.carilagu.net (Download MP3)
9) www.keepvid.com (Video download from youtube)


WEB PROXY
1) http://www.hidemyass.com/
2) http://www.turbohide.com/


FREE DOMAIN
1) http://www.co.cc/


DOWNLOAD SITE
1) http://www.rapidshareking.com/
2) https://addons.mozilla.org/en-US/firefox/addon/327
3) http://www.filehippo.com/ (Free Software Download)
4) http://www.filehino.com/ (Free Software Download - Malaysia)


DOMAIN TOOLS
1) www.domaintools.com/
2) http://www.domainwhitepages.com/(Check IP Location)
3) http://www.ip2location.com/ (Check IP Location)


If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Info To You by Email
Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.
Have you found this post useful? If so please share it:

Anak Wayang - Projek Terbaru Astro

Info ringkas tentang Projek Anak Wayang Astro.
  1. Projek Anak Wayang menyaksikan kolaborasi di antara dua saluran utama Astro, Program rialiti di Astro RIA dan tanyangan drama di Astro PRIMA.
  2. Peserta diberi didikan lakonan oleh tenaga pengajar dan panel professional tetap akan menilai prestasi untuk memilih hanya dua peserta yang berjaya mara ke peringkat seterusnya.
  3. Kredebiliti dua perserta in akan ditentukan menerusi undian SMS. Penonton perlu menyaksikan drama lakonan mereka setiap minggu.
  4. Keunikan rancangan ini terletak kepada pencarian calon-calon bagi merebut lima watak utama iaitu jururawat, mekanik, pengelola majlis dan gangster dalam drama bersiri 50 episod yang berjudul "Kecuali Cintamu"
  5. Mereka perlu mengekalkan mutu lakonan kerana tiga watak yang dianggap lemah akan dimatikan untuk membei laluan kepada penonton mengundi juara. Hanya seorang sahaja yang bergelar Anak Wayang.
Dialog Anak Wayang
Program ini memaparkan lima episod pengenalan kepada program Anak Wayang. Di dalam program ini juga akan dipaparkan semua lokasi ujibakat Anak Wayang. Program ini juga akan memperkenalkan 25 peserta/pelajar yang layak ke program reality SESI.
Pengacara: Fazura

Jumaat, 22/5/09
Isnin, 25/2/09
Selasa, 26/5/09
Rabu, 27/5/09
Jumaat, 29/5/09
9.30 malam (1 jam)
Program pengenalan

Bermula 22 Mei 2009
Sesi Anak Wayang
Program realiti yang akan ke udara setiap hari Isnin, Selasa dan Rabu. Segala aktiviti pembelajaran dan cabaran pelajar di akademi setiap hari akan dipaparkan dalam episod Sesi.
Pengacara: Fazura

Setiap hari Isnin – Rabu
9.30 malam
(30 minit)
Program diari

Pentas Anak Wayang
Program ini akan memaparkan persembahan pelajar berdasarkan tugasan dan watak yang diberikan. Di samping itu terdapat pelbagai tugasan yang akan diberikan secara spontan oleh juri pada malam tersebut. Program ini akan diakhiri dengan penyingkiran 3 pelajar oleh juri dan 2 akan diadili melalui SMS yang akan diketahui pemenangnya pada hari Isnin.
Pengacara: Rusdi Ramli
Setiap hari Jumaat
9.30 malam
(1 jam)
Program penyingkiran mingguan


If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Info To You by Email
Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.
Have you found this post useful? If so please share it:

Wednesday, 29 April 2009

Berhati-hati Dengan Wabak Selsema Babi

Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan mengaktifkan Bilik Gerakan untuk membuat pemantauan situasi wabak swine flu atau selesema babi, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican.

Beliau berkata kementerian akan bekerjasama dengan pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi memastikan tindakan proaktif diambil untuk melindungi kesihatan penduduk awam di negara ini.

Selain itu, Dr Mohd Ismail berkata semua pengamal perubatan termasuk di sektor swasta yang merawat kes mempunyai tanda atau gejala "influenza-like illness" atau "severe pneumonia" dan pernah melawat Mexico, California atau Texas selepas 17 April lalu, diminta untuk memaklumkan kepada pejabat kesihatan daerah terdekat dengan serta merta untuk tindakan pencegahan dan kawalan.

"Kementerian juga membuat saringan tanda jangkitan swine flu di semua pintu masuk negara untuk pelawat atau warga Malaysia yang ada melawat ke negara Mexico, California atau Texas selepas 17 April lalu," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata kenyataan akhbar juga akan dikeluarkan dari semasa ke semasa situasi wabak selesema itu untuk maklumat orang awam dan langkah kawalan serta pencegahan yang diambil kerajaan.

Beliau berkata sehingga kini pihak WHO memaklumkan bahawa tiada sebarang tindakan sekatan dari segi kesihatan, perjalanan dan perdagangan yang perlu dilakukan oleh setiap negara bagi perlindungan kesihatan antarabangsa susulan daripada kejadian ini.

Dr Mohd Ismail turut menasihatkan masyarakat supaya mematuhi nasihat-nasihat yang diberikan oleh kerajaan dan maklumat lanjut berkaitan dengan wabak swine-flu ini boleh didapati menerusi talian 03-88810200 atau 03-88810300 atau layari laman web www.moh.gov.my.

Terdahulu, bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Forum "Etika dan Profesionalisme: Peranan Pendidikan Ortodontik Pasca Siswazah Sepenuh Masa" di sini, beliau berkata orang ramai diminta tidak risau serta panik dengan situasi yang berlaku di negara Amerika Latin itu.

"Jangan risau dan panik dengan situasi ini, kerajaan bersedia menghadapi situasi sebegini sebagaimana berlakunya kejadian Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) dan kita akan mengambil beberapa tindakan segera," katanya.

Sementara itu, di GUANGZHOU, Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen berkata rakyat Malaysia tidak dihalang daripada melawat Mexico tetapi dinasihatkan supaya berhati-hati.

"Saya memang nasihatkan macam tu, kecuali mereka terpaksa ke Mexico kerana kerja, untuk tunggu sekejap sehingga keadaan itu stabil," katanya kepada pemberita selepas sesi pasaran pelancongan hari ini.

Setakat ini, wabak baru selesema babi di Mexico telah meragut 159 nyawa dan WHO mengesahkan bahawa kematian disebabkan oleh virus H1N1 yang tidak pernah dikesan sebelum ini yang menggabungkan genetik babi, burung dan manusia.

Laporan terbaru agensi berita asing menyebut bahawa selesema babi itu telah menular ke Amerika Syarikat dan WHO bimbang ia mungkin merebak ke seluruh dunia.


If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Info To You by Email
Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.
Have you found this post useful? If so please share it:

Monday, 27 April 2009

Cara Mudah Untuk Membuang Warning XP Not Genuine

Background bertukar jadi hitam ialah kesan genuine software validation yang telah dikeluarkan oleh Microsoft untuk membendung kegiatan cetak rompak. Setahu saya ramai yang penah mengalaminya dan saya sendiri juga pernah mengalaminya. Kalau ikutkan saya dulu terus je format tanpa berfikir panjang bagaimana nak mengatasinyA, malas saya nak fikir. Ambil Tips saya ni dan cuba dahulu.


