Social Icons

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Site Info

Saturday, 31 January 2009

Membahagiakan Ibu Bapa



Setiap anak adalah wajib mentaati dan menghormati Ibu Bapa, jadi aku tunjukkan 10 cara membahagiakan mereka.

Pertama : Memberi nafkah. Terdapat ibu bapa yang berdepan dengan masalah kewangan. Mereka tidak dapat lagi melakukan tugas seharian disebabkan faktor usia. Kalaupun berkerja, tetapi tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarga yang semakin meningkat.Justeru menjadi tanggungjawab anak memberi nafkah atau bantuan kewangan kepada ibu bapa. Sumbangan itu tidak seberapa berbanding yang dibelanjakan ibu bapa untuk membesar dan mendidik anak.

Kedua : Menyediakan tempat tinggal. Dalam kes ibu bapa yang hilang tempat tinggal, atau tidak sesuai untuk didiami, adalah menjadi tanggungjawab anak menyediakan tempat tinggal yang lebih sesuai kepada ibu bapa.Paling baik jika ibu bapa dibawa tinggal bersama agar dapat menjamin keselamatan dan keperluan harian mereka diuruskan dengan baik.

Ketiga : Memberi kasih sayang. Kasih sayang adalah sebagai membalas kasih sayang yang selama ini telah dicurahkan ibu bapa. Kasih sayang ibu dan bapa tidak pernah padam terhadap anaknya. Jadi seharusnya kasih sayang itu dibalas dengan sebaik-baiknya.Anak yang baik tidak melupai jasa dan kasih sayang kedua ibu bapa. Anak soleh sentiasa memohon kepada Allah agar ibu bapa mereka diberkati dan dicucuri rahmat.Firman Allah bermaksud: ?Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendidikku ketika kecil.? (Surah al-Isra, ayat 24).
Keempat : Memberi perhatian. Ibu bapa yang diabaikan akan merasai kesunyian. Mereka terasa disisih dan dan seperti tidak diperdulikan. Hal ini memberi tekanan perasaan dan menyebabkan kemurungan. Keadaan ini jika berterusan memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental ibu bapa.Penerapan amalan memberi perhatian terhadap ibu bapa perlu disemai, dibajai serta disuburkan dalam kehidupan masyarakat kita. Kes anak yang membuang ibu bapa semakin meningkat. Anak memandang jijik terhadap ibu bapa sendiri.Banyak ibu bapa yang disisihkan dan dihantar ke rumah rumah penjagaan orang-orang tua. Sukar diterima akal anak mendakwa tidak mampu menjaga ibu bapa. Sedangkan, ibu bapa mampu menjaga dan membesarkan beberapa orang anak.

Kelima : Memenuhi permintaan. Ibu bapa seringkali memerlukan bantuan anak untuk melaksanakan sesuatu keperluan. Permintaan itu mungkin dalam bentuk kewangan, tenaga dan masa.Memenuhi permintaan ibu bapa perlu diutamakan berbanding melakukan tugas lain. Sesungguhnya, memenuhi permintaan ibu bapa lebih baik berbanding melakukan ibadat sembahyang sunat, berpuasa sunat, dan seumpamanya.Malah keutamaan berbakti kepada ibu bapa lebih utama berjihad di medan perang. Diriwaytkan daripada Bukhri dan Muslim, Ibnu Umar berkata: ?Saya telah bertanya kepada Nabi Muhammad: Apakah perbuatan disukai oleh Allah?Lalu baginda bersabda: Sembahyang pada waktunya. Kemudian apa?? tanya saya lagi. Baginda menjawab: Berbakti kepada kedua ibu bapa. Saya bertanya: Apa lagi. Jawab baginda: Berjihad pada jalan Allah.

Keenam : Melakukan apa yang disukai. Ibu bapa sudah tentu mengharapkan anaknya melakukan sesuatu yang baik pada pandangan mereka. Melakukan perkara yang tidak sukai ibu bapa bermakna melakukan perbuatan derhaka.Anak derhaka kepada ibu bapa tidak mendapat keberkatan dalam kehidupannya. Sesiapa derhaka kepada ibu bapa disegerakan balasan di dunia dan tidak terlepas di akhirat.Sabda Rasulullah bermaksud: Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia ialah zina dan menderhaka kepada dua ibu bapa.(Hadis riwayat Tirmizi).Dalam hadis lain diriwayatkan al-Hakam bermaksud: Semua dosa akan ditangguhkan Allah, yakni balasan menurut kehendak-Nya hingga ke hari kiamat, kecuali balasan menderhaka kepada kedua ibu bapa. Maka sesungguhnya Allah menyegerakan balasan kepada pelakunya pada masa hidupnya sebelum mati.

