Social Icons

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Site Info

Tuesday, 17 March 2009

Pulau Sipadan



Salah satu impian saya adalah ingin ke Pulau Sipadan, Sabah. Saya sangat tertarik dengan keindahan pulau ini dan sememangnya akan memukau apabila melihatnya. Air lautnya yang jernih adalah tempat terbaik untuk aktiviti scuba. Satu hari saya pasti akan ke sana Insya-Allah.


Seorang penyelidik laut yang terkenal di dunia Jacques Couteau menggambarkan Pulau Sipadan sebagai "hasil seni agung yang tidak diusik manusia". Pulau ini juga adalah satu dari lima destinasi aktiviti menyelam yang terbaik di dunia, Penyelam terbaik dunia menjadikan pulau ini sebagai destinasi wajib bagi mereka.


Pulau Sipadan mempunyai saiz yang agak kecil iaitu seluas 12 hektar dan satu-satunya pulau laut dalam di Malaysia. Pelawat boleh berjalan mengelilingi pulau ini di dalam masa 25 minit sahaja. Ianya terletak kira-kira 700 meter dari aras dasar laut dan menjadi tarikan kepada pelbagai hidupan laut yang datang dari dasar laut. Pulau yang di kelilingi air laut yang bersih dan jernih ini mempunyai kekayaan hidupan laut yang menakjubkan.

Hutan tebal di pulau ini menampung sejumlah besar spesis burung tropika termasuk helang laut, burung rajawali, 'sunbird', 'starling' dan merpati kayu dan telah diisytiharkan sebagai kawasan perlindungan burung pada tahun 1933 oleh Kerajaan kolonial Borneo Utara dan diwartakan semula pada tahun 1963 oleh Kerajaan Malaysia. Hidupan krustasia eksotik termasuk ketam kelapa bertaburan di pantai dan bersembunyi di celah-celah tumbuhan di sini.

Sewaktu menyelam di sini, para penyelam skuba mempunyai peluang yang tinggi untuk menemui penyu, kumpulan ikan aji-aji, 'bumphead parrotfish' dan ikan alu-alu yang banyak terdapat di sekitar perairan pulau terumbu karang ini.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Info To You by Email

Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Share/Save/Bookmark

1 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...