Benda Ini tersebar disebabkan oleh :
  • Apabila mengaktifkan Automatic Upadates
  • Software tersebut akan di install secara automatic kedalam sistem anda
  • Arahan yang dikeluarkan oleh software tersebut akan menyahaktifkan(disable) background anda dan beberapa fungsi penting(key features) lain..
Cara Mengatasinya

1. Buka Windows Task Manager.

2. Matikan(end) wgatray.exe process in Task Manager.

3. Restart Windows XP dalam Safe Mode.

4. Delete WgaTray.exe dari c:\Windows\System32.

5. Delete WgaTray.exe dari c:\Windows\System32\dllcache.

6. Buka RegEdit.(-taip di RUN..)

7. Cari(browse) lokasi ini:-
HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\Microsoft\Windows NT\CurrentVersion\Winlogon\Notify

8. Delete folder ‘WgaLogon’ dan kesemua isinya.

9. Reboot Windows XP.


If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Info To You by Email
Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.
Have you found this post useful? If so please share it:

Fakta Mengenai Komputer, Internet Dan Virus

Carian Yang Merbahaya

Dangerous Searches terjadi apabila enjin carian Google menyenaraikan hasil carian pengguna yang dipaut terus ke laman-laman web penceroboh atau laman web yang mengandungi malware dan virus.

Di antara kata kunci yang perlu dielakkan adalah:

victoria’s secret (menyebabkan jangkitan trojan fake codec), pokemon ruby gamesharks, blue book (menyebabkan jangkitan mdac exploit), bulletin boards dari norwich, muzik! (serangan webattacker 2 atau mpack), IBM stock, pallet fire, Nigerian economic and financial crimes, who’s a rat, atlas mountains country, rotweiller rescue, North Padre Island (serangan WebAttacker 2 or Mpack), arches national park (serangan WebAttacker 2 or MPack), canyonlands national park, the mass lottery, air disasters in Florida,
cd key windows xp profesional dan batmobile for sale.


Google + Yahoo

Google terhasil dari perkataan Googol. Ia diilhamkan oleh Larry Page, inventor dan pengasas bersama Google Inc.

1 Googol bersamaan dengan digit 10 dikuasakan 100. Menurut kamus berbahasa Inggeris ia disebut ten duotrigintillion atau ten thousand sexdecillion.

Yahoo merupakan singkatan nama bagi “Yet Another Hierarchical Object Organizer”. Perkataan ini digunakan oleh pengasasnya Jerry Yang dan David Filo untuk menggambarkan diri mereka yang periang.


Enjin Pencari

Enjin pencari internet atau internet search engine pertama di dunia telah dicipta oleh Alan Emtage, seorang pelajar di University McGill, Montreal, Kanada pada tahun 1990.

Enjin pencari internet ini dinamakan Archie. Fungsi asalnya adalah sebagai direktori elektronik yang mencari senarai index daripada komputer-komputer pelayan FTP di seluruh dunia. Seterusnya, ia membenarkan para pengguna mengambil maklumat dari komputer-komputer pelayan FTP tersebut.

Sehingga kini terdapat pelbagai versi enjin pencari dengan fungsi-fungsi tambahan dipertingkatkan seperti carian dalam bahasa berlainan, penggunaan mesin kira, carian kata kunci dan sebagainya.

Di antara enjin pencari internet yang popular adalah Google dan Yahoo.


Pelayar Web

Tim Berners-Lee adalah inventor kepada pelayar web atau web browser yang pertama di dunia.

Pelayar web ini direkacipta semasa beliau bertugas sebagai saintis di CERN (European Organization for Nuclear Research) pada tahun 1991. Berners-Lee menamakannya sebagai WorldWideWeb.

Pelayar web WorldWideWeb ini dibina pada komputer teknologi tinggi NeXTcube menggunakan hypertext antaramuka pengguna yang berkonsepkan WYSIWYG (What You See Is What You Get) dan HTML.

Pada tahun 1992, Pei-Yuan Wei - pelajar di Universiti California, Berkeley telah membangunkan pelayar web ViolaWWW. Pelayar web ini pula menggunakan konsep hypercard iaitu gabungan aplikasi pangkalan data dan grafik.

Teknologi pelayar web terus berkembang dan menghasilkan beberapa pelayar yang popular seperti Mosaic, Netscape Navigator dan Communicator, Internet Explorer, Opera dan Mozilla.


Perisian Antivirus

Perisian antivirus yang pertama di dunia dihasilkan pada tahun 1988. Iaitu 2 tahun selepas penemuan virus Brain.

Penemuan ini berlaku secara tidak sengaja apabila Denny Yanuar Ramdhani dari Indonesia menghasilkan virus Den Zuk. Virus Den Zuk didapati telah meneutralkan virus Brain yang menjangkiti sekeping disket.

Pada tahun yang sama, Peter Tippett - seorang doktor perubatan yang menjalankan bisnes software housenya sendiri telah mengambil idea dari penemuan virus Lehigh untuk membangunkan sebuah aturcara pengimbas yang berupaya menjejaki virus dan memadamkannya.

Menjelang tahun 1990, 4 buah syarikat iaitu IBM, McAfee, Digital Dispatch dan Iris telah memperkenalkan produk perisian antivirus untuk pasaran umum.


Virus Komputer

Pada tahun 1986, virus komputer yang pertama di dunia telah ditemui. Virus ini dikenali sebagai Brain.

Virus Brain ditulis oleh 2 orang adik-beradik, Basit dan Amjad Farooq Alvi yang berasal dari Pakistan. Pada mulanya program ini ditulis untuk melindungi hakcipta perisian perubatan yang mereka bangunkan dari dicerobohi oleh pihak lain.

Ia bertukar menjadi virus sektor boot yang hanya menjangkiti disket. Virus ini berfungsi dengan menggunakan kaedah penyamaran. Ia menempatkan dirinya di dalam segenap ruang kosong pada disket menyebabkan disket tersebut tidak boleh digunakan lagi.


Sistem Pengoperasian

Sistem pengoperasian sering dikaitkan dengan Microsoft. Selain Microsoft versi Windows, terdapat 6 kategori bagi sistem pengoperasian iaitu:

1. Unix/BSD (cth: Solaris/FreeBSD).

2. GNU/Linux (cth: RedHat/Ubuntu).

3. MacOS (cth: MacOs Classic/MacOS X).

4. DOS (cth: FreeDOS/QDOS).

5. Embedded/Realtime (cth: MINIX).

6. Experimental (cth: Amoeba).


Telur Easter

Telur Easter atau easter egg adalah mesej, grafik, kesan bunyi atau sebarang bentuk kelainan yang disembunyikan di dalam perisian. Produk-produk perisian milik Microsoft umpamanya, mempunyai beberapa ‘telur easter” yang tersembunyi. Antara yang popular adalah :

1. Skrin kredit untuk para pembangun Internet Explorer 7.0
2. Pemburu Dev dalam MS Excel 2000


Kod Nama Windows

Sebelum dilancarkan kepada umum , sistem pengoperasian Windows tidak dinamakan sepertimana sekarang. Sistem pengoperasian Windows menggunakan kod nama sebagai pengenalan. Berikut adalah kod nama bagi Windows.

1. Longhorn - Windows Vista

2. Whistler - Windows XP

3. Cairo - Windows 2000

4. Georgia - Windows ME

5. Memphis - Windows 98

6. Chicago - Windows 95

7. Janus - Windows 3.1


Pepijat Komputer

Sejarah pepijat komputer bermula pada tahun 1945.

Pada suatu malam, Kapten Grace Murray Hopper - pegawai wanita dalam Armada Laut, Amerika Syarikat sedang bertugas dengan rakannya di makmal komputer Universiti Harvard. Semasa mengendalikan komputer kerangka utama Mark II, tiba-tiba komputer tersebut gagal berfungsi. Dengan bantuan beberapa orang pengendali data komputer, mereka telah membuat pemeriksaan untuk mengenalpasti puncanya. Grace terpandang seekor rama-rama melekat pada sekeping penyiar kalkulator bernombor 70 dalam panel F.

Grace melekatkan rama-rama tersebut pada buku lognya dan mencatatkan mesej “kes pertama pepijat komputer telah dijumpai”. Buku log ini disimpan di Naval Surface Warfare Center Computer Museum, Virginia untuk tatapan umum.


