Social Icons

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Site Info

Monday, 23 February 2009

Syuhada GAZA - Puisi Semangat


Tentera Hamas Dan Hizbullah

Kalian Muncul
Di Celah-Celah Runtuhan Iman Umat Muslimin

Penuh Cekal
Mengumpul Cebisan-Cebisan Iman Yang Masih Tersisa

Dari Keringat AirMata Dan Darah Anak Bangsa
Kalian Bina Tembok Iman Yang Kukuh

Mampu Menggerunkan Musuh

Nasib Ummat Tidak Akan Terbela
Dengan Hanya Menangis Kerana Menderita

Rebut Satu Antara Dua
Kemenangan Atau Syahid Yang Mulia

Kalian Tetapa Wira Dan Idola
Walupun Dicerca Dan Dihina


Subscribe to Info To You by Email

Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Share/Save/Bookmark

Sunday, 22 February 2009

Bagaimana Membuat Kotak Email Subscribe

Seperti yang anda lihat di sebelah blog aku ini ada sebuah kotak untuk mengisi alamat email untuk melanggan blog aku ini. Hari ini aku nak mengajar bagaimana membuat kotak tersebut khas untuk cik adik manis Princess Frog, huhuhu, takde la entri ini untuk semua pengunjung blog aku. Sebelum itu anda perlu mendaftar di Feedburner terlebih dahulu, sekiranya anda tidak mendaftar lagi segerakan mendaftar, kerana banyak faedah yang anda dapat di Feedburner ni.

Aku sudah pun menerangkan kelebihan Feeedburner ni pada entri aku sebelum ini, cara mengumpul pembaca setia. Itu adalah salah satu kelebihan Feedburner. Banyak lagi kelebihannya, nanti aku postkan lagi kelebihan-kelebihan Feedburner. Ok caranya begini.

  1. Buka akaun Feedburner anda
  2. Perkara pertama akan keluar adalah kotak untuk memasukkan alamat Feed blog anda.
  3. Masukkan alamat feed blog anda seperti ini http://namabloganda.blogspot.com/feeds/post/default, gantikan namabloganda dengan nama alamat blog anda.
  4. Isikan nama feed blog anda, tandakan pada kotan 'I am a Podcaster', sekiranya blog anda adalah blog video, sekiranya tidak tak payah la tanda. Kemudian klik 'next'.
  5. Setelah itu anda perlu mengisi segala data-data yang diperlukan, kemudian klik butang 'Active Feed'.
  6. Sekiranya berjaya akan ada perkataan "Canrats! your..."
  7. Dibawah akan ada butang 'next' dan 'link' "Skip directly to feed management" dan klik pada Skip directly to feed management'.
  8. Kemudian akan keluat menu pilihan, klik pada "Publicize".
  9. Kemudian disebelah kiri akan keluar lagi beberapa menu pilhan, klik pada "Email Subcriptions".
  10. Kemudian klik pada butang "Activate"
  11. Selepas itu akan keluar kotak yang berisi kod-kod, Sekiranya anda inginkan berbentuk 'form', maka pilih pada kotak "Subcription Form Code". Tetapi Sekiranya anda ingin berbentuk perkataan seperti 'Subscribe to Info To You by Email', pilih pada kotak tersebut.
  12. Copy kod yang anda pilih tadi and klik butang 'Save' untuk mengaktifkan langganan anda.
  13. Setelah copy. Login Ke Blog anda pilih Layout> Add Page Element> HTML/Java Script, Kemudian pastekan kod tadi. Klik Save.
  14. Sudah Pun Siap. Sekarang lihat blog anda.

Sekiranya apa yang aku tulis ini menyukarkan anda memahami, jangan malu jangan segan, just comment to my blog. Sekiranya anda ingin melihat atau meletak butang Feedcount, entri yang akan datang aku akan bagitahu bagaimana caranya. Selamat mencuba.


Subscribe to Info To You by Email

Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Share/Save/Bookmark

Datuk K Vs Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary



Nilai betul-betul email yang aku dapat ini. Aku cuma nak berkongsi berkenaan dengan 2 orang yang kaya di Malaysia. Email ini sudah lama tersimpan di dalam folder Yahoo Mail aku. Tapi tadi tergerak hatiku untuk berkongsi bersama anda. Daripada terperuk dalam Mail box aku, baik aku berkongsi dengan anda semua. Jadi ini Emailnya..Selamat membaca.

Assalamualaikum Saudara....

Anda pasti kenal orang kaya ini. Datuk Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K..beliau orang kaya terkenal sekarang atas kisah percintaan beliau dengan penyanyi nombor satu negara Siti Nurhaliza Taruddin, Muncul dimuka depan surat khabar dan media massa hampir setiap hari.. Satu negara tahu mengenai perkahwinan beliau yang dijalankan lintas langsung dari stesen TV di Malaysia dan Indonesia . Selamat Pengantin baru diucapkan.. tetapi kenalkah saudara dan saudari dengan orang kaya ini, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary. Siapakah beliau? kisah beliau? saya pasti anda kurang atau tidak mengetahuinya. Beliau jarang muncul di kaca TV mahupun dalam akhbar. Jikalau ada pun dia dalam ruangan perniagaan. Itu pun tidak selalu.
Baiklah, kita lihat antara kedua-duanya. hanya sekadar pengetahuan dan perbezaan. Kedua-duanya kaya. Nilai kekayaan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary dianggarkan bernilai RM 1.67 bilion atau Rm 1670 juta meletakan beliau merupakan orang melayu terkaya di Malaysia. Wow! tidak banggakah saudara dan saudari sekelian?saya bangga. Bagaimana pula dengan Datuk K?? mungkin berjuta-juta juga.

Mari kita lihat kedua-dua orag kaya ini. Datuk K memiliki sebuah sebuah kediaman mewah di Bukit Antarabangsa jikalau tidak silap. Beliau memiliki beberapa kereta mewah seperti BMW, Mercedes dan sebagainya. Baru-baru ini bekas isteri beliau memenangi harta sebanyak RM 7 juta akibat penceraian. ermmm banyak jugak tu..kita beralih pula kepada perkahwinan beliau.Di satu rancanagan beratus-ratus sms diterima mengucapkan selamat pengantin baru kepada pasangan ini. Akhbar Kosmo melaporkan bahawa terdapat bunga mawar berharga RM49 sekuntum yang dimport dari China . Jumlah keseluruhan dilaporkan lebih dari 2000 unit.wow..itu sahaja untuk majlis akad nikah.. bagaimana pula persandingan? dilakukan di KL Convenction Centre..menaiki kereta kuda keliling KLCC..ada wedding planer khas..macam-macam. pendek kata..amatlah meriah..well, who are care, his moneey he can do wat ever he want with that money.tersebar pula gambar-gambar anak beliau berkepit dengan perempuan mana entah..macam2..well, dresing and style.faham-faham jela anak orang berada... no komen.
Bagaimana pula dengan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary?

Cuba saudara saudari search gambar beliau di internet. saya pasti anda sukar menjumpainya. Beliau menggunakan kereta Proton Perdana. beliau boleh membeli komputer dan pesawat persendirian..beliau boleh membina bangunan dan meletakan nama \" Syed Mokhtar Tower \" macam Donald Trumph. tetapi tiada.kenapa?kedekut?Mungkin juga. beliau cuma ada nama pada Yayasan Al-Bukhary atau Al-Bukhary Foundations. Berapa ramai yang tahu? di situlah beliau \"hadir\" kepada masyarakat daripada duit bilion beliau. Muzium Kesenian Islam Kuala Lumpur adalah sebahagian projek beliau. Masjid-masjid, bidang pendidikan dan sebagainya, Projek tuisyen untuk pelajar-pelajar miskin. tajaan kewangan untuk pelajar dan sebagainya..Selain itu, beliau juga menjadi penyelamat kepada beribu-ribu pekerja melayu apabila \"tuan\" mereka tenat akibat kemelesetan ekonomi dan sebagainya..tetapi berapa ramaikah mengetahui? Berapa ramai menghantar sms mengucapkan terima kasih kepada beliau?Tidak popular dan hampir tidak dikenali. Itulah jwa Tan Sr Syed Mokhtar Al-Bukhary. Kecil hati beliau tetapi besar jiwanya..


