Social Icons

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Site Info

Friday, 6 March 2009

Aku Kepada Saya

Apa yang aku ingin sampaikan pada artikel kali ini ialah berkenaan cara penulisanku di blog ini.

Lain orang lain gaya bahasa yang ditonjolkan di blog masing-masing, juga seperti aku. Boleh dikatakan semua blog yang ditulis, aku akan mengelarkan diriku sebagai aku. Ini kerana aku sudah biasa dengan gelaran itu, mana tidaknya sepanjang hari aku menggunakan aku untuk berbual, SMS dan lain-lain dengan kawan-kawan.

Sebab itu, bila aku menulis di blog aku akan merasakan aku bercakap dengan seseorang. Ini bermaksud semua artikel yang ditulis seolah-olah aku berinteraksi dengan pembaca blog ini. Tetapi petang tadi bila ada masa, aku cuba baca balik artikel-artikel di blog ini, aku merasakan tidak sesuai menggunakan aku sebagai gelaran diri. Penggunaan aku untuk penulisan di blog sesuai menggunakan saya sebagai gelaran diri. Jadi selepas artikel ini ditulis tiada lagi penggunaan aku. Aku akan menggunakan saya sebagai gelaran diri.

Bagiku penggunaan aku agak kasar dan pembaca tidak menyukainya. Jadi selepas ini aku akan menukar cara penulisanku daripada aku kepada saya.

Ini sesuai juga kepada pendatang baru di dunia blog yang berjinak-jinak dalam bidang penulisan. Gunalah saya sebagai gelaran diri.

Sebagai permulaan saya mengucapkan terima kasih kerana sudi membaca artikel saya yang tidak seberapa ini.Sekian

Cuba anda kira berapa saya menggunakan perkataan aku dalam atikel ini sahaja?.

Subscribe to Info To You by Email

Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

0 Comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...