Social Icons

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Site Info

Monday, 30 March 2009

Membuat Peti Surat Anda Di Amerika Syarikat



Apa itu USABOX? Pernahkah anda mendengar 'US Mail Drop Service'? Entri kali ini saya nak mengulas sedikit tentang usabox. Kali pertama saya mendengar usabox ini adalah pada tahun 2006, masa itu dunia saya belum lagi bersama dengan Internet, jadi saya buat tak endah saja mengenainya. Setelah bergelumang dengan dunia Internet ini, saya mula sedar banyak kegunaan dan kelebihan apabila anda mendaftar di usabox ini.

USABOX adalah perkhidmatan dimana membolehkan anda mempunyai alamat tetap di Amerika Syarikat, perkhidmatan ini boleh dikatakan peti surat online la. Perkhidmatan ini amat sesuai untuk mereka yang suka menjana wang dari Internet, juga kepada anda yang suka membeli belah. Kebanyakkan program menjana wang yang ada sekarang memerlukan anda menjadi penduduk tetap Amerika Syarikat. Segala cek-cek anda akan dihantar terus ke peti surat tersebut. Sekiranya anda inginkan cek-cek itu, syarikat ini ada menyediakan perkhidmatan 'forward', dimana cek itu akan dihantar ke alamat anda di Malaysia. Pergi ke http://www.usabox.com untuk lebih banyak maklumat bagaimana untuk membuka peti surat anda.

Mungkin anda perlu melabur sedikit wang untuk membuka satu peti surat di sana. Anda perlu membayar dengan kad kredit atau apa-apa initial fee untuk setup akaun. Kemudian, apabila sudah datang apa-apa surat, anda perlu bayar untuk menghantar surat-surat itu ke Malaysia. Sebelum itu anda perlu pergi ke Kedutaan Amerika Syarikat untuk mengesahkan/notarized borang permohonan anda.

Entri saya yang akan datang saya akan beritahu Bagaimana membuka USABOX ini. Sekian..

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Info To You by Email

Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

1 Comments:

  1. wah tak sangka kita boleh buka alamat di US..memang cool la..good info bro...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...