Bagi aku biarla kaya dengan kedua-duanya, Akhirat dan Dunia, tetapi jangan hanya kaya Dunia sahaja.Tapi aku tetap tak kaya-kaya, gamaknye bila la aku nak kaya ye.hehehe...
Anda baca, anda faham, anda berfikir dan anda juga membuat pernilaian. Dua orang kaya yang sama pada hakikat tetapi berbeza pada hakiki.

Sekian.Terima Kasih

Subscribe to Info To You by Email

Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Share/Save/Bookmark

Wednesday, 18 February 2009

Links

My Blogs
  1. Jalur Gemilang
  2. Malaysian Car Makers

Personal Blogs
  1. Shahadah Cahaya Hatiku
  2. Jadilah Insan Terindah

Design Blog
  1. Blogger Widgets
  2. Our Blog Templates

Home Design
  1. Home Decorations

Celebrities
  1. Malaysian Female Celebrities


Last Added : 19/3/2009


If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Info To You by Email

Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Share/Save/Bookmark

Cara Mengumpul Pembaca Setia



Tips untuk hari ini kepada pengunjung blog aku.
Membina blog, kebanyakan orang dapat melakukannya dengan mudah. Membuat design blog yang menarik juga ramai yang boleh melakukannya.
Mempromosikan blog? Ramai yang dapat melakukkannya tetapi lebih ramai yang kecundang.
Sebenarnya memang agak sukar untuk mendapatkan pelawat yang ramai ke blog kita dan mengumpul pembaca setia.
Oleh itu, pada kali ini, saya ingin kongsikan kepada anda bagaimana untuk mengumpul pembaca setia dan ini akan membantu serba sedikit di dalam mempromosikan blog anda.
Feedburner merupakan website yang selalu digunakan oleh blogger untuk mengumpul pembaca setia blog mereka. Ini kerana setiap pelawat yang subcribe di blog mereka akan mendapat update blog terus ke dalam email .
Dengan kaedah ini, anda akan mendapat pembaca setia blog anda. Namun begitu, anda perlulah membuat artikel yang menarik dan berkualiti bagi mengelakkan subcriber blog anda unsubcribe blog anda kelak.
Untuk mengumpul subriber menggunakan feedburner anda perlu register blog anda terlebih dahulu di feedburner.com.
Kemudian copy kod yang diberikan dan letak di mana-mana bahagian blog anda yang mudah untuk pelawat blog anda melihat dan tertarik untuk subcribe.


Subscribe to Info To You by Email

Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Proton Exora

Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) pertama negara keluaran Proton Holdings Bhd. dinamakan Exora. Nama Exora dizahirkan daripada nama bunga Ixora nama yang dipilih daripada ratusan ribu nama yang dicadangkan oleh orang ramai dalam Peraduan Menamakan Proton MPV baru-baru ini. Ia dihantar oleh seorang guru pelatih Norsholihan Abd. Eanich, 29, dari Jitra, Kedah.

Pengarah Urusan Proton Holdings Bhd., Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir selepas pengumuman rasmi nama MPV itu di Petaling Jaya semalam berkata, Proton Exora dijana menggunakan enjin CamPro 1.6 liter dan tempahan dibuka pada 21 Februari di kesemua 293 pejabat jualan Proton Edar dan EON seluruh negara. Ia berharga kurang daripada RM80,000 dan yuran tempahan ditetapkan pada RM1,000.


Subscribe to Info To You by Email

Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Projektor Terkecil Di Dunia Dari Aiptek



Saiznya tidak lebih daripada sebuah telefon bimbit berbentuk kandi bar, Aiptek Pocket Cinema V10 ialah projektor sinema bersaiz kecil pertama di dunia yang kini berada di pasaran tempatan.

Beratnya hanya 160 gram, peranti sekecil ini mampu memenuhi keperluan gaya hidup mobiliti untuk berhibur terutama apabila hendak berkongsi pengalaman yang dirakam dalam gambar pegun atau video bersama rakan atau keluarga.

Ia boleh dihubungkan dengan pelbagai peranti lain termasuk iPod, kamera digital, kamkorder, telefon bimbit, konsol game seperti Nintendo Wii dan PS2.

V10 ini juga dilengkapi sistem storan terbina di dalamnya dengan saiz simpanan 1 Gigabait serta slot pembaca kad memori SD untuk membolehkan pengguna memainkan segera filem atau imej tanpa sambungan ke pemacu simpanan luaran.


Spesifikasi

PRODUK: Aiptek Pocket Cinema V10

TEKNOLOGI PAPARAN: Liquid Crystal on Silicon

SUMBER CAHAYA: LED putih

PENCAHAYAAN: 10 lumen

RESOLUSI: 640 x 480 piksel

NISBAH ASPEK: 4:3

SAIZ IMEJ: 15 - 129sm

JARAK PAPARAN: 21 - 180sm

FORMAT FOTO: JPEG

FORMAT VIDEO: MPEG4, AVI, ASF, H.264

FORMAT AUDIO: MP3

DIMENSI: 12.5 x 5.5 x 2.3sm

BERAT: 100gm

HARGA: RM1,799



Subscribe to Info To You by Email

Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Share/Save/Bookmark

Monday, 16 February 2009

Menukar Favicon Anda

Sebelum itu aku terangkan dulu apa itu favicon? Favicon merupakan singkatan bagi 'favorite icon' sering digunakan oleh blogger untuk menambahkan keistimewaan blog atau web mereka masing-masing. Favicon juga boleh dikenali sebagai bookmark icon atau URL icon. Oleh itu, dengan menggunakan favicon, pengunjung yang menyimpan alamat blog di dalam 'bookmark'(pengguna Mozilla Firefox) atau 'favorite'(pengguna Internet Explorer) akan dapat mengetahui bookmark atau favorite dengan cepat berdasarkan gambar ikon yang dipaparkan. Jadi tiada lagi favicon blogger selepas pengunjung bookmark blog anda. Cuba anda bookmark blog aku dan anda dapati ikon Info To You akan terpapar di bookmark anda. Berikut adalah contoh bookmark aku

FireFox



Jadi bagimana menukar favicon ini?. Caranya tak la susah sangat, aku akan tunjuk satu persatu bagaimana menukarnya. Perkara pertama yang anda perlukan adalah mencipta logo atau favicon anda sendiri. Anda boleh buat favicon di www.favicon.cc atau mencipta sendiri di Photoshop.

Setelah Icon tercipta simpan di komputer anda, dan upload kan di web 'Image Hosting' seperti Photobucket, Imageshack, dan lain-lain image hosting yang ada. Oleh kerana aku menggunakan Photobucket, aku akan tunjukan contoh di photobucket. Setelah icon di upload copy Direct Link Code.




- Kemudian pergi ke >Layout >Edit HTML
- Klik Download Full Template untuk Keselamatan blog anda yang cantik itu.
- Klik kotak Expand Widget Templates
- Cari kod(Cara Mudah Ctrl+F)
- Copy & Paste kod dibawah betul-betul di atas kod tadi .





