Social Icons

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Site Info

Monday, 17 November 2008

Dell Studio 15 dan Dell Studio Hybrid




PENERAJU perkakasan dunia digital, Dell Incorporated memperkenalkan rangkaian produk terbaru menerusi komputer riba Dell Studio 15 dan komputer meja Dell Studio Hybrid.

Dell Studio 15 menampilkan tujuh elemen warna terang, diperincikan dengan kamera web, butang kawalan media, pilihan pemapar LED serta pengalaman digital seperti Dell Dock dan Dell Video Chat.

Dell Studio Hybrid pula diperkenalkan menerusi tujuh warna unggul yang memenuhi citarasa remaja kini.

Komputer meja mudah alih ini 80 peratus lebih kecil manakala penggunaan tenaganya kurang 70 peratus berbanding komputer meja biasa.

Aspek cetakan dan pakej turut dikurangkan, hampir 95 peratus dikitar semula untuk menggalakkan pengguna menjaga dan menghargai alam sekitar.

Spesifikasi
PRODUK: Dell Studio 15 (Notebook)
HARGA: Antara RM3,299 hingga RM4,299
PEMPROSES: Intel Core 2 Duo P8400 (2.20GHz, 1066MHz FSB, 3MB Cache)
SET CIP: Intel Cantiga GM45
SISTEM OPERASI: Genuine Windows Vista Ultimate
MEMORI: 2 saluran DDR2 SDRAM 800MHz sehingga 4GB
GRAFIK: Intel Integrated Graphics Media Accelerator X3100 / 4500MHD
SKRIN: LCD 15.4 inci (1920 x 1200)
KAMERA WEB: 2.0MP
PEMACU CAKERA KERAS: Sehingga 500GB4 dengan SATA (5400 RPM)
PEMACU CAKERA OPTIKAL: CD/DVD Writer (DVD+/-RW), Blu-ray, CD/DVD Combo Drive
PENYAMBUNGAN: Bluetooth, Wi-Fi, USB 2.0
BATERI: Li-Ion 6 sel / 9 sel
DIMENSI: 355.6 x 261.5 x 25.3 mm
BERAT: 2.77kg

Spesifikasi
PRODUK: Dell Studio Hybrid (Desktop)
HARGA: RM1,999
PEMPROSES: Intel Core 2 Duo T8100 (2.1GHz, 800MHz FSB, 3MB Cache)
SET CIP: Intel(R) 965PM/GM Express
SISTEM OPERASI: Genuine Windows Vista Ultimate
MEMORI: 2 saluran DDR2 SDRAM 667MHz sehingga 4GB
GRAFIK: Intel Integrated Graphics Media Accelerator X3100
SKRIN: Tiada. (Sistem menggunakan DVI dan HDMI port. Tidak menyokong VGA)
KAMERA WEB: 2.0MP
PEMACU CAKERA KERAS: Sehingga 320GB4 dengan SATA (5400 RPM)
PEMACU CAKERA OPTIKAL: DVD+/-RW, Blu-ray
PENYAMBUNGAN: Bluetooth, USB 2.0, LAN
DIMENSI: 8.8 x 8.3 x 3.0 inci

0 Comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...