Social Icons

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Site Info

Thursday, 1 January 2009

Kereta Perisik James Bond Akan Menjadi Realiti




Satu lagi kenderaan yang mendapat perhatian Saya adalah Rinspeed sQuba yang mampu bertukar menjadi sebuah kapal selam umpama Lotus Esprit yang dipandu ejen perisik British, James Bond dalam filem 'The Spy Who Loved Me'.Menurut pencipta sQuba, Frank Rinderknecht, jentera perisikan itu berjaya diadaptasikan secara realiti dan yakin boleh digunakan secara komersial suatu hari nanti.SQuba adalah kenderaan dua alam yang boleh dipandu di daratan, menongkah ombak dan menyelam sehingga 10 meter di bawah air dengan kelajuan tiga kilometer sejam (km/j)."Dengan menggunakan motor elektrik sebagai sumber kuasanya di dalam air, sQuba mampu menyelam dan bersiar-siar sehingga lapan meter di dasar laut"Kenderaan ini diciptakan tanpa bumbung bagi membolehkan pemilik kenderaan merasai sendiri keindahan dasar laut selain faktor keselamatan sekiranya kenderaan terbabit gagal naik ke permukaan atau sebab kecemasan lain," katanya.



Katanya, kenderaan itu mampu memecut sehingga 125 km/j di jalan raya dan selaju lima km/j ketika mula menerjah permukaan air.Rinderknecht mengambil masa tiga dekad memikirkan idea bagaimana untuk merealisasikan impiannya mencipta kereta serba guna sehingga menjadi kenyataan.Berbeza dengan kenderaan amfibia tentera yang hanya bergerak di permukaan air sahaja, sQuba boleh dipandu seumpama sebuah kapal selam di dalam air tetapi dalam keadaan terbuka.Ruang dalamannya bukan saja dicipta dengan peralatan kalis air, malah turut kalis air masin dan sesuai untuk kegunaan di lautan.SQuba dicipta dengan penggunaan tiga motor elektrik untuk digerakkan iaitu satu untuk kegunaan darat manakala dua motor lagi untuk menggerakkannya di dasar laut.

0 Comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...