- Gantikan http://i211.photobucket.com/albums/bb172/nbp9495/favicon3.gif dengan Direct Link kod anda
- Kemudian Klik Save Template
- Selesai

Subscribe to Info To You by Email

Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Thursday, 12 February 2009

Surat Dari Syaitan Untuk Mu

Aku cuma hendak berkongsi berkenaan perkara ini, banyak kali aku dapat mesej begini dari email, friendster, tagged dan myspace. aku tak tau apa motif mereka yang hantar. Tapi bila aku fikirkan kembali banyak yang mesej yang tersembunyi yang ada dalam mesej ni. Ok ni Mesejnya.


Aku melihatmu kemarin, saat engkau memulai aktiviti harianmu.

Kau bangun tanpa sujud mengerjakan subuhmu

Bahkan kemudian, kau juga tidak mengucapkan "Bismillah" sebelum memulai
santapanmu, juga tidak sempat mengerjakan shalat Isha sebelum berangkat
ketempat tidurmu

Kau benar2 orang yang bersyukur, Aku menyukainya

Aku tak dapat mengungkapkan betapa senangnya aku melihatmu tidak
merubah
cara hidupmu.

Hai Bodoh, Kamu millikku.

Ingat, kau dan aku sudah bertahun-tahun bersama,

dan aku masih belum bisa benar2 mencintaimu .

Malah aku masih membencimu, karena aku benci Allah.

Aku hanya menggunakanmu untuk membalas dendamku kepada Allah.

Dia sudah mencampakkan aku dari surga, dan aku akan tetap
memanfaatkanmu
sepanjang masa untuk mebalaskannya

Kau lihat, ALLAH MENYAYANGIMU dan dia masih memiliki rencana-rencana
untukmu
dihari depan.

Tapi kau sudah menyerahkan hidupmu padaku,

dan aku akan membuat kehidupanmu seperti neraka.

Sehingga kita bisa bersama dua kali dan ini akan menyakiti hati ALLAH

Aku benar-benar berterimakasih padamu, karena aku sudah menunjukkan
kepada
NYA siapa yang menjadi pengatur dalam hidupmu dalam masa2 yang kita
jalani

Kita nonton film 'porno' bersama, memaki orang, mencuri, berbohong,
munafik,
makan sekenyang-kenyangya, bergosip, manghakimi orang, menghujam orang
dari
belakang, tidak hormat pada orang tua ,

Tidak menghargai Masjid, berperilaku buruk.

TENTUNYA kau tak ingin meninggalkan ini begitu saja.

Ayuhlah, Hai Bodoh, kita terbakar bersama, selamanya.

Aku masih memiliki rencana2 hangat untuk kita.

Ini hanya merupakansurat penghargaanku untuk mu.

Aku ingin mengucapkan 'TERIMAKASIH' kerana sudah mengizinkanku
memanfaatkan hampir semua masa hidupmu.

Kamu memang sangat mudah dibodohi, aku menertawakanmu.

Saat kau tergoda berbuat dosa kamu menghadiahkan tawa.

Dosa sudah mulai mewarnai hidupmu.

Kamu sudah 20 tahun lebih tua, dan sekarang aku perlu darah muda.

Jadi, pergi dan lanjutkanlah mengajarkan orang-orang muda bagaimana
berbuat
dosa.

Yang perlu kau lakukan adalah merokok, mabuk-mabukan, berbohong,
berjudi,
bergosip, dan hiduplah se-egois mungkin.

Lakukan semua ini didepan anak-anak dan mereka akan menirunya.

Begitulah anak-anak .

Baiklah, aku persilakan kau bergerak sekarang.

Aku akan kembali beberapa detik lagi untuk menggoda mu lagi.

Jika kau cukup cerdas, kau akan lari sembunyi, dan bertaubat atas
dosa-dosamu.

Dan hidup untuk Allah dengan sisa umurmu yang tinggal sedikit.

Memperingati orang bukan tabiatku, tapi diusiamu sekarang dan tetap
melakukan dosa, sepertinya memang agak aneh.

Jangan salah sangka, aku masih tetap membencimu.

Hanya saja kau harus menjadi orng tolol yang lebih baik dimata ALLAH.


Catatan : Jika kau benar2 menyayangiku , kau tak akan memberi surat ini
dengan siapapun.


Subscribe to Info To You by Email

Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Lawak - Video Orang Takut

Aku suka tengok video ni. Yang part akhir sekali paling best.hehehe.





Subscribe to Info To You by Email

Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Peralihan Dari Bush Ke Obama



Peralihan kuasa Presiden Amerika Syarikat dari Bush ke Obama di terjemahkan dalam bentuk gambar oleh kreativiti Photoshop. Macam-macam, tapi bila tengok lama-lama lawak juga. Cuba anda tengok yang tengah tu, sangat sempurna wajah Obama digabungkan dengan Bush. Jadi layan jelah...Peace

Subscribe to Info To You by Email

Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Wednesday, 11 February 2009

Kenapa Islam Melarang 'Valentine's Day'?



Memandangkan sambutan hari kekasih tinggal lagi dua hari lagi, aku nak berkongsi sedikit info kenapa Islam melarang sambutan hari kekasih atau 'Valentine's Day'?. Perkara ini selalu dibincangkan di kaca TV, suratkhabar, blog dan buku. Ada yang tahu dan juga tak tahu kenapa Islam melarang sambutan ni. Ada juga yang buat-buat tak tahu. Alhamdullilah aku tak pernah menyambut sambutan ni, keran aku tahu benda ni dilarang oleh islam.

Banyak cerita yang dikaitkan dengan asal usul valentine day. Tetapi yang aku tahu.
Sejarah bermulanya sambutan hari kekasih ni bermula dari bangsa Romawi yang menyambut untuk meraikan atau menghormati Juno[Tuhan Wanita] dan perkahwinan, serta Pah[Tuhan dari Alam], pada hari itu lelaki dan wanita muda akan mengundi memilih pasangan kemudian bertukar hadiah yang kononnya menunjukkan kecintaan mereka, diikuti dengan pesta yang huru-hara.

Kenapa Islam melarang sambutan ni?

  1. Amalan songsang seperti ini sudah menjadi taqwim tahunan remaja dan semestinya agama kristian.
  2. Sambutan Hari Kekasih amat bercanggah dengan syara' kerana ianya mempunyai unsur kepercayaan agama kristian dan menjurus kepada keburukkan akhlak.
  3. Sambutan yang tidak berfaedah ini dirai dengan penuh adegan maksiat seperti berdua-duaan, berpeleseran hatta membawa kepada perbuatan seks bebas.
  4. Hari yang dianggap sebagai 'Berbulan Madu' bagi pasangan kekasih sanggup menggada maruah bagi membuktikan kesetiaan cinta kepada kekasih masing-masing.
  5. Budaya meniru budaya barat yang terpesong dan mencampurkan perkara aqidah kepercayaan agama lain adalah salah di sisi Islam
  6. Sambutan ini sangat menghampiri zina.
  7. Sambutan ini memperingati kematian St. Valentine dan dianggap sebagai upacara keagamaan mesyarakat kristian.

Bagi aku tak perlulah sambutan seperti ini cukup sekadar menunjukkan kesetiaan cinta kepada kekasih kita, dengan keihklasan, kejujuran, kesetiaan dan keperibadiaan yang baik. Cinta kepada kekasih bukan sehari tetapi tiap-tiap hari. ok inilah jela yang aku boleh simpulkan. Kalau ada salah fakta boleh bagi komen ye.


Subscribe to Info To You by Email

Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Tuesday, 10 February 2009

Maxis Broadbandku



Bulan ini genap 6 bulan aku menggunakan Maxis Broadband, Kalau nak cerita masa mula-mula aku apply Maxis Broadband ni memang tak dapat diungkapkan dengan kata-kata betapa lembabnya Maxis Broadband ni. Aku rasa Dial-up 10 kali lagi laju, masa tu memang banyak gilala aku maki Maxis(#@%&@),tak perlula aku sebut. Selepas dimaki oleh aku selama 3 bulan, lama kelamaan servisnya semakin baik, aku baru cadang nak 'terminate' selepas 3 bulan.Oleh kerana, servis semakin baik aku meneruskan penggunaannya sehinggalah sekarang.

