Social Icons

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Site Info

Wednesday, 11 March 2009

No Youtube For United Kingdoms - Google



More Info At : http://www.youtube.com/watch?v=5QHKFLsBp40

Google
Inc. mengambil keputusan menyekat pengguna United Kingdom
(UK) daripada melayari muzik videonya melalui laman web popular perkongsian video, YouTube selepas rundingan dengan badan pengumpul royalti muzik Britain gagal.

Menurut Google, pihaknya telah memulakan sekatan tersebut malam tadi. Laman web terkemuka dunia itu juga maklum sekatan tersebut akan menyebabkan kekecewaan di kalangan pengguna negara terbabit.

Bagaimanapun katanya, keputusan itu terpaksa dibuat setelah syarikat PRS for Music meminta Google membayar royalti setiap kali video dimainkan di Youtube, satu tindakan yang mungkin menyebabkan laman web itu rugi.

''Lesen kami dari PRS for Music telah tamat tempoh, dan sehingga kini kami masih belum dapat memperbaharuinya disebabkan syarat yang mungkin mempengaruhi ekonomi kami,'' kata Google dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, kata Google, pihaknya terpaksa menyekat pengguna di Britain daripada menonton video yang ditawarkan atau dituntut syarikat rakaman, sehingga penyelesaian ditemui.

Sementara itu, PRS for Music yang menerima bayaran bagi pihak penulis serta penerbit di seluruh dunia mengakui terkejut dengan tindakan Google.

''Google memberitahu kami mereka mengambil keputusan ini kerana ingin membayar kurang daripada yang dibayar sekarang kepada penulis lagu, walaupun jumlah pengunjung ke laman web mereka semakin bertambah,'' kata badan pengumpul royalti itu melalui satu kenyataan.

Kedua-dua pihak itu tidak menyebut mengenai jumlah wang terlibat dalam rundingan.

Sekatan tersebut bagaimanapun tidak dinyatakan akan berlanjutan sehingga bila. Kedua-dua PRS for Music dan Google berkata, mereka berharap pertikaian itu akan diselesaikan segera.

Laman web YouTube menjadi pilihan utama syarikat-syarikat rakaman setelah terhimpit dengan kemerosotan jualan cakera padat. Laman web tersebut mempunyai urus janji dengan tiga atau empat syarikat rakaman besar namun segelintir pemegang hak enggan mengurangkan hasil pengiklanan mereka.

Disember lalu, syarikat rakaman Warner Music menarik semua lagunya dari YouTube dengan alasan bayaran yang diterima tidak sepadan dengan label syarikat itu, artisnya serta pencipta lagu.

Sumber : Utusan

Subscribe to Info To You by Email

Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Share/Save/Bookmark

0 Comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...