Social Icons

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Site Info

Sunday, 22 February 2009

Bagaimana Membuat Kotak Email Subscribe

Seperti yang anda lihat di sebelah blog aku ini ada sebuah kotak untuk mengisi alamat email untuk melanggan blog aku ini. Hari ini aku nak mengajar bagaimana membuat kotak tersebut khas untuk cik adik manis Princess Frog, huhuhu, takde la entri ini untuk semua pengunjung blog aku. Sebelum itu anda perlu mendaftar di Feedburner terlebih dahulu, sekiranya anda tidak mendaftar lagi segerakan mendaftar, kerana banyak faedah yang anda dapat di Feedburner ni.

Aku sudah pun menerangkan kelebihan Feeedburner ni pada entri aku sebelum ini, cara mengumpul pembaca setia. Itu adalah salah satu kelebihan Feedburner. Banyak lagi kelebihannya, nanti aku postkan lagi kelebihan-kelebihan Feedburner. Ok caranya begini.

  1. Buka akaun Feedburner anda
  2. Perkara pertama akan keluar adalah kotak untuk memasukkan alamat Feed blog anda.
  3. Masukkan alamat feed blog anda seperti ini http://namabloganda.blogspot.com/feeds/post/default, gantikan namabloganda dengan nama alamat blog anda.
  4. Isikan nama feed blog anda, tandakan pada kotan 'I am a Podcaster', sekiranya blog anda adalah blog video, sekiranya tidak tak payah la tanda. Kemudian klik 'next'.
  5. Setelah itu anda perlu mengisi segala data-data yang diperlukan, kemudian klik butang 'Active Feed'.
  6. Sekiranya berjaya akan ada perkataan "Canrats! your..."
  7. Dibawah akan ada butang 'next' dan 'link' "Skip directly to feed management" dan klik pada Skip directly to feed management'.
  8. Kemudian akan keluat menu pilihan, klik pada "Publicize".
  9. Kemudian disebelah kiri akan keluar lagi beberapa menu pilhan, klik pada "Email Subcriptions".
  10. Kemudian klik pada butang "Activate"
  11. Selepas itu akan keluar kotak yang berisi kod-kod, Sekiranya anda inginkan berbentuk 'form', maka pilih pada kotak "Subcription Form Code". Tetapi Sekiranya anda ingin berbentuk perkataan seperti 'Subscribe to Info To You by Email', pilih pada kotak tersebut.
  12. Copy kod yang anda pilih tadi and klik butang 'Save' untuk mengaktifkan langganan anda.
  13. Setelah copy. Login Ke Blog anda pilih Layout> Add Page Element> HTML/Java Script, Kemudian pastekan kod tadi. Klik Save.
  14. Sudah Pun Siap. Sekarang lihat blog anda.

Sekiranya apa yang aku tulis ini menyukarkan anda memahami, jangan malu jangan segan, just comment to my blog. Sekiranya anda ingin melihat atau meletak butang Feedcount, entri yang akan datang aku akan bagitahu bagaimana caranya. Selamat mencuba.


Subscribe to Info To You by Email

Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Share/Save/Bookmark

0 Comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...