Walaupun kadang-kadang ada juga auto-disconnect, tapi dalam sehari tu satu dua kali je. Aku tinggal di Cheras dan di sini hanya dapat UMTS je kadang-kadang 3G. Aku suka guna broadband sebab boleh dibawa kemana-mana yang aku suka[kalau ade coverage]. Aku suka lagi berbroadband di kampungku sebab kelajuan broadbandku tiada tandingannya,hehehe. Kat kampung aku dapat HSPDA bar penuh. Kalau muat turun lagu sebesar 5.5MB berapa saat je sudah siap. Tapi aku taknak la bagi tahu kampung aku dimana nanti ramai pulak yang apply Maxis Broadband kat kampung aku. Sebab aku dengar lagi ramai yang pengguna potensi untuk lembab sangat tinggi, kerana berkongsi coverage. Tak kisah apa orang nak cakap.



Kalau ada masa nanti aku cerita bagaimana nak bagi laju Maxis Broadband Anda..[ngantuk siot]


Subscribe to Info To You by Email

Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Tips Memilih Antivirus



Aku nak berkongsi sedikit tentang tips memilih antivirus. Kalau anda nak tau aku sendiri masih lagi tidak menggunakan antivirus untuk laptop aku, tak taula kenapa mungkin aku ni tak suka laptop kesayangan aku ini di scan. Tapi tak mengapalah lupakan tentang laptop aku.

Bagi aku perkara-perkara yang perlu anda perlu tahu sebelum memilih antivirus untuk PC/laptop adalah yang paling penting mudah digunakan. Ini senarai tips memilih antivirus.

  1. Mudah penggunaannya. Perisian antivirus yang baik mestilah mudah digunakan, tanpa memerlukan kemahiran dan pengetahuan kita.
  2. Efektif ketika mengenalpasti virus dan sebagainya. Produk antivirus terbaik dapat mengenali data-data yang terkena virus dengan cepat, mencari dan menemukan virus pada banyak tempat, termasuk email, web browsing dan sebagainya.
  3. Efektif ketika membersih atau membuang file yang terkena virus. Perisian antivirus yang baik mestilah mempunyai tiga perkara asas ini, membersih, menghapus dan mengkuarantin virus dengan baik.
  4. Antivirus yang baik akan mengeluarkan laporan dengan segera ketika anda sedang mengimbas komputer anda, dan memberi segala maklumat terperinci tentang virus yang dikesan.
  5. Antivirus yang baik mestilah mempunyai pelbagai fungsi selain daripada mengimbas virus, seperti Auto-Scan, Kesan virus ketika melayari internet dan sebagainya.
  6. Anti virus yang baik mudah untuk dipasang di komputer anda.
  7. Antivirus yang baik mestilah mempunyai 'help', untuk pertanyaan melalui telefon,email, atau chat.
  8. Kalau mampu cari la antivirus yang berbayar, kerana banyak antivirus berbayar yang sangat bagus.
Ok. Itu saje tips yang boleh aku senaraikan. Harap anda mendapat menafaat dari entri aku ini. Selamat mencuba. Memandangkan aku tak mampu nak beli antivirus yang berbayar, Kalau anda sudi cadanglah pada aku antivirus percuma yang bagus.


Subscribe to Info To You by Email

Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Puisi Indah Untuk Anda



Sahabat kau hebat
Semangatmu tambat iman sekelumat
Pasakkan jasadmu ditaman mukminat
Dan pahatkan jiwamu roh sam'iyyat

Harumkanlah suasana bak Fatimah Azzahrah
Putri Rasulillah bidadari syurga
Perhambaannya kepada suami tercinta
Kethoatannya tak luput jiwa raga
Haruman kuburmu didunia bak haruman syurga
Semerbakkan bakti jasa diperbuat tanpa hambat

Rabiatuladawiyyah
Harummu lantaran zikrullah
Perhambaanmu hanyalah untuk Allah
Amal baktimu ikhlas dan taqwallah
Redhomu segala qadha' qadar dari Allah
Syurgamu tak mengharap dari ketaqwaan kepada Allah
Malah dikau berpuas apa yang termampu bakti tercurah
Walaupun jiwa ragamu hampar punah
Dan jasadmu dimamah oleh tanah.

Ya Allah tetapkanlah pendirian agama ummat Muhammad.
Tambahkan pertunjuk dan luruskan jalan hidup
Ya Allah tetapkan Iman diqalbu hati yang losong
Tambahkan Ilmu usah terpesong.


Subscribe to Info To You by Email

Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Monday, 9 February 2009

Buat Duit Dengan 'HomePage Friends'




Apa khabar semua pengunjung blog aku yang tidak seberapa. Terima Kasih kerana sudi mengunjung di blog aku. Entri kali ini aku nak beritahu bagaimana menjana wang dengan 'HomePage Friends'.

Untuk pengetahuan semua 'HomePage Friends' adalah dari England dan Wales yang dimiliki oleh syarikat White Box Holdings Ltd. Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 2004 yang menjalankan aktiviti pemasaran.

Jadi, untuk memperkenalkan produk-produk pelanggan mereka, mereka telah menubuhkan satu laman web pencarian yang dinamakan 'HomePage Friends'

Berbalik pada cerita asal, bagaimana buat duit dengan benda ni. Selepas anda register anda akan diberi satu homepage sendiri khas untuk pencarian internet. Caranya sangat mudah, anda hanya menggunakan HomePage itu apabila untuk mencari sesuatu di internet, apa-apa yang anda nak cari seperti download MP3, youtube dan sebagainya termasuk socolatajuz hehehe...

Anda akan dibayar setiap kali pencarian, tapi aku tak tahu macam mana cara diorang kira. Selain dari itu anda juga boleh join program affliate mereka..Akhir sekali anda akan dibayar dengan pound sterling.

PENDAFTARAN ADALAH PERCUMA KLIK SINI


Subscribe to Info To You by Email

Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Filem 'Sayang You Can Dance'



Sinopsis Cerita

Mia ialah seorang gadis yang begitu obses dengan tarian hip hop. Tapi bagi beliau adalah cukup mustahil untuk merealisasikan impiannya itu. Tapi semua itu berubah apabila hadirnya Remi dalam hidup beliau. Remi adalah seorang penari yang cukup berbakat dan berjaya menawan perhatian Mia. Mereka berdua disertai bersama Dafi dan Robby yang juga turut mahu merealisasikan impian mereka bersama dengan menyertai pertandingan tarian seluruh negara itu.

Dengan begitu hampir memenangi pertandingan tersebut bapa Mia cuba untuk menghentikan segala cubaan Mia dalam bidang tarian ini termasuk cintanya terhadap Remie. Dengan kepercayaan mereka yang teguh kumpulan mereka hampir memenangi pertandingan tersebut sehingga Remie secara mengejut rebah di lantai.

Senarai Pelakon

Samuel Rizal
Sharifah Amani
Ebi Kornelis
Dafi
Carmen Soo

Pengarah

Bjarne Wong

Penerbit

Josiah Chieng

Tayangan Bermula

12 Mac 2009


Subscribe to Info To You by Email

Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Sunday, 8 February 2009

Budak Pizza Hut...




Patutla bila aku order je Pizza Hut salah satu bahagian mesti senget sana sini. Ini kerja diorang sebelum menghantar Pizza Aku..hehehe..dan rasa pun lain macam je.Orang malaysia memang kreatif, tentu orang AS akan meniru cara baru menghantar Pizza. Aku rasa Tauke Pizza Hut yang berpengkalan di Addison, Texas Amerika Syarikat tentu bangga bila tengok video ni. hihihi...