If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Info To You by Email
Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.
Have you found this post useful? If so please share it:

Wednesday, 22 April 2009

Zack Dan Mira

Zack dan Mira sepupu. Tiap-tiap kali kat kampung diorg akan kongsi satu bilik. Masa tu malam raya.

Zack: Mira!

Mira: Nape Zack?

Zack: Ikut aku kat bilik tidur jap!

Mira: Jangan tarik!

Dalam bilik......

Zack: Kau tahu tak aku ni seorg lelaki yg pantang kalau tak dapat apa yg dia nak selama ni.......

Mira: Huh?

Zack: Dah tak tahan dah Mira! Cepat tanggalkan kain kau tu sekarang jugak!

Mira: Ape ni Zack??!!

Zack: Setelah sekian lama aku berkongsi bilik ngan kau Mira........ aku betul-betul dah tak tahan dah ni Mira! tanggalkan cepat!

Mira: Zack nanananti dulu.....Mira....

Zack: No excuse! tanggalkan skang! kau nak aku guna kekerasan???!

Mira: Jajajangan buat perangai camni Zack....Mira takut....... esokkan dah raya..... baru habis sebulan berpuasa....

Zack: Pasal esok nak raya lah aku suruh kau tanggalkan kain langsir kau ni!! Tiap2 tahun mesti guna kain langsir kau utk bilik ni! Aku tak kira tahun ni kain langsir aku pulak!

Mira: ce.....la.....ka.......


If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Info To You by Email
Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.
Have you found this post useful? If so please share it:

Gengsters

Sebuah kumpulan gangster menghadapi masalah untuk mengutip wang perlindungan dari peniaga. Ini kerana pihak polis sering membuat intipan dan tangkapan. Ketuanya mengambil seorang bisu untuk mengutip wang tersebut. Pada pendapatnya, tentulah polis sukar untuk menyoal siasat si bisu tersebut.

Maka si bisu pun mula mengutip wang dan berjaya memperolehi RM50,000.

Walaubagaimana pun, dia menyembunyikan wang tersebut di suatu tempat rahsia.
Maka pada hari yang telah ditetapkan, ketua gangster mengarahkan orang-orangnya memanggil si bisu. Apabila dipanggil, si bisu itu berpura-pura tidak dapat berkomunikasi dengan mereka. Lalu mereka pergi berjumpa dengan seorang pakar bahasa isyarat.

Gangster : Mana wang tu?

Pakar menunjukkan isyarat kepada si bisu...

Sibisu menunjukkan isyarat untuk "Aku tak tahu apa yang mereka katakan."

Pakar bahasa isyarat memberitahu gangster tersebut. Dan gangster tersebut menghalakan pistol ke arah kepala si bisu.

Gangster : Aku akan tembak kepala kau, bisu...

Sibisu menunjukkan isyarat "Duit RM50,000 tu aku telah sembunyikan di taman permainan di bawah kerusi yang ketiga dari pintu masuk."

Pakar bahasa pun berkata kepada ketua gangster, "Dia tidak tahu dimana wang itu dan kalau kau nak tembak-tembaklah... "


If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Info To You by Email
Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.
Have you found this post useful? If so please share it:

Teksi Berhantu

Kul12mlm..amid & alan pulang dari keje,naek teksi..kje byk kt opis,blk pun lewat,sblum ni x pernah mcmni,selalu blk pun naek kereta alan..tapi kereta dah takde,kene curik..

Alan : eh,betol ke org cakap kt sini de teksi berhantu?? Ade dengar x??

Amid : Ade dengar.. diorg cakap..die jmput pnumpang tu,pastu die menjelma jd antu..bau busuk..muke huduh.. pastu isap darah org plak tu.. nape ko tanye?? Wat seram je la ko ni..

Alan : 1st time aku blk keje naek teksi ni..aku rase Laen mcm plak..debar2 jek..something wrong ni.. ah..!! biar la..jgn pkir bkn2..tahyul2..

Amid : tau..x pe.. haa..!! tu teksi tu..tahan2..

Pemandu Teksi : Nk blk mne dik?? Korang ni last passenger abg ni..jgn jauh2 da la..


Alan : kitorg nk ke subang..USJ1 bang..apartment permai..tau x bang?? Boleh la bang..jauh cket jek.. bole ye bang..

Pemandu Teksi : Eh..!! jauh tu dik dari pandan ni..jauh nye kje..dari subang ke pandan..

Amid : sbelum ni naek kereta bang..arini jek naek teksi..bole ye bang..

Pemandu Teksi : Naek Lah..cian aku tgok korg ni..

Alan & Amid : Mekasih bang.. Hehe..!!

Si brader teksi ni pun bukak la cite..

Pemandu Teksi : korg pernah dengar cite teksi hantu kt sini x??

Alan & Amid : Pernah..nape bang?? Betol ke cite ni??

Pemandu Teksi : eh..betul la.. korang ni x caye ek bende2 mcmni?? Memang ade pun..pnumpang yg naek tu akan terhidu bau busuk dari teksi tu..itu tande2 nye la..pastu teksi tu akan benti kat tmpt sunyi,gelap..pmandu die pun akan menjelma jadi lembaga itam yg bsar & bertaring..pastu lembaga tu akan isap darah pnumpang tu.. haa.. mcm tu la cite nye..

Alan : yeke..malang la nasib sape yg kene tu..hehe.. sy x caye la bende2 ni bang..tahyul-mahyul jek..

Amid : (sambil berbisik)..oii..mangkuk..pehal cabul sgt mulut ko ni?? Ntah2 brader teksi ni antu tu.. Laen mcm jek aku tgok.. die pun arif bercerita..mcm die jek antu tu.. takut aku..

Alan : hahahahahaha.. wat lawak la ko ni..

Pemandu Teksi : Pe yg lawak nye dik?? Gelak besar lagi tu?? Jgn maen2 dik..dgn bende2 halus ni.. hehehe..

Lepas kene tegur..amid & alan pun terdiam..tiba2 terbit 1 bau yg agak busuk,menusuk dlm kalbu sanubari hidung diorg..

Amid : (sambil berbisik)..wei..ko bau x ape yg aku bau?? Bulu roma tengkuk aku da tegak2 ni..Laen mcm jek..abg teksi ni senyap jek.. wei..aku takut La..

Alan : (sambil berbisik).. eh..ko jgn takut,kalau kau takut..aku pun takut..memang ade bau pun..jgn die benti kt depan tu dah..tempat tu sunyi,gelap..

Tibe2 teksi tu benti kat tempat gelap tu..sunyi jek suasane nye..

Maka..

Alan & Amid : Aaahhh..sudaahh..!! knape benti bang??

Pemandu Teksi : hehehe..tempat sunyi ni elok benti..gelap,x de orang..x de sape2 nmpak.. hehehe.. korang duduk sini diam2.. hehehe..

Alan & Amid : Hah..!! Alamak tok..!! jgn isap darah kami tok,kami x kawin lagi.. kursus kawin baru je daftar,tu pun kelas die x pegi Lagi.. ampun kan kami tok.. waa..waa..

Pemandu Teksi : Tok?? eh..apahal korang ni..?? aku nak gi berak la kat semak tu,kang terang2 kang orang nampak..eh!! aku sakit perut la..makan jering&petai tghari tadi..ko x bau ke kentut aku tadi?? Lagipun sini bukan ade toilet pun.. dah..dah.. lepas kaki aku..siap melutut,merayu Lg ni.. ape kes?? eishh..!! Lepas2..berak dLm seluar plak aku kang..!! eish..!!

Alan & Amid : Hah?? Laa..!!


Have you found this post useful? If so please share it:
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Info To You by Email

Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Isteriku Curang


Johan pulang dari kerja satu petang dan terdengar suara isterinya dalam bilik mengerang. Dia berlari naik ke bilik dan melihat isterinya terlantar di katil berpeluh tanpa pakaian.

