Social Icons

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Site Info

Wednesday, 17 December 2008

Gateway pertama Linksys diperkenal

CISCO bakal mempamerkan dua produk gateway buat pertama kali di Pameran PC Pikom 2008 bermula Jumaat ini untuk kegunaan sambungan Internet tanpa wayar iaitu Linksys Wireless-G ADSL2+ Gateway (WAG54G2) dan Wireless-N ADSL2+ Gateway (WAG160N).

Menurut Pengarah Jualan Serantau Asia, Kumpulan Perniagaan Pelanggannya, Boon Ping Tang, peranti itu dilengkapi perisian Linksys EasyLink Advisor (LELA) yang memudahkan penetapan tanpa memerlukan kepakaran teknologi maklumat (IT).


“Gateway ini direka untuk memberikan kepantasan suasana tanpa wayar membenarkan pelanggan berkongsi Internet dan fail, mencetak dokumen tanpa sambungan fizikal bersesuaian dengan pelanggan jalur lebar yang mahukan perkakasan tanpa wayar moden,” katanya.

Linksys WAG54G2 dan WAG160N akan ditawarkan lebih murah kepada 50 pelanggan pertama dengan harga pengenalan RM239 dan RM439.

0 Comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...