Social Icons

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Monday, 2 March 2009

Taman Tema Air Panas Pedas Rembau Negeri Sembilan



Penahkah anda mendengar Taman Tema Air Panas Pedas, kalau anda nak tahu, taman tema ini semakin popular dikalangan pelancong tempatan dan luar negara. Boleh dikatakan taman tema ini selalu dikunjungi aku kerana rumah mertua kakak aku satu kilometer saje dari sini, jadi kalau kebetulan lalu disini untuk mengambil kakak aku, taman ini wajib aku singgah. Walaupun ia tidak sebesar taman tema yang lain seperti Desa Water Park, tetapi taman tema ini mempunyai keunikannya tersendiri.

Apa yang uniknya disini?
Taman tema ini menggunakan sumber air panas semula jadi yang dikatakan ditemui penduduk di situ pada abad ke-19. Air panas ini dikatakan menyembuhkan pelbagai penyakit kulit serta lenguh sendi dan melegakan otot badan serta saraf yang tegang. Jadi tidak hairanlah taman teman ini didatangi pelancong dari Thailand, Jepun, dan Singapura untuk mengubati pelbagai penyakit.



Taman tema ini adalah yang pertama di Malaysia yang menggunakan sumber air panas semula jadi. Uniknya air ini tidak mempunyai sulfur.

Sebelum taman tema ini dibuka pada orang ramai pada tahun 1999 ia dikenali sebagai Wet World Resort Pedas Hot Spring. Selalunya aku pergi pada hujung minggu, jadi aku anggarkan lebih 4000 hingga 6000 pengunjung, memang padat gila, nak je aku bagi cadangan agar diperbesarkan lagi taman tema ini.



Banyak kemudahan yang disediakan di sini seperti restoran, gimnasium, surau, bilik persalinan, gelanggang tenis, kedai cenderamata dan banyak lagi, dan yang paling penting anda boleh cuci mata, kerana pelancong asing yang datang dengan tanpa rasa malunya akan memakai bikini dan terbaring di tepi kolam..hehehe...tapi aku takde lah cuci mata, cuma nak bagi tahu saje.

Bukan itu saja, di sini juga mempunyai ombak buatan manusia setinggi satu meter lebih. Jadi anda yang sudah bosan ke laut boleh datang di sini.


BLOG RAHMAN BASHRI

Taman tema itu dibuka setiap hari bermula dari jam 1 petang hingga 7 malam manakala pada hujung minggu, cuti umum atau cuti sekolah, ia dibuka dari jam 10 pagi hingga 7 petang.

Pengunjung dikenakan bayaran masuk RM10 bagi dewasa manakala kanak-kanak RM8 dan mereka yang menjadi ahli kelab bakal beroleh manfaat dengan harga potongan 10 peratus.

Terletak di Kilometer 20, Jalan Seremban - Tampin dan pengunjung yang melalui Lebuh Raya Utara-Selatan boleh turun ke Plaza Tol Senawang dan terus menuju Jalan Seremban - Tampin.

Fasiliti yang ada kat sini adalah seperti Kolam khas untuk kanak-kanak, Restoran dan Kafetaria, Tempat Letak kereta yang luas(tak payah risau tentang parking kereta tiada), sewa pelampung, Surau, tandas dan bilik persalinan, Spa dan permainan yang menyeronokkan.

Subscribe to Info To You by Email

Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Share/Save/Bookmark

6 Comments:

  1. Gamer tak tau la skrg berape..tp klu dulu aku g dalam RM10 utk dewasa..harge special untuk warga mas...

    ReplyDelete
  2. mmg best laa! jom pakat pegi ramai2..meriah!!

    ReplyDelete
  3. tempatnya memang terbaik...siapa yang nak ke Tampin atau Alor Gajah, boleh singgah tempat ni..hilang sakit2 badan.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...