Social Icons

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Site Info

Monday, 22 December 2008

Cipta Album Gambar Sendiri

CANON Marketing (Malaysia) Sdn Bhd kini menawarkan pelanggan keupayaan menghasilkan kreativiti sendiri melalui perisian yang ditawarkan percuma kepada mereka membolehkan memori direalisasikan dalam bentuk album foto.

Perisian terbaru itu iaitu Canonfoto membenarkan pelanggan mencipta album foto sendiri dengan menggabungkan puluhan foto tersimpan sebelum menghantarnya secara online kepada Canon atau ejennya bagi mendapatkannya secara fizikal.

Presiden dan Ketua Eksekutifnya, Liew Sip Chon, berkata menerusi perkhidmatan itu, pengguna boleh mengubah album mereka menggunakan perisian yang boleh dimuat turun secara percuma dan menghantar album mereka untuk cetakan.

"Proses menghasilkan album foto secara fizikal dijangka mengambil masa tujuh hingga 10 hari dan pengguna boleh memilih jika mahu ia dihantar terus ke pintu rumah anda," katanya.

Tambahnya, Canon menggunakan mesin terbaik dalam menghasilkan kualiti album foto bermutu tinggi termasuk ImagePRESS C700 VP yang memberikan cetakan kilauan, menjadikannya pilihan terbaik untuk perkhidmatan Canonfoto.

"Canonfoto boleh menghasilkan album dalam empat saiz iaitu 8"x8", 8.5"x11" (landskap), 11"z8.5" (potret) dan 12"x12"," kata Liew.

Katanya, perkhidmatan berkenaan bermula pada harga serendah RM79 berdasarkan saiz dan jumlah muka surat dalam sesebuah album dan pilihan penutup album.

Antara album foto yang boleh dihasilkan termasuk percutian, perkahwinan, gambar bayi, acara korporat dan banyak lagi.

0 Comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...