Social Icons

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Site Info

Wednesday, 4 March 2009

Panggilan Percuma Dengan Wi-Fi Melalui Telefon Bimbit



Itulah dia teknologi, setiap hari ada saja kemudahan yang wujud bagi menafaatkan teknologi yang sedia ada. Prasarana, Peralatan dan Perisian (3P) cukup untuk melahirkan kemudahan baru di dunia teknologi.

Aku nak berkongsi sedikit tentang bagaimana membuat panggilan percuma dengan WiFi melalui telefon bimbit anda. Sekarang ini banyak model telefon bimbit yang mempuyai kemudahan WiFi atau Internet tanpa wayar. Mereka yang mempunyai telefon bimbit model ini mudah melayari internet dengan menggunakan WiFi yang disediakan. Lagipun kebanyakan pejabat di Malaysia menggunakan kemudahan WiFi, jadi senanglah anda membuat panggilan secara percuma.

Untuk membuat panggilan percuma ini anda perlu perisian yang disediakan di www.wifimobile.com, Wifi ini dinamakan Wi-Fi Mobile.

Ikutilah langkah-langkah yang disediakan ini.

1. Lawati laman web www.wifimobile.com

2. Pilih, pilihan untuk kegunaan persendirian (Consumer Service). Pindah turun perisian untuk telefon bimbit. Terlebih dulu hendaklah dipastikan model telefon bimbit anda terdapat di dalam senarainya. Masukkan negara, alamat e-mel dan nombor telefon.

3. Isikan huruf sekuriti yang dipaparkan

4. Satu capaian untuk anda memindah turun perisian Wi-Fi Mobile akan dihantar ke telefon bimbit melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

5. Apabila anda mengklik di atas capaian, perisian OneFone akan dipasang di dalam telefon bimbit anda.

6. Pilih sambungan Internet yang diinginkan dengan menekan menu > IAP, anda boleh memilih untuk menggunakan sambungan Wi-Fi atau sambungan 3G.

5. Selepas memilih sambungan, masukkan nombor telefon yang hendak dihubungi seperti biasa. Pastikan Ikon telefon berwarna hijau sebelum membuat panggilan. Apabila panggilan dijawab, bercakaplah seperti biasa. Kualiti suara bergantung kepada kualiti sambungan Internet yang digunakan. Jika anda melanggan perkhidmatan 3G Data tanpa had, perisian ini juga boleh membuat panggilan melalui sambungan Internet 3G itu.

6. Telefon rakan anda yang sudah dipasang dengan perisian OneFone ini akan berdering seperti biasa dan perbualan boleh dilakukan seperti biasa tanpa dikenakan sebarang caj tambahan.

7. Selepas membuat panggilan tekan Options dan pilih Hang Up untuk menghentikan panggilan.

Oleh kerana teknik panggilan ini menggunakan kemudahan Internet, anda boleh berbual di mana saja asalkan ada kemudahan Wi-Fi tanpa dikenakan bayaran panggilan telefon seperti yang biasa.Jadi tanpa perlu risau kredit anda kehabisan.

Sumber : myMetro

Subscribe to Info To You by Email

Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Share/Save/Bookmark

0 Comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...