Social Icons

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Site Info

Wednesday, 31 December 2008

Porsche Cayenne Menggunakan Tenaga Diesel



Peminat kenderaan sport utiliti (SUV) berprestasi tinggi, Porsche Cayenne kini boleh mendapatkan model berkenaan dalam versi diesel pertama yang akan dilancarkan tahun depan.Pengeluar kenderaan terbabit yang berpangkalan di Stuttgart, Jerman bersetuju melancarkan Cayenne Diesel selewat-lewatnya Februari 2009.Pengenalan model itu hasil kerjasama dengan Volkswagen (VW) Group yang menghasilkan enjin kuasa diesel berteknologi tinggi.Porsche Cayenne Diesel dijana enjin 3.0L V6 240 kuasa kuda (hp) dibekalkan anak syarikat VW Group, Audi AG.


Enjin berkenaan bukan sahaja berkuasa, malah menjimatkan apabila Cayenne hanya memerlukan 9.3 liter diesel bagi perjalanan sejauh 100 kilometer.
Model terbaru itu berupaya menghamburkan kuasa tork sehingga 550 Nm termasuk bantuan casis dinamik yang membantu pemanduan lebih jitu.Bagaimanapun, model terbabit hanya dipasarkan di Eropah terlebih dahulu berdasarkan kepada permintaan kenderaan berteknologi diesel yang semakin diminati.Terdahulu, Porsche menjual Cayenne daripada lima versinya sebanyak 45,478 unit di seluruh dunia, jumlah tertinggi yang pernah dicatatkan sehingga kini.



Dengan pengenalan model diesel terbaru ini, Porsche yakin jualan kenderaan itu akan meningkat disebabkan faktor penjimatan yang lebih ketara berbanding model terdahulu.
Cayenne berkuasa diesel turut dilengkapi dengan kotak gear Tiptronic-S Yng sporty, bertenaga dan berprestasi tinggi.

0 Comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...