Social Icons

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Site Info

Sunday, 9 November 2008

Notebook Untuk Maxis Broadband





BUAT pertama kalinya di pasaran tempatan, Maxis Comunications Berhad (Maxis) memperkenalkan komputer peribadi (PC) notebook Dell Inspiron Mini 9 yang didatangkan dengan keupayaan jalur lebar.

Ketua Bahagian Strategi dan Perniagaan Baru Maxis, Dr Nikolai Dobberstein, berkata inovasi terbaru itu akan memberi kepuasan dari sebuah notebook mini yang lebih ringan dibawa ke mana saja dengan capaian mudah ke Internet.

Hanya seberat 1.035 kilogram, Dell Inspiron Mini 9 dengan reka bentuk nipis, anggun dan tahan lasak adalah peranti capaian Internet yang menyediakan penyambungan berterusan.

Ia didatangkan dengan sistem storan pemacu solid state (SSD), skrin LED berkilat 8.9 inci (1024 x 600), papan kekunci kalis air, kamera web terbina dalam dan standard Bluetooth untuk kemudahan penyambungan antara perkakasan yang sama standard.

Sementara itu, keupayaan jalur lebar tanpa wayarnya diperkasa oleh modem Ericsson HSPA.

Menurutnya, Maxis menawarkan skim bayaran mudah tanpa faedah RM99 selama 24 bulan. Pakej itu didatangkan dengan langganan jalur lebar Maxis Broadband selama enam bulan.

Dell Inspiron Mini 9 boleh diperoleh di mana-mana Maxis Centres dan penjual semula terpilih Maxis di seluruh negara.
klik sini untuk tempahan

0 Comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...