Bagi aku, walaupun nampak memang tak baik dan merbahaya buat begitu, kita kena positif. Pizza Malaysia boleh guna video macam ni untuk pengiklanan, jadi bila orang tengok je iklan video macam ini mereka akan ingat dengan Pizza Hut.

Ape-apepun jangan la tiru aksi sebegini, kerana di dalam video ni hanya orang profesional je..jadi sanyangilah kerja anda semasa krisis ekonomi ni..

Subscribe to Info To You by Email

Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

NOKIA 5800 XpressMusic



Tidak dapat dinafikan lagi Nokia sentiasa memperbaharui segala produknya mengikut peredaran zaman. kali ini aku nak cerita pasal Nokia 5800 XpressMusic.

Sesuai untuk anda yang menyukai music dan hiburan kerana telefon bimbit ini lebih kepada arah itu. Dengan skrin LCD sebesar 3.2 inch amat sesuai untuk memainkan video, melayari internet dan sebagainya yang berkaitan dengan hiburan.

Kalau nak dibandingkan dengan telefon bimbit keluaran sebelum ini, aku lebih suka ni kerana ia mempunyai skrin sentuhan yang amat sensitif. Aku memang suka benda-benda yang disentuh ni...hehehe...so layan je la spesifikasi Nokia 5800 XpressMusic ni...

Spesifikasi :

Nama Produk : Nokia XpressMusic 5800
Rangkaian : HSPDA / WCDMA 2100/ 900MHz dan 850/1900MHz
Skrin : LCD peka sesentuh / 3.2 inch [640x360]
Kamera : 3.2 MP dengan Lensa sekali dan Lampu flash LED
Penyambungan : WLAN IEEE 802.11b/g / Bluetooth 2.0 dengan A2DP dan USB 2.0
Muzik : Window Media Player 11, MP3, Nokia Muzik Stor dan Nokia PC suite
Bateri : Ion Litium Nokia BL-5J 1320mAh
Berat : 109gram
Harga : RM 1499.00

Untuk maklumat lanjut klik sini

Subscribe to Info To You by Email

Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Cas Peranti Anda Dengan 'Nano Mobile Charger"


Peranti mesra alam sekitar ini baru sahaja dilancarkan, peranti ini boleh mengecas kebanyakan peranti-peranti anda seperti pemain MP3, Telefon Bimbit, Permainan Game[Gameboy,PSP] dan lain-lain peranti.

'Nano Mobile Charger' ini juga boleh mengecas laptop anda, tapi aku tak tahu kenapa namanya ada mobile sedangkan ia bukan sahaja boleh mengecas telefon bimbit malah banyak lagi peranti lain.

Spesifikasi :

Nama Produk : Nano Mobile Charger
Sambungan : USB
Bateri : Lithium polimer
Kapasiti : 2100mAh
Input Voltan : 4.4v - 5.0v / 500mA
Ouput Voltan : 5.0v / 500mA
Berat : 70g je
Harga : RM 179.00

Subscribe to Info To You by Email

Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Keistimewaan BenQ E2200HD



Bagi anda yang mahukan kepuasan komputer peribadi yang mampu menawarkan multimedia yang canggih, aku syor menggunakan BenQ E22ooHD Baru. Mintor ini mencuri tumpuan aku kerana mempunyai skrin resolusi yang tinggi ditambah pula dengan skrin sebesar 21.5".

Monitor ini sesuai kepada anda yang sukakan melayari internet kerana ia mempunyai slot ouput video, dan keistimewaan monitor ini juga terletak pada kekuatanya menghilangkan ruang hitam yang sering kelihatan di skrin sebaik kita membuka sesuatu fail.


Spesifikasi :

Nama Produk : BenQ E2200HD
Size Paparan : 21.9"
Resolusi Skrin : 1920x1080
Teknologi Paparan : TFT
Speaker : 2
Harga : RM 719.00

Subscribe to Info To You by Email

Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Friday, 6 February 2009

Apa Perkara Yang Paling Penting Dalam Kehidupan Ini

Apa yang sangat anda perlukan di dunia ini untuk mengubah cara hidup atau menukar cara hidup. Baca sehingga habis untuk mengetahui perkara yang diperlukan 100%.

Sekiranya

A+B+C+D+E+F+G+H+I+J+K+L+M+N+O+P+Q+R+S+T+U+V+W+X+Y+Z

Adalah sama dengan

1+2+3+4+5+6+7+8+9+10+11+12+13+14+15+16+17+18+19+20+21+22+
23+24+25+26

Adakah anda perlukan ini..

Hard Work
H+A+R+D+W+O+R+K
8+1+18+4+23+15+18+11=98%

Knowledge
K+N+O+W+L+E+D+G+E
11+14+15+23+12+5+4+7+5=96%

Love
L+O+V+E
12+15+22+5=54%

Luck
L+U+C+K
12+21+3+11=47%

Ramai diantara kita meletakkan perkara diatas adalah 100% dan ia adalah aman penting. Adakah perkara yang akan aku sebutkan ini adalah Money?Bukan, sebab

Money
M+O+N+E+Y
13+15+14+5+25=72%

Leadership
LEADERSHIP
12+5+1+4+5+18+19+9+16=89%

Semua masalah mempunyai jalan penyelesaiannya. Apa yang amat kita perlukan untuk mengubah hidup kita? Perkara inilah yang akan memungkinkan segala penyelesaian masalah. Perkara tersebut adalah Attitude. Cuba lihat ni.

Attitude
A+T+T+I+T+U+D+E
1+20+20+9+20+21+4+5=100%

p/s : tak percaya kira sendiri..hehehe...

Subscribe to Info To You by Email

Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Tips Untuk Pengguna Nuffnang



Pembuka kata 'berapa banyak wang yang anda perolehi dari Advertlet dan Nuffnang?'walau berapa banyak pun anda perolehi, hari ini aku nak berkongsi tip bagaimana nak menjadi ahli Glitterati di Nuffnang.

Selain dari Nuffnang terdapat pesaing-pesaing lain, antara yang popular adalah seperti Advertlets.com. Advertlets adalah milik rakyat Malaysia, dan juga merupakan salah satu laman ads network yang memberikan anda pendapatan dengan memaparkan iklan di blog.

Kepada anda yang mempunyai akaun di Advertlets dan Nufnang, elakkan dari memaparkan iklan Advertlets dan Nufnang bersama-sama. Ini kerana anda terlepas beberapa keistimewaan yang disediakan oleh Nuffnang.

Bagi yang menggunakan Google Adsense dan sebagainya anda tidak perlu bimbang kerana keahlian Glitterati hanya akan terganggu sekiranya anda mempaparkan iklan dari laman ads network tempatan lain.

Sekali lagi elakkan dari memaparkan iklan Advertlets dan Nufnang bersama-sama.

Berikut adalah keistimewaan ahli Glitterati :


[klik untuk paparan lebih jelas]

Subscribe to Info To You by Email

Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

MPV Malaysia Pertama



Mungkin semua sudah mengetahui yang proton akan mengeluarkan MPV[Multi Purpose Vehicle] pertama buatan Malaysia dan juga yang ditunggu-tunggu rakyat Malaysia termasuk aku[walupun tak mampu nak beli lagi].Proton juga telah mengadakan pertandingan untuk menamakan MPV tersebut, aku tak melepaskan peluang untuk menamakannya, mana tahu boleh menang.Tapi tarikh akhir pertandingan sudah lama tutup. Pada anda yang terlepas kerana tak tahu, tak mengapa tunggu Proton buat untuk keluaran SUV pulak.hihihi...Amin.Pemenang akan memenangi kereta MPV tersebut.

Di bawah nanti aku kongsi bersama gambaran awal kereta tersebut. pandangan awal aku ia memang cantik. jujur aku katakan dan mengharap kereta ini akan jadi kereta terbaik dari Proton.aku dengar kereta ni akan dilancarkan pada bulan april 2009, kalau tak silapa akula.