"Kenapa ni sayang?" tanya Johan. "I diserang sakit jantung", jawab isterinya. Johan berlari ke bawah untuk menalipon doktor tapi belum sempat dia talipon, anaknya yang berumur 5 tahun berlari datang dan berkata,

"Papa, acik Lan ada bawah katil ayah tak pakai suar."

Johan mula naik angin dan naik semula ke biliknya. Memang betul Mazlan jiran mereka ada di bawah katil tanpa pakaian.Johan menarik Mazlan keluar dan berkata,

"Lahanat kau Lan, isteri aku kena sakit jantung. Kau pulak cuba menakutkan anak aku ye?"


If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Info To You by Email
Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.
Have you found this post useful? If so please share it:

Lawak - Surat Dari Sahabat

Kepada: Teman baikku Lelouch...

Lelouch,

dengan duit engkau dapat ...

Membeli tempat tidur, tapi tidak dapat membeli "tidur nyenyak".

Membeli sebuah jam, tapi tidak dapat membeli waktu.

Membeli sebuah buku, tapi tidak dapat membeli pengetahuan.

Membeli jawatan yang bagus dalam pekerjaan, tapi tidak dapat membeli kehormatan.

Membeli ubat-ubatan, tapi tidak dapat membeli kesihatan.

Membeli darah, tapi tidak dapat membeli kehidupan.

Jadi duit bukanlah segalanya .... Bahkan duit terkadang membuatmu merasa sakit dan menderita. Aku memberitahu perkara ini kepadamu, kerana aku adalah temanmu, dan sebagai teman aku ingin menyingkirkan semua rasa sakit dan penderitaan yang engkau alami. Jadi segera pindahkan semua duitmu kepadaku kerana aku rela menderita untukmu.

Salam manis,

Sahabatmu yang terbaik


If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Info To You by Email
Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Have you found this post useful? If so please share it:

Boleh Ke Saya Hamil?

Ketika sedang belajar dalam sebuah kelas darjah satu, Jenet cuba bertanyakan soalan pada gurunya,


Jenet : "Cikgu, bolehkah ibu saya hamil?"


Cikgu : "Berapa umur ibu Jenet?"


Jenet : "40 tahun, cikgu.."


Cikgu : "Ya, dia masih boleh hamil, Jenet"


Jenet : "Bolehkah kakak perempuan saya hamil?"


Cikgu : "Berapa umur kakak Jenet?"


Jenet : "19 tahun, cikgu.."


Cikgu : "Ya, sudah tentu. Kakak Jenet juga boleh hamil"


Jenet : "Mmm... bolehkah saya hamil, cikgu?"


Cikgu : "Berapa umurmu, Jenet?"


Jenet : "7 tahun, cikgu"


Cikgu : "Oh, Kamu belum cukup umur. Kamu masih belum boleh hamil lagi"


Tiba-tiba, Rizal yang duduk dibelakang jenet, mencelah sambil berbisik sesuatu pada jenet, "betulkan, apa saya cakap.. tidak ada yang perlu kita khuatirkan!"


If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Info To You by Email
Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.
Have you found this post useful? If so please share it:

Tuesday, 21 April 2009

AVG Link Scanner

Siapa tidak kenal AntiVirus AVG, antivirus yang sangat popularnya dengan perkhidmatan percumanya yang boleh dikatakan sangat bagus. Rakyat Malaysia juga adalah antara yang terbanyak menggunakan AntiVirus AVG.

AVG sekali lagi melancarkan Antivirus terbarunya, iaitu AVG LinkScanner. Apa kegunaannya? AntiVirus ini berbeza dengan produk AVG sebelumnya. Yang ini khusus digunakan untuk scan link yang rosak atau mempunyai Virus, kerana virus juga boleh terdapat pada link. Contohnya link yang tidak boleh dibuka yang berpunca dari Virus. Bukan itu sahaja ia juga akan memberi amaran sekiranya sesuatu link itu mempunyai Virus. Aplikasi ini sangat bagus kerana ia tidak bergantung dengan antivirus lain seperti AVG Antivirus.


Oleh kerana berjuta-juta alamat link di Internet, AVG membuat analisis bahawa ada lebih 2 juta alamat web/blog yang mempunyai ancaman virus tersembunyi. Samada diketahui atau tidak diketahui.Semoga AntiVirus ini dapat membantu anda.

Dengan banyaknya jutaan alamat di Internet, diperkirakan oleh AVG bahwa ada lebih dari 2 juta alamat situs yang disusupi oleh ancaman tersembunyi, baik diketahui atau tidak dan terjadi 100.000 sampai 150.000 ancaman dalam sehari. Semoga saja antivirus ini dapat membantu meminimalisir virus masuk ke komputer anda.

Muat Turn : Klik Disini


Update AVG LinkScanner

Seperti Antivirus yang lain, AVG LinkScanner juga perlu diupdate. Disediakan dua cara update, iaitu update online dan Manual Update. Untuk update online hanya klik icon AVG LinkScanner dan klik Update Now, atau melalui menu Tools > Update.

Secara manual, download file updatenya dari link ini http://free.avg.com/download-update, kemudian muat turun file update dengan nama seperti Link Scanner DB: 8.0.117 ( versinya mungkin berbeza), Saiznya sekitar 620 KB. Setelah file itu di muat turun, cara update melalui menu Tools > Update from folders..



If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Info To You by Email
Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.
Have you found this post useful? If so please share it:

Monday, 20 April 2009

Rahsia Pada Bahasa Tubuh Lelaki

Tidak sukar mengenali seseorang lelaki. Walaupun lelaki tidak suka mengungkapkan kata-kata melalui perkataan, tetapi dengan hanya pergerakan tubuh atau bahasa badan dapat mengungkap segala yang ada pada diri seorang lelaki. Si gadis yang dicintai dengan mudah akan mengetahuinya. Dibawah saya senaraikan bahasa tubuh lelaki.

1. Menganggukkan kepala
Ketika kamu berbual dengan seorang lelaki dan dia mengangguk-anggukkan kepala itu membuktikan bahawa itu seorang yang mengambil berat dan sentiasa mengingati kamu. Dia juga mudah memberikan bantuan apabila kamu memerlukan pertolongan.

2. Mendekatkan badan.
Apabila seorang lelaki itu mendekatkan badannya kepada kamu ketika berbual. dia adalah lelaki yang menarik dan mampu membuatkan ramai orang tertarik padanya. tetapi sayang, kadang-kadang si dia bersikap keterlaluan.

3. Merenung
Opss! berhati-hati ya. Lelaki jenis ini terlalu mengharapkan pertolongan dari individu disekelilingnya. Sebolehnya dia mahu dirinya 'ditawarkan` dengan cinta, persahabatan dan kerjaya kerana tak mahu sibuk mencarinya.

4. Mengerakkan tangan dan badan
Lelaki ini memberangsangkan, bertanggungjawab dan mempunyai rasa cinta yang sungguh mendalam. Si dia juga beranggapan kata-kata tidak cukup untuk membuktikan kesucian cinta. olth itu, setiap gerakan tangan dan badannya adalah bukti kesungguhan dirinya terhadap pasangan. dia juga seorang yang sensitif dan baik hati.

5. Suka berdiri
Apabila bercakap, sia dia lebih gemar berdiri. Lelaki jenis ini melambangkan yang jiwanya suka menguasai dan mengongkong. Dia suka mempengaruhi orang lain untuk kepetingan dirinya dan pantang mengalah.

6. Memandang mata
ini adalah sifat lelaki yang yakin dan berani berterus terang. Dia sentiasa memberi perhatian, berusaha menjaga hati semua pihak, tidak kira sama ada rapat atau tidak hubungannya dengan individu tersebut.

