Social Icons

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Site Info

Sunday, 22 February 2009

Datuk K Vs Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary



Nilai betul-betul email yang aku dapat ini. Aku cuma nak berkongsi berkenaan dengan 2 orang yang kaya di Malaysia. Email ini sudah lama tersimpan di dalam folder Yahoo Mail aku. Tapi tadi tergerak hatiku untuk berkongsi bersama anda. Daripada terperuk dalam Mail box aku, baik aku berkongsi dengan anda semua. Jadi ini Emailnya..Selamat membaca.

Assalamualaikum Saudara....

Anda pasti kenal orang kaya ini. Datuk Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K..beliau orang kaya terkenal sekarang atas kisah percintaan beliau dengan penyanyi nombor satu negara Siti Nurhaliza Taruddin, Muncul dimuka depan surat khabar dan media massa hampir setiap hari.. Satu negara tahu mengenai perkahwinan beliau yang dijalankan lintas langsung dari stesen TV di Malaysia dan Indonesia . Selamat Pengantin baru diucapkan.. tetapi kenalkah saudara dan saudari dengan orang kaya ini, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary. Siapakah beliau? kisah beliau? saya pasti anda kurang atau tidak mengetahuinya. Beliau jarang muncul di kaca TV mahupun dalam akhbar. Jikalau ada pun dia dalam ruangan perniagaan. Itu pun tidak selalu.
Baiklah, kita lihat antara kedua-duanya. hanya sekadar pengetahuan dan perbezaan. Kedua-duanya kaya. Nilai kekayaan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary dianggarkan bernilai RM 1.67 bilion atau Rm 1670 juta meletakan beliau merupakan orang melayu terkaya di Malaysia. Wow! tidak banggakah saudara dan saudari sekelian?saya bangga. Bagaimana pula dengan Datuk K?? mungkin berjuta-juta juga.

Mari kita lihat kedua-dua orag kaya ini. Datuk K memiliki sebuah sebuah kediaman mewah di Bukit Antarabangsa jikalau tidak silap. Beliau memiliki beberapa kereta mewah seperti BMW, Mercedes dan sebagainya. Baru-baru ini bekas isteri beliau memenangi harta sebanyak RM 7 juta akibat penceraian. ermmm banyak jugak tu..kita beralih pula kepada perkahwinan beliau.Di satu rancanagan beratus-ratus sms diterima mengucapkan selamat pengantin baru kepada pasangan ini. Akhbar Kosmo melaporkan bahawa terdapat bunga mawar berharga RM49 sekuntum yang dimport dari China . Jumlah keseluruhan dilaporkan lebih dari 2000 unit.wow..itu sahaja untuk majlis akad nikah.. bagaimana pula persandingan? dilakukan di KL Convenction Centre..menaiki kereta kuda keliling KLCC..ada wedding planer khas..macam-macam. pendek kata..amatlah meriah..well, who are care, his moneey he can do wat ever he want with that money.tersebar pula gambar-gambar anak beliau berkepit dengan perempuan mana entah..macam2..well, dresing and style.faham-faham jela anak orang berada... no komen.
Bagaimana pula dengan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary?

Cuba saudara saudari search gambar beliau di internet. saya pasti anda sukar menjumpainya. Beliau menggunakan kereta Proton Perdana. beliau boleh membeli komputer dan pesawat persendirian..beliau boleh membina bangunan dan meletakan nama \" Syed Mokhtar Tower \" macam Donald Trumph. tetapi tiada.kenapa?kedekut?Mungkin juga. beliau cuma ada nama pada Yayasan Al-Bukhary atau Al-Bukhary Foundations. Berapa ramai yang tahu? di situlah beliau \"hadir\" kepada masyarakat daripada duit bilion beliau. Muzium Kesenian Islam Kuala Lumpur adalah sebahagian projek beliau. Masjid-masjid, bidang pendidikan dan sebagainya, Projek tuisyen untuk pelajar-pelajar miskin. tajaan kewangan untuk pelajar dan sebagainya..Selain itu, beliau juga menjadi penyelamat kepada beribu-ribu pekerja melayu apabila \"tuan\" mereka tenat akibat kemelesetan ekonomi dan sebagainya..tetapi berapa ramaikah mengetahui? Berapa ramai menghantar sms mengucapkan terima kasih kepada beliau?Tidak popular dan hampir tidak dikenali. Itulah jwa Tan Sr Syed Mokhtar Al-Bukhary. Kecil hati beliau tetapi besar jiwanya..


Bagi aku biarla kaya dengan kedua-duanya, Akhirat dan Dunia, tetapi jangan hanya kaya Dunia sahaja.Tapi aku tetap tak kaya-kaya, gamaknye bila la aku nak kaya ye.hehehe...
Anda baca, anda faham, anda berfikir dan anda juga membuat pernilaian. Dua orang kaya yang sama pada hakikat tetapi berbeza pada hakiki.

Sekian.Terima Kasih

Subscribe to Info To You by Email

Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Share/Save/Bookmark

1 Comments:

  1. btul tu... gunakan harta pada jalan ALLAH akan membuatkan hidup menjadi bertambah kaya didunia dan menjadi kaya juga di akhirat... harap2 kita semua dpt mencontohi beliau dan insyaALLAH mendapat rezeki mcm beliau insyaALLAH atas izin ALLAH... harap2 begitulh... hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...