Ini Gambar Proton MPV :





Subscribe to Info To You by Email

Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Thursday, 5 February 2009

Kecil-Kecil Cili Padi

Jangan disangka kecil tapi tak berupaya nak bersaing. Ini sesuai untuk Proton Savvy. kenapa aku kata begitu, sebab Savvy adalah 10 kereta terlaris di Thailand. Aku memang tidak percaya benda macam ni maklum la..hehehe.. Punye banyak kereta di Thailand tetapi orang thailand suka kereta Savvy sebab murah, senang untuk dibawa.

Senarai Pesaing 2008 :

1) Jaguar XF
2) BMW 320d
3) Volvo S80 3.2
4) MINI Cooper S Clubman
5) Honda City
6) Honda Jazz
7) Ford Focus 2.0 TDCi
8) Mitsubishi Pajero Sport
9) Subaru Impreza STI
10) Proton Savvy

Subscribe to Info To You by Email

Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Bagaimana Membuat Link Exchange Button

Bagaimana nak buat link exchange button seperti di blog aku, caranya mudah saja. Tapi sebelum tu elok rasanya aku bagi macam mana nak buat button seperti di blog aku denagn mudah. Jangan risau di dunia internet ramai orang yang baik menyediakan perkhidmatan ini secara percuma saja(ape yg aku merapu ni). Anda boleh buat di laman saudara Adam Kalsey . Siap. Ok selepas itu simpan(right click) button itu dan kemudian upload di laman image hosting anda photobucket atau selain dari itu. Ok siap

Ok sekarang copy paste code dibawah dan kemudian tukar yang berkenaan dengan anda punya sendiri.Biru url anda, oren link untuk button tadi.



Ini contoh aku punya kalau sudi copy dan letakla di blog anda. Itupun kalu sudi la...hehehe...






Subscribe to Info To You by Email

Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Tuesday, 3 February 2009

Pulau Tioman


Pulau Tioman merupakan destinasi percutian yang paling mempesona di Laut China Selatan, terletak kira-kira 56km dari pantai negeri Pahang. Tersohor sebagai salah sebuah destinasi percutian pulau yang terhebat di dunia, Pulau Tioman pernah menjadi lokasi penggambaran filem muzikal Hollywood, 'South Pacific' pada tahun 1959.

Menurut cerita legenda, pulau ini merupakan tempat tinggal puteri naga dongengan. Perairan yang suam dan jarak penglihatan yang tinggi di bawah laut menjadikan Pulau Tioman destinasi popular di kalangan penyelam.

Saksikan pemandangan yang mengagumkan termasuk karang lembut Gorgonian, karang Staghorn, 'nudibranch' dan pelbagai bentuk hidupan laut yang indah. Penyelam berpeluang berenang di sisi ikan Napoleon Wrasse yang besar, ikan Golden Striped Trevally, Bumphead Parrotfish dan kumpulan ikan Fusiliers.

Terdapat beberapa buah perkampungan di sepanjang pantai di sekeliling pulau ini, antaranya Kampung Salang, Tekek, Genting, Paya dan Juara.

Setiap kampung menawarkan suasana yang berbeza dan unik. Kawasan pedalaman Pulau Tioman yang berhutan juga menjadi tempat tinggal pelbagai jenis tumbuhan dan haiwan kecil termasuk rama-rama, mengkarung, rusa dan monyet.

Tumbuhan dan haiwan liar yang terdapat di Pulau Tioman juga pernah dipaparkan di dalam dokumentari National Geographic. Formasi batu granit yang membentuk pulau ini menjadikannya lokasi yang hebat untuk aktiviti memanjat batu.

Bagi mereka yang lebih berani, boleh mencuba memanjat tebing Gunung Nenek Semukut (juga bergelar Dragon's Horns). Berjaya Tioman Beach, Golf & Spa Resort menawarkan tempat penginapan yang mewah, berlatarbelakangkan pemandangan bukit-bukau yang beralun.



If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed! and Subscribe to Info To You by Email

Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Have you found this post useful? If so please share it:

Sunday, 1 February 2009

Perkara-Perkara Yang Menyebabkan Kepapaan

1. Bermudah-mudah dengan sembahyang...
2. Menyeru ibu bapa dengan pangilan namanya...
3. Meninggalkan doa untuk ibu bapa...
4. Berjalan dihadapan guru...
5. Cepat keluar bila masuk masjid...
6. Berbohong...
7. Banyak bercakap kosong...
8. Pemalas...
9. Banyak tidur...
10. Bermudah-mudah membazirkan makanan...
11. Selalu makan ketika hadas besar...
12. Membazirkan harta dengan tidak menentu hala...
13. Berpagi-pagi minum di kedai kopi...
14. Bersifat bakhil...
15. Sentiasa tidur telanjang...
16. Lambat pulang apabila keluar tidak bersebab...
17. Menjahit pakaian di badan...
18. Selalu memakai seluar sambil berdiri...
19. Tidak membasuh pinggan selepas makan...
20. Selalu membasuh tangan dengan tanah...
21. Sentiasa bersisir dengan sisir yang patah...
22. Selalu menulis dengan qalam yang patah...
23. Membiarkan labah-labah di dalam rumah...
24. Membiakkan binatang yang halus di dalam rumah...
25. Menyapu sampah di waktu malam...
26. Hembusan nafas untuk memadamkan lampu/api...
27. Selalu membakar kulit bawang...

Renungkanlah... ..wahai kekawanku...


Subscribe to Info To You by Email

Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Berpusing Atau Tidak?



[klik untuk gambaran lebih besar]

Sekira anda bijak bagaimana hendak memberhentikan pusingan ini?

Subscribe to Info To You by Email

Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Senarai 'Nickname' Untuk Anda

Aku tak tahu mana datangnya benda nie dalam laptopku, rasanya tak pernah pulak aku simpan benda macam ini. Tapi takpe la saja aku nak berkongsi senarai 'nickname' yang kretif ini pada anda. Boleh digunakan untuk forum atau chatroom..

Gantikan RaHmAnBaShRi dengan nama anda


(¯`·._.·[(RaHmAnBaShRi)]·._.·´¯)

¨°o.O(RaHmAnBaShRi)O.o°

×÷·.·´¯`·)»(RaHmAnBaShRi)«(·´¯`·.·÷×

· ··^v´¯`×)(RaHmAnBaShRi)(×´¯`v^·· ·

,.-~*'¨¯¨'*·~-.¸-(_(RaHmAnBaShRi)_)-,.-~*'¨¯¨'*·~-.¸

- - --^[(RaHmAnBaShRi)]^-- - -

•·.·´¯`·.·•(RaHmAnBaShRi)•·.·´¯`·.·•

`·.¸¸.·´´¯`··._.·(RaHmAnBaShRi)`·.¸¸.·´´¯`··._.·

(¯`·._)(RaHmAnBaShRi)(¯`·._)

¯¨'*·~-.¸¸,.-~*'(RaHmAnBaShRi)¯¨'*·~-.¸¸,.-~*'

Oº°‘¨(RaHmAnBaShRi)¨‘°ºO

׺°”˜`”°º×(RaHmAnBaShRi)׺°”˜`”°º×

.·´¯`·->(RaHmAnBaShRi)<-·´¯`·.



<º))))><.·´¯`·.(RaHmAnBaShRi)¸.·´¯`·.¸><((((º>

- -¤--^](RaHmAnBaShRi)[^--¤- -

~²ºº²~(RaHmAnBaShRi)~²ºº³

._|.<(+_+)>.|_.(RaHmAnBaShRi)._|.<(+_+)>.|_.

..|..<(+_(RaHmAnBaShRi)_+>..|..