7. Sensitif pada jarak
Apabila berbual, lelaki jenis ini akan duduk atau berdiri pada jarak tertentu bergantung kepada sejauh mana kemesraannya dengan seseorang individu itu. Dia amat peka terhadap perasaan individu serta tahu apa yang mereka suka atau tidak

8. Meniru gerak
Lelaki ini terpengaruh dengan rasa dan tingkah laku orang lain yang suka mempengaruhinya. Namun, sebenarnya si dia seorang yang amat mudah di bawa berbincang dan suka menurut asalkan ia tidak menimbulkan masalah pada dirinya.


If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Info To You by Email
Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.
Have you found this post useful? If so please share it:

Sunday, 19 April 2009

Rahsia Blogspot Yang Mungkin Anda Tidak Tahu

Antara sengaja atau tidak sengaja, tetapi bagi saya ia memang disengajakan. Inilah cara bagaimana mereka menyesatkan umat Islam yang tidak tahu tentang agama, tetapi mengakui mereka beragama Islam. Bermacam-macam cara mereka buat untuk menyesatkan umat Islam, supaya umat Nabi Muhammad S.A.W ini memeluk agama yang mereka anuti. Tetapi saya percaya perkara ini nampak remeh dan dipandang sebelah mata bagi mereka yang kuat Imannya, tetapi Impaknya sangat besar sekiranya ia berlaku kepada mereka yang lemah Iman dan dengan mudah terpengaruh dengan cara sebegini.

Apa yang cuba saya sampaikan ini mungkin ada yang sudah mengetahui dan kemungkinan juga tidak mengetahui. Kepada pengunjung blog saya terima kasih kerena sudi membaca entri ini. Tanpa membebel dengan panjang lagi, saya akan memberi tahu apa itu Rahsia Blogspot.

Cuba anda taipkan URL blog saya http://socolatajuz.blogspot.com dengan betul, sudah tentu ia akan terus menuju ke blog saya, Tetapi sekiranya anda tersalah tulis perkataan BLOGSPOT kepada BLOGPSOT seperti ini http://socolatajuz.blogpsot.com, anda rasa ia akan menuju kemana? Jawapannya ialah BIBLE, apa itu bible? Bible adalah kitab orang Kristian. Itulah yang saya katakan tadi inilah caranya bagaimana mereka menyesatkan orang Islam.

Tidak kira apa Nama Blog Anda, jika anda tersilap taip Blogspot ia akan menuju ke website Bible ini. Cuba lihat gambar dibawah.


Anda digalakkan untuk menyebarkan maklumat ini tanpa perlu meminta kebenaran saya.


If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Info To You by Email
Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.
Have you found this post useful? If so please share it:

Friday, 17 April 2009

10 Tips Asas Google Adsense

Google Adsense adalah web advertising program yang paling popular untuk memana website di dunia. Hamun begitu terdapat beberapa peraturan dan syarat yang perlu dipatuhi apabila menyertainya. Berikut adalah tips adsense yang sesuai untuk newbie bagi menjana pendapatan tambahan yang berpanjangan dan berterusan...

1. Jangan Klik Adsense Sendiri
Banyak orang kerana terlalu tamak dan nak kaya cepat ia membuat sesuatu yang merugikan diri mereka sendiri iaitu dengan mengklik adsense sendiri dengan harapan dapat meningkatkan pulangan adsense yg tinggi. Namun ia akan berakhir dengan rasa dukacita apabila pihak google adsense boleh detect fraud click dan seterusnya banned account anda buat selama-lamanya.. Pengajarannya.. berlaku jujur dan jgn klik banner adsense sendiri.

2. Jangan ubah code Adsense sesuka hati
Jika ubah code utk tukar colour fonts atau background ia dibolehkan, tetapi kalo ubah code utk sesuatu yang lain dari sebab optimization maka ia akan mengundang 2 risiko.. pertamanya adsense tidak akan muncul kerana code yg salah, keduanya account adsense anda akan disuspend oleh pihak google.

3. Tidak boleh letak lebih dari 3 ad unit, lebih dari 1 ad link atau 2 ad search salah satu webpage anda.
Jika anda lakukannya , maka adsense mungkin tidak akan berfungsi kerana pihak google telah meletakkan limit yang tertentu untuk sesebuah webpage. Better kita ikut apa yang telah ditetapkan.

4. Tak boleh letak banner/ads pesaing selain daripada Google Adsense
Sebenarnya Google telah mengugurkan clause ini. So anda boleh run banner/ads pesaing daripada google spt YPN, Chitika etc.. Namun begitu TOS YPN masih lagi tidak membenarkan sebarang banner/ads diletakkan bersama.. ianya bergantung kepada TOS masing2.. Namun Google adsense lebih terbuka dan ini merupakan satu kelebihan adsense.

5. Tak boleh dedahkan maklumat penting Google Adsense
Anda tak boleh dedahkan maklumat spt CTR, CPM and income derived via individual ad units or any other confidential information.. tetapi anda boleh reveal total money yg anda dapat melalui adsense sebagai alternatif..

6. Tidak boleh ada multiple account adsense !
Hanya cukup dengan 1 account adsense anda boleh letak di byk web yang anda ada. Sekiranya anda bukak banyak account adsense dan jia dapat di'track' oleh pihak google maka mereka tidak akan teragak-agak untuk menutup kesemua account adsense anda.. So berhati-hatilah...

7. Tidak boleh letak adsense di email
Melalui TOS adsense mereka tidak benarkan sebarang banner google adsense melalui email html format. Ini termasuklah mailing list, newsletter atau sebagainya.. Elakkan org mengklik banner adsense melalui email. Ia melanggar TOS.

8. Pastikan content web yg relevan
Jangan letak adsense di dalam content porno, hate-related, violent, or illegal content... ia akan memberi risiko jika anda membuatnya.

9. Pastikan bahasa content yang sesuai
Buat masa ini Adsense support bahasa spt Chinese (simplified), Japanese, Danish, Korean, Dutch, Norwegian, English, Polish, Finnish, Portuguese, French, Russian, German, Spanish, Hungarian, Swedish, Italian and Turkish.. Jika anda buat selain daripada bahasa di atas berkemungkinan adsense anda tidak akan berfungsi dengan aik atau kuar iklan layanan masyarakat.

10. Maximum 2 referral button per product per page
Limit 1 webpage boleh letak 2 referral buttons for adsense referral, adwords referral, Google pack and Firefox with google toolbar referral.

Sumber : Rahsiaebiz

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Info To You by Email
Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.
Have you found this post useful? If so please share it:

Firefox Wallpapers






Klik untuk paparan lebih jelas.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Info To You by Email
Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.
Have you found this post useful? If so please share it:

Filem Bohsia - Jangan Pilih Jalan Hitam



Judul Bohsia mungkin agak liar, nakal dan mungkin agak keterlaluan, tetapi bagi pengarahnya, Syamsul Yusof mahu masyarakat tidak melihatnya dari luaran saja tanpa memahami apa yang hendak disampaikan menerusi filem itu.Tapi jangan melihat pada perkataan Bohsia saja, tetapi renungi juga sebaris ayat pendek yang menjadi tag-line filem ini iaitu Jangan Pilih Jalan Hitam. Bagi Syamsul untuk mendekati dan memahami masalah golongan ini, kenalah ada pendekatan yang bersesuaian supaya mereka boleh menerimanya dengan mudah.

Katanya, bukanlah satu kesalahan dia memilih Bohsia sebagai judul filem kedua arahannya kerana perkataan itu sudah diterima oleh masyarakat yang merujuk kepada masalah berkaitan dengan remaja perempuan.“Bohsia adalah cerita remaja. Jangan lihat pada judulnya tetapi pada keseluruhan cerita filem ini. Kalau kita melihat dari sudut negatif, memanglah semuanya dianggap negatif saja. Ia paparkan apa isu yang ada sekarang. Ia realiti yang berlaku sekarang. Kenapa mereka jadi macam itu (jadi bohsia), adakah ia berpunca daripada keluarganya, masyarakat dan sebagainya.