Ketujuh : Bercakap dengan lemah lembut. Satu cara menjaga perasaan ibu bapa ialah bercakap lemah lembut dengan mereka. Suara hendaklah direndahkan dan jangan membantah permintaan mereka.Firman Allah bermaksud: Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua orang tua. Jika salah seorang telah lanjut usianya, atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata cis! terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut.Sesungguhnya, anak ditegah membantah kata-kata ibu bapa dengan suara tinggi atau bermaksud merendahkan kedudukan ibu bapa. Lebih baik berdiam diri daripada berkata-kata yang mungkin menyinggung perasaan ibu bapa. Kemudian jika ada kesempatan, gunakan cara yang lembut untuk menjelaskan keadaan sebenar.

Kelapan : Menghadiahkan kejayaan. Ibu bapa sentiasa mengharapkan kejayaan anak mereka. Anak hendaklah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan agar dapat dikongsi kegembiraannya bersama-sama dengan ibu bapa.Jadi, jika memperoleh kejayaan dalam pelajaran, mendapat pekerjaan, dinaikkan pangkat dan seumpamanya, seharusnya dimaklumkan kepada ibu bapa. Ibu bapa dibawa bersama-sama dalam majlis untuk meraikan kejayaan itu.

Sembilan : Meluangkan masa bersama-sama. Anak yang tinggal berasingan dengan ibu bapa perlu kerap meluangkan masa mengunjungi ibu bapa. Ibu bapa berasa senang menerima kunjungan dan menatap wajah anaknya.

Sepuluh : Mendoakan kebaikan untuk ibu bapa. Anak perlu sentiasa mendoakan kebaikan untuk ibu bapanya. Amalan mendoakan kebaikan untuk ibu bapa perlu diteruskan biarpun ibu bapa telah meninggal dunia.Sabda Rasulullah bermaksud: Apabila meninggal seseorang itu, maka terputuslah segala amalannya, melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah yang berterusan memberi manfaat, ilmu yang memberi kebaikan diajarkan kepada orang lain dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kebaikan kepada kedua ibu bapanya. (Hadis riwayat Muslim).Kebaikan dilakukan anak terhadap ibu bapa sebenarnya amat kecil Anak tidak mampu untuk membalas jasa ibu bapa sepenuhnya biarpun dia berbakti sepanjang hayatnya.Gunakan kesempatan yang ada untuk melakukan bakti terhadap ibu bapa sebaik mungkin. Masa untuk anak berbakti kepada ibu bapa sebenarnya semakin suntuk. Lambat laun ibu bapa akan meninggal dunia. Bertindaklah sebelum terlambat, selagi ibu bapa atau salah seorangnya masih hidup

Subscribe to Info To You by Email

Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Cara Mendaftar Google Adsense

Setelah penat lelah anda copy dan paste untuk membuat satu blog(penat ke?), sekarang aku tunjuk bagaimana untuk mendaftar Google Adsense. Dari langkah mendaftar hingga memasukkan iklan Google didalam blog anda.

Buka laman web Google Adsense dan kemudian klik 'Sign up now'. Masukkan semua maklumat tentang anda, yang paling penting maklumat itu mestilah betul kerana pembayaran akan dihantar melalui alamat yang anda berikan kepada Google.



Selepas itu, anda perlu tunggu sehingga 1-3 hari untuk diluluskan oleh en Google. Tetapi kebiasaannya 1 hari saje sudah diluluskan.


Subscribe to Info To You by Email

Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Langkah-Langkah Yang Perlu Dilakukan Sebelum Mendaftar Google Adsense

Sebelum aku memberitahu cara mendaftar Google Adsense elok rasanya aku bagitahu dahulu langkah-langkah yang perlu dilakukan sebelum Mendaftar Google Adsense. Ini khusus kepada mereka yang tidak mempunyai website atau blog.

  1. Buat satu blog berbahasa inggeris, tidak kisah blog apapun. Ada bemacam-macam blog yang percuma selain dari Blogger.
  2. Tidak kisah blog anda berkenaan dengan apapun, sekiranya anda berminat berkenaan dengan teknologi Malaysia,taip yang berkaitan dengan teknologi Malaysia. Sebaik-baiknya anda taip sendiri, tapi kalau malas copy/paste je. Kalau copy/paste pun malas tak dapat aku tolong.
  3. Pastikan sekurang-kurangnya anda telah publish lima artikal berkenaan dengan teknologi Malaysia tadi atau lebih dari lima lagi baik.
  4. Pastikan juga blog anda tidak mempunyai kandungan porno, tapi dah kalau pasal teknologi Malaysia takkan ada porno kot, melibatkan perkauman, hasutan, dan pendek kata yang salah disisi undang-undang siber.
  5. Setelah Semua diatas selesai sekarang anda boleh mendaftar Google Adsense, tunggu entri aku yang seterusnya..

