Social Icons

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Site Info

Saturday, 22 November 2008

Permainan Memancing N-Gage












MEMANCING dalam dunia game mungkin dianggap bosan bagi pemancing tegar namun kalau anda mencuba permainan Hooked On: Creatures Of The Deep yang boleh didapati melalui platform N Gage oleh Nokia, senario pasti berubah.

Game yang dihasilkan pembangun dari Poland ini memaparkan kegilaan memancing di lautan yang memiliki reka bentuk grafik menarik walaupun dimainkan melalui telefon bimbit.


Pemain perlu mengutip markah dari setiap hasil tangkapan untuk membolehkan tahap anda dinaikkan, malah secara tidak langsung ia membuka kunci kepada ciri baru seperti kawasan, produk memancing dan permainan mini.

Amat membanggakan apabila Hooked On: Creatures Of The Deep memiliki empat kawasan memancing yang hampir sama dengan tempat memancing di Costa Rica, Alaska, Scotland dan Thailand jika anda membandingkannya bersama gambar diperoleh di Internet.

Anda akan memulakan permainan di Costa Rica dan penulis mendapati ia mengujakan apabila permainan ini membenarkan pemain memilih peralatan memancing di kedai maya disediakan.

Hooked On: Creatures Of The Deep memiliki gabungan grafik dua dan tiga dimensi (2D dan 3D), malah peta disediakan berkonsepkan animasi. Contohnya, anda boleh melihat bot lain yang turut memancing bersama di kiri atau kanan.

Butang permainan untuk dimainkan amat mudah dengan pemain tidak perlukan sehingga lebih tiga butang untuk menggerakkan perkakasan memancing.

Sementara itu, pemain yang memulakan permainan akan mendapati meter di atas menunjukkan beberapa tanda seperti ikan berada dekat, kekuatan tangkapan dan tahap kecekapan.

Kombinasi audio yang ditonjolkan boleh memuaskan hati namun ia boleh diperbaharui terutama berkaitan bunyi laut namun jika dinilai secara keseluruhan, Hooked On: Creatures Of The Deep ternyata hebat!

Aplikasi N-Gage untuk memainkan game ini boleh dimainkan di beberapa model telefon Nokia termasuk siri N termasuk N81, N96, N81 8GB, N82, N95 8GB atau Nokia N95 dan Nokia 5320 XpressMusic.



Info

TAJUK: Hooked On: Creatures Of The Deep

PLATFORM: Nokia N-Gage

GENRE: Aksi, sukan

TARIKH DIPASAR: tidak didapati

PENERBIT: Nokia

DIBANGUN OLEH: Infinite Dreams

0 Comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...