“Tajuk Bohsia itu sendiri tidak sepatutnya dijadikan kontroversi kerana ia sudah menjadi ‘bahasa umum’ yang merujuk kepada sekumpulan remaja perempuan terjebak dalam gejala sosial. Malahan perkataan bohsia itu lebih lembut bunyinya berbanding kalau kita menyebut perempuan jalang atau sundal,” katanya ketika ditemui di lokasi penggambaran filem itu di Ukay Perdana, Hulu Klang, baru-baru ini. Syamsul berkata apabila dilihat secara positif, filem Bohsia ini boleh dianggap sebagai kritikan sosial yang mempersoalkan apakah tindakan dan peranan keluarga dan masyarakat dalam menangani permasalahan itu.



“Isu bohsia dalam filem berpunca daripada keluarga. Seorang bapa yang tidak bertanggungjawab memperkosa anaknya sendiri. Si anak tertekan dan tanpa sokongan masyarakat sekeliling dia memilih haluan sendiri, bergaul dan mengamalkan kehidupan secara bebas sehinggalah digelar bohsia.“Saya tidaklah meminta golongan remaja bermasalah memilih jalan hidup yang tidak elok. Sebab itulah tagline filem ini adalah Jangan Pilih Jalan Hitam. Cuma saya berasakan perlu juga melalui filem ini ditunjukkan apa sebenarnya peranan kita untuk mengatasi masalah bohsia,” jelasnya.

Pada usia masih muda iaitu 23 tahun, Syamsul berasakan memang mudah untuk ‘menjiwai’ permasalahan dalam kehidupan bohsia kerana segala maklumat yang diperolehi dan menjadi subjek dalam filem kedua arahannya adalah hasil pergaulannya dengan golongan itu.Selain mengarah, sekali lagi dia turut menjadi antara barisan pelakon filem ini. Pelakon lain ialah Nasir Bilal Khan, Aaron Aziz, Nabila Huda, Salina Saibi, Diana Danielle dan Korie.

Filem itu yang kini sudah lebih 20 hari menjalani penggambaran dianggap tidak memberi tekanan kepada Syamsul berbanding ketika mengarahkan filem pertamanya Evolusi: KL Drif.
“Jadual kerja untuk mengarahkan filem ini tidak ketat. Saya anggap bekerja secara sihat sepanjang mengarahkan filem Bohsia. Jadualnya agak fleksibel. Saya masih ada masa untuk berehat. Masa mengarahkan filem Evolusi: KL Drift memang cukup tertekan dan rasa macam tersiksa.“Setiap masa adalah kerja. Penggambaran dari pagi hingga hampir subuh. Keesokannya kena ke lokasi lagi. Memang sewaktu buat KL Drift saya hampir putus asa, perit rasanya.

“Tetapi KL Drift juga memberikan pengalaman dan disiplin kerja yang bagus kepada saya. Ia mengajar saya macam mana hendak mengatasi tekanan. Macam mengarahkan filem Bohsia, tekanan tetap ada tetapi tidaklah seteruk KL Drift,” katanya.Menurutnya, walaupun tidak sehebat KL Dritf. filem Bohsia tetap menampilkan babak aksi seperti adegan kejar mengejar menggunakan motosikal yang agak mencemaskan penonton dan perkelahian yang tegang.



Sementara itu, ditanya mengenai sambutan filem Evolusi: KL Drift, Syamsul berkata dia seperti tidak percaya filem arahan pertamanya itu mencatatkan kutipan kasar yang tinggi kerana ia adalah di luar jangkaannya.“Sasaran saya ialah filem itu tidak rugi. Itu sudah cukup. Ini kerana sebelum KL Drift ditayangkan, filem arahan Ahmad Idham iaitu Impak Maksima sudah masuk panggung. Malahan Impak Maksima versi drama juga sudah disiarkan di TV.

“Saya risau ia akan memberi kesan kepada filem KL Drif. Tapi tidak disangka sambutannya cukup menggalakkan. Saya peluk ayah dan emak kerana syukur dan berterima kasih kepada mereka yang tidak pernah putus memberi semangat kepada saya,” katanya.Filem Evolusi KL Drif mencatatkan kutipan kasar RM4.5 juta selepas lebih dua minggu ditayangkan pada 3 April lalu. Ia menjadi kutipan tertinggi bagi filem tempatan yang ditayangkan setakat April 2008.



If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Info To You by Email
Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.
Have you found this post useful? If so please share it:

Thursday, 16 April 2009

24 Tips Mengekalkan Hubungan Cinta

Gambar Hiasan Semata-mata
1. Jaga Penampilan Diri, Kerana semua Orang Suka Dengan Kekemasan & Kecantikan, Persepsi Pertama Adalah Sangat Penting & Jangan Tonjolkan keburukkan Anda Pada Awal Pertemuan.

2. Ikhlas dalam Memulakan Perhubungan, jangan Malu Untuk Jadi Diri Kamu Sendiri, Bukannya Berlakon dan Berlagak Seperti Orang Lain yang Akhirnya Akan Menjerat Diri Sendiri

3. Ketika berinteraksi dengan si dia, jangan lupa menggunakan bahasa tubuh seperti gerakan tangan, renungan mata dan tunjukkan minat ketika si dia sedang bercakap.

4. Sentiasa Berfikiran Positif, Datang Untuk Bertemu Si Dia Dengan Penilaian Yang Kosong Dan Tidak Curiga, Dengan Berfikiran Positif Anda Lebih Mudah Menerima Seseorang.

5. Elakkan Mengguna Perkataan Berunsur Negatif Seperti (Saya Tidak Suka). Lebih Baik Bercerita Tentang Kesukaan Masing - Masing. Gunakan Ayat positif Seperti (Saya Suka).

6. Pada Pertemuan Pertama, Jangan Fokuskan Perbualan Tentang Masalah, Kesibukan Kerja Dan Sebagainya. Si Dia Tidak Datang untuk Berasa Sedih, Maka GembirakanLah Si Dia.

7. Jangan Kedekut Dengan Kata Pujian, Berikan Pujian Seikhlas Hati Anda Tapi Jangan Sampai Berlebih-Lebih. Anda Boleh Memuji Warna Bajunya, Rambut, Kasut Dan Sebagainya.

8. Tunjukkan Yang Anda Mengambil Berat Terhadap Pasangan Anda, Tolong Dalam Perkara - Perkara Kecil Seperti Mengangkat Beg, Membuka Pintu. Ini Menunjukkan Yang Anda Prihatin.

9. Jangan Bersikap Sombong, Sebaliknya Jangan Abaikan Unsur Humor. Ini Memberi Tanda bahawa Anda Boleh DiDekati Dan Bersikap Terbuka Untuk Menerima Hubungan Baru.

10. Jika Kekasih Anda Melakukan Kesalahan, Beri Dia Peluang Untuk Memberi Keterangan. Mungkin Dia Ada Alasan Kukuh Atas Perbuatannya, Jangan Sampai Anda Yang Malu Sendiri.

11. Apabila Anda Melakukan Kesalahan, Jangan Malu Untuk Mengakuinya. Ringan Mulut Untuk Mengucapkan Perkataan Maaf. Tunjukkan Keikhlasan Dan Jangan Sekali-Sekali Mengulanginya.

12. Cari Waktu Yang Sesuai Untuk Membincangkan Masalah. Persekitaran Atau Iklim Komunikasi Yang Baik, Dapat Mempengaruhi Perbincangan Dan Kaedah Penyelesaian Masalah.

13. Ketika Membincangkan Sesuatu Masalah, Jangan Gunakan bahasa Tersurat. Lebih Baik Berterus-Terang Supaya Pasangan Anda Faham Akan Perkara Yang Hendak DiSampaikan.