Subscribe to Info To You by Email

Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Wallpaper Dari Ika





Tadi aku pergi rumah abang aku, ade majlis hari jadi anak dia yang ke dua merangkap anak buah ku yang ke lima Nur Alya Hafizah bt Muhammad Hasan. Sementara menunggu tetamu datang, sempat lagi aku menggodek komputer abangku, dan akupun menjumpai wallpaper di dalam folder Ika untuk santapan blog aku..

Subscribe to Info To You by Email

Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Thursday, 29 January 2009

Apa Itu Google Adsense?

Google adsense ialah suatu program dimana ia membolehkan kita menjual ruang pengiklanan untuk mempromosikan iklan orang lain pada website/blog kita. Ia juga dipanggil PPC program atau Pay Per Click Program. Kita akan dibayar atas setiap iklan yang di klik. Untuk menyertai program tiada bayaran atau deposit diperlukan. Dari mana datangnya duit yang kita perolehi dari program google adsense ini?

Didunia ini berapa banyak syarikat yang ingin memperkenalkan produk mereka, selain daripada menggunakan perkhidmatan televisyen, radio, surat khabr dan lain-lain, mereka juga menggunakan Perkhidmatan internet untuk promosi produk atau servis mereka. Jadi Google telah memperkenalkan Google Adword, dimana mereka akan membayar kepada Google untuk mengiklankan produk mereka. Mereka akan membayar kepada Google setiap iklan yang di klik oleh pengguna. Google yang sememangnya cerdik pandai tahu bagaimana hendak perbanyakkan klik itu dengan memperkenalkan Google Adsense.

Untuk memperbanyakkan dan disebarkan di seluruh dunia maka Google telah membuat progam Google Adsense, dimana semua webmaster atau empunya website/blog boleh meletakkan iklan tersebut di website/blog mereka. Setiap iklan itu mempunyai nilai yang tersendiri apabila ia di klik oleh pengunjung website/blog mereka. Contoh Google Adsense adalah seperti dibawah :


[Gambar dari blog Azuraiz]

Untuk Entri Seterusnya saya akan beritahu bagaimana untuk mendaftar Google Adsense.


Subscribe to Info To You by Email

Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Sony PSP Berwarna Baru Dari Sony



Walaupun aku tak pernah mempunyai Sony PSP, baik berwarna ataupun tidak, tetapi aku tetap mengikuti juga perkembangannya. Maklumla tak mampu. Sekali lagi Sony telah meng'update' konsol Kegemaran dunia itu dengan mengeluarkan edisi berwarna-warni. Ia boleh didapati dengan warna biru, merah, kuning dan hijau. Walaupun warna ditukar tetapi konsol ini tetap sama sepeti yang sebelumnya. Ia juga belum lagi dilancarkan di Malaysia dan akan dilancarkan di Jepun pada bulan Macrh.


Subscribe to Info To You by Email

Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Wednesday, 28 January 2009

Kenapa Aku Pemalu Sangat?