-·=»‡«=·-(RaHmAnBaShRi)-·=»‡«=·-

•°o.O(RaHmAnBaShRi)O.o°•

––––•(-•(RaHmAnBaShRi)•-)•––––

(¯`•¸·´¯)(RaHmAnBaShRi)(¯`·¸•´¯)

··¤(`×[¤(RaHmAnBaShRi)¤]×´)¤··

(•·÷[(RaHmAnBaShRi)]÷·•)—

·ï¡÷¡ï·(your nickname here)·ï¡÷¡ï·

·!¦[·(RaHmAnBaShRi)·]¦!·

°º¤ø,¸¸,ø¤º°`°º¤ø,¸(RaHmAnBaShRi)°º¤ø,¸¸,ø¤º°`°º¤ø,¸

;)°¨¨°º"°¨¨°(*)(_.·´¯`·«¤°(RaHmAnBaShRi)°¤»·´¯`·._)(*)°¨¨°º"°¨¨°;)

»-(¯`v´¯)-»(RaHmAnBaShRi)»-(¯`v´¯)-»

°l||l°(RaHmAnBaShRi)°l||l°

•°¤*(¯`°(F)((RaHmAnBaShRi))(F)°´¯)*¤°•

—¤÷(`[¤*(RaHmAnBaShRi)*¤]´)÷¤—

¸.´)(`·[(RaHmAnBaShRi)]·´)(` .¸

·÷±‡±(RaHmAnBaShRi)±‡±÷

+*¨^¨*+(RaHmAnBaShRi)+*¨^¨*+

Subscribe to Info To You by Email

Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Perkara Yang Membuat Kita Susah

Terdapat beberapa perkara yang mempunyai kaitan dengan kesusahan atau secara lebih khusus sebagai penyebab ditimpa kesusahan dan penderitaanyang mana pada kebiasaannya kita mengambil ringan tentang perkara tersebut. Dalam kitab Al-Barakah fi Fadhl lis Sa’yi Wal Harakah yang disusun oleh Abi abdillah Muhammad bin Abdul Rahman Al-Habsyi telah diterangkan perkara yang mempunyai hubung kait dengan kesusahan seseorang.

1. tidak sembahyang atau solat.
2. tidak membaca Bismillah ketika hendak makan.
3. makan atas pinggan yang terbalik.
4. memakai kasut atau sandal memulakan sebelah kiri.
5. menganggap ringan apa2 yang terjatuh dalam hidangan makanan.
6. berwuduk’ di tempat buang air besar atau air kecil.
7. suka bersandar pada pintu rumah.
8. suka duduk di atas tangga.
9. membiasakan diri mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan.
10. membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung.
11. tidak membersihkan rumah.
12. membuang sampah atau menyapu dengan kain.
13. suka membersihkan rumah pada waktu malam.
14. suka tidur di atas muka.
15. membakar kulit bawang.
16. menjahit baju yang sedang dipakai.
17. mengelap muka dengan baju.
18. berdiri sambil bercekak pinggang.
19. tidur tidak memakai baju.
20. makan sebelum mandi hadas.
21. tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh.
22. pergi ke pasar sebelum matahari terbit.
23. lambat pulang dari masjid.
24. doakan perkara yang tidak baik terhadap ibubapa dan anak-anak.
25. kebiasaan tidak menutup makan yang dihidangkan.
26. suka memadam pelita dengan nafas.
27. membuang kutu kepala dalam keadaan hidup.
28. membasuh kaki dengan tangan kanan.
29. membuang air kecil pada air yang mengalir.
30. memakai seluar sambil berdiri.
31. memakai serban sambil duduk.
32. mandi junub di tempat buang air atau tempat najis.
33. makan dengan menggunakan dua jari.
34. berjalan di antara kambing.
35. berjalan di antara dua perempuan.
36. suka mempermainkan janggut.
37. suka meletakkan jari jemari tangan pada bahagian lutut.
38. meletakkan tapak tangan pada hidung.
39. suka menggigit kuku dengan mulut.
40. mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan.
41. mengadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil.
42. menguap ketika solat.
43. meludah di tempat buang air besar atau air kecil.

Subscribe to Info To You by Email

Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Hebat Sangat Ke Yahudi Ni?

Aku tertarik dengan penulisan oleh Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Kajian Keselamatan (CRSS) Pakistan, Dr. Farrukh Saleem mengenai Bangsa Yahudi. Jadikan tulisan ini sebagai iktibar kepada iktibar dan pengajaran untuk dijadikan pedoman. Kebangkitan seseorang muslim itu terletak pada ilmu pengetahuan. Ini tulisan nya..

Hanya ada 14 juta Yahudi di muka bumi ini; tujuh juta di Amerika, lima juta di Asia, dua juta di Eropah dan 100,000 di Afrika. Bagi setiap orang Yahudi ada 100 orang Muslim (1:100). Namun, jika dicampur semua sekali, Yahudi lebih 100 kali berkuasa daripada orang Islam. Mengapa ini berlaku?

Siapa mereka ini?

Nabi Isa (Jesus of Nazareth) ialah Yahudi. Albert Einstein, saintis zaman moden paling terkemuka dan disebut oleh majalah Time sebagai 'Manusia Abad ini' ialah seorang Yahudi; Sigmund Freud - melalui teori id, ego dan super-ego ialah bapa psikoanalisis, juga seorang Yahudi; begitu juga Karl Marx, Paul Samuelson dan Milton Friedman.

Selain mereka banyak lagi orang Yahudi yang hasil kebijaksanaan mereka berupaya menghasilkan keperluan untuk kita semua: Benjamin Rubin memperkenalkan jarum suntikan pelalian. Johas Salk mereka vaksin polio yang pertama. Gertrude Elion mencipta ubat melawan leukemia. Baruch Blumberg mencipta vaksin Hepatitis B. Paul Ehrlich menemukan rawatan untuk siflis. Elie Metchnikoff menang Hadiah Nobel untuk penyakit berjangkit. Bernard Katz menang Hadiah Nobel kerana kajian mengenai transmisi neuromuskular.

Andrew Schally penerima Nobel dalam kajian endokrinologi (berkaitan sistem endokrin dan kencing manis). Aaron Beck menemui terapi kognitif (rawatan mental, kesugulan dan fobia).

Gregory Pincus membangunkan pil perancang keluarga yang pertama. George Wald menang Nobel bagi kajian mata manusia, Standley Cohen dianugerahi Hadiah Nobel dalam kajian embriologi (kajian janin dan perkembangannya). Willem Kolff mencipta mesin dialisis (mencuci) buah pinggang.

Sejak 105 tahun, 14 juta Yahudi menang 15 dozen Hadiah Nobel, sementara tiga dimenangi oleh 1.4 bilion umat Islam.

Stanley Mezor mencipta mikrocip pertama. Leo Szilards membangunkan reaktor rangkaian nuklear pertama; Peter Schultz (kabel gentian optik); Charles Adler (lampu isyarat); Benno Strauss (besi tahan karat - stainless steel); Isador Kisee (sistem suara di pawagam); Emile Berliner (mikrofon untuk telefon) dan Charles Ginsburg (alat pita rakaman).

Saudagar jenama terkaya dunia juga dikuasai Yahudi iaitu Ralph Lauren (Polo), Levis Strauss (Levi's Jeans), Howard Schultz (Starbuck's), Sergey Brin (Google), Michael Dell (Dell Computers), Larry Ellison (Oracle), Donna Karan (DKNY), Irv Robbins (Baskin & Robbins) dan Bill Rossenberg (Dunkin Donuts).