14. Jangan Terlalu Menunjukkan Yang Anda Adalah Sangat Baik & Sempurna. Dengar Dahulu Penjelasan Kekasih Anda, Walaupun Dia Bersalah & Lebih Baik Bersikap Merendah Diri.

15. Ketika Membincangkan Sesuatu Masalah, Tumpukan Kepada Masalah, Persoalan Dan Jalan Penyelesaian, Bukannya Dengan Menyalahkan Atau Menunding jari Kepada Sesiapa.

16. Jangan Sekali-kali Membandingkan Kekasih Anda Dengan Orang lain, Terutamanya, Bekas kekasih Mahupun kawan-Kawan Baik Anda, Seolah-Olah anda Lebih Mementingkan Mereka.

17. Semua Orang Mempunyai Ego. Hormati ego kekasih Anda Dan Jangan Merendahkan Ego Kekasih Anda Dihadapan Orang Ramai. Jika Dia sedang Marah, Lebih Baik Berdiam Diri.

18. Gunakan Daya Pujukan Yang Tinggi Semasa Menangani kekasih Yang Sedang Merajuk. Gunakan Kata-Kata Dan Janji-Janji Manis. Tetapi Ingat! Jangan Menabur Janji.

19. Setiap masalah Harus Diselesaikan, Bukannya Ditinggalkan Degan Alasan (Lupakan Saja). Suatu Hari Nanti, masalah Itu Akan Berbangkit Dan Membawa Masalah Baru Yang lain.

20. Biarkan semua kenangan pahit itu berlalu kerana di sebalik itu pasti tersembunyi hikmahnya. Bersyukur atas ujian ini menjadikan kita lebih tabah dalam kehidupan.

21. Gunakan ganti nama yang mesra anda & diri sendiri. Panggil dia dengan Nama yang lain daripada yang orang gunakan. ini memberi keistimewaan kepadanya.

22. Kekasih anda juga mempunyai rakan-rakan. Oleh sebab itu, saling mempercayai dalam hubungan adalah penting dan jangan terlalu mengongkong dalam kehidupan sosialnya.

23. Ajaklah kekasih anda melakukan aktiviti rekreasi bersama-sama, seperti berkelah, bermain boling, jogging dan sebagainya. Aktiviti seperti ini dapat mengeratkan hubungan anda.

24. Dekati hobi kekasih anda , dan cuba melibatkan diri dengan hobi tersebut. Ini akan mengeratkan hubungan anda kerana anda mempunyai aktiviti yang dapat dilakukan bersama.


If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Info To You by Email
Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.
Have you found this post useful? If so please share it:

Tips Hubungan Cinta Jarak Jauh

Bukanlah akhir dari segalanya jika kekasih Anda pindah atau bekerja di tempat yang jauh. Ini artinya Anda harus melakukan segala sesuatu yang sedikit berbeda sehingga jarak tidak lagi menjadi masalah.

Berikut lima tips untuk mempertahankan hubungan ketika Anda berdua terpisahkan oleh jarak:

Tetap berhubungan setiap saat
Kunci mempertahankan hubungan cinta jarak jauh adalah tetap mengadakan hubungan terus menerus. Chatting, saling SMS, telepon atau email secara teratur adalah langkah yang dapat dilakukan sekalipun hanya untuk menceritakan hari-hari yang membosankan. Ini akan membuat Anda merasa seperti Anda bagian dari hidup masing-masing sekalipun Anda terpisah bermil-mil.

Tunjukkan padanya Anda perhatian
Jangan Tunjukkan padanya Anda perhatian biarkan jarak mencegah Anda menujukkan padanya Anda meberikan perhatian. Kirimi dia e-card yang lucu , hangat dan menyentuh atau kirim dia buku yang selalu dia inginkan membacanya. Ini akan menyentuhnya dan membiarkan dia tahu bahwa Anda tengah memikirkannya.

Jangan biarkan perselisihan hidup
Selalu cari solusi segera mungkin ketika Anda berselisih karena semakin lama dibiarkan, masalahnya akan semakin rumit. Jangan pernah menggantungkan pada masing-masing atau mengabaikan e-mailnya. Ketika Anda jauh, telepon dan e-mail menjadi jembatan buat Anda.

Bersemangat dan lakukan sesuatu milik Anda
Jangan menyia-nyiakan hidup hanya karena dia jauh. Tetaplah pada rutinitas biasa atau mungkin lebih baik. Untuk semua kesempatan yang Anda batalkan atau ketika memutuskan tidak punya waktu karena dia, sekarang saatnya untuk melakukan semua itu.

Realistis
Jangan harap dunia akan pindah ketika Anda akhirnya bersatu kembali. Ada banyak hal yang perlu dipahami. Ia telah berada di lingkungan yang berbeda sehingga pahamilah ia perlu waktu untuk beradapatasi kembali hidup di rumah bersama-sama. Sisihkan waktu dan saling bicara apa yang tengah terjadi. Walaupun ini adalah cara sensitif untuk memahami kehidupan masing-masing.


If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Info To You by Email
Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.
Have you found this post useful? If so please share it:

Check Your Blog Popularity, Ranking And More

Urlmetrix adalah aplikasi yang membolehkan anda menyemak populariti blog atau website anda. Caranya sangat mudah anda hanya perlu memasukkan URL blog anda dan kemudian klik Check. Ia akan memaparkan Google PageRank, Alexa Rank, Technorati Rank, Google dan Yahoo Indexed, Google dan Yahoo Backlinks, Delicious Bookmarks dan banyak lagi. Di bawah adalah contoh populariti blog saya.



Jadi sekiranya anda ingin mengetahui populariti blog, pergi ke Urlmetrix. Masukkan URL blog anda dan klik check. Itu saje. Selamat mencoba.


If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Info To You by Email
Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.
Have you found this post useful? If so please share it:

Senarai Parasit Komputer

Bukan sahaja manusia dan binatang sahaja boleh berjangkit dengan Virus, Komputer juga boleh berjangkit. Malah fungsi Virus di Komputer seakan sama fungsinya dengan Virus yang menjangkiti manusia ataupun binatang. Tujuannya adalah untuk merosakkan sistem, data, perisian dan sebagainya. Setiap kali sesuatu sistem komputer baru dicipta sudah menjadi kemestian Virus juga akan muncul. Oleh sebab itu jugalah bermacam-macam cara untuk mengatasinya contohnya dengan perisian Antivirus, Antimalware dan lain-lain.

Dibawah saya ada senaraikan parasit-parasit atau bak kata orang Malaysia Virus(walaupun ia bukan Virus). Ini adalah sebahagian yang dapat saya senaraikan. Antaranya adalah Trojan, Malware, Adware, Spyware....Kebanyakkan parasit dibawah akan merosakkan dan memadam data-data di komputer anda.

Virus
Virus komputer adalah suatu program yang dicipta untuk pelbagai tujuan dan juga boleh tersembunyi di dalam sesebuah perisian.Ia berkemampuan mereplika dirinya dan menjangkiti bahagian atau program lain dalam komputer, dokumen, boot sector dan sebagainya. Virus akan aktif serta melakukan salinan diri sendiri apabila kita menjalankan program yang dijangkiti virus dan akhirnya pelbagai kerosakan berlaku seperti memadam data, mengubah data, merosakkan software dan juga boleh merosakkan perkakasan komputer. Contoh virus Brontok, Michealangelo, dan Tequila.

Trojan Horse (Trojan)
Trojan adalah program berbahaya kerana ia memberi kemampuan kepada penggodam untuk mengawal dan melakukan apa jua perubahan terhadap komputer tanpa disedari pengguna komputer. Ia juga mampu mencipta, memadam serta memindah fail tanpa dijejak. Contoh trojan adalah NetBus, ProRat, Sub7 dan lain-lain.

