Social Icons

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Site Info

Sunday, 4 January 2009

Anti Virus Untuk Permainan Video


Anti virus pada komputer sememangnya diperlukan sebagai program keselamatan untuk menghalang serangan virus atau cecacing yang boleh merosakkan komponen dan juga dokumen yang disimpan.Pelbagai penyelarasan produk anti virus berkualiti dan komprehensif telah dihasilkan untuk kegunaan pengguna yang menginginkan kelancaran pengendalian pada sistem komputer mereka.Bukan setakat itu, pembangunan rangkaian perisian keselamatan bagi permainan video juga kini semakin dititikberatkan kesan daripada kegilaan terhadap aktiviti berkenaan.
Mengambil contoh Symantec Corp. (Symantec), syarikat penyedia penyelesaian sistem keselamatan Internet dan anti virus, baru-baru ini telah tampil dengan perisian Norton AntiVirus 2009 edisi permainan video.Tawaran terhadap edisi tersebut sebenarnya disasarkan khas untuk komuniti yang menjadikan permainan video sebahagian daripada aktiviti pengkomputeran mereka.Pelindungannya merangkumi pelbagai masalah antivirus melalui pelaksanaan sistem yang cepat tanpa gangguan terhadap pengalaman permainan video.
Menurut Naib Presiden Kanan Produk Pengguna Symantec, Rowan Trollope, penggemar permainan video sememangnya memerlukan perisian keselamatan tersebut kerana mereka tidak mahu diganggu ketika melakukan aktiviti berkenaan.
"Oleh itu, melalui perisian ini, ia akan melindungi pengguna daripada sebarang gangguan sama ada secara dalam talian, prestasi atau paparan tetingkap yang tidak diingini.
"Dari segi antara muka pengguna pula, perisian ini menyediakan fungsi optimum untuk pengguna seperti pertukaran secara automatik kepada mod permainan video serta menyeimbangkan antara prestasi dan keselamatan,'' katanya.
Antara fungsi lain pada perisian tersebut adalah menjalankan proses sistem imbasan pintar secara intensif apabila komputer tidak digunakan.
Selain itu, perisian tersebut juga tidak akan mengganggu pemain ketika berada di tengah-tengah permainan dan hanya akan melaksanakan pengemaskinian apabila berada dalam mod skrin atau diarahkan oleh pengguna.
Dari segi keselamatan pula, perisian berkenaan boleh menghalang gangguan seperti virus, spyware, worms, Trojans dan juga perlindungan dari laman web yang berpotensi untuk menyebarkan bahan merbahaya itu.
Kelebihan pad produk tersebut juga adalah dari segi mudah untuk dipasang, penggunaan ruang kurang dari enam megabit (MB) dan juga masa imbasan kurang dari 35 saat.
kepada kaki-kaki permainan video download di laman web pengeluar Symatec

0 Comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...