Aku nak cerita sedikit tentang diriku ini. Aku dilahirkan didalam sebuah keluarga yang besar. Ibu bapa aku tidaklah sekaya mana tapi masih mampu menyara hidup kami. Aku mempunyai 12 adik-beradik. aku anak ke 8 dan sudah meningkat menjadi gadis sunti. Abang dan kakak aku semuanya berjaya dalam hidup mereka tetapi bila sampai turn aku, aku seolah-olah memalukan ibubapa aku. Apa boleh buat. Sebenarnya aku ni cacat, tak cantik dan hitam pulak tu. Dan lebih teruk lagi aku mempunyai penyakit malu yang amat sangat. aku malu nak berhadapan dengan masyarakat, malu dengan adik beradik malah malu yang amat dengan mak abah. Memang malulah hidup aku nih. Hinggakan nak tengok muka aku di cermin pun malu yang amat. Kalau jalan aku pasti menunduk, menunjukkan malunya aku pada tahap kronik. Apatah lagi berhadapan masyarakat, rasa macam nak pakai topeng je. Tapi mak abah selalu marahkan aku, mereka kata aku tak mensyukuri nikmat tuhan. Tapi malu tu kan anugerah tuhan juga.
Disebabkan mak dan abah dah fedap, maka mereka merancang untuk mengahwinkan aku. Apa lagi, meraung la aku. Aku ni kan malu yang amat dasyat. Macam mana nak berhadapan dengan suami pulak nanti? Dah la aku cacat, hitam ditambahkan dengan sifat malu yang menebal, macam mana aku nak hadapi semua tu?
Hari ni aku nekad, aku musti berjumpa abah untuk menghalang perkahwinan aku. Apa nak jadi, jadilah!!
"Abah kan tahu yang saya ni malu nak berjumpa orang ramai. Lagi abah mahu saya kawin dengan orang lain. Abah tak berperasaan ke?" Tempik aku penuh semangat.
"Apa yang kau nak malukan sangat?" Tanya abah aku serius.
"Laaa.. abah tak nampak ke, saya ni kan ke cacat, hidung panjang, hitam pulak tu, gemuk lagi. Malu la saya macam ni." balas aku penuh keyakinan.
"Woi anak durhaka, kau tau tak kenapa hidung kau panjang, hitam dan gemuk, kau tau tak kenapa? Sebab kau tu tapir. Tapir memang la muka macam tu. Tapir atau nama saintifiknya cipan adalah spesis kau!! paham tak tapirrrrr!!!"

Lerr...tapir ke aku ni? Patut la aku malu amat sangat. Tapir rupanya aku ni. Ingatkan aku cacat semualajadi. Itulah dia kalau malu sangat menanya.***** sungguh aku sampai ke tulang.

MORAL: kenalilah diri anda. Janganlah menapirkan diri anda walau dimana jua anda berada.

Subscribe to Info To You by Email

Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Tuesday, 27 January 2009

Intel JOM JIMAT @ Tumpang.com

Kepada mereka yang ingin mendapatkan PC tentu gembira dengan berita ini. Baru-baru ini Intel dan Tumpang.com telah bekerjasama untuk mengadakan kempen yang dikenali sebagai JOM JIMAT @ Tumpang.com. Program ini membolehkan pengguna menerima diskaun dan berjimat sehingga RM600 untuk PC yang menggunakan Pemprosesan Intel.

Intel akan bekerjasama dengan penjual yang menawarkan PC mengikut spesifikasi yang ditetapkan dan menjualnya hanya di Tumpang.com. Apabila permintaan PC berkenaan semakin meningkat, hrganya pula semakin berkurang. Setelah ia mencapai sasaran jualan dan sejumlah kecil diposit dibayar, vendor akan membina sistem PC dan pengguna boleh membayar dan mengambilnya di pusat jualan vendor.

PC yang berasaskan Intel adalah Intel Core i7, Intel Core 2 Quad, Intel Core 2 Duo, Pentium Dual Core.

Subscribe to Info To You by Email

Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Kalendar Bulan Febuari 2009





Subscribe to Info To You by Email

Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Sunday, 25 January 2009

DivX 7 : HD Video Sebenar



DivX 7 baru , boleh Muat Turun disini

Apa yang ada dengan DivX 7 baru ini..

DivX® 7 for Windows is a free download that provides everything you need to enjoy high-quality digital videos on your computer, including HD H.264 (.mkv) videos with AAC audio and videos created using all previous versions of DivX technology. You can also play your DivX files (.divx, .avi) on millions of DivX Certified® devices today. Look for DivX Plus™ HD Certified devices later this year that will support playback of all DivX and DivX Plus files, as well as .mkv (H.264/AAC) videos from the Internet.


Subscribe to Info To You by Email

Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Belum Bernoktah

Pernah kita sama sama susah
Terperangkap didingin malam
Terjerumus dalam lubang jalanan
Digilas kaki sang waktu yang sombong
Terjerat mimpi yang indah
Lelah
Pernah kita sama sama rasakan
Panasnya mentari hanguskan hati
Sampai saat kita nyaris tak percaya
Bahwa roda nasib memang berputar
Sahabat masih ingatkah
Kau
Sementara hari terus berganti
Engkau pergi dengan dendam membara
Dihati
Cukup lama aku jalan sendiri
Tanpa teman yang sanggup mengerti
Hingga saat kita jumpa hari ini
Tajamnya matamu tikam jiwaku
Kau tampar bangkitkan aku
Sobat
Sementara hari terus berganti
Engkau pergi dengan dendam membara
Dihati

Subscribe to Info To You by Email

Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Selamat Tahun Baru Cina



Walaupun bising nak mampus dengan bunga api di rumah aku, tapi tak mengapalah, sebab aku tahu Malaysia kaya dengan perayaannya. Aku bangga jadi rakyat Malaysia.

