Social Icons

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Site Info

Wednesday, 28 January 2009

Kenapa Aku Pemalu Sangat?

Aku nak cerita sedikit tentang diriku ini. Aku dilahirkan didalam sebuah keluarga yang besar. Ibu bapa aku tidaklah sekaya mana tapi masih mampu menyara hidup kami. Aku mempunyai 12 adik-beradik. aku anak ke 8 dan sudah meningkat menjadi gadis sunti. Abang dan kakak aku semuanya berjaya dalam hidup mereka tetapi bila sampai turn aku, aku seolah-olah memalukan ibubapa aku. Apa boleh buat. Sebenarnya aku ni cacat, tak cantik dan hitam pulak tu. Dan lebih teruk lagi aku mempunyai penyakit malu yang amat sangat. aku malu nak berhadapan dengan masyarakat, malu dengan adik beradik malah malu yang amat dengan mak abah. Memang malulah hidup aku nih. Hinggakan nak tengok muka aku di cermin pun malu yang amat. Kalau jalan aku pasti menunduk, menunjukkan malunya aku pada tahap kronik. Apatah lagi berhadapan masyarakat, rasa macam nak pakai topeng je. Tapi mak abah selalu marahkan aku, mereka kata aku tak mensyukuri nikmat tuhan. Tapi malu tu kan anugerah tuhan juga.
Disebabkan mak dan abah dah fedap, maka mereka merancang untuk mengahwinkan aku. Apa lagi, meraung la aku. Aku ni kan malu yang amat dasyat. Macam mana nak berhadapan dengan suami pulak nanti? Dah la aku cacat, hitam ditambahkan dengan sifat malu yang menebal, macam mana aku nak hadapi semua tu?
Hari ni aku nekad, aku musti berjumpa abah untuk menghalang perkahwinan aku. Apa nak jadi, jadilah!!
"Abah kan tahu yang saya ni malu nak berjumpa orang ramai. Lagi abah mahu saya kawin dengan orang lain. Abah tak berperasaan ke?" Tempik aku penuh semangat.
"Apa yang kau nak malukan sangat?" Tanya abah aku serius.
"Laaa.. abah tak nampak ke, saya ni kan ke cacat, hidung panjang, hitam pulak tu, gemuk lagi. Malu la saya macam ni." balas aku penuh keyakinan.
"Woi anak durhaka, kau tau tak kenapa hidung kau panjang, hitam dan gemuk, kau tau tak kenapa? Sebab kau tu tapir. Tapir memang la muka macam tu. Tapir atau nama saintifiknya cipan adalah spesis kau!! paham tak tapirrrrr!!!"

Lerr...tapir ke aku ni? Patut la aku malu amat sangat. Tapir rupanya aku ni. Ingatkan aku cacat semualajadi. Itulah dia kalau malu sangat menanya.***** sungguh aku sampai ke tulang.

MORAL: kenalilah diri anda. Janganlah menapirkan diri anda walau dimana jua anda berada.

Subscribe to Info To You by Email

Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

1 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...