Social Icons

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Site Info

Wednesday, 17 December 2008

Alat Kawalan jauh serbaguna






SEAKAN filem Click yang ditayangkan di pawagam tidak lama dulu, penonton pasti ingat karektor Ben Stiller yang mahukan alat kawalan jauh pelbagai guna berkemampuan mengawal setiap perkakasan dalam rumah.

Ia bukan lagi mustahil untuk pengguna negara ini apabila pembekal produk elektronik, Logitech memasarkan peranti terbabit yang memberi peluang kepada Ape-Ape Aje menelitinya menerusi model Harmony One.

Ternyata, peranti ini bukan sebarangan produk apabila ia menerima anugerah CES 2008 untuk rekaan dan kejuruteraan melalui kategori inovasi terbaik bagi aksesori hiburan rumah.

Mungkin ada yang tertanya-tanya fungsi sebenar alat kawalan jauh ini dan melalui pemerhatian penulis, ia mampu mengawal apa saja produk di rumah yang memiliki teknologi infrared termasuk mesin kipas, televisyen dan radio.

Faedah yang didapati melalui Harmony One mungkin akan menceriakan anda sama seperti dipertontonkan melalui filem Click. Ini bermakna pengguna tidak lagi memerlukan banyak alat kawalan kerana semua mampu ditetapkan melalui peranti ini.

Penulis mendapati ia mampu mengawal sehingga 15 produk pada satu-satu masa yang memerlukan anda menetapkannya dengan memasukkan data mengenai produk ke dalam Harmony One.

Peranti ini tidak terlalu besar dan berbentuk ergonomik membolehkan capaian mudah menggunakan tangan namun ia mungkin sedikit menyukarkan pengguna untuk memahami penggunaannya. Penulis menasihatkan agar membaca buku manual terlebih dulu.

Tarikan utama melalui peranti ini terserlah kepada paparan sesentuh 2.2 inci yang memungkinkan pengguna mengoptimumkan penggunaan jari.

Selain itu, ia menyiarkan logo setiap rangkaian televisyen seperti ESPN, AXN dan sebagainya membolehkan anda menekan butang itu bagi menyambung siaran kegemaran.



>Spesifikasi

PRODUK: Logitech Harmony One

HARGA: RM1,099

PENGELUAR: Logitech

PERTANYAAN: Logitech Harmony

TELEFON: 1-800-880-814

LAMAN WEB: www.logitech.com

PENGEDAR: MCL Berhad

0 Comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...