Akhir kata aku ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua masyarakat Tiong Hua di Malaysia. Gong Xi Fa Cai!!!

p/s: kepada Andy dan Danish, Jangan buat-buat lupa angpau aku.

Subscribe to Info To You by Email

Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Bagiku Inilah Erti Segala Cinta



Tuhan...
Saat aku menyukai seorang teman
Ingatkanlah aku bahawa akan ada sebuah akhir
Sehingga aku tetap bersama Yang Tak Pernah Berakhir
Tuhan...
Ketika aku merindukan seorang kekasih
Rindukanlah aku kepada yang rindu Cinta Sejati Mu
Agar kerinduanku terhadap - Mu semakin menjadi
Tuhan.......
Jika aku hendak mencintai seseorang
Temukanlah aku dengan orang yang mencintai - Mu
Agar bertambah kuat cintaku pada - Mu
Tuhan......
Ketika aku sedang jatuh cinta
Jagalah cinta itu
Agar tidak melebihi cintaku pada - Mu
Tuhan....
Ketika aku berucap aku cinta pada - Mu
Biarlah kukatakan kepada yang hatinya tertaut pada - Mu
Agar aku tak jatuh dalam cinta yang bukan karena - Mu
Sebagaimana orang bijak berucap
Mencintai seseorang bukanlah apa - apa
Dicintai seseorang adalah sesuatu
Dicintai oleh orang yang kau cintai sangatlah bererti
Tapi dicintai oleh Sang Pencinta adalah segalanya..



Subscribe to Info To You by Email

Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Friday, 23 January 2009

Perbezaan Pentax K2000 Putih Dengan Kamera DSLR Lain



Kamera edisi terhad dari Pentax ini didatangkan dengan dua kit zum. Ia sama saja dengan rekaan K2000 sebelum ini, tetapi bezanya ia berwarna putih. Ini yang aku maksud 'bezakan kamera anda', mana tak nya semua kamera DSLR tak kira jenama apa pun mesti warna hitam, ada la dua tiga jenama berwarna lain, tapi kebanyakkan mesti hitam. Kemera ini sesuai untuk mereka yang sukakan kelainan dan yang baru dalam dunia SLR.



ia dilengkapi dengan lensa smc Pentax DA L 18-55mm F3.5-5.6 AL yang juga berwarna putih atau smc Pentax DA L 50-200mm F4-5.6 AL. Boleh dikatakan kamera dikategorikan sebagai permulaan dan dengan mod Auto Picture.




SPESIFIKASI

  • DSLR 10.75MP CCD
  • 3872x2592/ 3008x2000/ 1824x1216/ 3.2fps.
  • Lensa 27-84mm/3x zum/ Fokus Auto/ Fokus Manual
  • Red Eye/ Wayarless/ 11mm/ Hot Shoe.
  • RAW/PEF/DNG/
  • USB 2.0/ Adapter AC.
  • Teknologi Pengurang Gegaran/Sistem Pembuang habuk.
  • Saiz 122x92x69mm/ 524g
  • Harga $ 800


Subscribe to Info To You by Email

Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.



Undergoing MyBlogLog Verification

Animax, Astro Dan StarHub Mobile Melancarkan Servis Video 3G Mobile



Kepada mereka yang gemar menonton Astro di Telefon Bimbit, kini Astro dan Animax serta kerjasama dari StarHub Mobil telah melancarkan Video 3G Mobile untuk pengguna Malaysia dan Singapura. Mereka yang gemar menonton anime boleh menontonnya di telefon bimbit. tetapi hanya untuk pengguna Maxis dan Hotlink, dan untuk pengguna telefon jenis 2.5G dan 3G.

Dengan pelancaran ini turut memberikan kejayaan ke tujuh kepada Animax Mobile termasuk Kanada, Australia, Hong Kong, Taiwan, dan Brunei.

Untuk maklumat lanjut boleh lawat halaman Astro dan juga Animax Mobile

Subscribe to Info To You by Email

Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Meningkatkan Tahap Kelajuan komputer Anda



Registry adalah simpanan maklumat berkaitan perisian atau komponen PC yang memudahkan ia berfungsi dengan baik. Memperbaiki registry error adalah dengan membetulkan kemasukan registry dimana ia boleh dicapai dengan Windows > RUN > taip regedit dan sebuah tetingkap registry akan muncul. Anda boleh mengubah ke nilai asal.

