Social Icons

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Site Info

Wednesday, 22 October 2008

Maxis Menawarkan Maklumat Haji

KETIKA musim haji yang semakin hampir, Maxis Communications Berhad (Maxis) memperkenalkan program Ikhlas Maxis Edisi Haji yang boleh diperoleh dari semua kedai Maxis di seluruh negara.

Ia adalah kompilasi maklumat mengenai haji yang mengandungi ciri kemudahan SMS dan MMS yang cukup berguna di sepanjang musim haji serta Hari Raya Aidilfitri yang bakal disambut tidak lama lagi.

Ketua Pegawai Kewangan Maxis, Rossana Rashidi, berkata Ikhlas Maxis Edisi Haji memudahkan pelanggan mendapatkan maklumat penting lagi bermanfaat ketika menunaikan fardhu haji dan secara keseluruhannya memberi mereka satu pengalaman yang lebih bermakna.

"Antara kandungannya termasuk aplikasi M-Book yang menyediakan topik menarik seperti Ibadah Haji, Panduan Haji, Panduan Tawaf, Doa-doa di Mekah, Doa-doa di Mina, Tatacara Haji, Ibadat & Tatacara Umrah, Panduan Bahasa Arab dan Kisah-kisah Haji," katanya.

Ia disertakan petunjuk ibadah haji dalam bentuk audiovisual, bacaan doa, tema skrin bermotif haji, teka silangkata dan koleksi grafik bertemakan Aidil Adha.

Menurut Rossana, Maxis menawarkan pelanggan Muslim kepada satu program mudah dengan kandungan pindah turun yang relevan dengan maklumat khusus dan unik dalam kehidupan mereka.

"Ciri 'pasang dan gunakan' memudahkan kandungan tersedia di dalam kad SD untuk dipasang ke telefon bimbit pelanggan. Panduan interaktif yang praktikal membolehkan mereka menggunakan aplikasi ini bagi menghayati kandungan berbentuk audiovisual yang tersedia dengan amat mudah," katanya lagi.

Semua pelanggan boleh mendapatkan kad SD Ikhlas Maxis Edisi Haji dari 16 pusat Maxis di seluruh negara dengan harga RM15.00.

Kandungan pindah turun eksklusif yang tersedia di dalamnya adalah percuma. Sebahagian daripada kandungannya juga boleh diperoleh terus dari laman web http://www.maxis.com.my/islamic/.



BERMANFAAT...Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Zahid Hamidi (kiri) diberi penjelasan mengenai kandungan program Ikhlas Maxis Edisi Haji diiringi oleh Rossana (dua dari kiri) sambil diperhatikan oleh Pengarah Urusan dan Pengurusan Besar Lembaga tabung Haji, Datuk Ismee Ismail pada majlis pelancaran 'Sahabat Korporat Haji' baru-baru ini.

0 Comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...