Social Icons

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Site Info

Wednesday, 11 February 2009

Kenapa Islam Melarang 'Valentine's Day'?



Memandangkan sambutan hari kekasih tinggal lagi dua hari lagi, aku nak berkongsi sedikit info kenapa Islam melarang sambutan hari kekasih atau 'Valentine's Day'?. Perkara ini selalu dibincangkan di kaca TV, suratkhabar, blog dan buku. Ada yang tahu dan juga tak tahu kenapa Islam melarang sambutan ni. Ada juga yang buat-buat tak tahu. Alhamdullilah aku tak pernah menyambut sambutan ni, keran aku tahu benda ni dilarang oleh islam.

Banyak cerita yang dikaitkan dengan asal usul valentine day. Tetapi yang aku tahu.
Sejarah bermulanya sambutan hari kekasih ni bermula dari bangsa Romawi yang menyambut untuk meraikan atau menghormati Juno[Tuhan Wanita] dan perkahwinan, serta Pah[Tuhan dari Alam], pada hari itu lelaki dan wanita muda akan mengundi memilih pasangan kemudian bertukar hadiah yang kononnya menunjukkan kecintaan mereka, diikuti dengan pesta yang huru-hara.

Kenapa Islam melarang sambutan ni?

  1. Amalan songsang seperti ini sudah menjadi taqwim tahunan remaja dan semestinya agama kristian.
  2. Sambutan Hari Kekasih amat bercanggah dengan syara' kerana ianya mempunyai unsur kepercayaan agama kristian dan menjurus kepada keburukkan akhlak.
  3. Sambutan yang tidak berfaedah ini dirai dengan penuh adegan maksiat seperti berdua-duaan, berpeleseran hatta membawa kepada perbuatan seks bebas.
  4. Hari yang dianggap sebagai 'Berbulan Madu' bagi pasangan kekasih sanggup menggada maruah bagi membuktikan kesetiaan cinta kepada kekasih masing-masing.
  5. Budaya meniru budaya barat yang terpesong dan mencampurkan perkara aqidah kepercayaan agama lain adalah salah di sisi Islam
  6. Sambutan ini sangat menghampiri zina.
  7. Sambutan ini memperingati kematian St. Valentine dan dianggap sebagai upacara keagamaan mesyarakat kristian.

Bagi aku tak perlulah sambutan seperti ini cukup sekadar menunjukkan kesetiaan cinta kepada kekasih kita, dengan keihklasan, kejujuran, kesetiaan dan keperibadiaan yang baik. Cinta kepada kekasih bukan sehari tetapi tiap-tiap hari. ok inilah jela yang aku boleh simpulkan. Kalau ada salah fakta boleh bagi komen ye.


Subscribe to Info To You by Email

Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

2 Comments:

  1. salam..bagus ko bagi input cmni...kalau boleh..budaya couple pn patut dielakkan..huh..tpi kalau jatuh cinta pada seseorg...susah jugak tuh..hm....semoga tabah dan dapat petunjuk..huhu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...