Selain daripada itu anda juga boleh menggunakan perisian percuma ini Free - Speed up PC 3X Faster v. 3.75 untuk mencepatkan PC anda.

Setelah muat turun dan memasang perisian tersebut klik pada butang SpeedUp Computer Now.

Subscribe to Info To You by Email

Your comment will be highly appreciated.So Comment laa.

Wednesday, 21 January 2009

Tukar Mood Anda Dengan Firefox



Aku baru tahu yang Mozilla Labs ada keluarkan addon baru iaitu Personas.

Aku dah cuba, dan ia sangat cool. Macam-macam mood ada Nature, holiday, sports dan sebagainya, sesiapa yang setia dengan Firefox bolehlah Muat turun disini.

Aku tunjuk sedikit tentang cara memasangnya..

1. Muat turun dulu(Personas)

2. Restart Firefox.

3. Lihat di bucu bawah kiri tetingkap Firefox. Pilih mana-mana tema yang anda suka.



4. Enjoy your Personas


(ini contoh aku punya Personas)

Illustrasi Dari John Hendrix



Jalan mana yang lebih selamat?
Jalan mana yang lebih bahaya?
Kalau anda ikut jalan mana?

Tak tau nak ikut jalan yang mana satu..Illustrasi dari John Hendrix.

Tuesday, 20 January 2009

Air Boleh Turunkan Berat Badan

Berapa banyak anda miminum air sehari? 1/2 liter, 2 liter, @ 4 liter. Sebaiknya adalah meminum air sebanyak 2 liter sehari. Tapi saya minum lebih 2 liter,Air dalam badan berfungsi menjaga kesegaran, membantu bahagian pencernaan serta mengeluarkan toksik. Selain dari itu, air dapat juga dapat membantu mengurangkan berat badan. Dengan minum air 2 liter dalam sehari, ia dapat membantu dalam pengurangan berat badan.

Air membantu proses metabolisme dalam tubuh badan dengan mengubah makanan menjadi tenaga. Air berperanan sebagai bahan bakar bagi mendorong reaksi kimia metabolisme. Kalori tidak dibakar dengan baik sekiranya kurang meminum air dalam sehari.

Orang dewasa perlu meminum 2.5 liter air sehari termasuk jus buah buahan, teh, kopi. Jumlah ini disarankan untuk menjaga keperluan cairan sehari hari.
Sekiranya anda sedang menjalani program diet, pengambilan air perlu ditambah lagi sebanyak 750ml air dalam sehari.

Jadi mulakan hari anda dengan meminum air.

Friday, 16 January 2009

Apa Yang Uniknya LG Cookie




Akhirnya dapat juga aku menulis sedikit review tentang handphone keluaran LG ini, yang diberi nama LG KP500 Cookie. Kenapa ia diberi nama cookie?adakah kerana ia berbentuk biskut atau cookie. Aku pun tak tau kenapa, mungkin kerana LG inginkan kelainan ataupun juga mempunyai sasaran jualan. ok berbalik pada telefon ini apa yang unik dan kelebihannya...ini adalah specifikasi LG Cookie.Tapi aku suka bila LG letak nama Cookies

UMUM: 2G Network - GSM 850 / 900 / 1800 / 1900
UKURAN: Dimensi 106,5 x 55,4 x 11,9 mm


Berat: 89 gram

DISPLAY Type: TFT touchscreen, 256K warna

Ukuran 240 x 400 pixels, 3.0 inches
- Flash UI
- Accelerometer sensor untuk auto-putar
- Handwriting recognition
Ringtone: Jenis - Polyphonic (64 channels), MP3
Customization Composer, Download
Getaran: Ya
MEMORY: Phonebook - 1000 entries, Photocall
Call records: 40 keluar, 40 diterima, 40 panggilan tidak terjawab
Card slot: microSD (TransFlash), hingga 8GB, membeli memori
- 48 MB internal memori


DATA GPRS Class 10 (4 +1 / 3 +2 slots), 32 - 48 kbps
HSCSD: Tidak
EDGE: Kelas 10, 236,8 kbps
3G: Tidak
WLAN: Tidak
Bluetooth: Ya, v2.1 dengan A2DP
Port inframerah: Tidak
USB: Ya, v2.0




Rintihan Dari Palestin

Cahaya putih yang membutakan mata
Menyala terang di langit Gaza malam ini
Orang-orang berlarian untuk berlindung
Tanpa tahu apakah mereka masih hidup atau sudah mati

