Social Icons

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Site Info

Saturday, 3 January 2009

Malaysia Di Tangga Ketiga Kendali Projek Elak Cemar Alam Sekitar

Malaysia menduduki tangga ketiga di Asia dalam mengendalikan projek-projek mengurangkan pengeluaran asap yang mencemar alam sekitar, demikian menurut Mekanisme Kemajuan Pembersihan (CDM) dalam Protokol Kyoto.
Sebanyak 145 projek bernilai US$274 juta yang sedang atau akan dilaksanakan di Malaysia merupakan 3.4 peratus daripada bilangan projek di seluruh dunia, berbanding hanya dua projek pada 2004, tujuh pada 2005, 23 pada 2006 dan 93 tahun lepas.
Menurut Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNEP) kini terdapat 4,200 projek dijalankan di seluruh dunia, dengan China, India, Brazil dan Mexico mendahului daripada segi bilangannya manakala jumlah paling kecil adalah di Fiji, Laos dan Papua New Guinea.
Pengarah Eksekutif UNEP, Achim Steiner, berkata bahawa menjelang tahun 2012, sebanyak 8,000 projek CDM bernilai US$30 bilion dijangka dapat dilaksanakan di seluruh dunia.

0 Comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...