Worm
Worm atau cecacing adalah program yang berkemampuan mengeksploitasi kelemahan suatu sistem operasi (OS) serta mereplikasi diri pada rangkaian komputer. Contohmya Worm 'sasser' melakukan kerosakan pada sistem komputer persendirian dan korporat. Contoh lain adalah Worm 'CodeRed' mengeksploitasi kelemahan Windows 2000 iaitu pada file idq.dll, kelemahan pada buffer overflow Windows 2K.

Malware
Merupakan sebuah program komputer yang di ciptakan dengan maksud dan tujuan tertentu dari penciptanya yang mencari kelemahan dari perisian. Umumnya malware diciptakan untuk menceroboh atau merosakkan suatu perisian atau sistem operasi (OS).

Adware
Adware adalah program yang mengpop-up iklan dan/atau iklan yang tersembunyi dimasukkan ke dalam sesebuah program. Kebiasaanya program tersebut adalah program freeware, shareware dan sebagainya. Jadi, pengguna terpaksa menerima iklan tersebut. Contoh adware adalah 123 Messenger, 180SearhAssistant dan lain-lain.

Spyware
Spyware adalah program pengintip yang berupaya mendapat dan mengumpulkan maklumat pengguna komputer tanpa disedari. Pencerobohan ini menguntung pihak pengintip kerana maklumat boleh dijual tujuan promosi produk keluaran syarikat mereka terutama dan kebisaannya. Program ini boleh didatangi bersama secara sembunyi melalui program seperti freeware, shareware atau demo yang boleh dimuat turun dari internet. Contoh spyware adalah Zlob, DyFuCa, WinTools dan lain-lain.

Hijacker
Hijacker adalah program yang boleh mengubah setting pelayar web, menukar carian ke laman tertentu seperti laman pornografi. Dan yang paling teruk ialah apa yang telah diubah oleh program ini tidak dapat diubah kembali, malah, mungkin tidak dapat melayari internet seperti biasa. Contoh hijacker adalah spymaxx, dir4you, hipointltd dan lain-lain.

Dialer
Dialer adalah program yang memasukkan fungsi sambungan ke internet, memutuskan sambungan komputer dari ISP local dan menukar atau menghubungkan kembali ke ISP lain dan telefon antarabangsa.

Keylogger (Keystroke Logger)
Keylogger adalah program yang mampu merekod apa sahaja yang anda tekan di keyboard anda, termasuklah perbualan email dan chat.

Cookies
Cookies dicipta untuk disimpan pada sistem untuk membolehkan diakses kembali tapi ada yang menyalahgunakannya dengan berkongsi pada laman lain serta mengumpul maklumat seseorang pengguna yang mungkin untuk dijual bagi perolehi keutungan.

Spam
Spam melibatkan kegiatan emel yang tidak diundang dihantar dengan banyaknya tanpa keizinan pemunya emel dan ia mungkin kegiatan suka-suka, mengacau atau promosi iklan yang salah. Ia mengundang masalah dari segi ruang emel dan masa.

Wabbit
Istilah wabbit mungkin asing, tapi memang ada malware jenis ini. Seperti worm, wabbit tidak memerlukan suatu program dan/atau dokumen untuk bersarang dan membiak. Modus operandi wabbit adalah ia akan menggandakan dirinya seberapa banyak yang boleh secara terus menerus dan merosakkan sistem/software. Kesannya proses sistem akan menjadi semakin lembab kerana wabbit telah banyak memakan memori sistem dengan penggandaannya.

Backdoor
Ini adalah parasit yang main jalan belakang untuk mengemudi sistem dengan tanpa rela oleh sistem yakni, menceroboh. Ia terbahagi kepada 2 kumpulan; 1 mirip kepada Trojan dimana secara manual ia dimasukkan ke dalam fail program. Kumpulan ke 2 adalah mirip worm dimana ia dijalankan sebahagian daripada proses boot. FYI, Ratware adalah sebutan untuk backdoor yang mengubah komputer menjadi zombie yang mengirim spam.

Exploit
Exploit adalah program yang menyerang security vulnerability yang spesifik namun tidak selalu bertujuan untuk melancarkan tindakan yang tidak diinginkan. Ianya digunakan untuk membuat ujian menunjukkan bahawa sistem tersebut mempunyai 'lubang'. Salahguna Exploit membolehkan sistem itu mudah dicerobohi.

Rootkit
Rootkit dimasukkan ke dalam komputer oleh penyerang setelah komputer berjaya diambil alih. Rootkit berupaya menghapus jejak serangan, seperti menghapus log file dan menyembunyikan proses malware itu sendiri. Ia juga mungkin menanam backdoor untuk serangan masa hadapan. Rootkit sukar dijejak kerana ianya tertanam jauh ke dalam sistem biasanya di bahagian kernel dan OS. Cara yang boleh digunakan untuk menjejak Rootkit ini adalah dengan boot semula sistem dengan menggunakan boot selain hard disk tadi, samada boot melalui CD/ROM atau USB.

Bot
Bot adalah sejenis malware yang membolehkan seseorang mengambil alih komputer yang dijangkiti bot secara menyeluruh dan ini biasanya dikenali dengan istilah 'zombie'. Penyerang biasanya akan menggunakan zombie untuk buat serangan DoS ke atas mana-mana laman web, membuat hosting untuk laman web phishing, ataupun menyebarkan spam ke emel-emel.

Terdapat pelbagai ancaman virus dan parasit komputer dan pengguna perlu mengambil langkah berjaga dan pencegahan bagi menghalang sebarang salah laku, salah guna dan pencerobohan. Gunakan program antivirus, antispyware, mengaktifkan firewall, tidak melusuri laman web yang mencurigakan, Anda dinasihati tidak klik sebarang pautan yang mencurigakan dan lain-lain sebagai langkah pencegahan.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Info To You by Email
Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.
Have you found this post useful? If so please share it:

Comel Dan Bahaya

Herpes Microbe And Yeast Bacteria


Bookworm & Stomach Ache Bacteria


Chicken Pox Microbe And Flu Bacteria


Heartworm And Ulcer Bacteria


Cough Bacteria And White Blood Cell Microbe

Gonorrhorea And Bad Breath Bacteria


Flesheating And Rabies Bacteria


Mononucleosis And Tonsilitis Bacteria


Fat Microbe And Flu Bacteria

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Info To You by Email
Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.
Have you found this post useful? If so please share it:

Wednesday, 15 April 2009

Senarai Blog Bahasa Melayu Yang Sangat Berguna

Oleh kerana saya baru lagi dalam dunia komputer dan Internet, saya sentiasa belajar dan terus belajar sehingga dapat mengusai ilmu yang sangat berguna ini pada masa ini. Walaupun tidak dapat menguasai kesemua ilmu tersebut, tetapi cukup untuk saya.

Terus terang saya cakap saya memang tidak fasih berbahasa Inggeris. Sebab itu, semua rujukan saya di Internet adalah blog berbahasa Melayu, saya juga bangga kerana begitu banyak blog Bahasa Melayu yang wujud dan juga menjadi rujukan saya. Antaranya Infomalaya, Sembangkomputer dan sebagainya.

Saya ingin berkongsi dengan anda senarai blog yang berkenaan dengan Komputer,Internet dan sebagainya yang pasti semuanya berkenaan dengan Teknologi Maklumat. Saya bermula dengan blog yang kerap saya kunjungi.

InfoMalaya.com


SembangKomputer.com


MelayuBuntu.blogspot.com


Amanz.my


MyWindowsXP.info


Sifoo.com


DilarangMelarang.com


KillVearn.com



Tetapi sekiranya anda mempunyai blog lain, selain yang ada di atas anda boleh memberikan link dibawah komen. Sebagai panduan saya dan pengunjung blog ini Terima kasih.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Info To You by Email
Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.
Have you found this post useful? If so please share it:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...