Mereka datang dengan tank dan pesawat
Dengan berkobaran api yang merusak
Dan tak ada yang tersisa
Hanya suara yang terdengar di tengah asap tebal

Kami tidak akan menyerah
Di malam hari, tanpa perlawanan
Kalian bisa membakar masjid kami, rumah kami dan sekolah kami
Tapi semangat kami tidak akan pernah mati
Kami tidak akan menyerah
Di Gaza malam ini

Wanita dan anak-anak
Dibunuh dan dibantai tiap malam
Sementara para pemimpin nun jauh di sana
Berdebat tentang siapa yg salah & benar

Tapi kata-kata mereka sedang dalam kesakitan
Dan bom-bom pun berjatuhan seperti hujam asam
Tapi melalui tetes air mata dan darah serta rasa sakit
Anda masih bisa mendengar suara itu di tengah asap tebal

Kami tidak akan menyerah
Di malam hari, tanpa perlawanan
Kalian bisa membakar masjid kami, rumah kami dan sekolah kami
Tapi semangat kami tidak akan pernah mati
Kami tidak akan menyerah
Di Gaza malam ini

Tuesday, 13 January 2009

Fotopages Adalah Produk Israel

Berapa ramai agaknya rakyat Malaysia menggunakan Fotopages. Aku baru tahu semalam, selepas membaca satu artikel di laman web kawan aku. Selepas aku membuat kaji selidik, ternyata benar Fotopages adalah produk Israel Laknatullah.

Kalau Anda tak percaya klik disini.

Masukkan domain fotopages dan anda akan lihat IP Location adalah dari Israel Laknatullah.

Kalau tak dapat nak boikot produk, dapat boikot trafic pun ok apa..
sebab Malaysia adalah penyumbang terbesar trafic di fotopage..

Bagaimana Menulis Surat Perletakan Jawatan

Ada empat cara menulis surat perletakan jawatan, anda pilih yang mana...


Ringkas tetapi tidak formal


Sedikit formal


Formal


Atau anda boleh pilih yang nie...

Monday, 12 January 2009

Google Ganti Favicon Baru



Mengantikan Favicon tahun lepas yang ramai mengatakan tidak berapa cantik. Setelah pihak Google berfikir lalu mengubahnya. Maka Google mengadakan pertandingan untuk pengguna Google, mengirimkan idea untuk mencipta Favicon yang baru. Pemenangnya ialah seorang pelajar Ilmu Komputer di Universiti Campinas Brazil, ANDRE RESENDE, dengan hanya mengekal huruf "g" seperti sebelum ini dia berjaya menambat hati Google Group..
Tetapi yang tak bestnya bagi Andre Google menukar sedikit hasil karyanya dengan menolak sedikit huruf "g" ke kiri. Tapi takpelah Andre sudah pun memenanginye.

Iphone dengan perisian Windows Vista

Wednesday, 7 January 2009

Apalah Yang Hebat Sangat Dengan Tali Leher

Sebagai seorang Islam saya amat terganggu dengan alasan hakim yang memutuskan bahawa sekolah berhak membuang pelajar yang memakai serban. Alasan tersebut sangat dangkal dan tidak sepatutnya keluar daripada seorang yang mengaku Islam.

Benarlah pernah diingatkan oleh Rasullullah S.A.W bahawa satu masa nanti Islam akan diruntuhkan oleh umatnya sendiri dengan membuat undang-undang yang membelakangkan tuntutan agama sepertimana dibuat oleh guru besar sekolah berkenaan. Biarkanlah si guru itu dan tanggunglah akibatnya diakhirat nanti. Ramai yang Islam hanya pada nama tetapi cinta pada agama sudah tidak ada lagi. Bukti kita cinta pada agama ialah adanya rasanya sifat cemburu dan marah jika Islam dipermainkan dan sunnah nabi diperolok-olokkan.

Islam memang bukan pada serban dan jubah sahaja. Tetapi alangkah manisnya jika kita katakan bahawa serban dan jubah juga adalah sebahagian daripada tuntutan Islam.

Memakai serban adalah sunnah nabi, hukumnya sunat. Sunat itu dibuat dapat pahala dan ditinggalkan tidak berdosa tetapi kedudukannya elok sangat dibuat. Begitu juga makruh, ia adalah suatu perkara yang jika dibuat tidak berdosa tetapi kedudukannya sangat elok ditinggalkan. Ini bukan perkara main-main dan remeh. Kalau kita sebagai guru atau hakim sudah tentu kita akan buat sesuatu yang ketua kita suka walaupun tidak diwajibkan dan begitu meninggalkan sesuatu yang tidak disukai oleh ketua kita.