Richard Levin, presiden universiti tersohor Yale Universiti ialah seorang Yahudi. Henry Kissinger, Joseph Lieberman dan Madeleine Albright (bekas-bekas Setiausaha Negara AS); Alan Greenspan (bekas pengerusi Rizab Persekutuan AS di bawah Reagan, Bush, Clinton dan Bush); Maxim Litvinov (bekas Menteri Luar Soviet Union); David Marshal (bekas Ketua Menteri pertama Singapura); Isaac Isaacs (bekas Gabenor Jeneral Australia); Benjamin Disraeli (negarawan dan penulis Britian); Yevgeny Primkov (bekas Perdana Menteri Rusia dan bekas jeneral KGB); Jorge Sampaio (bekas Presiden Portugal); Herb Gray (bekas Timbalan Perdana Menteri Kanada); Pierre Mendes (Perdana Menteri ke-143 Perancis); Michael Howard (bekas Setiausaha Negara British); Bruno Kreisky (bekas Canselor Austria) dan Robert Rubin (bekas Setiausaha Perbendaharaan AS).

Dalam dunia media, orang Yahudi yang terkemuka ialah Wolf Blitzer (CNN); Barbara Walters (ABC News); Eugene Meyer (Washington Post); Henry Grunwald (Ketua Editor Time); Katherine Graham (penerbit The Washington Post); Joseph Lelyyeld (Editor Eksekutif, The New York Times) dan Max Frankel (The New York Times).

Dermawan dan penyangak mata wang, George Soros ialah Yahudi. Dia menderma AS$4 bilion untuk membantu ahli sains dan universiti serata dunia.

Walter Annenberg menderma untuk membina ratusan perpustakaan berjumlah AS$2 bilion.

Di Olimpik, Mark Spitz membolot tujuh pingat emas. Lenny Krayzelburg ialah pemegang tiga kali pingat emas Olimpik. Spitz Krayzelburg dan Boris Becker adalah Yahudi.

Tahukah anda bahawa pelakon pujaan Harrison Ford, George Burns, Tony Curtis, Charles Bronson, Sandra Bullock, Billy Cystal, Woody Allen, Paul Newman, Peter Sellers, Dustin Hoffman, Michael Douglas, Ben Kingsley, Kirk Douglas, Willian Shatner, Jerry Lewis dan Peter Falk semuanya Yahudi?

Tambahan lagi, Hollywood sendiri diwujudkan oleh orang Yahudi. Antara pengarah dan penerbit, Steven Spielberg, Mel Brooks, Oliver Stone, Aaron Spelling (Beverly Hills 90210), Neil Simon (The Odd Couple), Andrew Vaina (Rambo 1- 2-3), Michael Man (Starsky and Hutch), Milos Forman (One Flew Over The Cuckoo's Nest), Douglas Fairbanks (The Thief Of Baghdad) and Ivan Reitman (Ghostbusters) - semuanya adalah Yahudi.

Mempengaruhi?

Washington yang merupakan ibu negara Amerika Syarikat, mempunyai satu pertubuhan lobi yang amat berkuasa. Ia dikenali sebagai Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika Israel (AIPAC) yang berupaya mempengaruhi Kongres meluluskan resolusi memuji dan 'membuat apa saja' demi Israel.

Tahukah lagi bahawa William James Sidis dengan IQ 250-300 ialah manusia tercerdik. Dia ialah Yahudi.

Jadi, mengapa mereka ini terlalu berkuasa?

Ini kerana ILMU

Mengapa orang islam begitu lemah?

Dianggarkan 1,476,233,470 Muslim di atas muka bumi Allah ini. Satu bilion di Asia, 400 juta di Afrika, 44 juta di Eropah dan enam juta di Amerika. Setiap lima insan manusia ialah Muslim. Setiap seorang Hindu ada dua orang Islam, setiap seorang Buddha ada dua orang Islam dan setiap seorang Yahudi ada beratus orang Islam. Mengapa orang Islam terlalu lemah?

Ini jawapannya: Terdapat 57 negara anggota OIC dan jika dicampur semua cuma ada kira-kira 500 buah universiti; atau sebuah universiti untuk setiap tiga juta orang Islam.

AS mempunyai 5,758 universiti dan India ada 8,407. Pada 2004, Shanghai Jiao Tong Universiti membuat kajian 'Kedudukan Akademik Universiti-universiti Dunia' - dan menakjubkan - tiada satu pun universiti-negara Islam yang berada di puncak 500.

Data yang dikumpul dari UNDP, tahap celik huruf di negara maju ialah hampir 90 peratus dan 15 negara itu mempunyai 100 peratus celik huruf. Negara majoriti penduduk Islam, purata kadar celik huruf ialah sekitar 40 peratus dan tiada negara yang mempunyai 100 peratus semuanya celik huruf.

Sekitar 98 peratus penduduk di negara maju menamatkan sekurang-kurang sekolah rendah, sementara hanya 50 peratus di negara majoriti Islam. Sekitar 40 peratus penduduk di negara maju memasuki universiti, sementara hanya 2 peratus di negara majoriti Islam.

Negara-negara majoriti Islam mempunyai 230 ahli sains bagi setiap (per) sejuta penduduk. Di AS 4,000 per sejuta, Jepun 5,000 per sejuta. Di seluruh negara Arab, penyelidik sepenuh masa ialah 35,000 dan hanya 50 juruteknik per sejuta (berbanding di negara maju 1,000 juruteknik per sejuta).

Negara Islam membelanjakan 0.2 peratus daripada KDNK untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) sebaliknya, di negara maju membelanjakan 5 peratus daripada KDNKnya.
Kesimpulan: Dunia Islam kurang keupayaan untuk menghasilkan ilmu pengetahuan.

Akhbar harian yang dibaca oleh setiap 1,000 orang dan jumlah judul buku yang dibaca oleh setiap sejuta orang adalah dua angka tunjuk bagi menentukan sama ada ilmu pengetahuan disalurkan ke dalam masyarakat.

Di Pakistan, hanya ada 23 akhbar harian per 1,000 rakyat Pakistan sementara nisbah di Singapura ialah 360. Di UK, jumlah judul buku per juta orang ialah 2,000 sementara di Mesir ialah 20.

Yang menariknya, jumlah terkumpul KDNK tahunan 57 buah negara ahli OIC ialah di bawah AS$2 trilion. Amerika sahaja, menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai AS$12 trilion, China AS$8 trilion, Jepun AS$3.8 trilion dan Jerman AS$2.4 trilion.

Pengeluar minyak yang kaya, Arab Saudi, UAE, Kuwait, Qatar secara rangkuman menghasilkan barangan dan perkhidmatan (rata-rata minyak) bernilai AS$500 bilion; Sepanyol sahaja menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai lebih AS$1 trilion, Poland AS$489 bilion dan Thailand AS$545 bilion.

Jadi, mengapa orang Islam tidak berkuasa dan orang Yahudi paling berkuasa?

Ini kerana umat Islam kurangkan ilmu.

Apa yang orang islam buat?

Hiburan Yang Keterlaluan,Hiburan Yang Keterlaluan,Hiburan Yang Keterlaluan,Hiburan Yang Keterlaluan,Hiburan Yang Keterlaluan,Hiburan Yang Keterlaluan,Hiburan Yang Keterlaluan,Hiburan Yang Keterlaluan,Hiburan Yang Keterlaluan,Hiburan Yang Keterlaluan,Hiburan Yang Keterlaluan,Hiburan Yang Keterlaluan,Hiburan Yang Keterlaluan,Hiburan Yang Keterlaluan,Hiburan Yang Keterlaluan,Hiburan Yang Keterlaluan,

Subscribe to Info To You by Email

Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Ragam Rakyat Malaysia

Selalunya anda lihat gambar-gambar pelik adalah dari luar negara, sekarang aku tunjuk Malaysia juga banyak gambar yang boleh luntuk di kategorikan lawak, pelik, dan ajaib...hehehe...
layan je la....














Subscribe to Info To You by Email

Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...