Inilah sikap orang Islam sejati yang mana tidak akan mengambil remeh tentang hukum Allah walau pun ianya sunat atau makruh. Malah perkara yang harus pun sepatutnya kita jadikanya supaya jadi ibadah.

Alasan mengatakan bahawa mufti dan orang 'agama' kita tidak pakai serban dijadikan hujjah untuk membenarkan tindakan membuang pelajar berkenaan adalah sangat menyedihkan. Bolehkah kita katakan memakai tudung (menutup rambut) tidak wajib kerana ada anak mufti tak pakai tudung? Perlu diketahui bahawa Islam adalah agama amal, satu cara hidup dan bukan berlegar dikepala dan fikiran sahaja. Tidak semestinya orang yang tinggi Ilmu agamanya boleh diikut semua amalannya.

Saya merasakan semua ahli agama tahu akan hukum dan tuntutan memakai serban dan jubah tetapi sebahagian mereka tiada kekuatan untuk memakainya kerana sebab-sebab yang tertentu - seperti kekekangan peraturan pakaian yang dikenakan oleh pentadbir. Ada dikalangan mereka lebih rela memakai tali leher dan kot berbanding dengan serban dan jubah. Mereka sudah hilang integriti dengan berpakaian tidak seperti ulamak silam.

Yang ironi nya apabila berkumpul dalam majlis keagamaan dan membaca khutbah dimimbar, mereka akan berpakaian jubah dan berserban atau sekurang-kurangnya bertutup kepala. Satakat ini saya belum jumpa ahli agama naik mimbar pakai kot dan tali leher serta bergondol.

Fenomena inilah yang menyebabkan orang akan beralasan dan berani menghalang serta mencemuh orang pakai serban dan jubah kerana ramai ahli agama tidak menunjukkan contoh yang baik. Alangkah lebih baik jika mufti dan ahli agama pakai serban dan jubah berbanding kot dan tali leher. Saya rasakan sahsiah dan integriti ahli agama akan lebih menyerlah jika mereka berpakaian jubah dan serban berbanding songkok dan bertali leher. Sudahlah ia bukan pun daripada budaya melayu, malah tidak pula terdapat dalam sunnah Rasulullah s.a.w. Apalah hebat sangatnya tali leher dan kot yang dibangga-banggakan itu!.

Kalau kita baca sejarah ilmuan Islam kita dapati pakaian serban dan jubah bukan saja dipakai oleh ulamak dan orang arab sahaja tetapa dipakai oleh ahli sains dan falsafah islam samada daripada orang arab atau orang ajam. Ini adalah kerana cerdik pandai Islam dulu sangat mementingkan sunnah sebab itu mereka boleh berjaya. Bukankah lebih elok kalau kita saintis Islam dan dalam masa yang sama kita juga berpakaian ikut sunnah?

Seperkara lagi yang jadi kemuskilan saya ialah apakah guru berkenaan berani menyingkirkan seorang pelajar beragama sikh kerana ia memakai serban dan mahkamah memutuskan ia hak sekolah dan guru berkenaan wajar berbuat demikian?

Saya lihat di Malaysia ramai orang keturunan sikh yang tak pakai serban - jadi saya beranggapan ia juga ia bukan satu yang wajib bagi setiap orang sikh pakai serban.Kalau orang sikh boleh pakai serban mengapa orang Islam di dalam negara yang dikatakan negara Islam tak boleh pakai serban? Siapa kita yang sangat berani membuat undang-undang yang membelakangkan ajaran agama dan rasul?

Bertaubatlah sebelum terlambat. Kerana sesungguhnya kehidupan kita tidak lama dan tidak boleh menongkat dunia hanya dengan semata-mata mengagungkan pakaian asing. - HarakahDaily

Monday, 5 January 2009

Kereta Elektrik Aptera



APTERA merupakan kereta mesra alam pertama yang mampu bergerak dengan jarak yang panjang iaitu 193 kilometer dengan sekali cas sahaja iaitu dengan kadar hibrid 300.Menerima jolokan 'kapal terbang tanpa sayap', kenderaan ini boleh memecut sehingga 97 kilometer sejam hanya dalam masa sepuluh saat.
Ia juga didatangkan dengan rekaan yang cukup cantik dan menarik.Siri Aptera 2 (sebelum ini Aptera Typ-1) merupakan kenderaan penumpang paling menjimatkan dan kini di peringkat akhir rekaannya oleh Aptera Motors.

Untuk Maklumat Lanjut Lawat Website Pengeluar APTERA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...